KEDAI BAKERI ECO 2CO SEMUANYA RM2.50

20 Feb 2021

KEDAI BAKERI ECO 2CO HARGA ROTI DAN KEK HANYA RM2.50 

Liz yang lambat tahu tentang bakery ECO kedai RM2 ni atau sebenarnya ramai juga lagi yang tak tahu tentang kedai Bakery Eco ni? Liz excited juga nampak kedai Bakery dekat Setia Alam ni sebab yela rata-rata sini kalau kedai roti tu semua kedai nya mahal-mahal sikit. Korang tahu lah Setia Alam hehe. Jadi bila nampak kedai Bakery 2CO ni sebelah kedai Eco RM2 ni memang tertunggu-tunggu lah cerita nya nak tahu jenis roti macam mana ada jual dekat sini nanti.


Dan hari ni akhirnya kedai bakeri 2Co ni dah bukak uittt! Banyak lagi roti dan kek yang tak da dekat rak-rak ni tapi apa yang ada pun dah cukup buat liz terliur nak kaut beli semuanya. Terus teringat Aeon bakeri, sebab liz memang kerap borong roti dekat Aeon. Suka dengan roti-roti yang fresh dan harga berpatutan. 

Tapi semenjak masuk je kedai bakeri 2CO ni semalam, terus rasa baiklah di sini lah tempat baru ku untuk borong roti lepas ni. Liz memang lagi suka roti dari kek kalau korang nak tahu lah. Sebab roti ni liz suka makan, tak jemu tau lagi-lagi ada aneka jenis roti. 



Semua harga roti dan kek dekat sini RM2.50!!! Weh murah ke murah sangat. Kalau korang tanya liz, murah tau sebab kalau liz beli dekat kedai bakery atau aeon harga nya pelbagai. Jadi untuk kedai bakeri 2CO harga roti dan kek ialah RM2.50 memang sangat-sangat bebaloi. 






Pelbagai jenis minuman dan juga ais krim dekat bakeri eco ni ya korang semua. Aduiilah risau juga liz ni memang tak jadi lah diet. Setiap kali ambil amuzz balik dari school karang ada juga yang singgah sini sokmo. 


Tadi sempat juga beli ais chocolate dekat sini, Hmm airnya agak koko hehe. Maksud liz pekat sangat kokonya, macam dark chocolate. Sesiapa minat dark chocolate pahit-pahit manis sikit okay boleh. Tapi untuk anak liz, dia cakap tak sedap. Jadi terpaksalah balik rumah tambah susu lebih sikit dan tambah lagi ais. Air lain tak cuba lagi. InsyAllah dah ada kedai dekat ni memang boleh sangat lah nak kerap berkunjung ke sini. 

Kedai Eco RM2 ni dekat Bandar Baru Bukit Raja tau. Korang cari je dekat Waze atau Google Maps pasti jumpa la. Bye! Esok nak beli roti lagi. 




4 comments

  1. Kedai eco ni tak pernah tak menguji nafsu. 😆

    ReplyDelete
  2. hye liz..saja browse blog you..
    salam kenal dari nad..eh semalam baru pergi sini..stay setia alam juga ke?lahh sama..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga, ehh yeke setia alam jugak. blh la berkawan kite lepas ni

      Delete

LEAVE COMMENT HERE.