CARA PENGECUALIAN BAYARAN KERETA PUBLIC BANK | Assalamualaikum semua ❤️

Nak panjangkan tempoh bayar kereta disebabkan masalah ekonomi terjejas dengan Covid19. Sekarang ni dah minggu ke 3 dalam musim PKP COVID19. Besok kita akan masuk bulan April 2020, sejarah dalam kehidupan kebanyakkan rakyat Malaysia dimana kita semua kena berkurung duduk di rumah.

Untuk yang terjejas dengan sumber pendapatan mesti rungsing dengan bayaran komitment bulanan. Macam liz, kereta yang ada hutang dengan bank lagi kena bayar setiap bulan. 

Buat semua peminjam hire purchase dengan PUBLIC BANK. U all jangan risau PUBLIC BANK dah buat announcement yang tangguhan bayaran balik selama 6 bulan. 

U all boleh rujuk di website seperti dibawah ni tau. Jangan risau tak perlu apply apa-apa pun sebab penangguhan ni secara automatik. Pada siapa yang nak bayar pula, bagi yang tidak terjejas, kena buat permohonan tau.



Sekian. 


RESEPI PANCAKE MILO UNTUK KANAK-KANAK| 
Assalamualaikum parents

Makanan untuk kanak-kanak yang susah nak makan, boleh cuba bagi mereka pancake milo yang mudah ni. Sepanjang musim Covid19 ni ibu bapa bekerja dari rumah sambil tu kena mengasuh anak sekali betul tak. Jadi untuk anak-anak yang dah biasa pergi ke taska atau tadika ni apabila duduk lama sangat dekat rumah dia punya tahap kebosanan tu boleh menyebabkan mereka menjadi extra kreatif dan agresif. Jadi menu makanan pun anak-anak ni semakin memilih sebab tahu mak yang jaga dekat rumah, kalau dekat taska tu elok je makan apa yang ada. 

Jadi marilah kita sama-sama berusaha pelbagaikan menu supaya anak-anak kecil  yang memang memilih makanan macam anak liz ni. Liz faham sangat perasaan ibu-ibu yang risau bila anak tak nak makan ni.

Mari kita buat Pancake Milo bersama-sama si kecil untuk sarapan pagi. Sarapan pagi untuk kanak-kanak macam ni memang dorang suka sangat sebab ada perisa chocolate / milo di dalamnya.

Bahan-bahan:

2 cup tepung gandum
1/2 cup milo (ikut suka) / boleh letak koko powder
1 biji telur 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil essen vanila
1/2 cawan air
3 sudu gula

Cara-caranya:

- Pecahkan telur dan pukul hingga kembang.
- Kemudian masukkan milo, essence vanila, gula, baking powder, kacau sehingga sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau-kacau.
- Lepas tu masukkan sedikit air sekiranya bancuhan terlalu pekat.


Tepung & gula tiada dalam gambar. Terlupa!


Siapppp! Sedap rasanya ofcozz lembut tapi paling best rasanya sama macam wafer yang kite beli dekat kedai tu. 



Anak kecil yang memilih makanan ni makan sampai habis sambil cicah toping coklat. Toping tu boleh pilih sendiri you all nak makan dengan apa.


Selamat Mencuba