Pengalaman Bersalin KPJ Klang |  Tahun 2023

Assalamualaikum untuk pembaca yang sedang mencari info tentang proses bersalin di KPJ Klang. Saya baru je selesai bersalin normal di KPJ Klang pada 7 Febuari 2023 baru ni. Alhamdullilah proses bersalin sangat mudah dan Dr. sangat tenang dalam proses kelahiran di labour room. 



muka pun memang tenang with 69kg

Soalan yang kerap bermain di minda bakal-bakal ibu ialah tentang kos kelahiran apabila pilih untuk bersalin di hospital swasta selain tu juga ialah tentang servis yang diberikan oleh hospital tersebut termasuklah Dr. yang menyambut kelahiran bayi kita nanti kan. Ibu mana yang tak takut nak bersalin uit walaupun yang dah beranak banyak kali pun, bila nak bersalin ni ialah macam nak tercabut nyawa ya.


Hospital swasta banyak merata lagi-lagi di kawasan KL atau Klang ni jadi bila dah banyak lagi banyak la pilihan untuk di survey kan. Saya faham perasaan keliru nak bersalin di mana tu. Saya pernah buat survey antara dua hospital sahaja KPJ dan Avisena. Main ialah kos yang jelas untuk saya betul2 faham dan ready dari extra kos sekiranya ada kemungkinan yang kita tak sedia. Seperti baby perlu extra rawatan atau kita sebagai ibu perlu kan extra warded disebabkan complication dan etc. Jadi untuk ni korang kena survey sendiri betul2 sebab saya tak nak mempengaruhi korang nak bersalin mana. Sebab banyak hospital lain juga yang berikan servis tiptop. Saya ni tulis tentang pengalaman saya dekat KPJ Klang if ada yang tercari info tentang ni tau.

Jadi sekarang ni saya nak kongsi pengalaman saya di KPJ Klang, alhamdullilah sangat tenang bersalin di sana. Saya bersalin dengan Dr. Asmah dan untuk pengetahuan bakal ibu yang nak bersalin di KPJ kita boleh pilih Dr. mana yang kita nak termasuklah Dr. baby yang akan vaksin dan rawat anak kita selepas lahir nanti. 

Soalan femes juga yang kerap ditanya ialah bila start kene daftar di KPJ. Last daftar ialah sebelum week 35 jadi kita akan ada 3x atau 4x check up sehingga tarikh kelahiran. Kalau baby you guys lahir week 37 ke 38 mungkin 2x je la kut check up tapi saya 4x sebab baby saya memang follow due date dia. 

Due date kelahiran dia pula syukurlah baby keluar WEEKDAY! Korang kena tahu yang harga berbeza sekiranya baby keluar pada Weekend ya sebab charge extra akan dikenakan. Memang saya berdoa dan usap2 perut ni cakap dekat baby tolong keluar weekday tau. Syukurla baby dengar kata dan dengan izinNya. 

Sehari sebelum saya warded, suami dan saya perlu buat covid test di Emergency. Suami perlu bayar RM110 dan saya percuma sebab dah termasuk dalam pakej bersalin. Pakej bersalin normal ialah RM3880 tapi korang jangan ingat memang harga ni la ya sebab memang akan ada extra2 sikit kena tambah masa nak discharge nanti. Jadi berdoalah semoga extra-extra tu tak banyak kena tambah. 



Ni harga normal dekat KPJ Klang tapi tak semua KPJ harga sama tau, sebab tu bila korang search website KPJ korang kena search website KPJ area mana. Harga KPJ yang berbeza negeri pun berbeza. Okay saya nak sambung semula pengalaman bersalin saya tadi. 

Selepas sehari sebelum tu buat covid test, result dapat melalui sms. Then keesokkanya saya tariklah luggage saya ni serah diri pukul 9 pagi. Masa pukul 9 pagi tu suami buat bayaran RM3880 seperti dalam pakej tersebut. Extra kos tu nanti bayar masa nak discharge. Ofcoz ada extra kos babe.. 



bayar dulu RM3880 tu yang lain nanti cite 

Dah settle pembayaran nanti ada la assistant datang bawa ke bilik. Lepas tu tunggu lah plan Dr. apa yang nak kena buat sebab saya ni contraction pun takda. Bukaan dari hari Sabtu lepas sehingga ke Selasa 3 cm. Dah warded tu barulah konon-konon nak exercise kan, eah tidak jalan nya dah jadi Dr. plan untuk induce drip (jadi ada la extra kos sini). 



Rileks sangat ya bersalin dekat KPJ ni, saya memang enjoy betul walaupun kena seluk tu menahan uihh. Sebab kan sehingga pukul 12pm bukaan saya slow dan contraction saya masih boleh tahan senyum-senyum jadi Dr. kata macam lambat je nak bersalin ni. Dia tolong pecahkan air ketuban & baby da berak sebab air ketuban dah warna grey sikit, masa ni baru tahu la rasa contraction tu kaw-kaw tu terus datang juga. Waktu ni juga saya panik takut baby tertelan najis. Dalam hati tak putus2 berdoa semoga baby cepat-cepatlah keluar. Dalam pukul 1 bukaan dah mula 9cm. Ready nak push tapi rasa jauh betul perjalanan tu sampaikan kena curi nafas masa push tu. Dr. suruh push cepat2 sebab heart beat baby pun dah low, saya pulak semangat tak nak czer, macam mana pun push habis2 tapi tetap rasa besarnya kepala budak ni, rasa macam nak terkoyak ni weh. Then Dr. pun epi kan juga barulah baby tu keluar. Dr. siap tanya saya makan jamu ke haha. Sumpah tak makan jamu guys. Masa proses bersalin tu saya just ambil gas lalok tu, saya suka gas tu. Walaupun ada masa nurse situ tegur saya jangan sedut dah waktu nak push tu nanti tak rasa contraction, tapi saya jenis degil. Saya sedutt je, sebab saya rasa saya ada skill saya sendiri haha (konon sangat) mana nak tahan weh sakittt sangat. 


Push kali ni memang rasa susah berbanding anak pertama, tu lah jarak 6 tahun kan. Macam beranak anak sulung, suami pun main peranan penting dekat sebelah tolong support. Ada masa saya jerit je tapi ada masa Dr. tegur jangan jerit nanti hilang tenaga tapi saya ni jenis degil juga rasa geram nak jerit saya jerit je. Pukul 2.14pm keluar lah putera kedua dalam keluarga ni. Alhamdullilah walaupun baby dah berak tadi dalam nya tapi dia tak tertelan apa-apa najis. 



syukur Alhamdullilah selesai 

Dr. Asmah pesan anak ketiga nanti jangan jarak jauh sangat. Tiba2 waktu sekarang ni terfikir balik nak tambah lagi ke cukup 2 ketul ni. Apa-apa pun kami tak menolak rezeki yang mendatang. Kalau bersalin kalin ke 3 insyAllah masih pilih Dr. Asmah. Sangat kakak2 dan saya memang selesa sangat dalam setiap sesi consultation dan waktu bersalin. Saya siap cakap Dr. saya nak bersalin waktu ofis hour dan weekday ya. & hopefully tak nak EPI tapi waktu tu Dr. memang dah cuba habis baik, kepala baby memang tersangkut main cak-cak dekat situ. Jahitan Dr cantik dan cepat kering. Cuma servik saya melecet jadi kena extra pantang sikit tapi tak teruk pun Dr. kata kalau koyak lagi lah kena jahit dekat dalam, servik tau bukan tut tu. Ramai sangat salah faham pasal servik ni. 

Tentang extra charge tu pula kalau u guys ada guna peralatan yang tiada dalam pakej. Dan if baby pula kena rawatan luar daripada pakej juga. If semuanya normal sebenarnya harga masih boleh dalam lingkungan korang punya bajet macam tu. Tapi memang dinasihat kan standby 10k just in case tertiba kena czer emergency ke sometimes boleh up to 11k ke atas. 


Jadi korang apa-apa pun kena call tanya betul-betul tempat yang korang nak bersalin tu. Semoga dipermudahkan segala urusan. Saya asalnya update content ni dekat Tiktok tapi tengok blog lama betul tak da cerita baru jadi tulis la sikit sebagai kenangan untuk dibaca. Semoga bermanfaat mana-mana info yang tak detail tu korang roger2 la hospital direct ya, the best is tanya direct dekat nurse yang incharge klinik Dr. yang korang prefer tu. Sebab if tanya general line jawapan akan general je untuk semua Dr. (price Dr. pun berbeza-beza ya)