KESAN SPIRULINA CERTIFIED ORGANIC

7 Jan 2016

KESAN SPIRULINA CERTIFIED ORGANIC | Assalamualaikum beautiful girls. Hi, new info to share with you girls. Liz bukan nak terangkan apa itu spirulina, kalau korang nak tahu apa itu spirulina korang boleh google ye. 

Blogspot entry liz hari ni simple as ABC sahaja iaitu nak kongsikan kesan Sprirulina Certified Organic terhadap badan liz. Kalau korang dah tahu apa fungsi sprirulina ni mesti korang pun akan beli juga lepas ni. Jenama apa terpulang, pandai-pandai lah korang buat pilihan ye. Tapi untuk pengalaman liz dah cuba spirulina dari Certified Organic. 


Setiap hari kena makan 10 biji. Tapi liz ambil langkah berjaga-jaga memandangkan liz takut kalau sprirulina ni tak sesuai dengan liz. Jadi liz mulakan dengan mengambil 5 biji sehari. Kemudian 3 hari kemudian liz rasa tiada kesan yang buruk makanya liz pun ikuti saranan dekat botol ni tulis 10 biji sehari. 

Kesan ketara paling best liz rasa ialah biological clock liz aktif giler. Bila bunyi je locen phone liz terus automatiknya bangun dan pergi solat. Setiap apa dalam fikiran dah rancang terus buat tanpa berlengah. Seriously benda ni ubat KERAJINAN ke? Untuk kulit pula liz tak nampak apa-apa yang beza. Manfaat sprirulina ni banyak sangat-sangat dan bagus khususnya untuk badan, liz dapat kesan hanya dengan 1 botol dengan kerajinan hehe ~ Pelik ke?

Mula-mula seronok lah lepas tu rasa malasnya nak telan 10 biji sehari. Heheh ~ makanya setelah habis sebotol ini liz terus tukar kepada supplement yang baharu pula. Iaitu Chlorophyll yang dalam bentuk cecair. Kesanya tiada lagi, bila dah ada nanti liz share semula. 

Dan apabila dah stop makan sprirulina ni liz kembali kepada liat nak sedar bangun pagi. Bangun then baring semula kemudian bangun then baring semula sampai la kadang-kadang dah dekat nak habis waktu. Agaknya toxin pun banyak dalam badan buatkan jadi malas? Really? Korang buatlah kajian sendiri ye.  



Selamat mencuba. 

1 comment

  1. I’m not that much oof a internet reader to be honest butt your blogs
    really nice, keep it up! I'll goo ahead and bookmark your website to come back later on. All the best

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.