KEDAI BELI TRAMPOLINE SELANGOR

10 Dec 2020



KEDAI BELI TRAMPOLINE SELANGOR | DEKAT KEDAI ATAU ONLINE MURAH?

    Nak beli trampoline dekat mana murah? Kedai jual trampoline dekat mana? Mesti terfikir-fikir nak beli trampoline dekat kedai atau nak beli trampoline dekat online? Jadi liz akan bandingkan harga kedai dengan harga online dalam blogspot liz kali ni supaya korang tak menyesal bila nak beli nanti. 



        Sebelum liz cerita buat perbandingan, korang juga mungkin berminat untuk baca tentang kenapa perlu beli trampoline dekat sini : Review Beli Trampoline kalau tanya liz, pada mulanya memang liz agak berkira-kira untuk mengeluarkan certain duit ni untuk beli trampoline tetapi mengenangkan Amuzz ni budak lelaki, dan dia sangat hyperaktif. Lagi-lagi waktu CMCO ni memang duduk rumah je, liz pun work from home. Btw umur amuzz 3 tahun dan tahun depan masuk 4 tahun, dia dah mula main lawan-lawan, panjat sofa, panjat grill, lompat tangga, lompat tilam, Ya Allah semua tempat kalau boleh nak melompat. 

      Jadi bila liz tengok kawan-kawan liz, belikan anak mereka trampoline. Nampak macam terkawal tau, buat aktiviti pun banyak dalam trampoline jadi liz rasa mudah nak kawal pergerakan amuzz. Semenjak ada trampoline, minum susu dalam tu, tengok tv pun duduk dalam tu. Dan!!! Dah kurang tengok tab, sebab dia rasa enjoy main dalam tu, kereta mainan, dinasour, semualah mainan akan di bawah dalam tu. Lepas tu nak baring, nak tidur pun dalam tu. Bila tiba-tiba datang angin aktif dia, dia bangung nak meloncat-loncat. Punggah barang masuk lah, punggah keluar lah. Jadi biarlah dia buat aktiviti macam tu ikut kreativiti dia, yang pasti liz rasa senang hati sebab liz pun boleh fokus buat kerja dengan tenang. 


BELI TRAMPOLINE DI KEDAI ATAU ONLINE LEBIH MURAH?

      Kalau korang nak tahu, beli secara online lebih murah. Murah nya sangat banyak ya. Dalam RM49, RM39 ringgit macam tu perbezaanya. Cuma, para ibu bapa kena bersabar untuk menunggu item tersebut sampai. Ada seller yang pre-order, ada seller ship dari oversea. Dan ada juga seller local tetapi kadang-kadang bila item sampai tak cukup nut/skrew. Ya itulah antara risiko buyer kena berani untuk tanggung sebab harga trampoline ni bukanya murah-murah ya. Agak mahal ya. 

        Jadi selepas fikir dan fikir, liz pun okay decide beli trampoline dekat kedai. Agak susah juga liz nak jumpa kedai yang jual trampoline yang ada penghadang ni, yang selamat bila dia meloncat dalam tu ada penghadang. Terhantuk pun tak sakit, jadi ciri-ciri ni penting supaya masa anak kita naik nanti tidaklah kita kena awasi sangat. Kalau beli yang takda penghadang tu agak berbahaya bila diorang meloncat, terlebih tinggi nanti melantun pula.

       Liz beli trampoline ni dekat kedai, sebab liz rasa mudah kalau beli nanti tak boleh pasang ke, atau ada tertinggal skru apa-apa ke senang dekat nak pergi kedai semula. Kedai trampoline yang ada penghadang ni liz beli dekat kedai MAMAKIDDIES SETIA ALAM. Harga trampoline kedai ni RM239, harga dia jual di shoppe pun sama cuma ada delivery charges. 


KEDAI TRAMPOLINE SETIA ALAM SELANGOR


Kedai Shopee Jual Trampoline
Sebenarnya banyak lagi kedai lain, dan korang boleh bandingkan harga kedai ni dekat kedai lain. Ada lagi yang lain lebih murah sebenarnya. 
Liz pula beli mahal sebab pergi kedai ni beli, kalau beli online dalam RM199 pun ada tau. Jadi fikir tau nak beli untuk anak-anak yang macam mana. 




Minum susu sambil tengok TV pun duduk dalam trampoline. 
Jadi liz rasa lega, sambil buat kerja dekat meja tak risau lagi bila dia bertenang duduk dalam tu. Bila siap minum susu, dia bangun meloncat-loncat dalam trampoline, main bola, main kereta, main dinosaur semua dalam tu.

Trampoline ni boleh pakai sehingga berat 60kg. 
Jadi worth rasa beli dia boleh pakai lama. Cara pilih trampoline? 
Boleh juga refer ciri-ciri trampoline selamat di bawah ni.



Ini ialah detail trampoline yang beli.
#trampoline #trampolineselamat #trampolinebebaloi

3 comments

  1. Amboi seronok ya muzaffar. Sampi tido semua dlm trampoline tu 😍

    ReplyDelete
  2. To begin with, you’ll find that that you’re enclosed from free of cost content material; the fact is, this site is all the uk’s greatest cost-free articles and reviews company as well as by ” shopping “, you’ll certainly realize why this really is true. https://www.altitudetrampolineparklr.com

    ReplyDelete
  3. Excellent site. Plenty of useful info here. I’m sending it to several pals ans also sharing in delicious. And obviously, thank you to your effort! https://www.altitudetrampolineparklr.com

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.