LUNCH HOUR DI GM KLANG 'SPICES OF PENANG | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Semalam liz ada nak survey-survey barang sikit dekat GM Klang tapi sebelum sampai dekat GM Klang tu ada lah sikit drama liz buat dalam kereta. Menangis dalam kereta sebab kena marah. Sebenarnya cara Alan bercakap tu tegas sangat, dia ingat dia boss ke? Eh hello tu dulu, sekarang hang bf ceq! Sedih lah liz ni sensitive kalau kena marah-marah ni. Rasa tak disayangi lepas tu nangis punya nangis bukanya dia pujuk pun. Aigooo. Pujuk diri sendiri pelan-pelan mula la fikir taknak lah kahwin macam ni. #petanda Ya Rabbi liz! Selalu sangat buat drama.
 


Tiba-tiba rasa tengah detim dengan singa! Urghhh nak balik tapi perut lapar. Okay dia ajak pergi makan. Sampai je dalam kedai ni buat-buat senyap je lagi tapi bila dapat menu book dan buka liz terus berubah 90% ceria.
 
 
"Abang banyak nya dessert ... sayang nak ..."
Tiba-tiba liz terlupa yang tadi liz tengah merajuk.
 


 
Nak pilih yang mana satu ni pun tak tahu. Nampak semua sedap.
 
 
Sedap liz suka semua buah-buahan. Sebab liz rasa tamak sangat semalam jadi liz order yang paling atas iaitu mix fruit (6flavours). Masa makan terus hat jadi sejuk.
 
 
Ni Alan yang punya.
 
 
 
 
 
 
Sekarang ni dah jadi terbalik. Kalau keluar makan liz yang dulunya asyik suka western sekarang asyik nak cari nasi. Tapi Alan yang dulunya asyik nak cari nasi dah terbalik asyik nak order western.
 
Agaknya musim perubahan angin antara kami telah berlaku.
 
 
Mood berubah siap boleh selfie sengsorang. Padahal 10 minit yang lepas menangis.  Sebab tu detim dengan anak tunggal ni susah. Banyak perangai di buatnya.
 
 

OLIVE ZAITUN HAND NOURISHNG CREAM & TEA TREE | Assalamualaikum beautiful ladies and girls.  Cepatnya masa berlalu dalam sedar tak sedar kita dah pun menyambut bulan syawal.  Hari ni liz nak kongsi kan favourite hand cream bulan July 2015.  Dalam bulan ni memang liz selalu sangat guna hand cream ni. Ini ialah cream hand pertama yang liz ada berasaskan Olive Oil dan Tea Tree. Ya Allah bau dia memang sangat menyenangkan! 



Hand cream ni keluaran daripada Mustika Ratu. Rasanya nama Mustika Ratu ni ramai yang tahu, even liz bagitahu dekat boss pun dia cakap "Oh tahu-tahu produk Indonesia kan?" Liz dapat cream ni daripada office mattes liz, memandangkan dia orang Indonesia jadi banyaklah pula barang-barang kecantikkan dari Indonesia yang dia bagi dekat liz.
 
Perkara yang paling utama sekali ialah hand cream ni antiseptic. Bila dah rasa boring-boring buat kerja dekat office tu boleh lah sesi bermain sapu menyapu hand cream. Bukan apa kadang-kadang penat tau menaip itu ini, check itu ini semua guna tangan betul tak? Jadi bila dekat office anggota badan yang paling banyak digunakan ialah tangan. 

 
The best part cream ni memang cepat meresap dalam kulit dan sedikit lembap. Kulit kering memang sangat-sangat sesuai, kadang-kadang tangan liz terlalu sejuk bila kena air-cond di office. Jadi bila apply hand cream ni tangan liz rasa seleasa. Kulit automatic rasa lembut dan lembap.
 
 
Mudah juga untuk dibawa kemana-mana sebab packaging nya kecil dan comel. Tapi yang paling utama ialah ianya tahan lama.  Dalam kereta pun liz suka pakai bila nak drive. Jadi tangan pun rasa lembut. Orang kata kalau tangan kasar maknanya perempuan tu rajin buat kerja rumah? Oh tangan lembut maknanya tak rajin buat kerja rumahlah? Hello! Sekarang ni banyak produk kecantikkan kulit dekat luar sana tu. Jangan nak bagi alasan tangan kasar sebab rajin buat kerja rumah padahal korang tu yang malas jaga kelembutan tangan masing-masing.
 
P/S padahal liz pun baru sekarang je yang rajin nya. Hihi ~~
Selamat mencuba darling semua.


LATIHAN MEMANDU DARI USJ KE GOMBAK | Assalamualaikum dan Salam Advance Hari Raya Semua! Korang ni semua mesti tengah syiok membakar lemang ada yang dah mengacau dodol ke ada yang masih dalam perjalanan? Kalau korang tanya liz? Liz masih lagi berada di pejabat Subang Tower. Kihkihkih!



Sebelum mulakan perjalanan haruslah diperiksa segala keselamatan yang perlu. Antara nya tayar! Cukup angin ke tidak? Hah ~~ dan orang yang tukang tolong pam angin mestilah Alan. Bukannya liz tak boleh pam sendiri tapi biasalah perempuan memang mengadooo. Check air kereta, tapi Alan kata kereta baru lagi-lagi kurang berjalan ni confirm okay. Tapi asal wiper punya air sampai kering ni. Kuihkuih. Oh den jawab kering sebab kereta kan selalu parking kat tempat takda bumbung. 


Malam semalam Alan ajak liz test drive sebab dia risau kalau-kalau liz sesat di tengah kota raya yang semak dengan kereta seperti gambar rajah atas. Dia datang USJ lepas tu park kereta dekat kawasan pelawat apartment. Then masuk dalam kereta liz dan bermula lah perjalanan dari USJ exit UiA Gombak.  Baru je perjalanan liz nak ajak dia berborak-borak cerita pasal baju raya tapi dia suruh liz diam dan fokus memandu. Lepas tu paling kejam sekali dia matikan radio. Dia suruh liz dengar GPS cakap apa. Tapi sekarang ni bukan GPS yang cakap banyak, Alan yang cakap banyak sangat sampai liz tak boleh fokus. 



Masa ni seronok lagi lah boleh senyum. Boleh suruh dia ambil gambar lagi suka-suka. Sekali tersalah simpang! Kena bebel macam buat kesalahan besar, padahal liz dah betul jalan dah. Dia main duga-duga pulak, memang liz panik dengan tidak semena-mena pergi termasuk lorong lain. 

Lepas tu kena test drive dua kali lah pulak!! First test drive sampai apartment dah jam 1030 malam. Lepas tu dia suruh keluar lagi sekali drive kali kedua. Omagaiddd! Rasa nak bawa macam FAST FURIOUS jah. Tapi second time test drive lulus. Yey!! Boleh balik sorang-sorang esok dengan penuh keyakinan. 



Hari ni liz kerja lagi. Esok liz balik Pahang. Selamat Hari Raya. :) Alan balik malam ni. Ikutkan nak drive sama-sama sampai ke Gombak tapi dek kerana malam-malam anak gadis tak dibenarkan drive sorang-sorang. Makanya menurut sajalah kata-kata orang dewasa tersebut.

P/S Duit raya dah siap tukar. Jemputlah datang beraya.
SOMEONE CRAVING KFC | Good morning you alls. Semalam keluar dekat jam 9 malam semata teman ada orang teringin KFC. 


Jadi dalam tak sengaja nya liz turut tumpang sekaki. Ohmagaiaad habislah my diet cholesterol. Sebab paling risau sekali kalau liz makan banyak sangat benda berminyak jerawat mesti akan naik.

Lepastu macam biasa pergi atas mydin cari lemon. Itu je la pengubat buang cholesterol dan menyingkir sisa toksi di dalam badan. Tiba-tiba nampak buah naga putih murah, sebiji RM2.49 sen. Beli lah buah naga sebiji untuk dibuat sebagai makan sahur. Liz kalau sahur memang tak rajin makan nasi, bukan tak berselera tapi dalam diri ada perasaan rasa 'lecehnya nak makan nasi pagi buta ni'. Kalau boleh sahur tu nak mak duduk sebelah tolong suapkan. Omagaidd rindu mak, tapi dah sebesar ni pun kadang-kadang memang makan suka mak suap. Nikmaatnyaa! 


Punya lah pemalas nak sahur. Mamai buka mata buka peti potong dua, letak dalam tupperway bawa masuk bilik. Makan sambil baring. 😚😚😚 teruk nya perangai. Harapla rommate tak bising, sebab rommate liz pengemas orangnya. Pandai masak pulak tu haish, kalau liz ni memang semua benda baru nak belajar. Mak buatkan dulu semua. 😁😁😁 nak goreng telur sebiji pun rasa macam berat hati. Urk macam tak kena je ayat berat hati tu. Cakap je pemalas! 

Kalau dibandingkan dengan Alan? Huh macam langit dengan bumi ~~ macam api dengan air ~~ macam bunga dengan kumbang ~~ macam irama dan lagu ~~ macam negative dengan positive! Dan pelbagai lagi macam. 

Tapi tak risau kalau kahwin nanti liz still tak pandai masak. Sebab Alan bab masak memasak ni hebat bak hang, kalau bak komen mengomen itu serahkan pada liz. 

Tapi hakikatnya Alan cakap "syg tu bukan tak pandai masak tapi malas masak sama macam Ina." Haha dia suka cakap liz sama macam perangai Kakak Sulung dia. 

ASAM PEDAS CLAYPOT ANDAK KLANG | Assalamualaikum beautiful girls and ladies. Hari ni cubaan menaype guna iphone. Nak bukak laptop tak rajin sebab rambut masih basah. Eah ada kaitan meh? Haha sebenarnya cakap je malas, janganlah kan sebab tadi cuci rambut pula.

Ahad lepas Alan bawa liz pergi cuba makan makanan tradisional ber-claypot. Sangat rare liz sebenarnya nak makan makanan tradisional sebab selalunya mesti kena makan dengan nasi. Macam liz pula bab bab nasi ni kurang gemar. 


Makan di bawah lampu lagi. Liz suka suasana dekat sini sebab betul-betul rasa macam dekat kampung. Lagi 1 liz rasa macam makan dekat tempat kenduri kendara sebab apa tau? Sebab kedai ni Alan cakap asalnya rumah. 


Sementara menunggu makanan sampai. Sempat lagi lah kami keluarkan bekal air masing-masing. Kononya ingatkan tak sempat sampai ke sana. Liz memang favourite coconut shake sejak akhir-akhir ni. Alan selalunya memang suka epal asam boi. 


Azan berkumandang. Alhamdullilah makan rojak sepinggan pun kongsi berdua. Ni alkisahnya liz nak bangga diri la sebab dekat kawasan office liz ada rojak femes. Kalau orang membeli beratur panjang macam nak beli tiket balik kampung. Tapi bilaaaa Alan rasa dia kata tempat dia lagi sedap. Ciss!  


Tadaaaa! Menu utama sampai. Asam pedas claypot. Memang liz suka sangat-sangat. Kuah dia pekat dan tidak bersampah. Haha maksud liz kalau bersampah tu bila rempah-rempah banyak terampung terutamanya bunga kantan. Rasa dia pedas, pekat sangat sedap! Kalau korang bawa orang rekemen makan dekat tempat ni memang dorang akan repeat untuk datang lagi. Sebab liz ada juga rekeman kan kepada beberapa kawan untuk cuba asam pedas claypot dekat sini dan semestinya mereka akan cakap.TERBAIK! Jadi korang jangan lupa untuk check in dan cuba asam pedas dekat sini. Terdapat juga menu yang lain tetapi tarikan utama kedai ni ialah asam pedas claypotnya. Budak-budak UiTM pun ramai yang suka datang makan dekat sini sebab portion nya banyak dan harganya murah. 



Superbbb sedap! Seriously liz rasa nak pergi makan lagi ke sana. Jangan lupa tau kalau korang berhampiran di Klang boleh pergi sana. Search je asam pedas claypot klang mesti jumpa punya. Liz tak sempat nak bergambar sangat sebabnya sibuk sangat dengan perut lapar. 

Selamat memcuba! 


FOUNDATION NATURAL LOOK DARI ZAYNBEAUTY | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Di hujung minggu ni liz anbil masa sikit untuk spend masa depan laptop sebab nak kongsi foundation baru yang liz guna baru-baru ni. 
 
Di bulan Ramadhan ni liz tak nak apply make up sangat jadi konsep bulan Ramadhan untuk make up basic liz is Natural Look.  Jadi liz dah jumpa 1 foundation yang memang best giler sebab bila pakai memang nampak natural sangat-sangat.  Macam tak pakai foundation tau tak. Memang feeling natural beauty habis la.
 
 
 
 
Ini ialah set trial 5gm dan harganya cuma RM25 include postage. Murah kan? Boleh siap hanya dalam 5 minit confirm lepas ni bf/tunang atau encik suami tak bising-bising dah sebab tunggu korang lambat bersiap. 
 
Apa yang best foundation ni:
 
1. Tidak berminyak
2. Tidak bercampuk
3. Ikut warna kulit
4. Wudhuk friendly
5. Ringan tapi full coverage
6. Formulated Germany
7. KKM approved
8. Dermatologist recommended
 
 
 
Warna foundation ni boleh in dengan semua jenis tona kulit. Foundation ni boleh meresap cepat ke dalam kulit. Yang penting tidak berminyak.
 
 
Muka liz tanpa sebarang foundation.
 
 
Before
 
 
After
 
 
 
 
Make up yang sangat nipis. Bulan puasa ni make up bersederhana ialah pilihan liz.
Boleh dapatkan foundation Zaynbeauty ni di laman instagram mereka @zaynbeauty_official ataupun wasap mereka di talian ini : 013 227 3646
 
Selamat berpuasa.
 
GEMUK SEJAK PINDAH? RUTIN DETOX KEMBALI DEMI KESIHATAN | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Alhamdullilah di pertengahan bulan Ramadhan dah kita ye? Dan genap sudah sebulan liz bekerja di tempat baru.
 
Banyak benda kena buat sendiri terutamanya bab-bab makan pakai. Urgggh! Tapi siapa kata anak tunggal tak boleh survival sorang-sorang. Boleh lah survive walaupun banyak perkara liz suka buat ikut suka hati. Semua officemates terkejut bila liz cakap yang liz ni anak tunggal dan macam mana mak abah boleh lepaskan liz keluar dari Pahang. Sebenarnya kan mak abah berat juga nak lepaskan kalau bukan sebab Alan ada dekat KL ni. #futureplan #otw
 
Okay sambung cerita pasal detox lemon. Liz memang sejak dekat Pahang lagi setiap minggu memang detox dengan lemon sebab liz ada masalah pembuangan air besar. Opss sorry ayat kurang manis di sini. Jadi bila minum lemon setiap hari pasti membuang, takkan simpan stock lama-lama punya sebab usus perut ni bukan tempat loji kumbahan ye. Jadi sejak pindah sebulan ni berat liz dah naik. Sebulan liz naik 5kg! Perghhhh dasyat sangat kan berat naik mendadak macam tu. Asalnya berat liz 44kg tapi sekarang 49kg.
 
 
Malas beratur untuk menimbang jadi ambil terus lemon yang dah di packaging kan.
(RM2.80)
 
 
Segelas sehari bermula semula rutin seperti di Pahang. Tapi yang bezanya dulu mak yang tolong buatkan, sekarang kena buat sendiri. Dulu mak selalu buat letak Lemon Tea. Sekarang liz buat Lemon kosong plus gula je.
 
 
Eah gemuk? Ohmagaidd. Keep slim semula jom.
Yang penting sekali ialah kesihatan. Semoga dapat jaga system penghadaman dengan baik.
 
Happy detox.