BELI BORONG ALMOND MURAH DI KLANG SELANGOR

7 Jul 2020

BELI BORONG ALMOND MURAH DI KLANG SELANGOR | Assalamualaikum 

Dekat mana nak beli almond murah di selangor? Atau korang tertanya-tanya dekat mana boleh beli kacang almond dengan harga lebih murah lagi-lagi untuk berniaga. Dekat Klang ni banyak sangat kedai bakery sebenarnya tapi nak cari yang murah tu kena consider banyak benda sebagai contohnya, minyak, tol, masa dan tenaga.

FLORENTINE COOKIES BY MAMI 

Katakanlah you all nak buat kek atau biskut secara sikit-sikit kan, is okay je untuk beli dekat kedai sebelah rumah korang. TETAPI kalau nak buat niaga, pastinya kena cari bahan mentah yang murah harganya. 


KENANGAN GAMBAR MASA MULA2 LIZ BUAT FLORENTINE DULU
SEKARANG KALAU BORONG, BERKOTAK-KOTAK GITUHH

Liz nak share dengan you all semua dekat mana liz selalu borong kacang badam untuk buat biskut FLORENTINE liz ni. Untuk kawasan berdekatan Setia Alam, tempat paling dekat dan murah sudah semestinya kena beli dekat 2PLY. Kedai ni banyak sangat tukang buat kek, tukang buat biskut memborong dekat sini sebab sudah semestinya harganya yang murahlah kan. 

Haaaa kalau nak tahu Azlina Ina yang buat kek cheese leleh tu pun beli barang dekat sini, hehe sebab liz nampak gambar dekat instagram dia beratur dekat ni masa PKP haritu. Kagum sangat dengan Azlina Ina tu, jutawan dah dia sekarang ni, semoga liz pun dapat merasa jadi jutawan macam dia nanti. Tak gitu, berangan kan percuma you alls. 

Kedai 2PLY ni harga kacang badam dia RM35 sekilo. So far setakat ni, inilah harga paling murah liz jumpa untuk beli kacang hiris yang termurah. Tapi dekat sini memang stock cepat habis. 2 Minggu liz tak sempat restock kacang badam sebab habis. Selain kedai 2ply ni, liz pernah beli dekat kedai BS Bakery juga, kedai ni berhampiran dengan 2ply juga tapi harganya mahal sikit, RM43. 

Untung orang niaga, kalau borong banyak, beza RM8 tu boleh jadi besar nilainya juga tau. Tapi kadang-kadang takda pilihan bila permintaan biskut florentine tinggi, liz terpaksa beli juga dekat situ sebab kalau dibandingkan kedai kek lain dekat Meru lagi mahal ada yang jual RM49 sekilo. Pengsan beb beza RM14 tu kalau beli 2 kilo dan RM28 ruginya. Begitulah orang niaga, kira mengira supaya dapatlah berjimat merasa sedikit untung penat lelah berniaga.

Alamat 2PLY : 

TWO PLY SDN BHD (HQ)
24-42, Jalan Pasar Baru 3,
41050 Klang,Selangor
03-3344 4222
03-3344 7477

Alamat BS Bakery : 

255, Jalan Sentosa 41,
 Taman Bunga Melor, 41050 Klang, Selangor

p/s Kalau teringin nak cuba Florentine Cookies By Mami jangan segan-segan order tau di Instgram @florentinecookiesbymami

1 comment

  1. Sedapnya! Selalu raya je dapat makan ni. Sekarang hari2 pun boleh dah. Order je dgn liz!

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.