PENGALAMAN HIV TEST DI KLINIK KESIHATAN SHAH ALAM

11 Sept 2016

PENGALAMAN HIV TEST DI KLINIK KESIHATAN SHAH ALAM | Assalamualaikum semua .. 

Sebelum liz kongsikan pengalaman HIV test liz buat pada Khamis lepas, liz nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam yang menyambutnya. YAY! Selamat Hari Raya.

Alhamdullilah minggu lepas kami berdua dah berjaya adakan masa untuk buat ujian HIV ni bersama-sama. Ada juga kawan liz yang cakap, ngaga-ngada nya liz ni buat ujian HIV pun nak buat sama-sama. Gedik betul! Hahaha sokmo gitu.

 Buku soal jawab dan borang.

Liz boleh je nak buat sendiri tapi sebab rezeki we stay dekat area yang dekat dan kebetulan masa tu dia clear kan AL dia. Why not kan, dan sebenarnya liz rasa mesti ramai yang wish untuk lalui semua proses bersama-sama jika diberikan peluang ni. Melainkan korang PJJ. (Percintaan Jarak Jauh)

Tak pasti sama-ada berpeluang ke tidak untuk dapat nombor ujian HIV di Klinik Shah Alam Seksyen 7 pada hari tu, sebab malan cakap dia baca di someone blog tulis setiap hari hanya 30 nombor sahaja dikeluarkan. Pagi 15 dan petang 15. Tapi tak pasti sekarang ni masih bilangan yang sama atau dah besarkan jumlah bilangan tu.

Masa kami pergi tu after lunch, malan ambil liz dekat pejabat dan lunch sama-sama dekat area Seksyen 7. Sharp pukul 2 dah sampai sana tapi nak cari parking susah, lebih kurang 15 minit juga baru dapat parking. 

Rasa macam dah lama tak bau hospital. Terus ke kaunter pertanyaan dan liz baru sebut saya nak buat "ujian" terus kakak dekat kaunter tu borang dan buku soal jawab. Lelaki punya buku warna biru dan perempuan warna pink. Kami kena tulis nama dalam buku log, masa tu nombor liz ialah 45, mungkin liz orang yang ke 45 untuk ujian HIV pada hari tu. 

Tunggu la giliran untuk membayar.

RM 1 sahaja. 

Dah siap bayar. Bawa borang tadi dan letak di dalam kotak bitu tu. 
Nanti diorang panggil nama dan korang boleh masuk ke dalam bilik tu. 

Laaa ambil darah dekat hujung jari je ke? 
Selalu tengok orang ambil darah siap isi dalam tube lagi. 
Masa masuk ni, Dr. "Jari kanan please" "Result ambil 5.15" 
Liz yang rasa macam baru duduk then dah siap. Urkkk sempat cakap 
"Terima Kasih" itu je. 


Rasa nak tergelak pun ye dengan proses yang sepantas kilat tu. Dalam 1 jam je la siap, then kami balik dulu dan liz sambung buat kerja dulu dekat pejabat. Jam 5.15 baru datang semula ke sini ambil result. 

Bila ambil result ni pun rasa kelakar juga, eah sekeping macam tu, takda pun tulis negative ke positive ke. Cuma ada cop dan tanda tangan. Layankan saje lah sebelum nurse ni campak kasut dia dekat mulut liz yang banyak tanya. Buku yang isi banyak-banyak tadi tidak dipulangkan sebab akan dijadikan simpanan catatan di sana. 

Liz masih lagi terpinga-pinga sebab kenapa dekat blog lain ada yang sekali buat ujian Thalasemia, mungkin ke klinik lain berbeza-beza? Cuma malan cakap, kalau nak buat Thalasemia test dekat klinik biasa pun boleh cuma HIV test memang wajib di klinik kerajaan. 

Korang pula macam mana? 
Share la pengalaman korang sikit kat bawah komen ni. Nak tahu juga.




 

8 comments

  1. Teringat pulak kenangan time buat test ni dulu, buat sesame husband jugaq dulu, hehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kenangan juga tu sama2 menuju ke arah perkahwinan kan

      Delete
  2. tu la masa amik rupanya cucuk hujung je..hehee..

    ReplyDelete
  3. nk tny ari jumaat buka x utk hiv test ?

    ReplyDelete
  4. nak tanya . saya pun dapat sekeping je kertas takda tulis negatif ke positif dan hanya cop dan tandatangan sahaja . macam mana nak tahu keputusannya macam tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bila approve tu means negative tu, kalau positive mesti dia dah bt nex appointment dgn awak

      Delete

LEAVE COMMENT HERE.