PENGALAMAN PERTAMA TURUN KE JOM HEBOH NABATI FOOD MALAYSIA | Sambil berbaringan merehatkan kaki yang lenguh giler ni baru siap work out jomlah baca cerita liz berkenaan hal semalam. Liz tak pernah pergi Jom Heboh sepanjang penganjuran oleh Media Prima TV3. Tetapi dek kerana Nabati Food Malaysia liz pun terpaksa rela dan setuju untuk turut serta. 

Walaupun katanya terpaksa rela tapi muka excited liz tak boleh disorok lagi bila dah nampak wajah-wajah bff liz. Terselah tersuluh lagi bersuluh bercahaya terpancar di raut wajah. Waceh ~


Bila bawa keluar topi dari beg, Alan dah komen "awat macam makcik nak p berkebun?" kurang asam giler padahal masa dekat Jom Heboh tadi ada orang siap tanya lagi mana nak beli topi macam liz pakai ni tau. Tetiba dapat idea, mungkinkah liz perlu buka booth jual topi untuk next year Jom Heboh?


Bila dah berkumpul dekat Stesen KTM Batu 3 semuannya sudah senang hati. Janji pukul 8 tapi semua sampai sini 830. Hohoho ~ Tengah makan punya makan kononnya breakfast dalam ketapi tiba-tiba liz tanya mereka semua. "Nanti waktu bila nak touch kad Touch & Go ni?" Semua orang tengok liz dan tanya bertubi-tubi "uish liz tak touch ke kad tadi masa masuk?" Laaa liz memang lah tak touch sebab liz masuk ikut laluan tepi tu. Kena touch ke? Uarghhh semua gelak guling-guling ~ dorang ingatkan liz tahu. Tiba-tiba mood da down sebab risau nanti kena bayar kompaun. sob sob ~ Tapi dorang ni tetap tak henti-henti gelakkan liz. 

Bila sampai je dekat KL Central terus aza cakap, takpe-takpe meh aza teman liz pergi settle kan pasal kad ni. Dan dorang pun tiba-tiba bagi support cakap nak tolong share-share duit kalau kena kompaun. Celes pula asyik say sorry sebab tak ajar liz. Ingatkan liz tahu?


My sahabat baik dari Uni. Siap pimpin tangan lagi sepanjang perjalan dekat KL Central dan juga bila setiap kali pertukaran train. Takut liz sesat dan tertinggal sebab liz blur-blur dan hyper. Risau tidak terkawal ~ Jadi kena pimpin tangan dan bila setiap kali nak masuk stesen, dorang semua siap tunjuk lagi dan remind, "liz touch dekat sini", "liz jangan lupa touch." "Liz kejap lagi turun" Liz itu dan liz ini ~ Bila dekat KL Central liz terus touch dan masuk semula ke dalam untuk tukar train. Weeey tak kena kompaun pun weh~ Magic, rezeki guna touch & go Watson. Bila touch baki still sama, tapi bila nak masuk ke dalam semula liz kena charge RM3 lebih.


Happy part dah bila dah settle kan masalah liz sebagai penumpang haram. Jadi sambil-sambil tunggu kita bergambar dulu. Semua team HQ NFM turun padang ~


Rasa comel pula pakai topi pinjaman aza ni. 


Anna dan Aza yang paling rendah ~ haha 


Bertapa dah ramai orang. Huh panas gilaaa dan liz tak tahan berdiri lama ~ lenguh rasa kaki ini. Tapi memang banyak habis terjual oleh mereka-mereka yang pandai giler tackle menackle customer. 



Kali kedua makan. Pagi tadi liz dah siap makan char kueh taw tapi tengahari lapar lagi. 2 3 kali panggil diorang makan tapi tak mau. Semangat sangat ~ Tak macam liz yang dah layu-layuan ~


Bila saat aku ngular terjumpa la pula si cik fatiah ni. Saya peminat awak dari jauh je. Waktu ngular tak banyak masa.


Dan kembali ke tempat asal. Orang tengah je ngular tapi orang kiri dan kanan ni kuat giler bertahan promote sana sini.


Is okay ~ i faham you alls penat. I pun penat tadi bersiar-siar.
Tamat sudah Jom Heboh 2015 di lokaso terakhir Bukit Jalil. Jumpa lagi tahun depan.



MY FAVORITE DRINK JUICE BOOST | Assalamualaikum girls and garls. I wish you guys having a great weekend yeah. As for me for now, leparking at home and blogging while waiting to fly back to KL. 

Hohoho dah-dah la berangan liz, Pahang dengan KL tu dekat je. #flysangat Baiklah  jom baca entry liz dengan lebih tekun lagi sebab liz nak cerita pasal Boost Juice. Agak-agak korang dah biasa tak dengar nama Boost Juice? Atau mungkin korang lebih biasa dengan Cha Time & Cool Blog? Kalau sebelum ni my boyfie pantang nampak Cha Time makanya kini girfie dia pula pantang nampak Boost. 

Boost Store pertama yang liz singgah. Maju junction Mall. 

Boost jus sememangnya memberi rasa jus sebenar. Ada terasa tak sempat nak buat jus sendiri? Teringin nak minum jus hijau? Jus buahan-buahan? Jus sayur-sayuran? Jus smootie? Macam-macam yang korang teringin boleh didapati di Boost. Macam buat iklan pulak tiba-tiba. Xoxo.


Boleh tengok mereka blend di luar. Ini Berry Blast.

Semua kombonasi Boost jus liz suka. Kalau boleh setiap hari nak minum tapi harganya agak mahal. 1 original cup RM11 minum sampai kenyang tau, rasa dia lembut dan tidak terlalu sejuk. Apa yang lagi seronok dan selesa ialah bila bekas Boost ni diperbuat daripada polistrine berkualiti tinggi sebab kalau pegang pun tak sejuk dan tahan lama sampai petang. Kadang-kadang minuman sampingan ni kita bukan boleh minum sekali gus habis, sometimes it can be replace as snack. Yes health snack gituh. 



Macam-macam kategori juice ada. Liz nak cerita pun tak habis. Jadi korang boleh tengok dekat gambar di bawah yeah. Liz dah cuba 5 perisa, antaranya Manggo Passion, Grape Escape, Berry Blast dan All Berries. 


Kalau korang sama macam liz, yang terlalu gilakan Boost, jangan lupa untuk mohon kad ahli Boost, minum dan collect point kemudian boleh redeem 1 boost free. Yey! Dan lagi 1 cara ialah selalu lah jenguk ig Boos Malaysia untuk melihat nama of the day. Andaikata nama anda dipilih sebegai nama of the day bolehlah anda redeem boost free. Jangan lupa bawa kad pengenalan anda.


Happy drinking you alls!



MENYESAL BELI BRUSH IN2IT | Assalamualaikum beautiful girls. Short review gonna share with you guys today. Surely all girls will own at least 1 of face brush. Like me ~ only have 1 .. can't believe it? Yes I only own 1 for now. Looking for new brush to replace the old brush but ~~ Let read my review bellow yeah. 


At first i look at IN2IT brush i really do like it so much. Silver in color with swivel up brush. Just complete as what i need. Stated on the cover it is "Soft hair swivel up brush". Buttttt ~ totally not agree sebab langsung tak soft weh! Keras dan kasar bila sapu dekat muka. 


Normally look, but once apply on my face. Pergh kasar giler ~ plus the smell OMG busuk giler. I'm not sure how to describe the smell but its similar like burning plastic. Oh cannot tahan weh ~ 


Not sure what to do with the brush ~ painting? Haha ~ Lol maybe you guys got experienced with it and tips. Boleh share dengan liz yeah. Yang pastinya sekarang simpan dulu dalam box. Ada kerajinan mungkin perlu rendam dalam air sabun. While apply at first time pun, bulu-bulu brush ada melekat dekat muka. Really not recommended! 


WAXING AT HOME WITH VEET | Assalamualaikum and Hi to all my beauty peeps. Like seriously wanna share about my experience using veet? Okay rasa malu-malu ~ Please la liz it is normal thing okay when having uwanted hair in fact all girls having it too. #stillshy 

To be honest with you guys i love go to spa and let the therapist done it for me daripada kena buat sendiri. Sadly me when i need to control my expenses and learn to save. Saving! 

Sometimes I wonder how a busy working lady take care of their-self. Always look preety and marvelous. Macam Rozita Che Wan? Oh please la orang berduit can go to SPA la. 

But for me? Yang kena jimat sana sini how? I don't think i have enough time or cukup rajin nak cabut my unwanted hair for both legs. I don't think so ~ No patience okay to remove it manually. 

Shaving? No way! The result surely itchy sana sini then skin become dry. Hoho because i experience it before. So I bought Veet Strips because it been suggested by the therapist, siap pesan kat liz. "Akak kalau takda masa akak boleh guna stripe veet" I see ~ liz pula tak pernah guna Strips selalunya dulu beli cream veet and then shaving. Still itchy. Damn! 



Got 20 strips and 4 wipes. Waxing both my legs in a short time. Superb! I just spend 10-15 minutes to settle it down. Not really painful I still can tolerate with it. The result is much-much better than using veet lotion tu. Kadang-kadang sapu kena tunggu 10-15 minit pun tapi tak tertanggal pun bulu kaki den. But with strips, amazing tadaaa clear. Happy yoo berjaya buat sendiri dekat rumah. Most happiest if can done it at SPA haha orang buatkan memang best. That alls dear, lets share your experience too. Or any suggestions can drop to below comment yeah. 



  


PUSAT REFLEXOLOGY USJ SUBANG JAYA MURAH | Assalamualaikum beautiful girls. Are you looking for a cheap foot massage? Kita boleh geng! 

Normally people will think twice before agree to do any foot massage when look at the price. Like me, i really do need foot massage  (akibat suka pakai heels hoho) but when it come to the price. OMG expensive nyaaa ~ 

Finally success looking a place with a best price ever than other places. Only RM25 for half an hour and RM45 if you want to done it for 1 hour. Super cheap right!


The place is really peaceful. Put on some music that can make you feel sleepy. Haha. 


First step surely the masseur will ask you to clean up your foot. By the way this is my first time you alls. Adeh tak reti nak buat apa, jadi ikut jelah step-step ibu ni suruh. 

The masseur is Indonesian, very friendly and knowledgeable about reflexology. Because this is first timer kan, jadi when start urut rasa geli-geli. I really appreciate when she worked on those tensed areas until they loosen up. I really enjoyable and    my legs felt lighter after the session. The lady did excellent on my feet. 


Rasa selesa bila ada pembahagian between man and woman. So no worries ~ Just enjoy and relax.


Lets come over to Mydin USJ Subang Jaya. Hanya di sebelah pos office. Easy to park too. 


Lets going home. Kaki pun dah rasa best. Sebelum ni kalau naik tangga lutut ada rasa macam berlaga-laga but now rasa ringan sikit. Will come again untuk kesan yang lebih baik nanti. Tumit kaki pun rasa lega sikit~ hehe akibat pakai heels ler tu. 

Jom share dengan liz if you guys ada experience yang sama. Atau mana-mana lokasi yang nice that should try. Let me know okay. 



1 DAY TRIP TO Port Dickson | Assalamualaikum alls, hari ni berblog using iphone yeah and soon also using iphone sebab laptop dah tak nak bangun. Asyik tidur je, penat da tunggu dia buka mata. Takpelah kita kasilah dia rehat dan bertenang di sana. 

Semalam nak cerita you alls, liz dengan beberapa staff lain ikut boss p Port Dickson. Site visit plus discuss pasal quotation sikit. Nak buat Sales Conference plus team building plus annual dinner sekali gus. 3 hari 2 malam cadangnya nak complete kan semua nya aktiviti tersebut.

Sesampai je PD kami ke Avillion dulu sebab nak melawat je, memandangkan HQ team mereka di KL. Jadi for furthur discussion will be in KL. 


Kawan liz si Celes ni da menggila nak masuk kolam. Suruh liz buat2 tak sengaja ter tolak dia masuk dalam tu. Sanggup katanya ~ Giler betuil.

Ini pula kawasan lobi Avillion. Memang cantik tempat ni, banyak yang menarik boleh berposing.


Ni ball room nya ~ sesuai untuk buat private dinner. Tapi kami ni nak buat dinner dekat luar. Tepi pantai gituh ~ Harapnya boss okaylah. 


Lorong laluan dari lobi ke kafe mereka memang cantik betul. Banyak pokok, banyak kayu. Tapi banyak2 tempat dalam hotel ni kami suka wash room dia. Sebab wangiii bau aroma serai wangi.


Spesis pantang nampak cermin. Lepas dah jalan2 sekitar Avillion. Tengok meeting room, tengok bilik. Tengok macam-macam keindahan lalu bergerak pula kami ke Thistle ~



Swimming pool nya. Memang lagi besar.


Kepanasan menunggu Cik Hida datang. Wakil Thistle yang bakal berurusan dengan kami.


Amboi boss laju hang kat depan dengan Cik Hida, tinggal kami kat belakang. Okay tak jelus ~


Melawat bilik. Deluxe twin sharing yang menghadap pool.


Ball room Thistle yang boleh muat 200 pax.


Dan last sekali gambar aku yang wajib bila nampak cermin lagi. Hotel lain tak nak dah ~ just nak pilih antara dua hotel ni ja. Agak-agak mana satu yang menjadi pilihan. Tunggu dan lihat na ~ Kalau korang nak bercuti boleh la survey2 antara hotel ni. Banyak lagi sebenarnya tapi biasalah kami memang suka habiskan duit company. Terus la nak pilih 5 stars. Sama ada water chalet atau yang ini. 
BAWAL LACE SELESA DARI ZILAZLOVEROFFICIAL | Assalamualaikum beautiful girls, kali ni Zilazlover Official melahirkan sesuatu yang istimewa khusus buat penggemar tudung bawal. Untuk nampak kelainan dan lebih menarik, Zilazlover mengeluarkan bawal lace yang selesa dan mudah dipakai untuk semua penggemar bawal.

Didatangi dengan 10 warna dusty pastel pasti membuat ramai makcik-makcik kakak-kakak berebut-berebut untuk memilikinya. Sambutannya sama seperti bawal satin sebelum ini. Walaupun saingan berada di mana-mana namun yakin rezeki Allah itu luas. 


Contoh yang liz pakai. Dan antara warna yang masih avail di bawah.  Murah-murah je ~







Untuk melihat banyak lagi warna boleh check dekat ig Zilazlover
HAPPY BIRTHDAY CELES 26 YEARS OLD | Assalamualaikum beautiful ladies and girls ~ Hi everyone 😎 1 question fo you, how you guys celebrate your colleagues birthday? Any ideas that you guys want to share with me?

Ha ah' as for me, kami bawa dia lunch dan ask manager to treat all of us. Untungnya bila birthday seorang yang lain turut tumpang semulut. Hehe ~ 

                      Ada juga kek ~

Done lunch balik ofis. Kek pun takda sebab tak sempat beli ~ tapi tiba-tiba ada someone yang keluar jumpa clients then bila dia balik dia beli kan kek. 

        Gambar dengan mana yang ada ~

Oh yeah tumpang semulut lagi semua orang makan kek. Bagusnya bila ada birthday orang ni ~ turut sama boleh tumpang makannya. 


Last sekali mestilah free stail picture. Dalam ofis ni kami berempat je yang single lady jadi memang jenis datang lambat jugalah muka semua-semua ni ~ 

P/s edit logo pic guna istamp je huhu x dapat nak buang logo istamp xpelah yer ~ update jugala pakai phone 🙊
BERBICARA MENGENAI TREND YUCCIE DALAM MAJALAH DARA | Assalamualaikum semua ~ Yuccie! Opss apakah itu Yuccie? Bagi liz sendiri gelaran Yuccie adalah fenomena baru yang mulai datang ke Malaysia. Adakah trend Yuccie bakal menggantikan trend Hipster? Namun generasi Yuccie kini menular secara perlahan dalam kalangan remaja di Malaysia. Dan kalau kita sedar ramai kalangan remaja masa kini juga semakin kreatif dan bijak mencari pendapatan sampingan.

Yuccie yang membawa maksud Young Urban Creative merupakan satu istilah yang dicipta oleh David Infante iaitu merupakan seorang penulis yang berpangkat di Amerika Syarikat. Golongan Yuccie adalah golongan yang lebih mengutamakan kerjaya. Oh macam liz ~~ nge hehehe perasan sikit.

Golongan Yuccie boleh dikatakan sama dengan cara Hipster berpakaian namun apa yang membezakan golongan Yuccie ni selain daripada mengutamakan soal kerjaya mereka juga terdiri daripada golongan yang kreatif mencari pendapatan sampingan selain bergantung harap kepada pekerjaan tetap. Tapi pilihan utama Yuccie pastinya Jeans Straight Cut. 


Uihh kembangnya hidung tengok diri sendiri digelar fashionista. Mehehee ~~

Kreatif? Agaknya sebab tu lah liz terpilih masuk dalam majalah Dara kononya kreatif dan rajin la ni? Alahai puji melebihi pulak ~ Malu rasanya. Dalam masa yang sama tidak mengabaikan soal penampilan dan golongan Yuccie ini lebih gemar memilih pakaian smart casual. Liz memang jenis yang suka berseluar jean straight cut dan mengenakan nya dengan jaket ataupun blazer. Jadi untuk situasi tertentu liz lebih menumpu ke arah smart casual kerana menitik beratkan suasana sedang bekerja dan oleh itu dengan gandingan jaket akan menyelamatkan situasi daripada kelihat seperti pakaian casual harian. Berbanding jeans dan t shirt ianya kan nampak lebih kepada trend santai. Jadi sah-sahlah kurang sesuai. 


Rasa happy bila tengok baby pink ni.

Katanya golongan Yuccie ni suka dengar lagu clubbing? Hahaha is that so true atau kebetulan? Liz memang suka dengar genre muzik-muzik clubbing sebab ianya mampu membuat liz berasa fresh dan bersemangat apabila melaksanakan pekerjaan. Di siang hari bekerja selama 8 jam manakala di malam hari juga bekerja di rumah jadi lagu-lagu yang rancak yang boleh buat telinga macam tuli sikit memang rasa syiok. 


Tiba-tiba idea datang berikan kelaianan Felt Pillow. 
Kalau malam-malam terbongkong la sesorang jahit bantal bila housemate semua dah tidur.

Katanya lagi golongan Yuccie ini juga seoarang yang kreatif dalam mengolah idea-idea yang mendatangkan hasil pendapatan. Oh mungkin seperti hasil jualan Felt Pillow liz? Serba sedikit mampu menampung duit minyak ulang alik ke tempat kerja sebulan. Kan lumayan macam tu, berjimat dan menambah pendapatan. 


Try to be creative promoting own scarves shop @Zilazloverofficial

Mungkinkah anda juga golongan Yuccie? Suka berfashion dan mengutamakan kerjaya? Kreatif dan bijak dalam mencari pendapatan sampingan? Untuk mengetahui lebih terperinci ciri-ciri golongan Yuccie jangan lupa dapatkan Majalah Dara keluaran Nov 2015. Boleh la buat frame cantik-cantik tau ada gambar liz dalam tu. Jom semak adakah anda golongan Yuccie ataupun hipster? 

Ps - Thank you mak sebab belikan majalah tu untuk liz ~~ kihkih kalau tidak mesti tak sempat nak beli sendiri. Terima kasih juga kepada Majalah Dara beri peluang liz menyemak dalam helaian majalah anda. Moga lepas ni jad cover majalah lah pula. Kihkih ~