CARA MENGGUNAKAN KO DERMACEUTICAL PERFECT SAGO HYDROGEL MASK

13 May 2015

CARA MENGGUNAKAN KO DERMACEUTICAL PERFECT SAGO HYDROGEL MASK | Assalamualaikum beautiful ladies. Sebelum liz menceritakan lebih lanjut mengenai SAGO MASK, liz nak tanya korang semua ingat lagi tak entry liz mengenai Brightening Cream yang liz ceritakan dalam blogspot liz yang lalu? 

Haa yup cream yang sangat berkesan memudarkan dark spot dekat muka liz tu.  Harga untuk 30g ialah RM380.00 dan liz tak nafikan bagi sesetengah pihak harga tersebut agak mahal. Janganlah risau sebab pihak Ko Skin Specialist sebenarnya ada sediakan packaging yang lebih kecil dengan harga yang berpatutan untuk korang semua.  Kita boleh cantik sama-sama jangan sedih-sedih okay. Korang boleh beli Brightening Cream 10g iaitu dengan harga RM180.00 tapi dengar cerita pihak Ko Skin Specialist ni selalu buat Sales Promotion tau. Jadi korang kena selalu pergi ke FB Page mereka di sini untuk melihat updated info yang selanjutnya. 




Hari ni pula liz nak kongsikan pengalaman pertama liz menggunakan Ko Dermaceutical Perfect Sago Hydrogel Mask yang lebih dikenali dengan panggilan SAGO MASK.  Sejujurnya ini kali pertama liz dengar mngenai Sago Mask.  Dua minggu lepas liz buat research di Internet mengenai Sago dan kenapa ianya boleh dikaitkan dengan product kecantikkan? Dan apabila membuat beberapa pembacaan di Internet barulah liz tahu yang sebenarnya Sago ini telah dibuktikan oleh beberapa penyelidik bahawa ianya bersifat anti-pengoksidaan, anti-bakteria dan juga anti-penuaan. Selain itu juga ia berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan juga menyerap lebihan minyak di sekitar permukaan kulit. Sago Mask ni sesuai dipakai oleh semua jenis kulit sebab ianya 100% diperbuat daripada sumber semula jadi dan bebas daripada bahan kimia.


Cara menggunakan-nya:



1.  Koyakkan sahaja plastic aluminium tersebut dan anda akan lihat 1 Sago Mask yang telah        dipisahkan menjadi 2 bahagian.





2. Tarik plastik jernih tersebut dan keluarkan bahagian mata dan juga mulut.




Anak itik baru menetas ni!

3. Letakkan bahagian bawah terlebih dahulu kemudian di ikuti dengan bahagian atas Sago Mask. 


Tadaaaaaaaaaaa! Siap! Korang boleh nampak dan bayangkan tak bentuk Sago Mask tersebut? Korang akan nampak yang Sago Mask ni seperti JELLY GEL sebab tu sesuai dengan nama penuh dia SAGO HYDROGEL MASK. Yang best nya Sago Mask ni dia tidak melekit dan tidak berair.  Jadi penggunaan Sago Mask tidak mengganggu aktiviti anda yang lain seperti menonton tv / buat kerja sekolah / memasak / basuh kain / menyapu rumah pun boleh. Haaa hebat kan kegagahan Sago Mask ni.




Liz kan dah cakap tadi penggunaan Sago Mask ni tidak membataskan aktiviti harian anda.  Liz kebiasaannya akan buat design felt craft pada waktu malam. Manakala Sago Mask ni pula tidak seperti masker yang lain.  Kebiasaan masker hanya memerlukan 10 hingga 15 minit tetapi berbeza dengan Sago Mask. Sekurang-kurangnya anda perlu memakainya lebih kurang 45 minit ataupun lebih dari 45 minit.  Liz pula selalunya akan pakai lebih daripada 2 jam!  Sebenarnya semakin lama korang pakai semakin bagus khasiatnya masuk ke dalam kulit tau. Korang boleh rasa sangat selesa bila memakainya. 




AuCakk! Busuknya saya tak mandi lagi.

Okay ini ialah lebihan Sago Mask di bahagian mata dan juga mulut liz akan pakai pada esok paginya pula.  Liz rasa sayang sangat kalau tak guna daripada buang kan membazir. Betul tak? Jadi bila liz bangun pagi kebiasaannya untuk sembahyang subuh jam 630 pagi.  Sesudah selesai sembahyang liz akan ambil kepingan tersebut dan tampal kan di bahagian pipi dan dagu. Lebih kurang jam 730 pagi liz akan bersiap untuk masuk pejabat. :) Yey! Muka pun nampak bertenaga da lebih cerah tau pakai Sago Mask ni. Tambahan lagi khasiat Sago mask ni mampu merawat sunburn.




Ini ialah bentuk mask tersebut apabila liz dah pakai melebihi 2 jam. :)

Optional untuk memakainya dengan lebih kemas anda boleh menggunakan Non-Woven Cloth yang disediakan di dalam kotak Sago Hydrogen Mask ni seperti contoh di bawah:



Cara guna: Selepas korang pakaikan Sago Mask dekat muka kemudian korang ambil Non-Woven Cloth ni pakai kan pada Sago Mask. Sarungkan terlebih dahulu lubang telinga kiri / kanan dan siap :) Kemas melengkap di muka. 


Harga KO Dermaceutical Perfect Sago Hydrogel Mask 5pcs/box RM280


Untuk maklumat lanjut boleh klik di bawah mengenai Ko Skin Specialist  :

Facebook page  





11 comments

  1. You could definitely see your expertise in the work you write.
    The sector hopes for more passionate writers such as you who
    aren't afraid to say how they believe. Always go after
    your heart.

    ReplyDelete
  2. hello!,I really like your writing so much!
    percentage we be in contact more approximately your post on AOL?
    I require a specialist in this area to unravel my problem.

    Maybe that is you! Looking forward to see you.

    ReplyDelete
  3. Peculiar article, exactly what I wanted to find.

    ReplyDelete
  4. Hello.This article was extremely motivating, particularly since I was
    investigating for thoughts on this matter last Sunday.

    ReplyDelete
  5. Ahaa, its nice dialogue on the topic of this post here at this weblog,
    I have read all that, so now me also commenting at this place.

    ReplyDelete
  6. I was able to find good info from your articles.

    ReplyDelete
  7. Hello very nice site!! Man .. Beautiful ..
    Amazing .. I'll bookmark your website and take the feeds additionally?I am glad to find so many useful info here within the publish, we need work out more strategies
    on this regard, thank you for sharing.

    ReplyDelete
  8. Some truly nice stuff on this internet site, I like it.

    ReplyDelete
  9. As I website possessor I conceive the content here is very superb, thank you for your efforts.

    ReplyDelete
  10. As I website possessor I believe the written content here is very good, thank you for your efforts.

    ReplyDelete
  11. Yay google is my queen aided me to find this outstanding website!

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.