CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT DAN BETUL

1 Nov 2021

Siapa sahaja yang tidak mahu kulit yang bersih dan cantik. Semua wanita terutamanya inginkan kulit yang sihat dan cantik. Tak kurang juga dengan kaum lelaki. Pokok pangkalnya, bila soal tentang jerawat ni pasti apa sahaja jantina anda, anda pasti tidak sukakanya. 

Ramai yang dah cuba maca-macam tapi masih tidak mampu menghilangkanya jadi apa lagi cara yang boleh anda buat? Sendangkan sudah habis banyak duit dengan product yang kemudian harinya tidak memberi kesan apa-apa pada kulit. Persoalannya, adakah terdapat cara menghilangkan jerawat secara berkesan? Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Sentiasa jaga kebersihan wajah

Sama ada anda mempunyai kulit berjerawat atau sebaliknya, mengekalkan kebersihan kulit wajah pada tahap optimum adalah amat mustahak!

Kenapa penting? Pencucian wajah akan bantu menghilangkan kekotoran, debu-debu halus yang tidak kelihatan, sel kulit mati atau minyak kulit berlebihan.

Tipnya: Cuci muka 2 kali sehari, siang dan malam. Gunakan pencuci muka dengan kadar PH seimbang dan dilabel non-comedogenic.

Harus kalian faham, mencuci dengan terlalu kerap juga tidak semestinya lebih baik, malah mungkin lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

#2 Cubalah produk jerawat di kaunter

Produk-produk acne di kaunter tidak memerlukan sebarang preskripsi.

Sebilangan besar daripadanya mengandungi bahan seperti benzoil peroksida, asid salisilik, asid glikolik, atau asid laktik, yang mengekang pembentukan bakteria tapi mampu mengeringkan kulit.

Disebabkan itu, korang harus berhati-hati saat menggunakan produk sebegini.

Anda juga disarankan untuk bermula dengan kepekatan yang rendah hingga kulit mulai serasi dengan produk tersebut.

#3 Gunakan alat solek dengan berhati-hati

Semasa kulit ‘dilanda’ jerawat, elakkan daripada memakai bedak asas atau pemerah pipi.

Sekiranya anda masih ingin memakai alat solek, pastikan untuk mencucinya dengan bersih sebelum tidur.

Bagi mereka dengan kulit berjerawat, memakai kosmetik yang diformulasi sebagai bebas minyak, tanpa pewarna atau bahan kimia tambahan menjadi pilihan yang bijak!

Selain itu, pilih alat solek yang dilabelkan sebagai non-comedogenic, yang bermaksud tidak akan mencetuskan jerawat.

Sentiasa rajinkan diri untuk membaca dan menilai senarai ramuan pada label produk sebelum membeli okey!

#4 Kawal tangan, elak kerap sentuh muka!

Tabiat menyentuh muka ini sering menjadi punca tumbuhnya jerawat! Elakkan menyentuh pipi, dagu atau wajah anda, lebih-lebih lagi tanpa mencuci tangan terlebih dahulu.

Mengapa? Ini kerana, anda bukan sahaja menyebarkan bakteria, bahkan berupaya merengsakan kulit wajah yang sudah meradang.

Peringatan! Jangan pandai-pandai memicit atau mengeluarkan isi jerawat dengan jari yang tidak dicuci, tindakan ini berisiko memicu jangkitan dan parut.

#5 Bersenam secara konsisten

Bersenam secara teratur bukan sahaja bagus untuk tubuh badan, ia juga bermanfaat untuk kesihatan kulit.

Semasa bersenam pula, elakkan memakai pakaian atau menggunakan peralatan yang berupaya mewujudkan geseran dengan kulit atau menyebabkan kegatalan.

Pastikan untuk mandi atau mengeringkan peluh sejurus selepas bersenam.

#6 Elakkan pendedahan matahari yang melampau

Selaran matahari yang mengandungi sinaran ultraviolet berupaya meningkatkan keradangan, kemerahan, bahkan jeragat (hiperpigmentasi) yang sukar dirawat!

Beberapa jenis ubat jerawat juga boleh menjadikan kulit anda lebih sensitif terhadap cahaya matahari.

Hadkan masa anda terdedah dengan sinaran matahari, terutama sekitar jam 10 pagi dan 4 petang.

Tanpa mengira jenis dan masalah kulit, selalu gunakan krim pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih tinggi sekurang-kurangnya 20 minit sebelum melangkah ke luar rumah. Boleh gunakan SUNCREEN Mary Kay kerana product MK terbukti sebagai range penjagaan kulit Top 3 Skin Care Brand. 



#7 Jangan stres stres ya!

Beberapa kajian telah mengaitkan faktor tekanan/ stres dengan masalah kulit berjerawat.

Terbukti, apabila tekanan yang dihadapi tidak diuruskan dengan baik, kesihatan kulit akan mula terjejas.

Oleh itu, penting untuk mengenal pasti punca stres dan cubalah yang terbaik untuk mengawal serta menguruskan perasaan tersebut sebaik mungkin.

Sekiranya kalian masih berasa ragu-ragu, rujuk pakar dermatologi untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang bersesuaian.

Boleh juga hubungi saya di Whatapps untuk skin consultation secara percuma di :

https://wa.me/60102276292



1 comment

LEAVE COMMENT HERE.