REVIEW: ORGANIC NORAH HAIR REMOVAL

11 Sept 2016

REVIEW: ORGANIC NORAH HAIR REMOVAL  | Assalamualaikum adik manis.

Bila tiba masanya nak jimat kos dari pergi ke SPA, apakata kita buat wax ni sendiri dekat rumah. Kalau korang ni pengguna instagram yang tegar mesti perasan dengan jenama organic wax dari Norah ni sebab merata-rata instafemes duk share benda ni. Bukan setakat depa je share tapi selebriti Malaysia seperti Nazim Otman, Nora Danish dan lain-lain lagi. Oh by the way nak ucapkan selamat pengantin baru dekat Nazim. Taniah!


Jangan duk kalut lah risau tak reti nak guna macam mana. Sebab depa akan bagi nota kat korang supaya boleh dibuat rujukan. Apa yang liz dapat ialah 15 helai kain cotton, 4 batang kayu aiskrim tu, dan madu Norah sebotol. 

Cara guna dia pun senang, bukannya susah sangat pun korang baca je la nota dekat atas tu. Cuma nak tunggu madu tu dicairkan je agak lama, korang boleh jemu baju sampai siap dulu. Tak pun makan nasi pun boleh habis 2 pinggan dulu.

  Letak dalam bekas macam ni ye dengan air. Jangan lupa buka penutup tu supaya senang boleh gode-gode tengok dah cair ke belum.

 Dah cair, angkat dan masukkan dalam mangkuk. 
Air panas tadi masukkan sekali dekat dalam mangkuk tu. Supaya dia kekal panas. Kalau tidak madu wax Norah ni cepat beku. Wax ni best sebab tak sakit pun.

Harga dia RM35.00 sahaja. Murah dan boleh guna lama. Ikut korang la nak guna dekat mana sekali pun kalau nak tengok review dan contoh cara-cara yang lebih detail korang sila la ke Instagram : Organichairremoval 

Selamat ber wax ... 

   



3 comments

  1. Ika tak pernah cuba hair removal cara wax lagi. Tapi nampak mcm bestt je liyliZ

    ReplyDelete
  2. Hihiii.. Finally, Liz beli dah Wax ni. Pika pun wax sendiri je dekat rumah. Tang mana?? Sssshhhh.. rahsiaa~

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.