Ko's Skin Specialist Menghargai Kecantikkan Setiap Wanita

12 Apr 2015

Ko's Skin Specialist Menghargai Kecantikkan Setiap Wanita| 

Assalamualaikum beautiful ladies.  Janganlah anda menjadi seorang yang terlalu rendah diri dengan kekurangan diri dan janganlah juga menjadi riak dengan kelebihan diri yang dimiliki.  Setiap apa yang dimiliki haruslah dilaluinya dengan kesederhanaan.  Rasa rendah diri / kurang keyakinan diri / kena perli / kena kutuk bila kulit tak cantik.  Ada jerawat di sekitar pipi lepastu ada pula kesan parut jerawat yang lama. Lepastu orang duk kutuk cakap kita ni dalam gambar je cantik sebab guna camera 360.  Bila pergi kelas rasa nak duduk dekat belakang sekali? Bila dah bekerja pula nak tak nak kita akan berhadapan dengan rakan sekerja dan lebih parah lagi bila pekerjaan tersebut memerlukan anda untuk berjumpa dan berkomunikasi dengan orang ramai. Secara tak langsung anda yang biasanya berkeyakinan tinggi terkesan dengan masalah kulit yang anda hadapi.   Liz pernah berada di tahap-tahap tersebut.  Liz pernah rasa berputus asa bila masalah jerawat daripada zaman sekolah dibawa sehingga ke alam pekerjaan.  Dan suatu masa liz rasa sangat down dan bermula pada tahun Dec 2013 liz rasa liz perlu berjumpa dengan Dr. pakar mengenai masalah kulit yang liz alami.  And YES I'm so happy choose Ko's Skin Specialist as the place for me to treat my acne problem.




Hi Melissa Seow! Why you are so beautiful. 

Macam wartawan pula rasa diri ni bawa buku nota dengan pen lagi.  Sebenarnya dalam buku nota tu ada banyak soalan-soalan daripada readers blog Liyliz Yusof mengenai Acne Problem.  Jadi semua soalan-soalan yang anda email kepada liz sebelum ni semuanya liz dah tanya kan pada Melissa dan juga Melody.  Eah siapa pula Melody ni?  Nak tengok gambar Melody tak?  Semua orang dalam Ko Skin Center ni semuanya cantik-cantik.  Please ~~~ I want to be beautiful ladies macam you alls juga.




Lets say Hi to Melody.

Melody ialah person in charge untuk bahagian produk-produk Ko's Skin Care.  Setiap produk tidak semestinya sesuai untuk semua jenis kulit oleh itu liz sarankan untuk pertama kali anda datanglah ke Ko Skin Specialist Center yang berdekatan anda.  Sebagai contohnya : Ramai wanita di luar sana mempunyai masalah jerawat tetapi tak semua memiliki jenis kulit yang sama.  Kulit liz ialah jenis yang berminyak tetapi sejak makan Vitamin A dan antibiotik daripada Ko's Skin Specialist banyak perubahan pada kulit liz seperti jerawat tidak lagi naik secara keterlaluan dengan banyak dan permukaan kulit yang berminyak juga semakin berkurang.  Keberkesanan ubat tersebut bergantung kepada individu itu sendiri kerana lain orang lain keberkesanannya. Memiliki jerawat bukanlah perkara yang bahagia buat para gadis / wanita bukan.  Anda perlulah bersabar  merawat dan melalui hari-hari tersebut kerana kecantikkan itu milik semua.  Mungkin masanya belum tiba.



Two beautiful ladies are so serious scanning my skin. 
Looking up the best product for my skin.

Masalah kulit liz sekarang ialah parut jerawat yang lama dan juga redness di kawasan pipi masih lagi belum hilang.  Liz juga ada masalah open pores buat masa ni di bahagian pipi.  Selain itu juga, liz ada beberapa black head yang mudah timbul di bahagian T zone.  Mereka juga memberi beberapa tips kecantikkan dan menasihati liz agar mendisiplin kan diri untuk mengikut rutin penjagaan kulit liz sebab kulit liz sangat sensitif kepada habuk dan mereka juga mengingatkan liz untuk memakai sunblock setiap hari.  Liz ingatkan sunblock ni tak penting  dan boleh pakai bila rasa banyak aktiviti di luar sahaja tetapi sebenarnya walaupun kulit kita terdedah sekejap kepada cahaya matahari pun dah boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kulit.  Patutlah kulit Melissa dan Melody cantik rupanya mereka pakai sunblock setiap hari.







Liz memang dah sedia kan pen dan buku untuk menulis semua jenis produk dari segi fungsi kegunaan dan cara menggunakannya.  Melody terangkan setiap produk dengan sangat teliti dan jelas.  Dan janganlah malu untuk bertanya sekiranya penerangan yang disampaikan tersebut tidak difahami.  Malu bertanya sesat jalan nanti.  Nak cantik ke tak nak?




Ada 10 produk kesemuanya untuk liz cuba.  Ada produk yang liz dah pernah pakai contohnya seperti Acne Mist.  Acne Mist ni bagus untuk menghilangkan ketidakselesaan pada kulit sebab bila spray di kawasan muka akan rasa lebih segar dan ia berfungsi sebagai toner.  Ada produk-produk baru yang liz belum cuba dan tak sabar sangat nak cuba lepas ni dah kongsi kan pengalaman setiap produk tersebut dengan anda semua.



Yey dapat 2 jenis Mask.  Nak tahu Mask apa liz dapat tu kena baca entry blog liz yang seterusnya nanti okay.  Mesti ramai dah tak sabar nak tahu fungsi kesemua produk tu kan.  Liz pun tak sabar nak guna dan kongsikan pengalaman liz dengan anda semua.




Thank you very much Ko's Skin Specialist because help my skin getting better and better.  Tak sabar sangat nak hilangkan jerawat saki baki yang masih ada dan juga redness yang degil ni.  Lets be beautiful together girls.  Seperti biasa bagi mereka yang ada sebarang soalan ataupun nak request apa-apa entry untuk liz tulis dan jelaskan mengenai acne problem boleh emailkan ke yusmarliza92@yahoo.com.

Bagi mereka yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai produk / treatment dan juga promosi bulanan dari pihak Ko Skin Specialist anda boleh ke :

I love Dr. Ko statement:  "Indeed everyone can be beautiful"



p/s Berita gembira buat anda yang berada di Sarawak. 






6 comments

  1. besttttnyaaaaa....comel liz.. ^_^ bila nk terjah ke pahang lak dr.ko...hehe

    ReplyDelete
  2. lawo watermark tuh hihihihi

    ReplyDelete
  3. mestila lawa! Kena tempah tu dgn Sheda Ucu jangan lupa

    ReplyDelete
  4. Pricey tak sana? They advertise almost everywhere i guess it might cost a fortune?

    ReplyDelete
  5. Hi Liz...
    Liz just beli produk or skali buat treatment..?
    brp RM anggaran ek kalau buat dua2 tu..? skin problem lbih krng sama dengan Liz. ;)

    ReplyDelete
  6. link untuk journey liz dr Dec 2013 tu tak dapat bukak lar... :'(

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.