APA ITU BIGO LIVE APPS

APA ITU BIGO LIVE APPS | Assalamualaikum dan good morning 💓


APA ITU BIGO

BIGO LIVE–Live Stream, Video Chat, Make Friends - Apps on Google Play

BIGO LIVE ialah satu APPS yang boleh digunakan untuk live secara streaming dan direct terus kepada viewers. Sama seperti live di Instagram dan live di FB tetapi yang membezakannya ialah viewers sebab kalau di Instagram hanya kenalan yang follow atau friends sahaja yang tahu kita 

Di BIGO anda akan mendapat lebih ramai viewers sebab di BIGO sesiapa sahaja yang install apps BIGO boleh masuk ke ROOM anda. ROOM maksudnya ke account BIGO anda ketika anda live, dan anda tidak dapat kawal kemasukkan sesiapa sahaja untuk masuk & tengok kecuali jika anda kick dia keluar. HAH GITU!! 

KEBURUKAN DAN KEBAIKAN BIGO

Kalau tanya pendapat I, memang 90% keburukan yang ada di BIGO. Hanya ada 10% je lah yang live bagi content bermanfaat selebihnya content cari dosa. Sekiranya suami, isteri, anak atau kenalan anda install apps BIGO ni sila lah tanya dulu mereka. Install apps ni untuk apa ya? Kasi chance dulu mereka jawab. Hehehe ~ I pun install, kalau i tak install tak dapat I nak cerita dekat you all hari ni. 

I cerita pengalaman pertama I masuk APPs BIGO, I nampak ramai room perempuan seksi. Aku rasa macam masuk SYURGA BIDADARI DUNIA. Semua tu bukan live sesaja tau, live untuk dapat SAWER = Hadiah yang mana boleh tukar kan kepada duit (dollar singapore). 

Macam mana nak dapat SAWER tu, bila viewers masuk room you all dan you all berjaya buat viewers rasa terhibur dapatlah SAWER tu, rasa nak tukar nama kasi SEWEL je. 

Bahaya nya juga lagi bila ada yang buat live sambil drive, betul dekat Instagram/FB pun bahaya juga kalau live sambil drive tapi at least dekat medium tu kita ada kawan-kawan yang kenal kita boleh nasihat kan kita atau boleh alert kalau apa-apa terjadi dekat ketika live. Paling seronok kalau kena kecam kan, haha at least korang tak berani la nak live sambil drive. Tapi dekat BIGO ni lebih bebas, buat lah apa sahaja live yang korang rasa seronok dan boleh boleh dapat hadiah tu banyak-banyak. 

USTAZ BIGO pun ada, mengaji di BIGO pagi-pagi which ini salah satu content positive yang I jumpa. Ada juga content belajar kelas BI which boleh dapat hadiah, seronok lah kan kalau dapat ilmu-ilmu bermanfaat macam ni betul tak. 

Tapi sebaliknya content-content negatif lebih banyak daripada yang positif which COMPANY BIGO MALAYSIA sepatutnya lebih cakna dan banned content yang berunsur lucah, menjual diri, aktiviti berjudi dan aktiviti yang tidak bermoral. 

Dan kalau korang tanya I personally, memang I nak kerajaan Malaysia banned apps ni dari terus ada di Malaysia. Tapi macam tak da tindakkan apa-apa. Kalau dulu susah nak dapat sumber-sumber live yang menghairahkan sekarang ni dengan ada nya BIGO korang duduk rumah je cuci mata. 

Honestly, terlalu banyak negativity daripada positivenya. Pada I lagi, takda points langsung untuk seorang isteri live berbual di BIGO layan chatting dengan lelaki lain. Takda points juga untuk si suami berchatting layan orang lain bual. BIGO akan jadi bagus, sekiranya aktiviti melacur secara alam maya ni dihentikan segera. Dan kalau betul nak guna kan sebagai chatting apps live, ketatkan rules betul-betul. 

NOTES: IBU BAPA SEKALIAN, SUAMI/ISTERI SILA CHECK PHONE ANAK-ANAK & PASANGAN ANDA. JANGAN BIARKAN MEREKA TERJEBAK DENGAN PERKARA YANG MELALAIKAN NI. 

#doneuninstall 

0 Darlings:

Post a comment

LEAVE COMMENT HERE.