BUTIK PENGANTIN TEMERLOH | SENTUHAN TIMUR  Assalamualaikum beautiful sayang. Hari ni liz update lagi pasal butik pengantin, semoga yang tengah mencari-cari butik pengantin area Temerloh Pahang dapatlah ilham untuk memilih butik pengantin yang mana untuk hari bahagia nanti. Sedangkan liz pun belum lagi membuat pilihan mana-mana butik pun. Disebabkan sebulan sekali balik Pahang, manfaatkan masa yang  ada ni singgah menyinggah. Banyak lagi masa yang ada makanya tidaklah rasa kesuntukkan masa. 

Malu! Tak nak tunjuk muka boleh? 

Eah korang tahu tak macam mana nak hilangkan belang dekat tangan tu? Liz tanya dekat Kak Siti (pekerja sini) lengan ni memang singkat macam ni ke? Lepastu dia kabor la yang memang camgituh sebab ala-ala saloma zaman dulu memang atas pergelangan tangan. Ye ke korang? Tapi liz taknaklah pakai baju nampak lengan berbelang macam tu. 

Liz tak suka warna emerald hijau ni, tak suka sebab rasa macam tumbuh-tumbuhan. Almaklum liz dah biasa membesar dekat kampung, nampak warna hijau hari-hari. Buka pintu nampak pokok betik, pokok pisang, pokok pandan .. Liz rasa macam pokok pandan bergergak pun ye dengan kasut tinggi yang buat lemah lutut ni lagi. Terumbang ambing daun pandan ni berjalan nanti. 

CANTIK! Suka sangat warna kuning ni tapi tak merasa nak mencuba bila alan cakap tak payahlah macam Jihan Muse. Haha okay apa. Hakikatnya dia tak suka warna kuning takpasal kaitkan dengan Jihan pula. 


Minta maaf la patung dekat sini semua seksi. 
Sebab baju baru dekat patung semua liz try.

Warna ni liz rasa sangat-sangat gelap. Liz ni dahlah gelap, pakai lagi warna gelap memang kegelapan la lepas ni. Liz suka baju dan kain nya asing, ada setengah butik, mereka jahit sekalikan terus dari atas ke bawah. Liz tak suka macam tu sebab rasa tak selesa. Bergantung pada orang juga, jadi liz rasa dekat butik ni best ada banyak design-design yang up-to-date juga. Bulan puasa nanti baju baru akan sampai lagi banyak. Jadi nanti kita datang lagi tengok naaa. 

Antara koleksi yang ada dekat Butik Pengantin Sentuhan Timur. 
Boleh la datang usha-usha ye korang.

Sampin warna pink! 
Awal-awal dia campak da taruk situ. 

Okaylah bagi sesiapa yang berminat nak datang butik Sentuhan Timur boleh cari landmarknya dekat Kamdar Temerloh. Betul-betul depan tau. 

Alamat & telefon seperti dibawah :

:No. 16 Tingkat 1, Jln Pak Sako 2, 28000 Temerloh Pahang.

:0195160113 

:0139315071 

:0126135149












BUTIK PENGANTIN KOLEKSI IMAH TEMERLOH PAHANG | Assalamualaikum. Sebenarnya banyak sangat butik pengantin dekat area Temerloh Pahang ni tapi disebabkan dalam carian Google kadang-kadang jumpa butik yang sama sahaja, makanya wujudnya entry kali ni berkenaan butik pengantin di Temerloh Koleksi Imah. Semoga sesiapa yang Google lepas ni kalau terjumpa entry liz dapatlah membantu memudahkan kerja korang nak survey. 

Kami tahu pasal Butik Pengantin Koleksi Imah ni pun melalui adik Alan, sebab adik dia ambil package dekat sini. Kebetulan awal bulan baru ni kami balik singgah Pahang selepas balik dari kenduri kahwin my lady baby (wawariri). Jadi saja-saja singgah lah tengok-tengok je. #tengokje




Antara baju yan baru untuk bakal pengantin. 


Lokasi Butik Pengantin Koleksi Imah ni berdepanan dengan Kedai RM2 Temerloh. Kalau susah sangat nak cari sangat lokasi ni, korang telipon akak imah tu ye. Nak set appoitment dulu pun boleh. Sebab butik dekat Temerloh ni kadang-kadang banyak yang tutup pada hari minggu. Okay naaa.  

Will update again next Butik Pengantin pula. 


TERSUKA LIP LINER DARI CATRICE | Assalamualaikum si cantik ♥ ! Semalam liz pergi COD Kimono Wrap pada customer dekat Giant Seksyen 13 lepas tu liz dengan ofis-mate menapak dekat Guardian. Tengah cuba mencuba semua tester product dekat situ tiba-tiba promoter untuk jenama Catrice ni approach kami dengan lip liner Long Lasting dari Catrice ni. Pentingnya promoter tau wahai-wahai peniaga semua. Tiba-tiba kami terbeli sebabkan promoter tu tunjukkan short tutorial dekat situ.


Lembut dan sangat tahan lama. Memang suka!
Code warna : 020

Nampak kemas kan garisan bibir tu? Hiihihk! 
Liz pakai Lipstick code Nude, lepas tu sapu lip pensil ni lagi. Dan itulah hasilnya. 

Eceh! Acah-acah serious sat .. 
Harganya pun murah sebatang hanya RM10.70 
Boleh di beli di Guardian. (Sebab liz beli dekat Guardian)
Nak borong lagi code warna lain lagi sebab memang best!

Jumpa lagi next post. 





KURSUS KAHWIN DI MASJID NEGARA KUALA LUMPUR 2016 | 
Assalamualaikum  ♥ 

Alhamdullilah berjaya juga menempuhi kursus kahwin selama 2 hari di Masjid Negara Kuala Lumpur ni. Selalunya liz nampak dari luar je. Inilah kali pertama jejak kaki ke sini. By the way, pelancong asing pun ramai juga dekat sini dan kalau diorang nak masuk kena-lah pakai jubah dan menutup aurat barulah sopan santun gitu. Rasanya kebanyakkan masjid pun amalkan konsep yang sama macam ni.  

Ikutkan masa belajar dulu ramai juga kawan-kawan yang ajak buat kursus ni dekat Uni sebab murah, dan ada yang berpendapat buat awal-awal senang nanti kalau nak kahwin. Pada pandangan liz pula berbeza, liz dari dulu lagi pasang niat kursus kahwin ni biarlah liz buat bila liz rasa dah bersedia nak kahwin sebab ilmu ni kalau kita tak niat betul-betul ianya akan jadi nilai atas sekeping sijil ja. PASTU siap berangan pulak kursus kahwin ni  liz nak buat dengan bakal suami supaya nasihat dan ilmu rumah tangga kita dengar sama-sama. Alhamdullilah la rezeki, si bakal suami pun belum buat juga. 


Nilai harga kursus murah atau tidak tu tak dapat nak sama kan dengan nilai ilmu yang kita dapat, kalau murah sekalipun ianya tetap ilmu. Dan ilmu tu tak dinilai dengan murah ke mahal. Yang penting pemahamam bila korang pergi kursus. Semoga yang dah pergi kursus tu masih ingat ya pesan-pesan ustaz/ustazah tak kisah lah pergi sendirian atau bersama pasangan. Yang penting masing-masing fokus semasa kursus tu. 



Ehem-ehem! 

Pada sesi Sabtu kelas bermula selepas Zohor jam 2 petang. Pendaftaran pula bermula dalam jam 12 ke 2 petang, selesai membuat pembayaran kita akan diberi fail setiap seorang bersama goodies. Hehe ~ Dalam goodies ada makanan, tapi rasa nya kena letak gula-gula sekali kut. (Request pula) Kursus kahwin ni yang bestnya kalau dapat penceramah yang kelakar barulah tak mengantuk. Syukur Alhamdullilah, rezeki buat dekat Masjid Negara ni kebetulan dapat ustaz-ustaz yang pelawak belaka. Sangat kelakar!

Penceramah pula bukanlah calang-calang orang. Pegawai yang berkhidmat di Jakim, Jais, Imam Masjid Negara, Timbalan Pengarah Pejabat Kementerian pun ada. Pengalaman yang mereka kongsikan juga sangat banyak. Tak rugi kalau buat dekat sini. Banyak ilmu dan tips yang boleh digunakan. InsyAllah




Untuk pengetahuan korang yang masih belum berkursus tu, kami wajib penuhi 6 slot di mana setiap slot tu akan mengambil masa 2 jam sahaja. Detail slot seperti di bawah :

1. Akidah & Ibadah
2. Komunikasi Suami Isteri & Pengurusan Sumber Keluarga
3. Hubungan Dalam Keluarga & Akhlak Suami Isteri 
4. Pengurusan Kesihatan & Pengurusan Stress dan Konflik
5. Perkahwinan Dalam Islam & Prosedur Perkahwinan
6. Pembubaran Perkahwinan & Khidmat Rundingancara Di JAIS

P/S Jangan berangan nak ponteng 1 slot pun sebab kehandiran diambil tau. 



Korang akan diberi buku Gerbang Perkahwinan juga. Sila lah baca nanti.

Suasana dalam kelas. Sementara tunggu Ustaz datang, urus-setia bagi kami tengok drama pendek dulu. (Drama yang berkaitan rumah tangga lah) Best giler haha ~

Dalam masjid untuk berehat dan solat.

Tandas nya memang besar dan bersih.

Ruangan santai untuk duduk dan bersembang. Masa ni ada ternampak A.Samad Said tengah baca buku tapi tak berani pergi dekat kacau dia. Hehe ~

Kalau korang berminat nak buat kursus dekat sini juga. Boleh hubungi nombor dia dalam banting tu. Semoga info yang serba sikit liz kongsikan ni dapat membantu korang yang tengah mencari tempat berkursus. Yuran RM120.00 setiap seorang.


Jumpa lagi minggu depan di sini untuk mengambil sijil kursus pula. 
Sijil siap dalam masa seminggu je. Okay dah boleh KAHWIN. Haha! Sijil kahwin ni boleh guna seumur hidup.

Ustaz PESAN: Tolong koyakkan sijil suami korang lepas kahwin nanti. Bahaya kalau dia guna kali kedua. Jeng-Jeng ~~

Assalamualaikum. See you guys in next post.
“MAKE UP HAS NO RULES” (TIP UNTUK KENING) | Assalamualaikum beautiful. Topik ni sebenarnya ada berkait dengan semua manusia termasuklah lelaki & perempuan. Tetapi yang lebih mengutamakan kecantikkan pastinya kaum perempuan. 'Kening' sebenarnya memainkan peranan peting dalam aura bentuk muka seseorang tu. Cuba bayangkan boyfriend/suami korang takda kening. Haha liz tak dapat bayangkan kalau Alan takda kening weh!!! (Monalisa)

My favourite YOUTUBER! 
Perbezaannya.

Pengalaman liz sendiri la kan, liz pernah .. bukan setakat pernah tapi SELALU kena kondem dengan orang (lelaki & perempuan) tegur kening liz tebal bila liz pos gambar liz dari jarak dekat. Malas nak layan lebih kata-kata orang yang suka condem rupa orang ni. Seolah mereka sangat sempurna sudah. Kening liz memang tebal/lebat tapi pudar yang pasti. Urk susah nya nak describe macam berbelit-belit maksudnya nak sampaikan dekat korang Haa korang tengok gambar dekat bawah ni tanpa make up.

Memang pucat muka macam ni. 
Tapi garisan yang liz buat menunjukkan keluasan bulu kening liz. Just me!

Kategori apa nak cakap: 1. Tebal tapi pudar? 2. Lebat tapi pudar? Sebab kawasan bulu kening liz luas, ada orang keningnya halus ja jadi bila kemaskan bahagian kening mereka takda masalah. Kalau kening yang macam liz ni, liz kena buat concealer untuk tutup lebihan bulu kening tu. Katakan liz warnakan keseluruhan ruangan kening liz tu, mesti akan jadi tebal dan pekat kalau tak conceal kan. 

Liz ingat lagi masa pertama kali liz buat make up bahagian kening liz jadi macam shinchan. Pekat dan penuhi ruangan. Urghhh malu gilaaa! Tapi….disebabkan kegigihan selalu mencuba, liz semakin mahir untuk buatkan kening liz lebih natural. (walaupun hakikatnya masih lagi kena condem)

Kalau korang pun antara yang menjadi mangsa kena condem macam liz, liz nak bagitahu korang quota ni “MAKE UP HAS NO RULES” liz selalu tengok youtuber dari luar negara dorang sangat support each other dalam practice make up dalam kehidupan seharian. Jadi macam mana sekali pun korang aplikasi kan make up korang adalah hasil seni tangan korang sendiri. (cantik ke tidak) itulah keunikkan nya macam mana kita lihat seseorang tu. Just DO!

Kening actress yang cantik antara yang liz suka ialah 
Cara Delevingne. 



Nampak tak perbezaan aura muka seseorang bila make up kening berubah mengikut kesesuaian. Tak perlu cukur pun, banyak lagi cara yang boleh digunakan sekarang ni dengan MAKE UP trick.

From the GOOGLE. 
Tengok ja step-step tu dan cuba.



Yey semakin menjadi tak? 

Kalau boleh jangan pekatkan sangat di bahagian atas hidung. Dulu kesalahan yang liz selalu buat, liz sama rata-kan tona warna seluruh kening. Semoga tips yang ada korang boleh terus mencuba dan cuba. Takpa buruk untuk permulaan, lama-lama mesti menjadi. Yang tak suka make up? Janganlah kondem mereka yang suka mencuba, sebab tak guna duit awak pun.
KIMONO WRAP LAGI | Assalamualaikum beautiful gegerls! Yeah lama giler liz tak hupdate blog, busy weh ~ busy giler melekat dekat tilam. Hahaha ~ Penat lah 2 3 minggu ni. Bertimbun-timbun report dekat atas meja tak siap lagi. Sebab mata ni dah penat sangat, jadi liz berehat kan mata di waktu malam. Balik kerja memang tak buka laptop, fokus untuk berehat dan rehat.

Tapi hari ni liz excited giler nak hupdate lagi pasal kimono wrap yang semakin mendapat sambutan dekat FB & Instagram liz. Selalu tengok orang pakai lawa je kan. Apakata korang tengok liz pakai pula manatahu tiba-tiba korang pun berminat juga nak pakai sama. 


Tali ni korang boleh adjust ikut suka korang sebenarnya, boleh ikat depan, boleh tarik ikat ke belakang juga. Macam liz pakai ni, liz ikat ke belakang.


Variasi warna korang boleh pilih.




Stock kimono ni baru ja seminggu dalam stock liz tapi dah habis pada hari kedua. Tak sangka sambutan menggalakkan sangat design ni. Restock soon lagi Sabtu ni, bagi sesiapa yang berminat nak order Kimono Wrap macam dekat atas ni boleh lah ke :

Instagram : Zilazloverofficial 
FB Page : Zilazloverofficial 
Whatapps : 010-2276292 

Price : RM30 + RM5 Postage (Total RM35) 
Promosi valid till end month of May sahaja ya sayang-sayang.


Always believe “There was a beautiful lady hiding somewhere under all that acne” | Assalamualaikum beautiful 

Semoga quota diatas membuat keyakinan diri korang lebih tinggi. Sindiran orang yang sakit hati “Jangan make up tebal sangat nanti bakal suami terkejut masa malam pertama.” LOL ~ Dan liz rasa mereka yang ada fikiran macam ni ada sifat iri hati sebab dia tak da barang make up atau dia tak reti make up. Dan selalunya orang yang up status-status macam ni, liz terus block. Jangan simpan orang negatif di sekeliling korang.

No more filter. Just power of MAKE UP!

Ada juga yang sindir liz Jangan la guna filter gambar, tak cantiklah sebab gambar kelakar macam kartun. Nampak porcelain sangat.” Telan dalam hati rasa tersentap itu. Okay tahulah awak flawless tanpa cela tak guna filter pun takpa. Lepas tu serik dah nak bergambar or berselfie depan dia. Kalau selfie pun taknak ajak dia. Tapi benda ni semua buat liz untuk cuba dan berfikir  kearah cara yang lebih positif, liz tak nak sebab kekurangan paras rupa jadi ukuran keyakinan diri liz.

Semakin lama, liz cuba terima hakikat yang kulit liz memang jenis sensitif, jerawat ada sejak zaman sekolah menengah lagi. Sekejap dia elok, sekejap dia meradang. Selama ada jerawat, liz tak make up pun jerawat tak hilang juga. Dan selama tu juga, keyakinan diri depan umum macam tipis giler. Then liz terjumpa Youtuber Melanie Murphy, dia buat tutorial acne coverage. Tiba-tiba rasa motivate giler lepas tengok video tu. Selain Melanie, korang mungkin familiar dengan Em (mypaleskinblog) tutorial. Korang boleh Google pasal mereka.

Sejak tu, liz berjinak-jinak untuk belajar teknik make up acne coverage. Cuba produk yang mereka pakai dan yeah kesan-nya liz rasa keyakinan diri liz pun bertambah dan liz rasa semakin seronok bila tengok diri sendiri lebih cantik bila bermake up. Malahan kulit yang berjerawat semakin pulih. I really don’t mind when people say I had no natural beauty. Sebab liz percaya quota tu “There was a beautiful lady hiding somewhere under all that acne”.

Jadi buat apa sahaja yang korang rasa bahagia dan yakin dengan diri korang dengan apa sahaja yang korang suka. Be happy girls! Enjoy the show of your life. Avoid negative vibes and stay with people that always support you.

Hakikatnya Malan pernah tengok kulit liz lebih teruk daripada kulit yang tanpa make up. Pernah tak korang bayangkan pergi detim for the first time dengan muka apa je. Dan baru during acne breakout teruk giler tiba-tiba, keluar tanpa make up macam dekat bawah ni. Okay je. (yang pasti lipstick kena ada) Hehe ~

Ya Rabbi selekeh sangat ni tau.


Antara produk yang liz guna untuk make up harian liz adalah seperti di bawah:



Barang-barang ni memang basic harian yang liz akan guna. Setakat ni memang tiada apa-apa tanda sensitif pada kulit. Semoga perkongsian yang liz sampai kan ni dapat membantu korang untuk tampil lebih yakin bahagia dengan kecantikkan yang korang miliki. Sebenarnya make up menaikkan lagi seri kecantikkan yang korang miliki. Percayai diri anda lebih dari kritikan negatif mereka di luar sana.


Macam biasa, bagi yang baru ikuti perjalanan Acne Journey liz. Sekiranya ada sebarang soalan, luahan ataupun tips nak kongsi dengan liz please-please hantar bagitahu liz, korang boleh emailkan kepada liz di beautyliyliz56@gmail.com Jumpa lagi di post akan datang. 
FCC SKINTRENDS HADIAH SEMPENA HARI IBU | Assalamualaikum beautiful 

Dah masuk bulan May, tak lama je lagi kita semua akan menyambut hari ibu sedunia. YaY! Mesti dah biasa dengar nama FCC kan? Liz memang suka giler barang makeup FCC, liz ada buat review juga sebelum pasal lipstick matte dia. PERGH memang awesome gile. Klik sini tau baca sini sini.


Bila teringat hari ibu je liz nak bagitahu ni tak kira muda atau tua korang layak mendapat penghargaan yang terbaik buat diri korang sebab telah menjaga dan memberi sepenuh perhatian dalam mendidik anak-anak. Sebagai anak, liz sedar yang ibu liz semakin meningkat usianya dan kadang-kala disebabkan kesibukkan membesarkan anaknya yang seorang ni dan kerjayanya sebagai usahawan kuih-muih telah membuat beliau lupa akan penjagaan kulit. Tambah-tambah lagi musim panas sekarang ni, liz tengok kulit ibu liz macam kering dan tidak bermaya je.

Jadi liz hadiahkan ibu liz product terbaru penjagaan kulit daripada FCC SKINTRENDS iaitu rangkaian produk rahsia kulit muda dan berseri. Uniknya produk daripada FCC ialah bahan utama yang ingin diketengahkan dalam produk ini ialah ACAI BERRY. Acai Berry mempunyai 7 kebaikkan terhadap kulit seperti:

1. Tinggi dengan Vitamin C, melawan sel kulit rosak, bebas dari radikal yang merosakkan kulit.

2. Tinggi dengan antioksida, Acai Berry membantu menghalang pra-matang usia pada kulit.

3. Memberi kelembapan.

4. Mengekalkan kemudaan wajah kulit berseri.

5. Meningkatkan kadar metabolisem kulit.

6. Memberi kesan kulit yang segar dan bebas dari cela. 

7. Menghalang kekeringan kulit dan garis halus pada kulit.


Antara langkah-langkah penggunaan SKINTRENDS kena lah cukup 3 benda ni. Pertamanya pencuci muka, keduanya toner & ketiganya ialah pelembab krim muka. Benda asas ni penting untuk membuat kulit nampak lebih segar dan bermaya tau lepas tu nampak awek muda tau. Korang tu kadang-kadang asyik nak cantik je jangan la lupa ibu kita pun nak join sama cantik juga.


1.  Cleansing Milk RM49.80 : Untuk menghilangkan kekotoran dan melembutkan lagi kulit muka. Lagipun cleasing daripada susu ni bagus untuk kulit yang kering & sensitif. Cairan dia memang mudah meresap pada kulit, basahkan kulit dengan air dan pam kan pada tapak tangan sebelum gosok ke muka. Lepas tu bilas dengan air mesti korang rasa lembut lepas guna.


2. Toner RM41.30 : Benda ni memang wajib lepas cuci muka tau. Letak dekat kapas lepas tu sapu kan pada keseluruhan muka. Jangan kena mata pula, macam ibu liz dia tersapu dekat mata pula haha ~ dah pedih. Lepas guna dia rasa segar giler! Pergh ~ terus rasa lawa katanya. 


3. Day Cream SPF 15 RM62.50 : Benda last sekali untuk kulit tersayang. Krim ni ringan je, baunya pun menyenangkan. Antioksida dan meningkatkan metabolisem sel kulit, itu yang penting tau. Lepas pakai korang akan rasa kulit semakin memlebap. Ibu cakap sejuk je muka lepas pakai krim ni. 

Rasa berminat tak? Kalau korang masih belum ada set penjagaan kulit yang best. Korang memang kena cuba FCC SKINTRENDS sebab produk ni halal dari Turki Instabul. Tak perlu ragu-ragu okay. 

Dekat mana nak beli? Detail seperti di bawah ini you alls:




Boleh cari mereka di Instagram juga tau : @FCCMALAYSIA