PRINCESS HAPPINESS SCRUB ELOK UNTUK TANGGALKAN SEL KULIT MATI | Assalamualaikum my beautiful followers. Wow liz masih boleh teringat-ingat lagi aroma bauan dari scrub yang liz pakai semalam, walaupun sekarang ni dekat pejabat lagi. Dua minggu lepas kan liz ada trip gather dengan beautiful blogger. Aum! Selain dapat tips kecantikkan macam mana nak kasi hilang jerawat ni, liz juga dapat 1 product kecatikkan daripada blogger Illy. Haa ~ ini rupanya rahsia kulit dia yang cantik rupanya. Tadaaaa Princess Happiness Scrub. 



Packaging dia yang supper cute. Ada love lagi atas penutup tau, belum buka lagi dah rasa in love dengan bottle ni, apatah lagi kalau korang dah buka. Seriously bau citrus dia kuat sangat. Liz sukaaaaa! Antara bahan lain yang ada ialah:  vitamin c, vitamin e, organic virgin coconut oil, extra virgin olive oil, lots of orange + lemon zest on top of having shredded coconut for and extra love for your skin. Sound really good right? Yes! Definitely! Korang akan rasa perubahan yang sangat best dekat kulit korang untuk pertama kali pakai. Kalau pakai banyak-banyak kali mesti result nya lagi awesome tau. 

Jom tengok step liz pakai:

1. Basahkan tangan korang dengan air lepas tu letakkan secubit scrub dekat tangan korang untuk test. Then korang pun gosok-gosok tempat yang korang nak genyeh tu. Lepas dah puas menenyeh tu korang boleh la bilas dengan air. Ni liz bagi contoh je tau, korang boleh guna 1 badan. Allahu semalam lama mandi sebab seronok duk menenyeh scrub ni hah. Wangi!


Hah nampak macam liz buat tu.
Merah-merah sebab rasa macam banyak pula daki keluar padahal gosok perlahan je. Sangat bagus untuk tanggalkan sel kulit mati.


See tengok kulit liz lepas pakai scrub. Rasa macam lebih lembut dan bersih. Yang lagi best korang rasa kelembapan pada kulit lagi-lagi kulit yang kering tu sebab ada parutan kelapa. Korang tau kan kelapa ni bagus ni ada hasilkan pati minyak. Jadi bila tenyeh dengan semua bahan yang lain dia jadi 1 ramuan yang sangat lengkap untuk kulit. 


Dalam gambar ni travel size. Almaklum can during vacation dapat scrub ni. Jadi mudah untuk dibawa dan guna.

Princess Happiness ialah antara product yang best selling dekat Princess Malaysia Official tau. Packaging scrub ni didatangi dalam 2 bentuk botol iaitu:

1.Full size (325gram) : RM35
2.Travel size (175gram) : RM15

.
FREE Nationwide Shipping
.
To order ws: 0182482011 (Hello je senang) ataupun korang boleh ke website mereka di 
http://princessmalaysia.com dan nak bagitahu ni sekarang ni diorang ada promotion tau. 


Rugi tak beli sekarang. 





HADIAH HARI JADI IN ADVANCE YEAR 2016 | Excited terlebih update blog pasal hadiah hari jadi. Suka hati lah! Dekat belog sendiri okay. (Sambil type senyum-senyum)

Semalam kan Ahad, Hari ni kan Isnin. Tapi sekarang dah hari Rabu baru update. Tapi nak publish hari apa tak tahu lagi. Okay so? So hari tu ada Sogo SALES! Haha. Pergi nak jalan-jalan je tapi kalau berjalan sambil cuci mata tiba-tiba korang akan rasa macam banyak pula habuk masuk dalam mata. Tahan sendu nak beli tapi belum gaji lagi. (Nangis tengok sales)!

Tiga kali tawaf dalam Sogo lepastu dahaga. Okay lah naik atas minum air dulu. Turun lagi dan tawaf lagi 3 kali. Lepas tu baru keluar suara "Awak.. Jom balik." Alan pun tanya "Punya banyak sales dekat sini tak mau beli?" Urghh terbakar telinga dengar statement tu. Takpe lah sebab yang liz bekenan semua RMxxxx ke atas. Lagipun nak saving duit untuk kahwin lagi. Acaner. Lambat kahwin nanti. (Haaa cam gitu lah mengayat) 

Memandangkan Alan yang baik hati tak sanggup tengok kekasih hati dia kempunan hand bag baru makanya terkeluar la statement "Jom lah beli, hadiah hari jadi in advance" Urghh dalam hati "Yay Yay!" Tapi ayat yang keluar dekat mulut lain "Takpelah awal sangat lagi 2 minggu baru birthday" Lepas tu sesi tawar menawar pula antara kami di celahan orang ramai tu sebanyak 3 kali. Tapi kali ketiga kalau di ajak jangan ditolak dah, confirm takkan ditanya kali ke 4 dah. Tapi sempat lagi liz tanya "Betul ke ni boleh?" hehehe ~ Yay Jom! Perempuan memang macam tu pun kalau dia nak pun pura-pura taknak. 

Liz memang dah aim lama dekat jenama Carlorino ni. Bukan takda yang dalam budget RM200 kebawah cuma kebetulan taste liz tak kena dengan designnya harganya lebih dari RM200 ke atas. Dan kadang-kadang waktu liz nak beli waktu tu lah takda sales. Bila waktu ada sales waktu tu lah duit takda. #sign Lagipun kena berjimat, banyak lagi duit nak menyimpan untuk kegunaan akan datang. Seriously waktu ni korang akan rasa berbelah bahagi nak belanja atau nak simpan. 

Tapi sebabkan rezeki hadiah birthday in advance. Terima kasih lah sangat-sangat. Seronok sangat weh makci ni. Setiap tahun birthday dapat hand bag. Haha ~ Dan hand bag tahun ini adalah seperti di bawah:


Ada warranty card tau. Which is korang kena simpan sekali dengan resit. Kalau apa-apa terjadi dekat Hand Bag ni korang boleh pergi store mereka dan tukar.


Ada bag kecit tu boleh buat letak Phone. Selalu sangat iphone lemas dalam bag, cari tak jumpa.


Ringkas untuk design kali ni sebab liz pilih yang button. Tak nak yang ada zip.


Oh ada lagi macam pouch bag, tapi korang boleh style kan nya jadi sling bag juga. 




Dalam pouch bag ni ada zip, which korang boleh simpan make up yang mudah nak ambil. Di sebelah bahagian lagi ada pocket dan ikut suka korang la nak letak apa. Macam liz sahihnya akan letak eye shadow dekat situ. Alhamdullilah syukur rezeki yang ada.



BERCUTI KE AJLAA VILLAGE PART II (TREKKING TO HIDDEN RIVER) | Assalamualaikum semua. Dah baca ke belum cerita liz bercuti Part I? Kalau belum korang kena baca dulu dekat sini. 

Seawal 8 pagi sepatutnya kami breakfast tapi seawal 8 pagi baru kami bangun. Syiok giler tidur dekat Ajlaa Village ni sebab suasana dekat sini sangat tenang. Kalau dekat rumah liz, pagi-pagi dah dengar bunyi kereta, bunyi lori bunyi motor merempit lagi. Bising!

Jadinya kami bangun pun sebab kami dikejutkan oleh kakak komander. Nak tahu siapa kakak komander tu? Korang kena tengok gambar dekat bawah ni. Masa dia datang kejutkan kitorang kemain dah wangi sambil tempek-tempek apatah dekat muka dia. Haha!


Ada gaya kan komander kan? Hehehe ~ Hi. Kak Lily Putih.

Selesai breakfast kitorang sempat lagi patah balik bilik. Ambil cermin mata lah, ambil tuala la. Ambil itu lah ambil ini lah. Lepas tu posing dulu. Bergilir-gilir bergambar. Sampai kakak-kakak dekat bawah kena menjerit panggil "cepat-cepat"! Hehehe. Yang kuat bergambar antaranya orang dekat bawah ni:

Rugi kalau tak posing banyak-banyak dekat Ajlaa Village ni.

Bermulanya trekking to hidden river dengan langkah yang penuh excited. Kalau korang bermalam dekat sini korang boleh request untuk buat aktiviti ni pagi-pagi. Korang boleh pilih nak ikut jalan jauh atau jalan dekat. Macam kami ni, pilih jalan dekat sebab ramai yang senior-senior ni bukan larat sangat. Huhu~ habislah liz kena tumbuk satgi dengan depa! Lagi ramai lagi best tau, tak kisah lah ikut jalan dekat je jalan jauh.
Jom tengok gambar kronologi Trekking To Hidden River seperti di bawah:
(Gambar daripada semua yang terlibat)

Perjalanan di kawasan ni agak susah sikit. Memang kena hati-hati sikit.

Walaupun tengah menuruni cerun yang memang licin giler tapi bila diorang ni nampak kamera. Memang! Muka kaki selfie belaka ni.



Botol air tak tinggal. Setia sangat kemana sahaja liz bawa.


Gambar ni lucu sangat. Haha! Kak Lily macam kena geletek.

Padahal waktu ni semua dah naik ke darat tau. Tapi sebabkan seorang dua dalam air yang ajak bergambar. Habis semua sekampung turun semula dalam air.

Siap dah mandi. Bergambar dulu sebelum bergerak lagi ke perjalanan seterusnya.

Jalan punya jalan akhirnya sampai juga dekat depan Ajlaa Village. Ni masing-masing dah kenyang makan ais krim masa naik bukit tadi sebab ada orang jual ais krim weh tepi sungai. Syiok giler.

Dah siap trekking bukanya masuk bilik terus. Sambung lagi dekat swimming pool korang.
Barulah remaja! Gambar Kak Lily(phothographer tersebut) je tiada dekat sini, sebab photographer kami waktu ni dah terbaring-baring dekat tepi swimming pool ni.

Lebih kurang 12.15 pm baru kami naik ke darat. Beransur-ansur kemaskan beg, mandi manda kemudian lunch time. Selepas lunch lebih kurang 1.30 pm baru lah balik. Happy Holiday!

Untuk maklumat lanjut sila ke FB page Ajlaa Village:  FB PAGE







BERCUTI KE AJLAA VILLAGE RESORT  (PART I) | Sebelum bermulanya percutian ke Ajlaa Village yang terletak di Sungai Lepuh, liz sempat request nak makan Baskin Robbin. Alkisahnya kami yang sehati sejiwa ni pun pergi ke Subang Parade redeem ais krim baskin robbin yang liz dapat sempena memenangi contest silky girl hari tu. Lepas makan ais krim rasa nak makan nasi pula! Allahu perut kami ni memang perut selagi muat. Pendekkan cerita kami pun makan dekat Nyonya Penang, bila dah siap makan tengok jam rupanya dah pukul 2.30 petang, gelabah keluar kedai sampai dekat parking lot baru teringat terlupa bayar bil makanan tadi. Kelakar betul, pertama kali seumur hidup kami buat perangai macam ni. Haha! Dah la lambat kemudian terpaksa patah balik bayar bil.

Nampak tak? Excited punya pasal sampai terlupa nak bayar bil? Sepanjang perjalanan sempat lagi update dekat FB group tanya masing-masing dah sampai ke belum sebab cuak lah takut jadi orang paling lambat. Tak dapat jadi orang terawal pun takpe jangan jadi orang terlewat. Malu! Nak jadi orang tengah-tengah. Hehe ~ Mengada sangat!

Alhamdullilah rezeki liz apabila dijemput oleh anak pemilik Ajlaa Village Resort ni sendiri iaitu Kak Ayna Jalal. Bukan liz sorang je dijemput malahan ada 11 lagi blogger lain turut sama sertai percutian ni. Semakin teruja apabila kebanyakkanya liz belum pernah jumpa lagi. Selalu minat dorang ni dari jauh je. Dan bestnya Kak Ayna Jalal ni juga merupakan seorang blogger, maka-nya yang dijemput juga antara mutual friends. 



Bangalow 2 tingkat yang sesuai untuk keluarga yang besar menginap dan memiliki 7 buah bilik.

Short vacation untuk tahun baru 2016 merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat semua yang hadir ke sini. Kenapa liz cakap bermakna? Sebab dekat sini korang boleh elakkan diri daripada dihubungi. Sesuai sangat buat mereka yang nak lari daripada gangguan kerja, kebisingan bunyi kenderaan dan kesesakkan pandangan mata-mata bangunan. Mana ada hutan dekat kota bandar raya ni tapi jangan tak tahu dekat Selangor ni ada banyak hutan yang masih ada untuk dinikmati. Back to nature! Apa yang ada dekat sini boleh dinikmati dengan tenang. Boyfie nak kacau pun tak boleh sebab line Digi dekat sini memang tak dapat. Yellow Man tak dibenarkan disini! You cannot follow me ~ Hehehe. Tempat ni tinggi sangat dan boleh nampak kabus tau. (Masing-masing dah takut nak mandi)

Chalet yang berada di lereng bukit tu tempat kami menginap.

Sampai je dekat sini korang akan nampak pemandangan yang sangat cantik. Tak dapat nak ceritakan dengan kata-kata tapi liz boleh kongsikan korang gambar-gambar yang ada liz dah tangkapkan. Macam-macam gambar yang berlainan angle ada ni hah. Tahlah yang mana 1 yang cantik sebab rasa semuanya cantik dekat sini. 

Perasan tak dalam air tu ada pantulan pelangi. Cantik!

Keluasan tempat ni ialah sebanyak 10 ekar dan keluasan kawasan ni korang boleh buat macam-macam aktiviti. Tempat ni dibangunakan secara berperingkat kerana asalnya idea pemilik resort ni Hj Jalal Ahmad membina taman permainan khas untuk anak-anaknya namun pada tahun 2012 Ajlaa Village mula beroperasi dan dibuka kepada umum dengan 6 chalet terampung yang unik di kawasan Hulu Langat, Selangor. Selain tu, korang boleh memancing ikan air tawar dan bestnya lagi dekat sini ialah sumber airnya dari air mata semula-jadi. Cuba tegok dekat gambar tu ada pelangi kan? Ha! Best sangat sebab bukan senang nak tengok pelangi ni.

Antara Water Chalet:




Dan sekarang ni tahun 2016 Ajlaa Village dah ada 34 chalet di sekitar kolam & lereng bukit. Ada 2 kolam mandi iaitu untuk kanank-kanak & dewasa. Ada kolam ikan, gazebo, bilik diskusi, ada dewan serbaguna dan asrama untuk mereka yang datang dalam kumpulan yang ramai.


Boleh bagi ikan makan. Jangan lupa bawa roti gardenia lebih. Sebab roti gardenia bukan ikan je suka, manusia pun suka. Hehehe ~ (Kan pika?)

Ikan dekat sini pun banyak kalau korang nak memancing.

Jalan-jalan melawat sekitar Ajlaa Village:




Tempat ambil wuduk sekiranya korang nak bercamping di luar.

Lambat depa dua kat belakang tu. Hehe~ Nak pesan ni,
Datang sini pakai sandal je tau. Kalau heels lenguh la kaki korang nak ronda Ajlaa Village ni. Di belakang tu pika dan kak ayue.

2 orang budak ni sebilik dengan liz. 
Lapar rupanya diorang ni, Mujur ada Jajan.

Mesti kenal tu blogger Illy dengan Ayna Jalal.
 Tengah nak agihkan T-shirt dan jajan untuk kami.

Pemandangan di kala waktu senja. 
Tunggu malam hari untuk BBQ pula. 

BBQ TIME (PICA from Ajlaa Village FB Page:

Bilik atas tu la bilik kami princes-princes. :)

Pantang nampak kamera!



Tengoklah orang lapar tuang sos macam mana. Princess Busan.



Tambah jangan tak tambah!

Senyap belaka time makan. Ini sebab tak perasan kamera dekat belakang, kalau perasan confirm2 dah toleh ke belakang ni.

Teka teki time! Kalau birthday kucing selalunya kucing minta hadiah apa? Dan jawapan dia ialah Basikal! Bila tanya kenapa basikal? Kak Illy jawab : Suka hati dia la birthday dia. Urkkk boleh macam tu???!


Mereka yang tak remaja!

Kami yang remaja!

Dugung-dugung yang buat pertunjukkan malam tu ialah Kak Suzai, Pika & Liz. Betul tak kak illy? Haha korang boleh baca dalam blog dia tengok persembahan dugung sebenarnya kami la tu. Sumber air yang best giler tak da klorin weh, sumber air dari mata air ni & air bukit.

(Apahal muka putih sangat tiba-tiba.)

Selesai mandi manda dalam ni lebih kurang dalam pukul 1030 macam tu. Lepas tu naik bilik mandi lagi dengan air yang sejuk. Fuhh segar bugar mata. Kemudian pergi bilik media di mana bilik tu menjadi bilik utama untuk melepak. PILLOW TALK session, seronok sangat sebab ni pengalaman pertama liz dapat jumpa ramai blogger yang senior-senior. Dapat ilmu blogging juga. 

Photo: Dalam group. Tak ingat dari siapa. Hehe ~

Done part I. Tunggu cerita day II pulak okay.
 Antara blogger dekat sini: Mieza, Kak Alyza, Kak Sabby, Kak Suzai, Kak Lily Putih, Kak Illy, Kak Ayue, Pika XOXO, Carol & Nicole. (sorry kita x tahu blog Nicole. 

Berminat nak datang sini? Dah boleh gambarkan macam mana korang nak spend kan masa korang dengan kawan-kawan ataupun family? Boleh sangat datang sini sebab harga dekat sini murah sangat-sangat. Tiba-tiba dapat idea macam nak photoshoot pre-wedding dekat sini. Hehe~ Nak tahu detail lagi jangan lupa jenguk FB page Ajlaa Village: https://www.facebook.com/ajlaavillage

P/s : Liz malu-malu sikit, newbie gitu. Hehehe~ Tapi diorang layan liz OMG awesome giler thanks Kak Ayna jemput liz. Muah-muah!