BALM UNTUK BAYI | TASNEEM NATUREL

20 Jan 2018

BALM UNTUK BAYI | TASNEEM NATUREL 💗

Assalamualaikum korang! Macam-macam perangai budak nak membesar ni kan, hari ni 19 January genap Muzaffar masuk usia yang ke 4 bulan.  Baby nak membesar ni memang banyak ragam yek korang? 

Lagi-lagi ibu yang baru dapat anak sulung ni, jadi banyak benda kita kena try and error betul tak? Walaupun kita selalu dengar pengalaman ibu-ibu yang lain tapi sebenarnya apa yang sesuai dengan anak dorang tu tak semestinya sesuai dengan anak kita. Macam apa yang liz nak kongsikan dengan korang ni pun ialah perkongsian baharu yang liz cuba apply kan pada Muzaffar. Macam kita juga lah, setiap produk kena cuba baru tahu rasi ke tidak dengan kita kan? 

Sejak hantar Taska seminggu ni Muzaffar semakin aktif, sampaikan tecer dia dekat school tu tidur kan dia kena bendung dia sebab dia tak mahu tidur mungkin sebab dia tak biasa dengar riuh-riuh suara baby yang lain. Sebelum ni mak liz mengasuh dia dekat rumah selama sebulan kiranya macam pra asuhan lah sebelum hantar ke Taska, okay je dia tidur tekangkang sana sini. Then last try baru ni bila tecer Muzaffar sapu kan Balm Tasneem Naturel pada Muzaffar. 

Tak sangka pula mood dia berubah baik dan lebih tenang. Mungkin sebelum ni Muzaffar rasa macam dunia asing bagi diri dia nak suai kan dekat Taska tapi bau Balm dan rangsangan dari balm tu buat Muzaffar rasa tenang dan selesa. Bayi kita ni ada perasaan insecure tau, walaupun dia kecik lagi tapi dia ada instinct yang kuat dalam diri dia. Sebab tu bayi ni dia memang selective orangnya tau.


Bukan semua orang boleh jaga, sebab tu pengasuh bukan senang nak cari. Kalau dia dah rasi dengan orang tu, dia susah nak terima orang lain. Sama juga macam produk, kalau dia dah rasi dengan sesuatu produk tu dia mesti nak guna yang tu je. Ada juga yang bila dah beralih usia, selera pun bertukar. Macam tu juga la bayi, kalau dulu kita biasa gunakan minyak angin, sekarang ni beralih arah pada balm pula la yek sayang. 

Setiap semua barang baby liz memang akan pilih NATURAL punya bahan. Dan penting sekali ialah kelulusan KKM, korang jangan buat giler pakai kan anak produk yang tak da kelulusan KKM eah. Tak tertanggung insurance nanti nak uit. 


Kenapa banyak sangat liz punya Balm Tasneem Naturel ni? Sebenarnya kalau korang beli 1 rugi. Bila beli banyak kita dapat banyak diskaun jadi korang kalau nak beli, silah beli ke-4 balm ni semua.

Sebelum buat keputusan korang nak beli ke tidak, mehla liz cite sikit pasal setiap balm yang liz ada ni. Korang nak mulakan dari mana? Sebab banyak kan, jadi macam pening la hi pula nak mulakan yang mana. 


Calm Time Balm : Calm time balm ni fungsi dia memeberi kesan keselesaan pada baby bila kita guna sebab dia ada pati tulen lavender, korang pun tau kan wangian lavender sangat menyenangkan. Lepas tu dia ada bergamot, frankinsense dengan marjoram. Sebab tu bila guna balm ni baby kita rasa lebih tenang dan ceria. Ini antara favorite baby-baby tau. Balm ni boleh guna tak kira masa. 


Sleep time : Kalau siapa-siapa anak dia susah tidur malam, korang boleh cuba balm sleep time ni sebab dia ada pati Cedarwood, Vetiver, Roman Chamomile dan Ylang Ylang. Bahan-bahan ni memang khusus untuk melenakan bayi di malam hari paling afdal lah hihi. Kalau tidak nanti korang pergi kerja tak cukup tidur pula. Jujurnya liz tak guna sangat balm sleep time sebab Muzaffar memang waktu tidur dia ialah malam. Dari pukul 10 malam sampai subuh pagi. Kalau liz atau suami tak kejutkan dia minum susu memang dia akan tidur selena-lenanya. So balm ni cuma standby je just in case kalau nanti waktu tidur dia beralih waktu.


CF RUB : Yang ni special untuk bantu parents yang tengah berhadapan dengan anak demam, batuk dan selsema. Dalam dia ada lemon tau, kan korang mesti selalu dengar petua mandikan anak dengan lemon kalau selsema or demam kan. Haa dalam balm ni ada lemon, jadi boleh gunakan juga pada anak korang untuk cairkan kahak dan melegakan pernafasan. Bahan yang lain pun ada juga tapi liz tak familar sangat fungsi dia cuma yang pasti pasal lemon tu tadi.


Tummy Time: Tummy time memang favorite Muzaffar lagi-lagi dia dah asyi ringan badan nak meniarap. Laju giler dia meniarap sekarang ni. Balm ni boleh gantikan minyak telon, tapi sebenarnya liz tak pernah pun gunakan minyak telon dekat Muzaffar sejak dia lahir hihi. Sebelum ni mengurut dia guna minyak kelapa dara je. Lepas dah jumpa balm ni, boleh la urut guna balm ni pula. Bestnya balm ni bukan saja boleh mengelakkan baby dari kembung tapi dapat membantu masalah penghadaman baby kita juga. Pastu sembelit pun boleh rawat sekali tau. Bahan dia ada serai, halia, benda dua ni asas yang wajib kut terkenal dengan kuasa membuang angin. Balm ni boleh sapu dekat tapak kaki dan perut. Sambil sapu tu rajin-rajinkan la buat urutan I Love you. Tak tahu? Cari kat Google okay banyak je contoh cara urut I love you ni.


Dah selesa! Cukup main, cukup makan, cukup rehat dan cukup tidur. Kalau nak jimat liz sarankan korang beli secara kombo sebab harga jimat banyak.






1 comment

  1. For most recent information you have to pay a quick
    visit web and on the web I found this site as a most
    excellent website for hottest updates.

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.