ACCUTANE TU APA |
Sebelum ni liz selalu panggil pil purple tu Vitamin A, alah pil yang
liz makan untuk merawat jerawat yang banyok dekat muka ni hah. Tapi hakikatnya
A tu untuk ACCUTANE! Nama sebenarnya lagi ialah Isotretinoin, powerful drug
used in treatment of acne. Kandungan pil purple ni ada synthetic vitamin A yang
membantu untuk drops bacteria count dalam follicle. Kalau sebut dadah yang
hebat untuk mengubati jerawat rasa macam scary pula. Laa jangan lah takut,
dadah dengan ubat kan geng. Macam mana bentuk pil tu? Boleh klik baca dekat sini .
Disebabkan ramai
yang tanya liz pasal kehebatan pil purple ni, jadi meh la liz terangkan pada
korang. Tolong sayang liz lebih sikit tau, liz dah buat research ni special nak
terangkan dekat korang. Antara soalan paling famous liz dapat dekat whatsap
adalah seperti di bawah:
1.
Apa fungsi Accutane ni?
Sebenarnya
liz pun tak tahu macam mana Accutane ni bekerja dalam badan manusia, tapi kesan
nya ialah melawan 4 penyebabnya berlaku jerawat. Membantu mengecutkan kalenjar
minyak, mengurangkan bakteria jerawat, mengurangkan keradangan & membantu
menghalang liang pori tersumbat.
Sumber
Google.
2. Berapa lama kesannya untuk lihat perubahan?
Kesan
perubahan ni bergantung kepada individu itu sendiri. Liz ada baca pengalaman
orang dekat Google, bulan pertama jerawat semakin menjadi-jadi, memecah
sana sini. Ada orang takda apa-apa kesan pada bulan pertama. Pengalaman liz sendiri
pula, liz nampak perbezaan ketara pada bulan kedua. Clog pore tu semakin
jernih, timbulnya jerawat-jerawat yang aktif je. Yang segan hidup mati tak mahu
tu hilang mengecut dah. Bibir pun semakin mengering, itu normal sebenarnya
sebab Accutane ni macam menyerap air dan minyak dalam badan. (Mungkin lah)
Kadang-kadang mata rasa kering, pedih lepas tu penglihatan semakin kabur pun
ye. Eah yeke? Entah-entah diri sendiri semakin rabun sebab kerja mengadap
computer je. Bibir merekah, pernah sekali berdarah, punya dasyat Accutane ni.
Lepas tu minum air banyak-banyak dan banyak-banyak. Pulih dan pulih dah, muka
pun semakin bersih. Sebab jerawat baru takda naik. Hanya yang kekal je masih
ada susah nak hilang sebab ada yang dah tersumbat dalam kulit. Jadi liz buat
extraction iaitu pergi klinik dan beauty consultant tolong pecahkan. Wow
getting better lepas tu.
3. Berapa lama liz dibawah Accutane ni?
Liz
amalkan rawatan Accutane (pill purple) ni selama 4 bulan. Sebab liz dah tak
tahan, mata semakin kering. Sangat-sangat mengganggu penglihatan liz. Liz
berhenti, dan jerawat pun sebenarnya memang dah takda tapi keradangan tu masih
ada. PIH merah-merah dekat muka, parut tu ada lah juga.
4.
Jerawat akan naik tak kalau berhenti makan
Accutane?
Bergantung
juga pada pemakanan dan penjagaan kulit. Dekat liz, ada je jerawat naik 1 2
kadang-kadang tu. Normally during period time, kiranya tak lah teruk sana sini
jerawat macam dulu. Dan yang banyak ialah PIH. Ya Allah, bila nak hilang PIH
ni. Apa tu PIH? Boleh google sekarang, jangan malas!
5.
Kesan sampingan pengambilan ACCUTANE?
Kesan-nya
selain mata rasa kering, bibir merekah, kulit mengelupas, kadang-kadang ianya
juga boleh mendatangkan keletihan. Lagi satu nak bagitahu, kalau korang
planning for pregnant memang kena stop ambil Accutane ni sebab dia kan defect
dekat baby.
6.
Berapa lama liz ambil pil purple?
Jawapannya
4 bulan. Hope tiada siapa whatsap liz tanya benda ni dah. Terima kasih girls
baca blog liz. Anything you guys boleh email dekat liylizyusof56@gmail.com atau drop je
komen dekat ig. Liz tak layan orang yang whatsap liz kalau tak kenal. Korang boleh komen je dekat ig tu, liz akan reply, cuma mungkin lambat sebab liz bekerja. kalau dulu pop terus asap reply. Liz sayang korang yang baca blog liz. Terima kasih sangat. Muax!
Sekarang dan 2014.
Liz tak flawless, please jangan tanya tips flawless. Segan! Liz bersyukur asalkan kulit tak rasa panas, dan tersumbat. I still can tolerate if got 1 or 2 acne but I wish and always dream to get a flawless skin too. If you guys ada tips, please do share with me, liz nak tulis dekat blog dan share our experience dekat sini. ♥
Notes: Sekarang ni liz pakai Mary Kay pore minimizer dengan dermabrasion untuk hilangkan parut dan kecilkan pori. Kalau korang berminat juga nak beli boleh wasap 010-2276292
Notes: Sekarang ni liz pakai Mary Kay pore minimizer dengan dermabrasion untuk hilangkan parut dan kecilkan pori. Kalau korang berminat juga nak beli boleh wasap 010-2276292
Mana nak beli pil ni kat area shah alam.. Pg farmasi semua kata x boleh jual
ReplyDeleteMana nak beli pil ni kat area shah alam.. Pg farmasi semua kata x boleh jual
ReplyDeleteKne ambil dgn Dr. Klinik. Ubt ni under control xleh ambil suka hati without Dr. consult
DeleteSaya nk tanya.. Saya lelaki klau ambil ubat ni bole ke bersama isteri saya?? Ada kesan sampingan kpd sperma tak?
ReplyDeleteNak tnya , berapa harga accutane ni dgn doctor?
ReplyDeleteSalam, Liz masa stop accutane ni stop terus mendadak atau berperingkat? Saya baru guna dekat sebulan. Pedih kering kulit kaki dah macam kulit orang tua. Risau pulak nak teruskan guna.
ReplyDelete