Review : Pedicure Menicure SCM | iNail SCM

6 May 2022

Review : Pedicure Menicure SCM | iNail SCM 

Assalamualaikum korang, i nak share experienced dengan u all if u are looking a place for pedicure menicure boleh juga cuba di INail SCM. Bawah ni alamat dia, senang sangat lokasi nya depan Nandos, around Mcd area sana tu, area hujung wing lama. Macam i hari tu datang hari tu tak payah book pun, just walk in tapi pagi la i datang hari tu pukul 10.30 but then lepas tu tak putus2 customers masuk dan yang i perasan ialah customers yang datang situ semuanya yang dah biasa datang. Regular customers macam tu dan dah auntie2 sikit (malay tau) maybe sebab nak raya kan jadi diorang nak memasak dengan kuku kaki yang cantik hoho. Termasuklah i, tapi i buat pedicure je (bahagian kaki) 

Kalau korang nak tahu, pedicure ialah treatment kuku kaki dan menicure ialah treatment kuku tangan. Haaa just in case korang baru lagi dengar kan. Jangan salah request pula nanti lain pula service u all dapat.

AlamatLG-45, Setia City Mall


Price utk i-Nail ni dekat kaunter, jadi u all kene walk in masuk dan tengok if survey for price. Ada certain place, mereka dah letak siap board dekat wall senang nak tengok but no worries, i dah snap siap2 utk korang survey dan tengok2. Harga dia dekat kedai mana2 pun sama around SCM ni tapi yang beza maybe service each of them laa.



Kalau korang buat pedicure biasa utk potong kuku dan kilatkan kuku bersihkan apa yang patut tu harga dia RM75 tapi utk lelaki kene add on RM5 jadi RM80, kesian jadi lelaki hahaha. 

Tapi i masa ni i tak buat pedicure biasa, therapist ni rekemen dekat i buat scrub dan mask sebab tengok kaki i kering sangat. Kalau korang ambil service scrub dengan masking ni akan ada massage2 sikit tapi massage dia tak tak puas laa, haha i macam nak lagii lama la kalau boleh. Tapi itu la, kalau nak massage lama kene pergi kedai urut la kan. Sini massage tapak kaki dan tumit dalam 3 minit je, tapi rasa lega sangat sebab bila waktu scrub dan urut tu memang best giler feeling dia. Selepas dah scrub tu nanti, pakai mask dekat kaki. Haaa mask ni untuk buang sel kulit mati. Scrub liz pilih flavor Green Tea, dia ada few option juga macam lavender dan lemongrass. Masa pakai mask ni dalam 15-20 minit juga tau, sejuk je kaki. Pakai nya dari lutut hingga ke kuku haa. Mask ni pun green tea juga, kiranya if u choose 1 set green tea, dia dari scrub, mask dan lotion ialah green tea. 

Then lepas scrub tu, diorang pakaikan lotion dekat kaki i. Seronok ya ada orang pakai kan lotion utk kita. Rasa setiap bulan nak pergi sini. Tapi in total haaa price dia memang suami i tak leh tahu la.. Walaupun guna duit sendiri tapi price dia tu RM350 heheh lepas lah nak beli sebiji handbag C&K .. 


Kalau korang datang sini untuk buat menicure, kaunter dia dekat belakang, tapi if pedicure bahagaian dalam dan dia berselindung sikit ada wall macam tu, jadi even tho dia dekat mall, tidaklah orang lalu lalang nampak kaki u. 


Dekat dua jam juga laa, pukul 12 baru siap, then baru la rushing pergi fetch anak balik sekolah hehe. Lepas ni nak try dekat tempat lain pula. Nanti dah try i buat review lagi okay. 


Cantik kan, tapi mampu tengok je.. as we muslim membazir kalau buat ni nanti nak solat susah.. 





1 comment

  1. hai ! nak tanya if i datang just untuk potong kuku and bersihkan kaki je total 75 kan ? so nanti i nak cakap macam mana dekat counter tu. sorry i tak pernah pergi spa lagi ni first time nak try hehe

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.