MY 10 SECRET TO SUCCESS | Assalamualaikum semua 💖💖

Terlalu banyak perkara yang membawa ke arah positif dalam diri liz sejak berada dalam kalangan mereka yang banyak memberi semangat untuk teruskan kerjaya dalam Mary Kay. 

Kalau korang tanya apa yang liz berlajar dalam MY 10 SECRET TO SUCCESS ialah seperti dibawah:

1. Blessing from husband, parents & family
2. SMART goal
3. Always show up & go give to unit meeting
4. Always remember : SUCCESS IN INCONVENIENCE
5. The harder I work, the more lucky i get
6. Don't take rejection personally
7. I am who my friends are : Choose wisely!
8. Activity cures negativity
9. Keep in touch with SD & Recruiter
10. Self motivated & manage emotion

IT's ALL ABOUT ATTITUDE!

Nak berubah? Sekarang. 
Nak business? Sekarang.
Nak cantik? Sekarang.
Nak sambung belajar? Sekarang.

Sebab tu banyak sangat perkara liz buat sekarang. Sebab liz tak nak lagi buang masa dan simpan angan-angan tu dalam kepala sahaja. Zahirkan di atas kertas dan kemudian lakukan sebaik mungkin mengikut seperti yang di rancang.



NAK BERUBAH SINCE 2018. 
PERUBAHAN 2019.

DAN INSYALLAH MORE TO COME 2020, DOAKAN LIZ KAWAN-KAWAN SEMUA UNTUK MENJADI LEBIH BAIK.

DELIVERY SERVICE SETIA ALAM TERBAIK| Assalamualaikum semua

Hari ni liz nak share info tentang DHL delivery service SETIA ALAM. Sekiranya korang urgent nak hantar barang sekitar kawasan Setia Alam, boleh lah korang cuba untuk pos di DHL Setia Alam yang berada di Setia Taipan. 

Selain POS LAJU Setia Alam Tesco yang tak pernah tak ramai orang tu, tak pernah & tak sah kalau tak beratur panjang masuk dekat situ betul tak? Apa kata you all cuba untuk hantar parcel you all di DHL Setia Taipan. Dekat sangat dengan KFC Setia Taipan. 



Seawal 9 pagi dah bukak, ikutkan semalam liz memang nak pos barang cusotmer liz di Pos Laju Setia Alam Tesco tu tapi bila tengok perghhhhh panjang giler orang beratur mak ai. Jenuh nak tunggu giliran, terus lah pergi ke Setia Taipan. Harga parcel dekat DHL pun boleh tahan, tidak lah mahal mana pun lebih kurang sama ja dengan Pos Laju. 



Semalam liz pos product Mary Kay ada set botanical total timbang RM10.05 sen lepas tu dapat FREE 1 delivery service parcel. Memang bebaloi-baloi sangat kan. Dahlah tak perlu beratur, lepas tu dapat pula FREE 1 delivery service 1x. 

Jadi liz sangat highly rekemen la dekat you all supaya pergi ke DHL Setia Taipan sekiranya hanya untuk urusan pos & mengepos. 

Alam di bawah untuk rujukan korang ya:

AlamatNo 15-1-1 ,Jalan Setia Prima, AU13/A Setia Alam, Setia Alam Section U 13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
BELI BORONG ALMOND MURAH DI KLANG SELANGOR | Assalamualaikum 

Dekat mana nak beli almond murah di selangor? Atau korang tertanya-tanya dekat mana boleh beli kacang almond dengan harga lebih murah lagi-lagi untuk berniaga. Dekat Klang ni banyak sangat kedai bakery sebenarnya tapi nak cari yang murah tu kena consider banyak benda sebagai contohnya, minyak, tol, masa dan tenaga.

FLORENTINE COOKIES BY MAMI 

Katakanlah you all nak buat kek atau biskut secara sikit-sikit kan, is okay je untuk beli dekat kedai sebelah rumah korang. TETAPI kalau nak buat niaga, pastinya kena cari bahan mentah yang murah harganya. 


KENANGAN GAMBAR MASA MULA2 LIZ BUAT FLORENTINE DULU
SEKARANG KALAU BORONG, BERKOTAK-KOTAK GITUHH

Liz nak share dengan you all semua dekat mana liz selalu borong kacang badam untuk buat biskut FLORENTINE liz ni. Untuk kawasan berdekatan Setia Alam, tempat paling dekat dan murah sudah semestinya kena beli dekat 2PLY. Kedai ni banyak sangat tukang buat kek, tukang buat biskut memborong dekat sini sebab sudah semestinya harganya yang murahlah kan. 

Haaaa kalau nak tahu Azlina Ina yang buat kek cheese leleh tu pun beli barang dekat sini, hehe sebab liz nampak gambar dekat instagram dia beratur dekat ni masa PKP haritu. Kagum sangat dengan Azlina Ina tu, jutawan dah dia sekarang ni, semoga liz pun dapat merasa jadi jutawan macam dia nanti. Tak gitu, berangan kan percuma you alls. 

Kedai 2PLY ni harga kacang badam dia RM35 sekilo. So far setakat ni, inilah harga paling murah liz jumpa untuk beli kacang hiris yang termurah. Tapi dekat sini memang stock cepat habis. 2 Minggu liz tak sempat restock kacang badam sebab habis. Selain kedai 2ply ni, liz pernah beli dekat kedai BS Bakery juga, kedai ni berhampiran dengan 2ply juga tapi harganya mahal sikit, RM43. 

Untung orang niaga, kalau borong banyak, beza RM8 tu boleh jadi besar nilainya juga tau. Tapi kadang-kadang takda pilihan bila permintaan biskut florentine tinggi, liz terpaksa beli juga dekat situ sebab kalau dibandingkan kedai kek lain dekat Meru lagi mahal ada yang jual RM49 sekilo. Pengsan beb beza RM14 tu kalau beli 2 kilo dan RM28 ruginya. Begitulah orang niaga, kira mengira supaya dapatlah berjimat merasa sedikit untung penat lelah berniaga.

Alamat 2PLY : 

TWO PLY SDN BHD (HQ)
24-42, Jalan Pasar Baru 3,
41050 Klang,Selangor
03-3344 4222
03-3344 7477

Alamat BS Bakery : 

255, Jalan Sentosa 41,
 Taman Bunga Melor, 41050 Klang, Selangor

p/s Kalau teringin nak cuba Florentine Cookies By Mami jangan segan-segan order tau di Instgram @florentinecookiesbymami