REVIEW :TROPIKA MOMMY SPA | AROMATHERAPY MASSAGE CREAM

24 Oct 2017

REVIEW: TROPIKA MOMMY SPA | AROMATHERAPY MASSAGE CREAM 

Assalamualaikum semua bakal ibu dan ibu-ibu semua. Lamanya liz peram entry post ni dengan korang semua. Sepatutnya liz nak share benda ni dengan korang pada bulan September hari tu tapi sesuatu yang tak dijangka pula berlaku. Jeng - Jeng - Jeng baby nak keluar awal 2 minggu, sepatutnya due date dia 3 October tapi manatau cikecit ni tak sabar tengok dunia dah dia. Memang agak mengejutkan diri ni tapi Alhamdullilah sebab semua persiapan semua dah lengkap. Terutamanya persiapan mental dan fizikal si ibu. 

Jadi buat semua ibu-ibu yang bakal melahirkan bayi tu, liz harap sangat korang jangan ambil mudah dengan keadaan kesihatan korang. Walaupun kita rasa sakit yang simple-simple tapi kesan nya sangat-sangat besar untuk persiapan ibu yang nak bersalin. Jangan sesekali ada rasa STRESS tu. Jangan biarkan diri tu kalau ada rasa lenguh-lenguh, sengal-sengal badan ke, pening ke, loya ke jangan dibiarkan. Memang lah tu ialah alahan orang mengandung tapi korang tahu tak yang semua tu boleh di atasi? 

YES! Perlu di atasi sebab kita bila nak bersalin kena ada suatu rasa semangat ceria, badan yang sihat dan fikiran yang tenang. Bila kita mengandung ni tak semua minyak kita boleh pakai, tak semua minyak angin kita boleh sapu. Please Alert! Sebab minyak yang terlalu panas boleh memberi kesan pada kandungan kita. Tapi dalam masa yang sama si ibu pula sakit-sakit badan, angin badan sana sini semua kan? Bagi yang bekerja macam liz ni, mesti korang tak boleh lari dari rasa lenguh-lenguh badan kan?



Apakata korang cuba Tropika Mommy Spa Aromatherapy Massage Cream ni. InsyAllah korang akan rasa tenang, rasa hilang semua lenguh-lenguh badan / loya / pening / angin yang ada dalam badan. 


FUNGSI TROPIKA MOMMY SPA MASSAGE CREAM

 membantu mengatasi rasa loya dan pening.
 mengurangkan rasa kejang kaki (cramp).
 melegakan lenguh badan. 
 melegakan sakit pinggang.

 melegakan bengkak kaki
 melegakan semput nafas 
 melegakan sembelit 

Nota: Paling penting ialah bahan-bahan semula jadi sahaja digunakan dalam produk ni.  Jadi memang dijamin selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

Bahan Tropika Mommy Spa Aromatherapy Massage Cream 

Aqua (water), Cocos nucifera (Coconut) Oil, Eucalyptus Globulus Leaf Oil, Syzygium aromaticum (Clove) Oil, Citronella (Serai Wangi) Oil, Capsicum annuum Oil, Nigella sativa (Black seed) Oil, Zingiber officinale (Ginger) Root Oil, Menthol, Sodium Polyacryloydimethyl Taurate, Hydrogenated Polydecene, Trideceth-10, Phenoxyethanol.



Apa yang best lagi pasal cream ni, selain bau dia yang memang wangi giler dan menenangkan hidung lagi-lagi yang tengah loya-loya tu kan, cream ni juga tak melekit. Kalau pakai dekat pejabat, dekat dalam kereta pun tak payah rungsing nak basuh tangan. Based cream ni berasaskan air dan mudah menyerap ke dalam kulit. Macam pakai lotion je tapi kesan nya macam minyak angin tau. Sumpah selesa dan sesuai untuk wanita moden yang nak mudah dan cepat. 

Baru-baru ni lepas bersalin liz kerap kena sembelit, kena pula dekat rumah mertua. Adoii ubat untuk lancarkan sembelit tak bawa pula. Suami pula dekat KL kerja, kita ni dekat Pahang. Nak bergerak ke bandar tak da kenderaan pula. Adooii sumpah sengsara weh bila rasa nak berak tapi terpaksa tahan takut jahitan terbuka kalau ter-teran kuat nanti. Tah macam mana option yang ada cuma cream massage aromatherapy dari Tropika Mommy ni. Cuba-cuba je la sapu dekat belakang pinggang, liz sapu dengan tengah-tengah pinggul dan juga buntut. Dengan harapan dapat kurangkan rasa tak selesa tu. Memang ajaiblah, berhasil kut. Rasa ringan sikit buntut walaupun hakikatnya tah berapa gram sisa toksin yang tersimpan tu. 



Dalam pantang ni selain pakai buat lega kan sembelit, liz selalu sapu dekat tumit kaki dan beberapa kawasan kaki yang rasa sengal-sengal. Bila malam pula kaki kita ni tak lah rasa sejuk sangat kaki, lagipun bahagian kaki ni kita memang kena jaga betul-betul bila selepas bersalin ni. 


100 gram RM49.90 

Untuk rangkaian produk Tropika Mommy Spa ni ada beberapa jenis lagi product yang lain, selain Aromatherapy Massage Cream, ada juga Belly Cream dan juga Post Natal Massage Oil. Liz baru cuba Aromatherapy Massage Cream je, kalau ada rezeki nanti nak cuba pula produk yang lain. Tak sabarnya! 

Korang, jangan lupa selalu-selalu lah pergi check dekat website atau Facebook Tropika sebab diorang selalu juga buat promosi tau. Hari tu dorang buat promosi beli 1 percuma 1. Rugi pula rasa terlepas dateline promosi tu, kalau tidak dapat jimat banyak kan.

Sedikit info pasal Tropika Beauty 

TROPIKA adalah perniagaan yang ditubuhkan oleh kalangan keluarga lebih kurang 7 tahun lamanya, dan menggunakan bahan semula jadi dan aromaterapi dalam produk kesihatan. Dengan menggunakan sifat-sifat alam semula jadi dan ramuan sumber secara etika, perniagaan ini telah membangunkan pelbagai produk penjagaan kulit dan urut yang berjaya. Pasaran sasaran mereka adalah bakal ibu, ibu baru dan anak-anak mereka serta produk semulajadi untuk orang dewasa. Yakin selamat dan halal tau digunakan. Kalau nak tahu lebih detail lagi pasal produk-produk dari Tropika Beauty jangan lupa jejak ke detail di bawah:



6 comments

  1. eh macam best je..nak carila..badan akak tengah lenguh2

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Mg selesa sbb bau dia pn da bt rs nyaman. Kesan dia mg trasa kesannya

      Delete
  3. Boleh syorkan untuk suami belikan masa berpantang nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. mg elok cream ni, sakit tumit pun letak hilang tau. sbb lps bersalin ni kerap juga sengal2 sendi lagi2 bila cuaca sejuk

      Delete

LEAVE COMMENT HERE.