PENTING KE SURI RUMAH SENTIASA CANTIK

PENTING KE SURI RUMAH SENTIASA CANTIK |

Assalamualaikum semua, sebelum korang tengok nenek kita yang dah tua, sebelum korang tengok mak kita yang dah makin berkedut, sebelum kita tengok kawan-kawan kita yang dulu nya cantik tetapi kian hilang keserian mereka. Itu semua kerana faktor dan perubahan masa yang baru dan fasa baru untuk mereka semua.

Termasuklah diri liz, kalau sebelum ni liz single, melawa sana sini, lepas kahwin jaga suami jaga anak ada masanya lupa nak jaga diri sendiri. Rezeki kita semua tak sama, jadi usaha sebaik mungkin untuk hargai setiap masa yang kita ada.

Penting ke suri rumah sentiasa cantik? Kenapa tak penting? Kalau dulu walaupun kita dah berkahwin, tapi bila pergi kerja kita still nampak cantik bersiap kenapa duduk rumah tak boleh bersiap dan cantik. 

Kalau dulu perbelanjaan kita ada setiap bulan untuk skin care dan makeup kenapa selepas bergelar suri rumah kita lupakan semua penjagaan tu. Ya betul, pelbagai alasan kita boleh bagi dan create supaya orang faham kita ni suri rumah. Tapi kenapa tak kita berubah menjadi suri rumah yang berjaya. Liz dulu sejenis yang fikirannya kolot juga, bila tengok suri rumah kita faham mungkin sebab income takda jadi nak melawa nak ada me time untuk diri sendiri tu mungkin susah. 

Tapi sebab liz dah jumpa ramai suri rumah yang cantik-cantik dan liz tanya apa big why mereka. Kebanyakkan mereka cakap, salah ke kalau nak jadi suri rumah yang cantik dan bergaya dan kaya?.

Ya korang, kenapa kita tak fikir macam tu. Kenapa kita tak ubah mind set kita untuk fikir perkara yang positif macam tu. Kenapa kita suka letakkan imej kita sekarang disebabkan faktor anak, faktor suami dan faktor masa. Mungkin orang lain tak se-struggle kita tapi kita boleh ubahnya dan bandingkan diri kita dengan orang lain yang mampu buat. 

Liz taknak jadi suri rumah sebab liz rasa nanti liz hilang rasa seronok dan kebebasan di luar. Tapi liz silap, bila liz ubah fikiran liz cakap, liz nak jadi suri rumah yang cantik, yang berjaya dan yang bahagia dan kaya dunia akhirat. Liz rasa sangat seronok buat apa segala kerja yang ada dekat rumah ni. Dan curi-curi masa untuk me time.

Ramai suri rumah rasa dipression sebabkan pelbagai faktor, cari sebab dan selesaikan. Jangan biarkan sebab itu menjadi alasan untuk bangkit. 



Version bersiap dengan version tak bersiap. 
Kita perempuan pun suka tengok benda cantik betul tak, jadi apatah lagi lelaki.

Penting ke suri rumah nampak cantik? Jawapan liz ialah penting, sebab kita ni perempuan, jadi perempuan takda perkara yang lain melainkan fikir untuk rasa cantik dan nampak cantik. Hargailah diri kita sendiri, hargai lah usia kita yang kita sedang lalui sekarang. Be beautiful, be you. 

0 Darlings:

Post a comment

LEAVE COMMENT HERE.