MR. TUKTUK SUNWAY PYRAMID | TEMPAT MAKAN MENARIK SUNWAY

26 Jun 2016

MR TUKTUK SUNWAY PYRAMID | TEMPAT MAKAN MENARIK SUNWAY Assalamualaikum 

Eh bayangkan lah cepat rasa ais krim tom yam tu! Tak pun cuba bayangkan ais krim Green Curry. Sekarang bayangkan! Mesti mata korang tengah berada di atas dan mulut sambil ternganga. Hahhah tutup mulut cepat. Bulan puasa ni, tak pasal pula masuk lalat nanti.

Memang aneh giler la pasal ais krim ni sebab perisa tomyam & green curry di buat ais krim. Terlupa pula ada lagi 1 perisa ais krim dekat sini iaitu Thai Ice Tea, sedap tau sebab kombinasi rasa yang ditabur dengan kacang badam. Nikmat! Hanya di Mr. TukTuk ada menu ni tau. Jadi kalau nak mencari makanan yang special-special dari biasa memang kena datang makan dekat Mr. Tuk-Tuk sebab bukan setakat ais krim Tom Yam atau ais krim Green Curry je yang hangat diviralkan tapi ada banyak lagi Thai Street Food yang sebelum ni liz tak pernah makan dapat juga merasa bila datang ke Mr. TukTuk. 


Sebelum liz bercerita lanjut pasal makanan Thai dekat bawah ni meh nak bisik sikit dekat telinga korang. Kalau korang pergi makan dekat Mr. TukTuk Sunway Pyramid sebelum atau pada 30 June 2016 korang boleh beli ais krim ni dengan harga RM1 sahaja dengan setiap pembelian set menu, nasi atau mee dekat sini. Hanya di outlet Sunway ye korang. 


PR2 Thai Special Platter RM23.80

Untuk menu set Thai Special Platter ada 2 menu set yang korang boleh pilih sama-ada nak PR1 atau PR2.  Pilihan liz ialah PR2 sebab liz suka rasa kuah satey dia yang unik dari rasa kuah satey Malaysia. Kuah satey dia lebih rasa serai dan ada rasa rempah sikit. Bila makan dengan ayam madu tu lagi la terangkat rasa dia tau. 

Di bawah ni pula Set Menu SM2 RM17.80


Untuk Set Menu ada 4 pilihan SM1, SM2, SM3 & SM4. Gambar set SM yang lain korang boleh refer dekat bawah sekali nanti okay. Liz akan letak gambar menu book Mr. Tuktuk. Di bawah Set Menu ni semuanya ada nasi, jadi kalau perut korang ialah perut Asia macam liz ni mesti tak sah kalau tak makan nasi betul tak? Liz pilih SM2 sebab liz nak makan manggo salad, dah pun Thai Street Food jadi macam tak lengkap rasanya kalau liz tak pilih menu yang ada manggo salad ni. Dan juga sebab ayam pandan! Wangi okay kalau makan ayam dalam daun pandan. 


Thai Pomelo Salad RM11.80

Menu ni wajib order sebab ini ialah makanan Thai yang memang best dan unik giler. Liz pertama kali makan Pamelo Salad, hah sedih giler sebab memang tak pernah cuba sangat makan Thai sebelum ni. Jadi Pamelo Salad ni memang menu yang memecah selera. Kalau dalam menu ni depa letak salad, tapi bahasa kita panggilnya kerabu. Kirannya ni kerabu buah barli. Best sangat!


Thai BB! Lamb RM11.80


Tom Kha RM8.80 

Ini namanya Tom Kha, memang nama makanan thailand betul. Rasa dia macam gulai santan tapi tak pekat macam gulai kita orang melayu. Boleh pilih nak isi ayam atau seafood. Macam liz memang pilih ayam sebab alahan dengan Sea food. Yang ni kalau korang order, makan dengan nasi putih tau. Memang sedap habis!


Tuk Tuk Noodles RM8.80


Lab Khai RM9.80

My healty food ni. Tengok pun tahu sayur sekeliling. Memang wajib makan la yek benda ni kalau siapa nak diet tu haha. Sayur banyak, kesihatan pun bertambah terjaga gitu. Menu ni sesuai kalau makan sambil bual-bual, sedar-sedar je dah habis. Nak makan ni senang je, buat bungkusan macam makan sirih tu. Nah seketul gambar macam dekat bawah ni:


Sedia sumbat masuk mulut!


Fried Kangkung RM9.80

Yang ni ialah menu kudap-kudap sambil bergosip dengan my #ajlaasisterhood sambil makan sambil cerita pasal ayam gembira. Korang tahu la Kak Illy tu ada je benda yang pelik-pelik dia cerita, hari tu pasal kucing. Kali ni gathering cerita pasal ayam gembira pula. Katanya ayam gembira tak duduk dalam sangkar. ayam gembira terbang-terbang! Hahaha ~ layankan jeala kakak sorang tu. 

Semua menu banyak tu memang tak habis kalau makan sorang-sorang uit. Liz makan berempat dengan kakak-kakak bawah ni. Okaylah yek, nak siap-siap pergi cari tempat melepak lagi ni. Bye See you soon in next post. 



Details:
LocationMr Tuk Tuk
LG2.27, Sunway Pyramid (opposite Cold Storage)

FB : Mr Tuk Tuk 
IG @mrtuktuk_my





Makan punya sampai lupa minum air! Haha ini ialah air pilihan kami, Kak Illy dengan Kak Liliy mesti pilih Tea. Liz dengan kak Ayue go with fruit water. 

Byeeee! Lambat dah ni nak keluar jari tak habis-habis nak menaip!
Stop ! ~~

Assalamualaikum

2 comments

  1. Harga ok.. pepehal mesti tgk harga dulu..hahahaa

    ReplyDelete
  2. hahahaha. ayam gembira tu kira dia tak stress lah duk dalam sangkar dia hidup kawasan besar boleh socialize dgn kawan2 dia boleh gerak bebas haha <3

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.