PENGALAMAN BELAJAR PJJ UITM SEMASA COVID19 | INTAKE 2020

20 Dec 2020


PENGALAMAN BELAJAR PJJ UITM SEMASA COVID19 | Intake 2020

    Macam mana cara belajar pengajian jarak jauh (PJJ) semasa musim Covid19 berlaku? Boleh fokus ke belajar PJJ secara alam maya ni? Belajar PJJ dekat UiTM pula macam mana semasa musim covid19 ni? Mesti macam-macam soalan yang bermain di fikiran bagi korang yang tengah pasang niat untuk sambung belajar betul tak? Sebab... tak kan korang nak tunggu sampai habis covid19 ni selesai baru nak sambung belajar. Tahun bila pula tu kan..



    Jadi marilah kita biasakan perkara yang bukan biasa ni. Norma baru belajar secara PJJ. Liz sendiri sekarang di semestar kedua PJJ UiTM. Liz ambil kos Human Resources, kalau ikutkan kampus liz belajar di Puncak Alam tapi memandangkan first semestar liz ialah pada March - July 2020 tahun ni telah pun bermula perintah berkurung jadi kelas pertama liz secara alam maya. Method yang digunakan oleh setiap pensyarah berbeza-beza. Ada pensyarah yang buatkan youtube channel, dan semua lesson dia mengajar kita boleh refer dekat situ. Which the best, sebab kalau lupa ke boleh tengok lagi sekali. Ada juga pensyarah yang mengajar gunakan google meet dan sehingga semestar dua ni pun memang google meet ialah medium the best untuk pembelajaran. Pensyarah akan share screen dengan semua pelajar, dan belajar seperti biasa. Cuma data kena cukup la ya, kalau tersangkut itu yang akan menyebabkan terganggu proses pembelajaran korang. Ada juga pensyarah yang malas-malas haha dia just gunakan wasap untuk hantar notes dan kalau korang tak faham, sila hantar soalan melalui wasap. Which cara ni sangat lah tak bagus, ustaz tu bagi alasan kerana berada di pedalaman. Haishh malas nak komen lebih tapi kalau boleh ada line wasap tu, why not kite cuba kan untuk adakan google meet. Tapi begitulah pengalaman sepanjang kelas online PJJ ni. 

    1 Semestar PJJ UiTM hanya hadir 5 kelas sahaja. Sesi March - July 2020 ada 1 bulan hanya 1 kelas. Assigment pula buat macam biasa, just follow guideline, kalau group assigment pula, cari team masing-masing dalam wasap then PM la tepi. Gitu!! Kena pro-aktif sikit dan tak boleh segan-segan. 

    Test PJJ UiTM secara online macam mana? Mestilah secara open book! Tapi I tell you, kalau korang tak pernah selak nota yang pensyarah bagi, atau tak pernah tengok pun buku yang pensyarah bagi. Still korang takdapat nak jawab sebab masa test limited. 2 jam sahaja jadi kalau korang dah pernah baca nota-nota yang diberikan bila nak jawab nanti sekurangnya korang tahu soalan tu ialah di topik yang ke berapa.

    Waktu kelas pula macam mana semasa PJJ di musim covid ni? Jadual waktu seperti biasa, ikut jadual seperti dalam pelan pengajaran. Yang membezakan ialah kelas secara online. Masa semestar pertama liz ambil 4 subjek tau, bermula dari pukul 830-10.30 am, 10.45-12.45, 2.00-4.00 dan 4.15-6.15 petang fuhhh kejung rasa buntut ni duduk kerusi lama-lama dekat rumah. Tapi seronok!!! Sebab rasa lenguh kan.. hehe pepandai la curi baring kejap dekat tilam. 

    Liz rasa seronok kelas PJJ secara online ni sebabnya jimat tenaga, jimat masa, jimat duit tau dan lebih mudah bagi mereka yang ada anak kecil macam liz. Bagi yang jauh-jauh dari Selangor, inilah waktu nya untuk korang sambung belajar, sebab tak perlu datang ke kampus. Dan korang boleh jimat banyak duit dekat situ. 

    Untuk semestar 2 ni, alhamdullilah masih lagi kelas dalam talian. Liz hanya duduk rumah, buka laptop dan sumbat earphone di telinga dan dengar lecturer mengajar. Kalau tak faham, boleh terus tanya. Semestar dua ni liz ambil 3 subject sahaja, dan liz rasa lega sedikit sebab ada ruang untuk bernafas. Subject semestar 2 liz ambil MGT420, ELC501 dan LAW416.  Jadual liz susun kali ni 8.30 - 10.30, 10.45 - 12.45 & 4.15 - 6.15. Jadi ada ruang lunch yang rileks sikit nak settle dekat rumah. 



Subjek law ialah subjek paling mencabar untuk liz 
semestar 2 kali ni.

    Jadi kalau korang tertanya-tanya belajar online ni best ke tak? Liz absolutely jawab BEST!! Liz memang suka ODL. 

p/s Anda juga mungkin berminat untuk ketahui tentang cara nak mohon transkrip SPM/PMR di sini.

Link semak jadual sem : 

https://www.liylizyusof.com/2021/10/cara-semak-jadual-sem-uitm-iceps.html

26 comments

  1. Assalamualaikum, sy baru join oct 2020. Memang best ODL sama la ambil HR juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAsalam, alhamdullilah.. semoga kite bertemu mn tahu kan tersama kelas nanti

      Delete
  2. Mohon dekat iceps jugak ke

    ReplyDelete
  3. Hai assamualaikum , nak tanya . Best tak kos hr ni ? Apa pendapat sis tentang kos ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, apa minta awk utk pekerjaan nanti.. Ambil subject yg awak minat utk masuk kerja nnt

      Delete
  4. hi, nak tanya. contoh kita ambil pjj kampus jauh kan kita still kena pergi ke kampus or totally online?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, skrg ni totally odl lagi.. online lagi

      Delete
    2. kalau time takde covid. kelas 1 kali 1 bulan wajib pergi shah alam kan. lepastu kalau exam pun kerna pergi shah alam ke. sebab saya teringin nak apply degree accounting tapi kampus dekat selangor 😭

      Delete
  5. Wah bestnya dengar pengalaman sis. Trima kasih sbb sharing sharing hehe. Syukur saya dapat tawaran universiti dekat negeri sendiri juga. Memang jawabnya ODL juga lah sesi 2021/2022 ni. Sesikit sebanyak sharing akak dah memberi semangat kat saya. 🙏❤️😊 Good luck yg ambil ijazah tahun ni. Chaiyo Chaiyo ugais! ☺️

    THINK POSITIVE & POSITIVE THINGS WILL HAPPEN. 😊

    ReplyDelete
  6. sis camne nk contact sis ya nk tanya pasal pjj degree ni ☹

    ReplyDelete
  7. salam kak, nak tanya, program iCEPS ni khusus untuk yang bekerja ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dah isi untuk intaker Oct2021. Rasanya yang tak bekerja pun boleh juga. Sebab dalam form, akan ada satu form untuk yang bekerja sahaja isi. Kalau tak bekerja, tak payah isi.

      Delete
  8. saya cadang nak buat PJJ DEGREE, berapa yuran dan kos
    1 semester ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada baca lah dalam satu tempat tu. Yuran untuk tiap satu sem tak sama. Contoh, untuk marketing - Sem 1: Rm1388. Sem 2: Rm1,425. Tapi mungkin ikut paper kot dan jam kredit kot. Total bayar yuran untuk Marketing: RM13,588.

      Kalau ambik IT mahal sikit.

      Delete
  9. Assalamualaikum Liz. Untuk daftar course, berapa limit untuk setiap sem?

    ReplyDelete
  10. Saya naj tanya kalau ambil 4 subjek satu sem. Berapa tahun ya boleh habis ?

    ReplyDelete
  11. Salam sis, pjj ni mod pembelajaran dia melalui online class sahaja ke? Ataupun perlu masuk kelas secara fizikal? Sbb saya masih tak faham pjj ni mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ofcoz kene pergi kelas, online ni sbb covid 19

      Delete
    2. kalau takde covid , sebulan berapa kali kena pergi kelas f2f sis ? ke setiap kali kelas memang kena pergi kampus dia ?

      Delete
  12. akak kalau macam saya baru abis matrikulasi and tiada experience bekerja boleh mohon ke pjj ni?

    ReplyDelete
  13. Hi nak tanya awak ambik hr pjj uitm ada intership tak ye macam full time?

    ReplyDelete
  14. Jika dari sepenuh masa degree sem 2 nak tukar sambung ke pjj boleh?

    ReplyDelete
  15. salam sis, kalau ada subjek industrial report tu kan, and saya tak bekerja macam mana ya? saya kena cari kerja juga kee selepas berhenti?

    ReplyDelete
  16. Saya baru grad DPA if nak amik Degree Business HRM tau tak berapa pengecualian kredit?

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.