KAISON KEDAI PERALATAN DECORATION COMEL - COMEL

20 Dec 2015

KAISON KEDAI PERALATAN DECORATION COMEL - COMEL | Assalamualaikum semua. Jom hari ni baca pasal Kaison pula dalam blog liz. Kaison ialah sebuah kedai yang menjual macam-macam barangan yang comel-comel dan tempat ni memang sangat sesuai untuk semua orang yang comel macam liz. Yes comel macam liz! 

Ini ialah kali pertama liz terjumpa kedai yang jual barangan comel & unik & cantik & murah. Kalau korang suka pergi Ikea cari barangan decoration unik-unik makanya korang kena cuba sekali jejak kaki ke Kaison pula. Susun atur dalam kedai ni liz suka sebab teratur tak buat kepala pening. Nak tengok cuci mata pun rasa tenang je walaupun tak mampu beli lagi almaklumlah bulan dah tua ni.


Siapa nak minta kerja dekat Kaison boleh la hantar resume sana. Tu terpampang besar hiring ~ Barang decoration untuk Krismas pun banyak.


Terjumpa benda unik ni dekat sini. Plat pelbagai tulisan, siapa yang nak buat photobooth sendiri untuk hari bahagia boleh datang sini sebab ada banyak sangat benda-benda yang menjadi kegilaan korang nanti. Harga plat ni murah je RM6.90.


Haa siapa yang nak cari benda alah ni? Apa tah nama nak panggil lupa dah. Tapi boleh tulis title, date & description dekat situ. Liz check harganya dalam RM14.00 macam tu. 


Agak-agak siapa nak jadi kreatif deco photobooth sendiri boleh beli benda ni. 


Terdapat pelbagai jenis bantal yang cuteeee muittt weh. Harga baru RM14.00 lebih macam tu je. Liz rasa nak ambil semua tau tak!


Bila di tengok-tengok muka aku macam makin bulat pulak. #sigh diet pipi please ~
BTW nampak tak bantal yang liz pegang tu, sekarang ni kan trending bantal Mrs Always Right & Mr Right betul tak? Kalau korang nak bantal macam ni datang je sini beli sendiri. Murah weh ~ 


Siapa yang nak deco rumah kasi comel-comel boleh pilih macam-macam hiasan dekat sini. Home is WHERE our Story Begins :) hiks hiks malu pula rasa nak hanging plat ni. 


Dekat sini ada banyak sangat frame yang unik-unik. Harga memang murah korang datang je pilih mana 1 korang suka. 


Siapa nak cari bekas lilin yang comel-comel meh sini juga. Banyak sangat ~ All is favorite liz. Alan memang tahu liz suka lilin jadi dia rekemen macam-macam bekas lilin sampai liz tak tahu nak pilih yang mana. 


Ada banyak paper bag yang cute-cute juga dekat sini.


Pelbagai jenis saiz tali ada dekat sini. Korang tinggal pilih dan bayar je hah. 


Siapa yang tengah semangat decorate new year diary planner tu boleh cari sticker murah dekat sini. Belum lagi liz tunjuk wall paper yang cantik-cantik. Giler korang nanti tak nak keluar dari kedai ni. 


Ada Jelly Sticker OMG supper cute warna dia striking. 


Penyepit baju boleh penyepit hidung pun boleh ~ Banyak nya supper cute decoration penyepit-penyepit ni!


Siapa yang nak buat birthday party nak guna tissue cute mute macam ni pun boleh datang sini beli. Liz tak faham kenapa semua benda nak buat jadi cute!


Okay liz dah tak larat nak upload gambar yang comel-comel dalam blog ni. Kalau korang nak tahu apa lagi yang ada dekat dalam Kaison ni boleh la ke Kaison Setia City Mall. Level berapa pepandailah korang p check dekat maps Mall mereka ye. 

Good Nite. Esok kerja! 

1 comment

  1. I really like your writing style, good info, thank you for putting up :D.

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.