BOLEH KE BERENANG KETIKA DATANG BULAN / PERIOD ?

17 Dec 2015

BERENANG KETIKA DATANG BULAN ATAU PERIOD | 

Boleh ke nak berenang ketika period ni, darah tak keluar ke dalam kolam? Tertanya-tanya pula, tiba-tiba rasa tak yakin nak berenang ketika sedang datang bulan.

Aktiviti yang paling-paling liz suka buat selain Zumba, Work Out dan jogging ialah berenang! Yes liz suka sangat berenang walaupun masih lagi dalam usaha membaik pulih cara penafasan semasa berenang. 

Jadi hari ni liz nak kongsikan pengalaman liz sendiri berenang ketika datang bulan ataupun bahasa yang lebih familiar ialah period. Semalam liz bersama dengan favorite girlfriends liz pergi buat aktiviti rutin kami seperti biasa. 


Selalunya setiap hari Jumaat tapi semalam tiba-tiba nekad pula pergi berenang weekday. Kebetulan pula liz tengah period, agak-agak boleh ke liz berenang sewaktu period ni? Habislah kolam warna merah nanti? Selesa ke berenang waktu period? Sebenarnya boleh je berenang waktu period ni bahkan lagi digalakkan untuk kurangkan sakit pinggang semasa datang haid.  

Secara scientific kajianya liz memang tak arif sangat, ada yang mengatakan bahawa berenang ketika period boleh kurangkan rasa cramps and make you feel better all over the pain. Tapi liz rasa memang best bila masuk dalam air dan terampung cuma dari segi tenaga untuk berenang terasa sedikit perlahan. Maksud liz, nak kuak tangan dan nak kayuh kaki tu rasa berat je. Jadi liz banyak bertenang dan terapung lepas tu kayuh perlahan-lahan. Secara tak langsung mood yang moody pun ceria je. Rilex dan terampung haha ~ selesa ~

Mesti korang nak tahu liz pakai pad ke tidak semasa berenang? Masa turun berenang liz terus tukar new pad, maksudnya korang jangan lah turun dengan pad yang banyak darah semua tu. Better tukar sebab nanti mesti pad korang tu akan masuk air. Berenang pakai pad agak tak selesa sebab rasa basah semacam. Oppss wanita semua sahaja kan yang baca? Sebenarnya tiada sebab untuk malu period atau haid dengan lelaki sebab lelaki pun ada ibu ada adik beradik perempuan. Tak  faham juga dengan lelaki yang suka pandang rendah pada perempuan bila kita datang haid, seolah-olah perempuan ni lemah sangat dan bila kau datang haid itu ini tak boleh buat.  Sepatutnya mereka pun kena tahu bila esok lusa ada anak perempuan nak dijaga. 

Lepas tu kawan liz ada cakap, liz tak payah pakai pad lah, darah tak keluar sebab pressure air lebih tinggi dari diri liz tu. Okay liz pun tak berapa ingat pasal pressure2 ni semua last masa sekolah je belajar Fizik dulu. Liz pun pergi tukar, bila tukar tengok pad yang tadi masih lagi bersih. Okay terus tanggal cepat-cepat dan masuk semula dalam air. Kalau lama-lama duduk dekat luar risiko untuk darah keluar menitik-nitik juga tinggi. Haa nanti malu korang ingat darah keguguran pula lalu turun tepi betis tu. 


Daripada petang berenang sampai ke malam. 

Bila naik dari berenang tu memang tak da darah keluar ketul-ketul ke memang tiada. Dah lebih kurang 2 jam dalam kolam tangan pun dah kecut-kecut. Siap mandi semua terus liz pakai pad semula. Rasa lega sangat lepas berenang tau tak. Perut pun lapar pergi lepak mamak-mamak chillex-chillex dengan kawan-kawan. Happy! 

Balik terus tidur nyenyak dan lena sangat. Pukul 8 baru terjaga haha ~ Mujur company jenis okay-okay hang nak datang pukul berapa. Janji kerja siap lah yek. 


Boleh tengok video kami berenang. Jomlah berenang sekali girls. Spend your time with your favorite girlfriends sure be super cool. 

9 comments

  1. Hai, memang darah takkan keluar waktu kita berada dalam air?

    ReplyDelete
  2. Akak boleh ke mandi kat Sunway lagoon..atau waterpark tapi saya dh period hari ni esok kami bertolak tolong lah saya.....😥😥😖😓

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xkuar dlm air tp klu awak naik darat xblh lama2. Sentiasa dlm air xpe kan akak tulis pressure dlm air ada

      Delete
  3. Akak boleh ke mandi kat waterpark hari ni saya period tapi esok saya bertolak

    ReplyDelete
  4. Hai...kalau hari kedua..wtrpark boleke

    ReplyDelete
  5. So takpayah pakai pad lah waktu berendam tu?

    ReplyDelete
  6. Boleh ke nak mandi waterpark time
    period? Dah masuk hari ketiga datang

    ReplyDelete
  7. Kalau darah byk boleh ke mndi ?

    ReplyDelete
  8. Haii nak tanya kalau Hari pertama period lepas tu esok nak pergi Mandi water park boleh ke

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.