HARGA VITAMIN A DR.KO PAKAR KULIT

23 Aug 2015

HARGA VITAMIN A DR KO PAKAR KULIT | 

Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Straight to the point untuk story hari ini.  Soalan yang tak lekang di tanya oleh pembaca blog dan juga para gadis yang tak sabar nak kulit cantik suci murni.

Ada yang PM liz cakap kenapa takda kesan pun makan ubat dan vitamin daripada Dr.Ko tu. Bila liz tanya dia "Berapa lama dah makan?" Dia kata "tak sampai sebulan lagi, almost nak dekat sebulan." Rasa nak pengsan jap dengar. Wahai adik-adik kakak-kakak sekalian, apakata check dulu kulit tu jenis kritikal ke jenis biasa-biasa? Janganlah harap ubat dan vitamin ni macam makan MAGIC. Sekelip mata je berubah. Apa-apa sahaja produk pun mestilah memerlukan masa untuk disesuaikan dengan  kulit setiap insan. Tambahan lagi setiap kulit wanita itu sungguh unik dan berbeza. 

Pengalaman liz sendiri untuk bulan petama hanya kulit sahaja kurang berminyak tetapi jerawat masih ada tetapi tiada jerawat yang baru hanya retain yang lama sahaja. Masuk bulan kedua dan ketiga banyak jerawat dah hilang. Tapi yang sengsara bila ada jerawat lama yang termendap di dalam kulit sehingga mengakibatkan kulit muka rosak. Jadi liz buat EXTRACTION. Extraction ialah proses membersihkan kulit muka daripada jerawat yang ada dekat dalam kulit.
Liz ingat lagi masa kali pertama liz buat extraction, cuma ada jerawat yang lama sahaja. My favourite beautician namanya Isabel, setiap pergerakan dan rawatan dia buat mesti dia terangkan dan bercerita. Liz jadi ralit sampai tak sedar dah siap habis semua jerawat dia keluarkan. Darah kotor sangat warna merah hitam. Isabel kata ni dah lama sangat dalam kulit liz. Liz harap sangat kalau pergi buat extraction ada beautician macam Isabel tapi Isabel dah pindah ke Kuantan.
Ada orang tak percaya yang makanan memainkan peranan. Tapi pada liz makanan memainkan peranan yang sangat penting untuk menyalurkan nutri-nutri ke bahagian tubuh badan. Lagi-lagi yang immune system nya sensitive kepada sesetangah makanan. Liz alahan pada udang. Tapi seafood yang lain liz takda masalah. Favourite is Sotong Celup Tepung. Sukanya!

Tapi sejak pindah dekat USJ ni, banyak makan makanan luar. Kalau memasak? Masak ayam goreng, telur goreng, nasi goreng. Sayur goreng jarang-jarang sekali. Banyak nya benda bergoreng. Lepas tu mimun ais. Yes ais! Liz rasa sejak dekat Pahang dulu, liz memang tak minum ais sebab lunch hour pun bawa bekal. Rindu pula masakan mak! Mak pesan kalau boleh jangan minum ais sebab ais dekat luar tu ada ubat yang membuatkan ianya cepat beku dan tahan lama. Berbeza dengan ais yang kita buat sendiri dekat rumah.
Seminggua yang lepas liz  dah start makan semula vitamin A. Tapi nasihat liz apa-apa sahaja vitamin yang kita makan perlulah bersama air yang banyak. Kalau makan supplement apa-apa sahaja mesti dekat botol ke dekat paket ke tulis di sarankan meminum air sekurangnya 2 liter ke 3 liter ke. Sebab  effect nya mungkin ke buah pinggang kita. Tapi cuba fikir lagi macam mana pula dengan orang yang tak makan apa-apa ubat dan tak makan apa-apa vitamin tapi boleh kena sakit buah pinggan? Puncanya? Pasti daripada makanan juga, betul tak?
Jadi liz nak bagitahu dekat sini "You are the person that 100% responsible to your on body"!

Harga sebotol ialah RM180 ada 30 biji.  

14 comments

  1. Salam liz. Nak tanye, klinik dr ko mana2 cawangan sama je ke? Sbb tempat saya yg paling dekat melaka. Nak buat treatment jerawat. Heeee

    ReplyDelete
  2. Hi sis..nak tny..u mkn accutane skli dgn antibacteria ke?

    ReplyDelete
  3. Hye sis.. Nak tnye. U pegi klinik terus buat extraction utk jerawat ke ? U buat extraction saje ke ade rawatan lain ? Berapa ye u habis utk hilangkan masalah jerawat kt muka ? Sorry byk tnye .. Huhu

    ReplyDelete
  4. Brapa bulan dh makan vit isotretinoin tu....

    ReplyDelete
  5. Brapa bulan dh makan vit isotretinoin tu....

    ReplyDelete
  6. Brapa bulan dh makan vit isotretinoin tu....

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.