REVIEW FASO PASTISSERIE | BERANEKA JENIS PASTRI

20 Jan 2021

REVIEW FASO PASTISSERIE | BERANEKA JENIS PASTRI 


    Faso pastisserie Setia Alam Sunsuria Forum ni boleh dikatakan famous juga la sebelum bermulanya MCO tahun 2021. Liz dengan kawan-kawan sempat jugalah jejak kaki ke sini December 2020, lepak nak close year 2020 lah kononya kan. 

   Kedai ni kecil je sebenarnya, kalau ramai customer waktu peak hour tu memang padat giler la ceritanya. Hajat hati datang hari tu nak lah duduk dekat dalam, sambil makan boleh tengok pastri-pastri yang comel-comel tu. Kalau teliur boleh lah ambil lagi kan. Konsep kedai ni self service ya, you all kena pergi kaunter, order air dan pilih pastri mana satu yang korang nak. Haa ada setengah kedai pastri you all duduk je, waiter datang ambil order kan. Haa kedai ni lain sikit ya, jadi kalau you all duduk lama sangat tak da orang datang ambil order tu, reti-retilah bawa diri pergi ke kaunter buat pesanan okay?



Ini gambar liz ambil sebelum dine in, liz usha dulu kedai ni.




Masa datang dine, kek depan ni pun dah banyak habis.

  Pertama sekali bila kita mesti tengok pastri yang akan menarik hati, kalau design nya lawa-lawa itula yang lagi mengiurkan kita kan. Dan tentulah harganya pun cantik dan rasanya juga perlu sedap dan secantik harganya. Betul tak... Masa liz datang dine in, memang dah tak banyak yang ada. 

  Dia ada banyak menu tau dekat sini. Liz review makanan dan air yang liz cuba sahaja okay. Yang lain liz tak tahu, kalau ada any food yang korang cuba dekat Faso ni dan sedap, please leave in the comment so that next time liz akan cuba menu tu. 

    Main dish dekat sini, waiter tu cakap ialah original croissant. Tapi kami waktu tu tak rasa nak makan original croissant, mestilah nak croissant yang ada topping kan. 

    Liz order grape croissant, kawan liz order mango croissant. Nama full croissant liz dah tak ingat. Just ingat topping ada grape dan lagi 1 ialah mango. Masa kitorang dapat croissant ni excited lah nak makan tapi kan.. korang masa potong tu gigih laa weh keras. Kitorang yang kampung tak reti potong croissant atau pisau ni yang tumpul, atau croissant ni yang memang keras. Macam gambar dekat bawah ni.


    Liz pun bangunlah pergi ke kaunter tanya, boleh panas kan tak? Tapi dia cakap, tak boleh sebab nanti topping dia melt. Urkkkk.. okay tk pe... Baiklah! Kami pun makanlah dengan seada dan dayannya. Alhamdullilah habislah juga, tapi memang kelakar dan asyik tergelak sebab kan proses nak makan ni. Perlukan kesabaran yang tinggi, kalau korang tengah lapar giler, jangan MENGADA nak datang sini makan croissant, risau pisau dan garfu terbang!

    Sambil lepak bual-bual ni, mata liz pun sempat la juga usha orang lain makan. Yela, mana tahu croissant dekat Faso ni ada teknik nya untuk makan kan. Tapi rata-rata yang makan memang didatangi dengan sifat kesabaran. Pisau dah jadi macam gergaji, berkali kali berulang-ulang untuk memutuskan urat-urat croissant tersebut. Kalau tanya liz akan datang lagi? Liz akan say No for croissant. Tapi untuk cake maybe, sebab liz tak pernah try lagi cake yang ada dekat sini. Apa-apa pun korang boleh datang cuba sendiri dan bagitahu liz ya kalau korang berjaya potong croissant tu dengan mudah. 



HMMM .. okay la closing 2020 dengan croissant keras pun tetap happy.

    

2 comments

LEAVE COMMENT HERE.