LOKASI RAWATAN RAMBUT DAN KUKU DI RAUB PAHANG : D'PERFECTION HAIR & NAIL | Assalamualaikum beautiful girls and ladies ~ How beautiful are you today? By the way girls Happy National Day!

Amazing holiday for self! 3 days peeps ~~ Alkisah bercuti time dah gaji. Kita cakap bahasa melayu la ye barulah Melayu ~ Dari Subang ke Pantai Timur tidak lah jem mana. Tapi dari arah pantai timur ke Kota Raya pergh macam hari raya. Dengan adanya roadblock bagai lagi. Pheww ~ tengok dengan mata kaca sahajalah. 

Yang pasti happy dapat balik Pahang selepas sebulan bekerja. Dalam sebulan tu juga lah asyik text benda yang sama dekat Zul Arffin "Syg nk pergi pedicure ni, sebab kuku rosak." "Kena pergi pedicure ni sebab kuku buruk." Berulang-ulang cakap macam radio buat iklan dari awal bulan sampai hujung bulan. 

Finally! Berjaya cari tempat yang selesa dan murah. Sebelum ni buat beratus. Tak larat la uit, nak menyimpan duit nak meminang Zul Arffin lagi. Mau berpuluh ribu nak minang abang SADO tu. 

Selama ni ulang alik lalu Raub tak pernah tahu pun dekat depan stesen bas lama tu ada kedai rambut dan kuku. 2 kali pusing cari tempat ni baru nampak. Paling cantik rasa diri ni ialah berjaya dapat parking. 


Treatment time. Paling tak reti jaga ialah kuku kaki sebab liz pernah ada bad experience kuku pecah dan reput. Dulu ingatkan sebab kurang calcium tapi rupanya sebab liz pakai kasut ketat. 
'poor me' sadis betul lah. 


Ni nyonya sebelah rasanya perlu kurangkan selulit di bahagian peha. Sebab mata aku asyik nak terpandang dekat bahagian tu je. Eah gurau-gurau je. Sebenarnya nak tunjuk yang kawasan kedai ni besar sangat dan rasa selesa. Dalam ni complete kalau nak gunting rambut boleh. Nak cuci boleh. Nak manjakan kuku pun boleh.  Dan kalau nak buat waxing pun boleh.


Sambil kaki kena urut-urut kena asah-asah bagai. Berehat dan tidur la di kerusi urut ni. Kalau nak adjust volume kerusi pun ikut suka hati lah. Seolah-olah kerusi urut ni kau yang punya. Lepas dah siap pedi pedi ni liz buat waxing. Ha ~~ best tak payah susah tahan sakit  buat sendiri. Kalau orang buatkan tak sakit. 




Selamat mencuba. 
Lepas ni dah tahu dah mana nak singgah bila setiap bulan balik Pahang. 

HARGA VITAMIN A DR KO PAKAR KULIT | 

Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Straight to the point untuk story hari ini.  Soalan yang tak lekang di tanya oleh pembaca blog dan juga para gadis yang tak sabar nak kulit cantik suci murni.

Ada yang PM liz cakap kenapa takda kesan pun makan ubat dan vitamin daripada Dr.Ko tu. Bila liz tanya dia "Berapa lama dah makan?" Dia kata "tak sampai sebulan lagi, almost nak dekat sebulan." Rasa nak pengsan jap dengar. Wahai adik-adik kakak-kakak sekalian, apakata check dulu kulit tu jenis kritikal ke jenis biasa-biasa? Janganlah harap ubat dan vitamin ni macam makan MAGIC. Sekelip mata je berubah. Apa-apa sahaja produk pun mestilah memerlukan masa untuk disesuaikan dengan  kulit setiap insan. Tambahan lagi setiap kulit wanita itu sungguh unik dan berbeza. 

Pengalaman liz sendiri untuk bulan petama hanya kulit sahaja kurang berminyak tetapi jerawat masih ada tetapi tiada jerawat yang baru hanya retain yang lama sahaja. Masuk bulan kedua dan ketiga banyak jerawat dah hilang. Tapi yang sengsara bila ada jerawat lama yang termendap di dalam kulit sehingga mengakibatkan kulit muka rosak. Jadi liz buat EXTRACTION. Extraction ialah proses membersihkan kulit muka daripada jerawat yang ada dekat dalam kulit.
Liz ingat lagi masa kali pertama liz buat extraction, cuma ada jerawat yang lama sahaja. My favourite beautician namanya Isabel, setiap pergerakan dan rawatan dia buat mesti dia terangkan dan bercerita. Liz jadi ralit sampai tak sedar dah siap habis semua jerawat dia keluarkan. Darah kotor sangat warna merah hitam. Isabel kata ni dah lama sangat dalam kulit liz. Liz harap sangat kalau pergi buat extraction ada beautician macam Isabel tapi Isabel dah pindah ke Kuantan.
Ada orang tak percaya yang makanan memainkan peranan. Tapi pada liz makanan memainkan peranan yang sangat penting untuk menyalurkan nutri-nutri ke bahagian tubuh badan. Lagi-lagi yang immune system nya sensitive kepada sesetangah makanan. Liz alahan pada udang. Tapi seafood yang lain liz takda masalah. Favourite is Sotong Celup Tepung. Sukanya!

Tapi sejak pindah dekat USJ ni, banyak makan makanan luar. Kalau memasak? Masak ayam goreng, telur goreng, nasi goreng. Sayur goreng jarang-jarang sekali. Banyak nya benda bergoreng. Lepas tu mimun ais. Yes ais! Liz rasa sejak dekat Pahang dulu, liz memang tak minum ais sebab lunch hour pun bawa bekal. Rindu pula masakan mak! Mak pesan kalau boleh jangan minum ais sebab ais dekat luar tu ada ubat yang membuatkan ianya cepat beku dan tahan lama. Berbeza dengan ais yang kita buat sendiri dekat rumah.
Seminggua yang lepas liz  dah start makan semula vitamin A. Tapi nasihat liz apa-apa sahaja vitamin yang kita makan perlulah bersama air yang banyak. Kalau makan supplement apa-apa sahaja mesti dekat botol ke dekat paket ke tulis di sarankan meminum air sekurangnya 2 liter ke 3 liter ke. Sebab  effect nya mungkin ke buah pinggang kita. Tapi cuba fikir lagi macam mana pula dengan orang yang tak makan apa-apa ubat dan tak makan apa-apa vitamin tapi boleh kena sakit buah pinggan? Puncanya? Pasti daripada makanan juga, betul tak?
Jadi liz nak bagitahu dekat sini "You are the person that 100% responsible to your on body"!

Harga sebotol ialah RM180 ada 30 biji.  
2ND TIME YELLOW LIGHT TREATMENT WITH DR.KO | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Hari ni liz nak share pengalaman kedua liz buat rawatan Yellow Light. Personally pada pendapat liz, dalam banyak-banyak treatment liz suka Yellow Light sebab kesan bengkak tu tiada dan kesannya cepat.
 
Last Saturday liz share gambar muka yang naik jerawat dekat ig. Asalnya cuma ada 1 biji sahaja, tiba-tiba naik 3 biji di bahagian pipi kanan. Yes for sure I'm worried because my skin just want to recover. Please acne don't come back!
 
 
Waiting is so bored. Jadi jangan lepaskan peluang posing dekat Klinik Dr. Ko :)


Bahagian kanan cuma ada 1 sahaja tapi dekat bahagian kiri ada 4 ketul.
For sure after buat beberapa extraction dekat jerawat akan ada tinggal dark spot skit.
Jadi kalau buat Yellow light sesuai untuk lighten up semula. Maybe I need to do one more time.

By the way thank you for you guys email.
Will reply soon yeah.
Bye!


 
 

 
 
 
SUNDAY FASHION DIARY | Assalamualaikum how's your weekend girls? I spend half of the day to check my shawl stock.  Just top up new design with new colours. Omagaid lot of pastel colours to style it.






Ramai yang tanya Kyra Shawl ni. Dia glitter chiffon shawl yang kasar. Memang best dan senang pakai. Sekarang liz penyakit asyik nak pakai shawl hitam. Sebenarnya malas nak gosok. Nge~~
 
Ada yang tegur liz pakai baju baru ke? Liz ni baru beli ke? Tu baru beli ke?
Oh dear liz ni bukan orang kaya. Pakai dan recycle meet match apa yang mampu je.
 
You guys pun boleh.

LUSH OF MAGNAMINTY FACE AND BODY MASK MALAYSIA | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Hi hari ni liz share benda yang dah lama sangat liz nak miliki iaitu Mask of Magnaminty Lush. 

Liz mula terpengaruh dengan product Lush ni sebab ianya HOMEMADE product. Macam mana liz boleh tahu mengenai product ni ialah daripada Iris Beauty Vlogger Melanie Murphy. Adore her so much because of her acne journey. Dia share tips, advise and also make up tutorial how to hide acne. 

A multi-purpose mask with a mixture of gentle yet effective ingredients to clean, calm and clear the skin. Easily smoothed over the skin, this mask is made with peppermint oil to stimulate, marigold oil and chlorophyllin to treat the skin; evening primrose seeds and aduki beans to gently exfoliate as you remove it. You can use this mask anywhere.


From Google!

https://www.lush.co.uk/products/masks/mask-magnaminty

Can purchase from the UK website too. 



Liz nak let go 1 Mask of Magnaminty from Australia not from Korea okay.  If interested boleh whattsap liz at 017 980 44 23 . 

TIPS BAHARUKAN BAJU RAYA LAMA | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Lama nya liz tak hupdate dengan benda-benda seni jari jemari liz. By the way Felt Pillow order sudah dibuka, boleh drop any request to order ye. Korang boleh tengok dekat ig @liylizshop


Takda baju raya? Kenapa nak membazir, jom baharukan baju raya yang lama kepada yang version baru. Baju raya liz tahun ni sepasang je. Mungkin boleh digunakan tips ni pada hari raya haji nanti ataupun raya-raya akan datang korang.


Favourite place to pose setiap kali balik Pahang.


Baju kebaya ni ialah baju mak liz yang dijahit oleh nenek. Kain dan jahitan benang nya masih elok dan kukuh. Tapi kalau teliti design baju ni, apa yang beza bahagian lengannya. Bahagian lengan lebih kecil mengikut saiz lengan sehingga ke pergelangan tangan. Adeh macam liz kalau gemuk sikit mesti dah rasa rimas dekat bahagian lengan tu.

 
Tambah sikit beads dengan lengan. Bukan susah pun, sambil tengok tv pun boleh buat atau sambil berbual-bual. Beads ni boleh beli dekat GM Klang RM3.00 sahaja untuk 1 tali beads. Kalau yang kristal tu mahal sikit RM10 per tali.  Sebab ini je tahap kerajinan yang ada, jadi liz cuma jadi 3 serangkai di hujung lengan. Lagipun liz tak nak heavy-heavy sangat nanti waktu nak basuh susah.


Rasa macam ada baju baru. Jadi hargai baju-baju yang ada bersama anda. Lagi-lagi baju turun temurun macam ni. Moga dapat berikan next generation pula pakai baju ni nanti.

Selamat mencuba!

 



SUKA DALAM DUKA | Peribahasa yang sangat sesuai untuk meluahkan rasa hati ini.  To be honest I'm so happy when having some surprised from someone.  Indeed never thought will got any surprised because I know him better. Liz dah kenal dia more than 2 years. Dia bukan jenis yang romantic, dia tak tahu buat benda yang suwet-suwet dan dia langsung takda 6 senses. Haarrh tak sensitive dengan kehendak perempuan langsung.


When I choose to be in love with him I need to think so many times. Kami tak pernah declare yang kami couple, tak pernah nak remind you are my bf, im your gf. Never! Tapi masing-masing tahu that we are doing a serious relationship.  

He is a Fact Guy, LELAKI FAKTA. Tah lah macam mana boleh terkeluar kata-kata macam ni. When you are in love with your boss, mostly your conversation pun memang serious sentiasa. Kena ada reason kena ada jawapan kena ada bukti. Urghh rasa nak menangis! Takkan lah kalau nak merajuk pun kena ada bukti sebab dan musabab. 


Liz pula dilahirkan dengan sifat yang nak semua benda perfect. I'm looking my Mr. Perfect yang tak jumpa-jumpa, selalu nya yang lepas-lepas sebagai tempat persinggahan. (Jodoh tak panjang)  Am I choosy?


Thank you colleague ambilkan gambar liz. Nak minta ambil gambarkan malu tapi awak tolong saya capture this blushing moment. Aigoo depan manager pula tu drama ni terjadi. Liz dah lama tak rasa sentap macam ni. Because of 1 thing happen few months ago then happpen again last week. Sebenarnya benda tu memang small isu tapi the way he treats me macam boss and very strict. Please lah pujuk, kasi ayat sweet sikit pun takpe. NEVER! Kan dah cakap he is fact guy. 

Kalau merajuk dia akan persoalkan "kenapa perlu merajuk?" Ahhh please la liz perempuan kut. Tak pernah merajuk sepanjang kenal. Kalau sentap sikit-sikit balik rumah pujuk diri sendiri. Lepas tu okay. 

I love to dream. Sebab banyak sangat baca novel masa zaman sekolah dulu. Dari berangan harap jumpa jodoh dekat perpustakaan kalau terlanggar handsome guy, terjumpa future husband dekat pintu lif ke. Dapat surat cinta hari-hari ke tapi 1 apa pun yang berangan tak jadi pun. Yang jadi jerawat naik dekat pipi adalah.


Masa buka kad ni terfikir-fikir juga siapa yang bagi. Kut-kut ada secret admirer. Nervous juga kalau terjatuh cinta dengan orang lain yang sweet. Haha. Bila buka kad, okay si dia. Senyum lah pun sepanjang hari. Jantung dah berlari-lari! Okay dh boleh text dia say thank you.


Luluh pula hati dapat reason FAKTA dari dia. Tahulaaaa busy, tahu banyak kerja tapi jangan lah break the sweet moment ni. Boleh tak reply "sebab tahu syg sunga ros merah, harap syg tak merajuk lama-lama nanti rindu" Kan sound better? Terus la kecit hati semula. Sebab tu la sesuai sangat nak cakap SUKA DALAM DUKA. 

Nak merajuk ke nak bagi chances dekat dia? First trial to be sweet? 
LASER DI KLINIK DR KO | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Mesti ramai sangat yang dah tak sabar nak baca entry liz berkenaan Ko Skin Specialist kan? First and foremost liz minta maaf sebab tak reply kepada mereka yang whatsap liz bertanyakan perihal jenis produk Ko Skin Specialist sebab apa yang liz pakai semua liz dah kongsikan di blog. Korang please baca semua entry liz yang lepas-lepas. Sebab kalau korang nak liz cerita dekat whataps pun sehari semalam pun tak cukup tau. Dekat blog, liz cuba kongsikan yang terbaik untuk semua ye, jangan risau. Jom cantik sama-sama, tapi kesabaran tu memang sangat perlu sebab setiap kulit kita ni adalah unik. 

Bagi mereka yang email liz, thank you sangat-sangat sebab I really-really love to read all the emails and I really appreciated bila korang sudi luahkan masalah kulit korang pada liz. I can feel you guys, how ever don't lost confident. Be happy! Kecantikkan milik semua wanita. 


Hi! Sudah bersedia semua untuk baca entry liz yang agak panjang dan banyak dengan gambar? Sedia! Lets start, ini ialah pengalaman pertama kali liz buat laser treatment. Apa yang berlegar-legar di fikiran ialah "Kesakitan". Boyfriend always said "Beauty is pain sayang" Aigoo I think he had watched too much drama! Sebenarnya sepanjang proses laser liz tak rasa sakit pun. Tapi penuh dengan rasa kejutan demi kejutan. 


Ini ialah langkah pertama sebelum buat laser iaitu pakai Numb Cream. Numb cream fungsinya ialah untuk kebaskan kulit muka hingga ke dalam permukaan kulit 3-5 mm ketebalan. Tak perlu nak suntik-suntik kalau nak kasi kebas wokeh. Sejuk je cream ni. Jadi bila laser time takdalah rasa sakit.  Tiba-tiba rasa mengantuk.  Lets sleep for 45 minutes supaya numb cream meresap ke dalam kulit liz!


Jarum tersebut!

Arghhh rasa seram sejuk bila dengar Dr. Christie kata nak cucuk di bahagian sekitar jerawat. Let me introduce you guys with AGNES. Agnes machine can reduces recurrence of acne by selective destruction of sebaceous gland. Bahasa mudahnya musnah kan rumah jerawat. Tapi sebanyak mana korang boleh kena suntik tu bergantung kepada kulit individu. If you guys can't tolerate with the pain, please ask Dr. to stop it. But for me, I still can be tolerate with the pain, not pain lah actually the feel is likes you been bite by the ants. Perasaan liz masa ni sangat gugup, tapi Dr. Christie hebat sangat buat liz terleka bila dia ajak liz kira sama-sama. Setiap suntikan Dr. akan count 1 2 3 4 5 then shoot! Sebab tu liz cakap tadi ada rasa terkejut-kejut, bila liz ikut Dr. count 123 tiba-tiba kena tembak jerawat. Shocked at the first moment je, for the rest liz dah boleh enjoy the proses. Just believe the professional did something beautiful on your face. Okay?

Kehalusan jarum ni cuma 1.2 mm sangat-sangat halus tapi bila dengar je pasal jarum mestilah gementar. Betul tak? 




Get ready liz! Seriously tak sakit, cuma korang akan rasa terkejut sebab korang akan rasa sedikit vibration daripada jarum tu. Macam muka korang kena gerudi. (Gurau je). Trust me tak sakit.



(Sorry yeah guys lighting camera is not so good)

Gambar dekat atas ni pula ialah 2nd session iaitu Firm FX laser treatment. Treatment ni elok sangat untuk restructure semula kulit yang rosak macam liz. Open pores / acne scar dan ceriakan semula kulit yang kusam.  Tapi apa-apa sahaja treatment bergantung kepada kulit individu, jangan risau dekat sini ramai specialist yang boleh analysis you guys punya kulit. 

Untuk Firm FX Laser ni ada suhu-suhu yang perlu di adjust kan oleh Dr. mengikut kesesuai pada kulit. Akan ada bau macam kulit terbakar sikit tau tapi sikit je. Liz rasa Firm FX ni banyak membantu restructure semula bahagian-bahagian kulit kusam. Tapi yang tak best sikit ialah dia ada meninggalkan kesan garis-garisan pada kulit. Tapi macam liz ni jenis tegar tak tegar juga la pergi office muka bergaris apa ada hal. Letak lah sikit foundation tu cover-cover. 


Setelah selesai semua bahagian muka di laser. Kini tiba waktu sejukkan muka. Lampu pun dah malap-malap, ada bau therapy candle. Haaa nyaman nya, lena berehat dekat sini.  Selepas treatment apa-apa sahaja laser kalau boleh korang jangan lah terdedah kepada cahaya matahari. Jangan lupa bawa payung ye. :) 


My pale skin. Muka dah lemau!
Sabar okay. Muka orang yang bakal cantik memang macam ni. (Sedapkan hati) Tapi sebenarnya korang apa-apa sahaja laser treatment kulit korang memang tengah sensitif, jadi kena pakai masker bila dekat rumah. Bagi kulit dalam sejuk. Tapi tula instant result ni apa-apa pun bergantung pada kulit masing-masing sebab buat kerap pun tak bagus juga. Penjagaan rutin skin care pun sangat penting sebab itulah asas penjagaan kulit sebenar.

Next post liz akan share day per day my skin progress okay. Any question yang korang nak tahu nak tanya boleh email liz yusmarliza92@yahoo.com