25 Nov 2020

DAI DIKATAKAN MEROGOL SEORANG GADIS

DAI DIKATAKAN MEROGOL SEORANG GADIS | Assalamualaikum korang

   Musim hujan tanpa henti, begitulah juga dengan isu Da'i yang dituduh merogol seorang gadis yang kini berlarutan sehingga ke hari ni. Semakin hari, semakin ramai mangsa-mangsa yang dikatakan pernah kena 'flirt' dengan Da'i ni tampil memberi komen. ALERT! Ramai yang dakwa pernah kena flirt ya, bukan kena rogol! Dakwaan pernah kena rogol dengan seorang Da'i ni seorang sahaja setakat hari ini. Selebihnya pernah di ajak dating. Woww kelas you all, dating dengan Da'i.

    Tak kurang juga masih ramai yang backup Da'i yang katanya, tiada bukti jangan buat tuduhan sebarangan. Tapi pernah tak korang terfikir kenapa banyak-banyak Da'i nama Da'i ni yang disebut-sebut. Tambahan lagi, semakin ramai pula yang tampil mengiyakan bahawa Da'i ni perangainya "PLAYBOY". 


Bila isu ni muncul, dalam otak aku memang terus teringat Drama favourite aku iaitu DRAMA NUR. 

    Memang susah nak percaya kisah ni, disebabkan title beliau merupakan seorang Da'i. Almaklumlah, golongan cukup ilmu agamanya dan tahu membezakan yang mana baik yang mana tidak. Tapi korang jangan lupa, ramai juga di akhir zaman yang menggunakan agama sebagai tiket untuk menutup perbuatan macam ni. Begitu juga lah kisah, Drama Nur iaitu Ustaz Hamadi yang konon-kononya merupakan Ustaz yang hanya menggunakan agama untuk menutup perbuatan terkutuk.

    Dan dalam Drama Nur ni juga, persepsi terhadap sesuatu kesalahan juga ditunding kepada golongan wanita. Yelah, perempuan tak pandai jaga diri, tak layak nak diberikan keadilan, tak layak masuk masjid. Sedihlah tiba-tiba bila teringat kisah Drama Nur ni. Jadi bayangkanlah in realiti macam mana golongan yang lemah ni nak tampil untuk ceritakan hal sebenar, sebab orang kita memang mentalitinya kebanyakkannya macam tu betul tak? Oleh itu, sebagai wanita yang lemah bijaklah menilai sesuatu sebab akal korang ni 1 je. Beza dengan lelaki ni akal nya haa banyak. 

    Baru juga la aku tahu yang dekat twitter ni ramai ustaz2 twitter yang lagi dasyat dalam memberi hujah, majoriti salahkan perempuan. Ustazah twitter pun ramai, semua salahkan perempuan. Yang mangsa-mangsa ni banyak kena kecam, ehmm jadi siapa yang boleh tegakkan keadilan mereka ni? Ke golongan mereka ni layak dipersalahkan je? Aku pun dah keliru ni... "Siapa suruh ikut?" Korang yang acah suci ni bila bercakap, macam korang tak pernah jumpa boyfriend pergi dating kan?

    INGAT ALLAH ada, Allah tak pernah pandang kita ni sebagai hamba ni mengikut gelaran. Yang ditimbang akhirat nanti amalan kita. Dan bapa kepada Da'i ni juga ada menaik status tentang anaknya.

    Ayah kepada Da'i ini juga ada menyebut isu viral ni sebenarnya dah lama? Ayahnya juga ada menasihatkan Da'i tersebut untuk meninggalkan dunia selebriti dan kembali ke jalan Allah dan jalan leluhurmu.. kami semua merindui kamu yang dahulu. Message ayahnya juga telah diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah. Hmmm lain betul rasanya, Da'i ni dengan ayahnya macam mana, hang duk bagi nasihat dekat orang selalu mentaati orang tua. Ini message ayah sendiri pun tak reply. Walau konflik macam mana, ustaz selalu pesan, kalau tak memudaratkan bertentangan dengan agama kita perlu terus taat.

       Da'i tersebut telah tampil membuat laporan polis. 


 

   Betul juga kata salah seorang pengguna twitter ni, yang pernah keluar dengan Da'i ni je yang tahu macam mana perangai Da'i tersebut. Jadi yang belum pernah kena ajak tu, duduk diam-diam okay jangan nak kecam sangat. Biar kebenaran yang berkata-kata.. bila dilihat-lihat boleh tahan lawa belaka ya pengguna twitter yang pernah keluar dengan Da'i ni. Senang cerita, perempuan manalah tak excited uit bila selebriti ajak keluar. TAPI at the end of the story, fikir semula nilai semula bila ada benda yang tak kena. Tak kira la korang ni dating dengan Da'i ke, dengan ustaz ke, dengan sesiapa atau apa jua title seseorang itu ingatlah title tu di masa kini hanya gelaran duniawi.

    Dan kalau ada diantara korang yang nampak kawan-kawan korang dating dengan lelaki pelik-pelik, tolonglah berpesan-pesan, nasihat-menasihati, ingat-mengingati semasa sendiri. Aku pun ada juga seorang kawan yang pernah kena DM dengan Da'i ni tapi alhamdullilah dia ada kawan-kawan yang kaki bebel sedarkan diri dia, jangan mudah terpedaya dengan rupa, kekayaan dan gelaran ni. Nak nilai seseorang tu tengoklah pada budi bicaranya dulu.



Antara DM yang kawan aku pernah dapat, tapi mujurlah kitorang as kawan banyak bagi nasihat dekat kawan aku tu. Fikir betul-betul, lelaki yang cukup ilmu agamanya tak kan DM sebegini ajak jumpa. Pasti ada adabnya.. 

Kawan aku tu terus bagi setepek je.

Yela baru DM, pastu ajak jumpa. 


    Siapa uitt tak terkesima bila public figure DM nak no telepon, nak ajak jumpa pulak tu, adakah drama akasia episod baru. Manatau jodoh dengan Dai, boleh bawah ke jannah kan..

    I kalau dapat DM ni pun boleh tampar-tampar kejap pipi ni adakah ini mimpi.. tapi hakikatnya at the end of the story pun, golongan suci-suci tetap akan keluarkan statement "gatal pergi layan kenapa" aku before kahwin pun aku dating dulu dengan suami aku nak kenal-kenal dengan bakal suami aku.. Maybe korang yang suci-suci ni nanti jodoh mak ayah pilihkan, tak pernah keluar dating ke macam mane.. 

    Allah tu Maha Adil, Dia sedang berikan pengajaran kepada semua. Tiada siapa yang akan terlepas dari hukumanNya. 

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.

Latest Instagrams

© Liyliz Yusof. Design by Eve.