28 Nov 2020

CARA TERBAIK PERTAHANKAN PEKAHWINAN

CARA TERBAIK PERTAHANKAN PEKAHWINAN |


       Assalamualaikum semua, alam perkahwinan ni ialah suatu alam yang memerlukan semangat kerjasama yang kuat. Serious talk! Dia macam teamwork. Kalau tak boleh bekerjasama, yes korang akan gaduh 24 hours, sering berkira dan saling tak puas hati. 



           Baru-baru ni liz ada baca sebuah majalah tentang tips-tips untuk pertahankan perkahwinan kekal bahagia. Haa jadi macam liz terlebih rajin sikit malam ni nak type tips ni maybe boleh memberi idea kepada suami isteri untuk perbaiki diri masing-masing.

    1 Hubungan yang sudah bertahun-tahun. Perlu sentiasa ingat tarikh-tarikh penting suami isteri. Kalau tarikh lahir pun boleh tak ingat, okaylah dah tua lupa kan. Okay tarikh penikahan ingat tak? Weh tak kan tak ingat date, malam pertama. Hahaha!!

    2 Ingat kenangan indah dengan pasangan. Normally lelaki memang mudah sangat lupa tentang benda-benda sweet ni. Dan kalau korang tanya liz, liz suka repeat berulang kali "abang ingat tak masa first abang jumpa saya?" heeh gitu.. Kadang-kadang ada masa liz hantar pic zaman-zaman bercinta. Throwback semula date yang rasa-rasa special tu. Kadang-kadang pic anak, supaya kita sentiasa ingat yang banyak memori indah bersama.

    3 Sudah terbiasa dengan sikap. Setiap dari kita ada sikap yang sejak azali yang susah giler nak ubah. Macam ni lah senang cerita kalau masa bercinta korang dah susah nak berkenan fikir dulu 10 x kalau kahwin nanti dia tak boleh ubah, korang mampu bertahan tak? Contoh lelaki kaki game, korang memang dah tahu yang dorang ni macam tu agak-agak lepas kahwin dorang nak ke stop? Liz pun ada sikap yang susah nak ubah, liz tak tahu lah bila nak pandai mengemas, dan husband liz pula ya kuat membebel bila tengok liz kelam kabut mengemas, dan YAS dia akan tolong. Dan yas, sometimes rasa ohhhamgie tak siap kemas lagi ni, cepat-cepat nanti abah balik bising. 

      4  Cari sikap baik pasangan. Carilah sikap baik pasangan untuk ubati hati yang tengah rasa bengang tu. Liz kalau bengang, merajuk kalah merajuk amuzz tu. Gituh, tapi tulah dah tua ni umur pun 28 kena la belajar terima sometimes, at the age benda remeh jangan sentap beriya sangat la yak.

        5 Kerjasama dua pihak. Dalam banyak-banyak benda, kerjasama ni paling penting. Ingat tau kita team work, pasukan yang sama. Sama-sama nak bahagia, takda sebab kenapa nak tunggu salah satu bertindak dulu. 1x kita bahagiakan orang, 9 x balasan bahagia kita dapat tau. 

Setakat ni baru 5 tips je yang liz berjaya baca dan ringkaskan untuk korang. Liz pun bukan jenis suka baca panjang-panjang ni tapi tips ni buat liz untuk sentiasa beringat ialah soon dah nak masuk 4 tahun anniversarry perkahwinan. Semoga usaha untuk bahagia masih membara macam masa mula-mula kahwin dulu. 


    

Post a comment

LEAVE COMMENT HERE.

Latest Instagrams

© Liyliz Yusof. Design by Eve.