PENGALAMAN PERSIAPAN MAJLIS AKIKAH 

Assalamualaikum .. jom kita berblog malam ni .. liz nak share sikit pasal akikah Muzaffar 2 minggu lepas, 16 September 2018. Kebetulan nya ahad Hari Malaysia, jadi kita dapat extra 1 hari bercuti pada Isnin berikutnya.


SEBELUM MAJLIS

Sehari awal sebelum majlis barulah kita sibuk menyibuk buat persiapan. Hari sabtu tu, mulanya pagi husband pergi ke kandang kambing untuk memilih dan berniat untuk akikah Muzaffar Yafiq. Masa pergi memilih tu, kambing nya kurus-kurus, jadi 1 kambing bertukar ke kambing biri-biri. Harga kambing dekat Pahang seekor RM880, harga kambing je ye belum termasuk cuci potong masak semua tu. Untuk kambing biri-biri tambah extra RM100. Liz saja park harga kambing ni dekat sini buat rujukan korang yang berada di Pahang terutamanya Temerloh atau Mentakab. Kiranya kalau korang jumpa harga kambing dekat Pahang lagi murah dari harga liz ni, sila lah booking cepat-cepat. Kalau jumpa mahal sangat, sila lah cari harga yang lebih kurang macam harga kambing Muzaffar ni.



Muzaffar pula dekat rumah dengan mami busy buat goodies. Paper bag goodies ni, liz beli dekat GM Klang. RM0.80 sekeping, entahlah murah ke mahal sebab dah last minit membeli nya. Liz tak buat banyak pun, cuma 50 keping paper bag je. 1st come 1st serve, tak da istilah VVIP or VVVVVIP pun yek.


Rajin pula ketika ni buat bunga-bunga bagai, bereben semua. Ni sebab nak buang sayang, nak simpan rasanya dah nak ditelan zaman. Reben dan bunga ni bahan-bahan masa nak kahwin hari tu. 


Dalam nya liz letak surah Al-Mulk, Waqiah.


Muzaffar is ready on duty.

SEMASA MAJLIS



Selesai bacaan doa selamat dari anak-anak yatim, kemudian bermula majlis makan-makan. Ada 1 moment yang buat liz rasa sebak tiba-tiba apabila, Muzaffar manja-manja dengan liz. Ada mata-mata kecil yang memandang sayu. Liz terasa seolah ada hati kecil yang sedang merindui ibu nya. Ya Allah! Kuat kan hati anak-anak kecil ini. Mami harap awak semua akan menjadi anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat.

Hurmm gf bf merajuk.


Aunty2 ni memang selfie kan.


Please! No More Picture ...

SELEPAS MAJLIS


Tenung khemah yang bakal dicabut. Alhamdullilah semuanya selesai dengan lancar.
TANDA BAYI KERAP MUNTAH | INTUSSUSCEPTION |

Assalamualaikum Ibu & Ayah. Blog post kali ni liz tulis dari pengalaman sendiri untuk semua ibu bapa yang searching tentang bayi kerap muntah tiba-tiba. Benda ni terjadi pada Muzaffar semasa genap dia masuk 10 bulan, 19 hb July 2018 warded di Columbia Asia Klang.

Kronologi dia bermula bila malam rabu, Muzaffar menjerit dengan high pitch! Korang bayangkan macam baby kena rasuk. Masa tu Liz rasa meremang bulu roma uit, dahla baru lepas magrib. Husband pula out station baru nak on the way balik. Dalam 30 minit juga Muzaffar jerit nangis, macam marah pun ada, sakit pun ada. Then dia sambung tidur, liz check2 tengok perut dia kembong. Letakla yuyi dan Muzaffar pun sambung tidur, itu pun selepas beberapa minit dia nangis.


Muzaffar warded day 1
Suhu pun on off, sentiasa kami letak kain basah dekat kepala dia

Malam pukul 12, before next susu liz bagi gripe water dulu kononnya untuk legakan perut kembong. Lepas bagi air tu, memang perut dia lembik2 semula. Next susu tu, lepas menyusu habis 150 mil, Muzaffar muntah. Terkejut weh! Check suhu 38, okay demam dan kami pun menuam la dia dengan kain basah sepanjang malam.

Next susu lagi pukul 3, dia minum habis, dalam 5 minit kemudian, muntah semula. Allah kenapalah Muzaffar malam ni, kami as parents rasa pelik sangat, tak kan Muzaffar kena Rota Virus lagi. Kalau kena rota virus sepatutnya ada cirit, tapi Muzaffar elok tak cirit. Cuma perut kembong tak surut-surut. Next susu pukul 5 pagi, minum dah slow dalam 100 mil macam tu then muntah lagi. Susu yang Muzaffar minum semuanya keluar yang tak sempat proses pun lagi. Mulanya kami syak susu tu yang bermasalah sebab Muzaffar minum susu enfalac A+ dahlah susu tu pernah ada kes tiruan. Kite ni sebagai ibu bapa memang fikir bukan-bukan terusan la citenya. 


Muzaffar muntah lagi pagi Khamis. 

Muzaffar muntah kuning dan hijau. 
Dalam perut dia langsung dah takda makanan. Asyik muntah dan muntah.

Pukul 7 pagi, terus kami terpacak dekat Columbia emergency. Check suhu semua 37.6 then, tunggu beberapa jam la juga sehingga Dr. sampai. Bilik pulak penuh, memang waktu ni kemuncak giler ramai baby dan kanak-kanak sakit. Sejam kemudian baru dapat katil dekat wad kecemasan. Muzaffar memang dah lembik sangat, so terus on drip. 

Pendek kan cerita, Khamis warded sampai ke hari Isnin baru tahu apa yang tak kena dengan Muzaffar. Korang tahu kan, naluri seorang ibu tu memang kuat! Walaupun Dr. kata pattern Muzaffar ni macam kena virus infection dalam darah tapi liz tetap rasa ada yang tak kena. Sebab Muzaffar ni dah warded 5 kali tau tak setiap bulan. Dan bila setiap kali dia demam ke, dia kena rota sekali pun, susu dia okay, tak muntah teruk macam kali ni. Lagi-lagi bila result najis dia keluar, takda virus rota. Selalunya yang muntah-muntah ni salah 1 nya suspect rota virus. Tapi baiknya, Muzaffar tak cirit, kalau rota dah confirm-confirm Muzaffar cirit teruk. So parents alert tau, if muntah dan cirit, kemungkinan rota virus jangan biarkan, bawa pergi hospital cecepat okay.

Kembong perut Muzaffar tak kesudahan. Sampai la ahad, liz masuk ofis, bergilir husband yang jaga pula, liz minta husband request dengan Doktor untuk buat ultrasound. Rasa risau kut-kut Muzaffar ada tertelan benda yang bukan sepatutnya. Walaupun doktor kata kalau ada object yang ditelan mesti nafas susah, dan berak berdarah. Muzaffar pula peliknya takda berdarah cuma hari sabtu najis dia ada 1 spot merah. Gambar macam dekat bawah ni. 


Jelly merah dekat hujung tu antara pentanda.
According to doktor kalau betul usus masalah, darah akan lagi banyak dan kerap berlaku.
Tapi Muzaffar sekali je.

Ubat macam-macam dah try and error tapi masalah kembong perut tetap tak selesai. Muntah tetap juga tak selesai walaupun minum air kosong dalam penutup botol susu je. Betapa sikit je dalam 10 ke 20 mil tau tapi tetap juga muntah. Confirm something wrong dekat usus Muzaffar.

Isnin tengahari, bila buat ultrasound, terus nampak yang usus Muzaffar dah berlipat masuk, kecil ke besar. Bahasa melayu susah nak terangkan, dia slides in tau. Faham tak korang? Macam telescope makmal tu. Benda ni dorang panggil Intussusception. On details dalam penerangan sainsnya korang boleh google. 


Atas ni contohya, nampak tak? Mula berlipat, dan makin masuk dan masuk, lama-lama boleh clog.

Intussusception ni banyak ragam dia, setiap baby yang terkena berbeza-beza sebab dan beza-beza cara nak ubati dia. Tapi masalah usus ni kerap terkena pada bayi bawah usia 3 tahun dan risiko nya lebih pada baby lelaki. Agaknya faktor kebuasan kut. Hahahaha ~

Ramai kawan-kawan tanya, liz salah bagi makan ke? Kenapa dengan usus Muzaffar. Liz dengan husband memang tertanya jugak apa main cause dia. Macam mana boleh jadi, kenapa terjadi dan macam mana nak detect. 

Punca terjadinya Intussusception ni bila usus bengkak, faktor usus bengkak? Ada macam-macam faktor, salah 1 nya batuk yang lama. Mungkin bukan batuk yang sekarang, tapi batuk yang lama-lama kebetulan waktu dia tak sihat tu ada orang bawa virus. Jadi sikit-sikit usus nya bengkak, bila bengkak bahagian usus akan bengkak dari yang biasa, jadi bila ada pergerakan makanan berlaku, yang biasa tu akan termasuk ke usus yang bengkak. Boleh bayangkan tak? Macam ular telan mangsa, sikit demi sikit masuk ke mulut dia. Macam tu juga usus Muzaffar, yang kecik masuk sikit demi sikit ke kawasan usus bengkak tu. Bila dah sampai tahap ketat, barulah terasa sakit dan sempit bila makanan nak lalu sempit. (bahasa mudah nya macam ni lah) Kalau cerita secara ilmiah sangat nanti lagi blur korang tak faham.

Contoh yang lain ialah macam telescope, kan bentuk macam 3 segi, kita boleh tarik dan tolak telescope tu. Bahagian kecik masuk ke bahagian besar.




Usus kite kan gelung-gelung, bila 1 bahagian bengkak, yang lain slowly masuk ke bahagian bengkak tu. Hitam tu maksudnya air berdakwat (barium) berjaya lalu kawasan usus Muzaffar, yang terhenti tu maksudnya kawasan tu tersekat. Procedure pertama melalui pressure air tak berjaya. Doktor kata Muzaffar consider baby yang kuat sebab boleh buat 5x trial. Kalau ikutkan procedure, max to 3 or 4 je. Tapi keadaan Muzaffar yang stabil dan kuat, doktor berani cuba sampai 5x, tapi tetap tak berjaya. Jadi end up terpaksa buat pembedahan. 

Muzaffar dah on drip 5 hari, doktor memang tak boleh tunggu dah kalau tunggu lagi Muzaffar akan makin lemah. Selepas je procedure tu, kami husband wife memang rasa macam mimpi. Anak sulung kami nak masuk dewan bedah kejap je lagi, bergenang air mata. Cuba tahan air mata ni, tengok keadaan Muzaffar yang masih lagi mabuk-mabuk akibat kesan mofin tadi tu, terrasa sayu ada, rasa lucu pun ada. Awak kecik sangat lagi nak kena lalui process ni tiba-tiba. 

Tak sedar masa berlalu dah pukul 1 pagi. Suami hantar Muzaffar masuk sampai ke dewan bedah sehingga dibius kan 1 badan. Then baru dia keluar, such a very long night. Sampai pukul 2 pagi tunggu Muzaffar keluar dari dewan bedah, harapan semoga tak perlu dipotong usus tak perlu nak kena sambung menyambung. 

Alhamdullilah, lega sangat bila 215 am, doktor bagitahu pembedahan selesai, Muzaffar dalam keadaan baik dan stabil. Usus Muzaffar sihat, appendix pun elok. Jadi doktor cuma tolong tolak sikit supaya usus kecil tu keluar dari usus yang bengkak tu. Sangat kecil je, yang termasuk tu dalam 2cm je tapi sebab dah ketat sangat terpaksa bedah untuk tarik keluar dari bahagian yang clog tu.

Done! Mami syukur sangat dapat cium dapat peluk Muzaffar.

Muzaffar dah sedar.

Recover process Muzaffar ambil masa juga dalam 2 minggu, selepas operation tu Muzaffar kerap terberak. Tapi berak yag mercik-mercik je. Lama kelamaan baru berkurang. Setiap kali makan, Muzaffar terus akan membuang, tak kira minum atau makan, seolah usus dia masih dalam recovery proses. Tapi sekarang Alhamdullilah, Muzaffar dah kembali cergas seperti biasa.





Done last check up with Dr. Shona dari Sunway Medical Center. Photo kenang-kenangan buat Muzaffar dengan Doktor yang bedah Muzaffar. Pengalaman menjadi ibu, berjaga dan bermalam selama 9 hari seolah-olah pergi bercuti tapi takda rasa nikmatnya. Haha ~ Alhamdullilah walaupun 9 hari tak jumpa rumah, buat hospital macam hotel. Buat hospital sebagai pejabat kedua juga siang malam gigih siapkan kerja sambil jaga Muzaffar success. 

Ni la yang dimaksudkan bercuti tapi tak nikmati apa-apa. 
Hehe boleh la tengok permandangan ...

Mami bawa Muzaffar pergi Sunway Lagoon ni nanti okay bila dah boleh berjalan.
10 Months moments.

Kepada ibu bapa yang berkerja tu, if ada rezeki lebih, laburkan sikit pada insurance untuk yang tersayang ye. Jika belum, liz doakan semua yang membaca ni Allah kurniakan awak rezeki yang melimpah ruah. Amin-amin-amin.

Sebarang soalan boleh drop di instagram liz - @beautyliyliz / Fb - liyliz yusof







LANGKAH MENCEGAH HFMD | Assalamualaikum 

Sebelum liz sambung study dan buat slide presentation please allowed me to write up some tips here. 

Siapa sangka HFMD boleh bawa maut? Sebab kita tengok baby yang kena HFMD ni macam kena chicken pop je. Tapi hakikatnya virus HFMD lebih jahat dari terkena chicken pop atau cacar air. 

Liz ada share pasal HFMD dekat Facebook/Instagram/Twitter kebanyakkan parents yang tengok macam tak endah sangat je pasal HFMD ni. Liz masih nampak parents yang letak anak dia dalam TROLI pasaraya, letak dekat kerusi makan restaurant, duduk guling sana sini dekat perabot, dekat kedai mainan public. Seolah macam tak ada apa yang sedang berlaku. 

Hello parents korang sedar tak pasal HFMD ni? Ye aku sedar, aku bawa anak aku pergi mall elok je dia. Aku bawa anak aku pergi kenduri elok je. Okayla sebab anak korang kan, bukan anak liz ~~~~ 

Honestly parents, sumber paling cepat untuk kite share knowledge is melalui social media kan. So most of the time, liz akan follow parents-parents yang rajin update pasal anak dorang. Apa sahaja yang terbaik, liz akan follow. Biarlah kite spend lebih sikit asalkan dia sihat sejahtera. 

Tips ni, liz tahu dari mana? Tak sah kalau bukan dari Kak Ayue, most famous parenting blogger among others. Hihi sebab selain daripada tips2 kebersihan, maianan, dia ada banyak resepi untuk baby juga. Liz ni antara pengikut setia dia lah. 


Baby Troli Cover

Sedar ke tidak, yang troli ni ramai baby yang guna. Kite tak tahu kut-kut yang guna ni ada HFMD, who knows right? Then korang letak baby korang dekat situ. HFMD ni boleh jangkit melalui cecair, air liur baby, dan udara. Baby yang tengah rajin main jilat-jilat ni memang la kena pantau extra tau. Sebab tu aku sumbat je Muzaffar ni dengan puting, salah 1 cara nak elak dia menjilat.






Sebagai ibu yang bekerjaya, hehe kadang-kadang memang ada masanya malas betul aku nak masak. Suka la bawa laki makan luar, tak semena-mena sambil tengok mak pak dia makan. Muzaffar kena la letak dekat baby high chair ni. Ofcozzz juga kena cover supaya kebersihan terjamin. 


Ready Stock! Sebab prihatin terlebih, liz beli kan untuk kawan-kawan yang kirim order sekali. Kirim air liur tanpa deposit. Yas! Dan ada bakinya masih ada yang buat-buat lupa. Takpa la yek, buat-buat lupa dia pun risiko dekat anak dia bukan aku yang pastinya. 

Liz suka jenis kain ni sebab mudah basuh dan tak koyak. Baby chair cover ni ada yang jenis plastic juga, tapi Muzaffar tak suka sebab bila duduk dia tak selesa ada bunyi-bunyi. Kalau kain ni, duduk elok gebu-gebu dia plus dia ni memang hantu kain. 


Keduanya spray tangan, kaki dan seluruh muka baby dengan BiorCair cecair ni. Cecair apa yang paling best sebab tak bahaya kan baby even dia hisap tangan atau terkena mulut. 

Beza dengan hand sanitizer yang kite beli dekat drugstore tu. Yang dekat drugstore tu buat-buat spray dekat meja, kerusi troli okay la kut but not for your baby. Kalau masuk mulut ada bahan kimia terlarang kang susah pulak.


Siapa berminat nak beli ni untuk anak-anak korang.
Boleh wasap liz 010-2276292 
RM30 

Kalau korang rasa semua protection tak perlu, tolong jangan bawa anak-anak ke tempat awam. Please korang, kesian tengok baby-baby yang kena HFMD ni.

#TroliCover
#HighBabyChairCover
#BabyChairCoverMalaysia
#HFMDProtection