MINI DRESS WITH HIJAB LOOK

28 Feb 2016

MINI SKIRT WITH HIJAB LOOK | Assalamualaikum semua. Ahad ni liz keluar juga rumah pergi ke SACC Convention Center untuk ke Pameran Pengantin 2016. Walaupun muka tengah on recover dan cell baru tengah dalam proses repairing tetap juga keluar semata nak merasa pengalaman pergi ke Pameran Pengantin. Mungkin sebab takda idea nak mulakan persiapan perkahwinan macam mana. Dengan harapan ke sini semoga mendapat ilham untuk mulakan persiapan perkahwinan daripada mana. Where should start? Pelamin / Baju / Catering / Dewan dan lain-lain. Memang tak reti la kan, bukannya ada pengalaman pun. Dan outfit yang liz pilih hari ni untuk ke Pameran Pengantin ialah sesuatu yang liz tak pernah cuba. Mini dress with hijab?

Liz ada banyak mini dress yeah tbh i'm not a good muslimah yet. But i'll always try to be better and much better onward. Dan yeah please take a look at below pictures Yay or Nay:




Pale skin without make up. Really don't like it because I love make up so much. Kerana akur dengan nasihat Dr. baiklah ku turuti juga. Nampak glowing dekat dahi dengan pipi bila terkena panas sekejap tadi. And yeah sambungan Mini Dress liz ialah yang biru bercorak macam kulit ular sawa sikit. Matching with top singkat berbanding gayakannya dengan jaket sebab dress ni sleeveless. Untuk nampak keayuan dalam image ni liz pakai dengan skirt hitam straight cut. Andaikata korang nak nampak sedikit catchy dalam image korang boleh match kan with pants.  

Dan liz sangat selesa dengan apa yang liz pakai. So guys please let me know if you guys got something good to be share on how to meet match mini dress for hijabis. Bye. See you in next OOTD look. 


Slot terselit:

Last tempek 1 muka liz duduk dekat pelamin kristal gitu. Liz rasa konsep ni cantik dan masih baru dekat Malaysia daripada pelamin, meja makan, meja potong kek semua nya konsep ala-ala kristal gitu. Tapi ni bukanlah kristal betul, dibuat daripada bahan acrylic kalau tak silap kakak tu cakap tadi. Dan lampu-lampu nya tak guna elektrik dan ada bateri sendiri sebab kalau guna elektrik risau power terlalu kuat boleh menyebabkan benda-benda tak best terjadi.

Tapi best kut. Rasa macam kalau buat konsep princess elsa ni memang cool giler lah. 

6 comments

LEAVE COMMENT HERE.