LOREAL PARIS LE TEINT TRUE MATCH | MY APRIL 2015 COLLECTION

Assalamualaikum beautiful ladies.  Very simple entry hari ni liz cuma nak share product baru yang liz beli di hujung bulan April. Hohohoho dan maksudnya purse liz juga sedang menangis dan menipis. Tapi takpe sekarang kan dah hujung bulan. Gaji dah nak masuk ni tinggal beberapa jam sahaja ~~~ Liz tak sempat nak explore lebih lagi dengan product ni but I'll try it soon during my short vacation this week. Kuantan I'm Coming!






Product description:
-New with Hyaluronic Acid. Skin is hydrated all day.
-New ultra-fine pigments for a even more precise match with your skin tone.
-Outstanding coverage for a flawless natural make-up result. Your skin simply made perfect.

Price:
-RM55.90 (Ada discount) 
-RM50.30 


KO DERMACARE PERFECT BRIGHTENING CREAM by KO SKIN SPECIALIST | 

Assalamualaikum beautiful ladies.  YEY!!!! Double triple happy bila dark sport di bahagian pipi semakin pudar dan pudar.  Okay kalau korang baca entry liz mengenai  "DUA KEMUNGKINAN KENAPA KO DERMACEUTICAL PERFECT BLOCK PLUS SKIN PERFECTING CREAM WITH SPF 80 PA+++ TAK SESUAI DENGAN KULIT ANDA" mesti korang tahu apa masalah yang liz alami pada minggu lepas.  Dan lebih kurang 5 hari liz berhenti pakai sunblock tersebut dan liz dapati kulit liz semakin pulih.  Jadi jawapan untuk masalah kulit liz ialah No. 2 iaitu kulit liz sensitif kepada sunblock tersebut tapi ~~~~ tapi liz ada sunblock baru tau nanti liz share dengan korang. 

Hari ni liz nak cerita pasal dark spots liz semakin berkurang! I'm so happy this product working on me.  Dan paling best lagi bukan tolong hilangkan pudarkan dark sports je tapi tolong pulihkan kulit liz yang kusam.  Lepas tu liz perasan tona kulit liz pun semakin sekata.  Eah bestnya!!!! Really recommend product ni dekat korang yang ada masalah kulit kusam atau yang ada dark spots macam liz. 

Product ni boleh dipakai di seluruh muka tapi untuk langkah berjaga-jaga consultant yang liz jumpa hari tu suggest kan liz untuk sapu di bahagian dark spot sahaja.  Kalau product ni sesuai dengan kulit liz baru lah pakai di seluruh muka.  Bau cream ni sangatlah wangi lembut dan ringan. Ambil sikit je lepastu terus sapu dekat dark sports.  Liz pakai setiap malam sebelum tidur. Sebab cream ni dia macam melekit jadi liz rasa tak sesuai untuk pakai waktu kerja. Liz dah pakai 2 minggu.  Dan liz perasan yang paling ketara sekali ialah redness semakin berubah menjadi pinky-pinky.  Tak sabar nak hilangkan semua nya dan nyah-kan segala parut yang ada dekat muka.





Liz suka packaging botol ni sebab kecik kiut miut je. Seperti mana yang korang boleh tengok description di bawah. Hah gigih tau liz terbalik kan botol tu dan ambil gambar sebab asyik bergerak je. Last sekali mujur lah boleh statik macam tu dan bolehkan korang baca sendiri dengan lebih details description tersebut.





Tadaaaaa! Liz belanja 1 gambar liz yang semakin pulih daripada dark sports. Cuma sayangnya kulit liz currently break out again with ACNE! Lebih kurang ada 3 4 biji yang sedang keluar sebab affected with the sunblock.  Walaupun ada acne tapi korang boleh nampak yang kulit liz dah tak kusam macam gambar-gambar sebelumnya. My previous dark spots pun semakin menghilang. :) I'm so happy ~~~~




Please dear skin I wish I can free from acne soon!


Product details:

KO Dermacare Perfect Brightening Cream 30g RM380
Cara penggunaan: Selepas mencuci dan memakai tonner.  Ambil sedikit brightening cream tersebut dan sapu kan pada bahagian yang bermasalah. 



DUA KEMUNGKINAN KENAPA KO DERMACEUTICAL PERFECT BLOCK PLUS SKIN PERFECTING CREAM WITH SPF 80 PA+++ TAK SESUAI DENGAN KULIT ANDA | Assalamualaikum beautiful ladies.  Pernah tak korang rasa bila korang sedang alami masalah kulit tiba-tiba korang rasa korang adalah manusia yang terpinggir?  Sebenarnya semua tu cuma perasaan korang je.  Dalam dunia ni ada banyak lagi wanita yang ada masalah kulit sensitive tau bukan korang je tapi liz pun ada masalah kulit juga. I've few friends dari luar Malaysia dan kami menjadi kawan yang rapat disebabkan #acnejourney masing-masing.  And we happy to share problems and tips together. :) Tiba-tiba rasa bersyukur nya la di zaman sekarang ni bila adanya kuasa INTERNET.

Okay bersambung dengan masalah liang pori tersumbat ataupun masalah pori-pori terbuka (Open Pores/ Clog Pores) mesti dah biasa dengar dan liz rasa rata-rata wanita di luar sana hadapi masalah ni. Kenapa benda ni terjadi? Liz sendiri tak dapat jawab sebab ada banyak faktor-faktor yang boleh terjadi nya masalah tersebut. 

Dan apakah kaitan dengan produk KO Dermaceutical Perfect Block Plus Skin Perfecting Cream with SPF 80+++ tersebut?  Liz pakai sunblock ni lebih kurang seminggu lepas tu tiba-tiba di bahagian sekitar T zone liz naik biji-biji dan liz tak pasti sama ada ianya OIL SEED ataupun WHITE HEADS.  Jadi liz emailkan photos liz dan send kan kepada consultant Ko Skin Specialist.  Liz suka sangat service daripada pihak Ko Skin Specialist sebab walaupun jarak liz di Pahang iaitu Kuala Lipis dan mereka pula di Klang tetapi feedback yang mereka berikan sangat cepat.  Hanya melalui EMAIL :) 


Ni ialah print screen email daripada pihak Ko Skin Specialist kepada liz.  I'm so happy bila pertanyaan kerungsingan liz di jawab dengan baik. 

Sekarang jom kita check mana 1 kemungkinan tersebut yang menyebabkan kulit liz menghadapi masalah seperti gambar di bawah. 


OMaaagaid! What happen to my skin? 
Which possibilities is refer to my problem now?

Okay I'll try to solve it by using first choice dan liz akan STOP gunakan sunblock buat sementara waktu.





Ada kawan liz sesuai pakai sunblock ni dan kulit dia sangatttt cantik! I'm so jealous with her.  Okay anybody nak beli tak sunblock ni dengan liz? Liz nak let got.  Net Price RM380.00 liz nak let go RM120.  Pakai pun tak banyak cuma baru dalam masa seminggu.  Kalau ada yang berminat boleh whataps liz 010-2276292

SOLD OUT already.
Thank you yang berminat bertanya. 

RUTIN MALAM SEBELUM TIDUR UNTUK ELAK DARIPADA JERAWAT | Assalamualaikum beautiful ladies.  Hari ni liz nak berkongsi rutin harian liz sebelum liz tidur bagi mengelakkan kenaikan jerawat pada keesokkan harinya.  Okay tips ni mungkin boleh diguna pakai sekiranya korang berminat sebab liz tak pasti sama ada ianya membantu ataupun tidak tapi pada diri liz sendiri YES langkah ni sangat membantu liz sebab liz rasa lebih tenang dan selamat sewaktu tidur.


Everyday is my juice day. 

Setiap hari liz akan blend buah-buahan dan jadikan nya sebagai jus. Kalau tahap kemalasan melanda liz akan minum fresh orange dalam botol je.  Misalnya daripada Peel Fresh ke Marigold ke hah tak kisahlah jenama apa pun tapi asalkan jus buah-buahan.  Kadang-kadang liz tukar buah carrot / epal / tomato / strawberry. Hah ikutlah apa yang ada dalam fridge liz tu. 




Sebelum tidur liz akan spray benda ni dekat bantal dekat tilam dekat selimut.  Hah rasa tenang je lepas tu fungsi benda ni kan anti-bacteria. Kills 99.9% of germs in second waceh!!!  Dan liz sangat suka-kan bauan-nya menenangkan dan best sangat nak tidur.  Sekurang-kurangnya kita ambil langkah-langkah kebersihan sebab pada liz sendiri memang agak mustahil untuk tukar cadar / sarung bantal / selimut setiap hari.  Setiap minggu? Hurmm mungkin tengok keadaan aktiviti mingguan liz macam mana.  Kadang-kadang busy sangat terlupa nak menukar. Jadi spray je setiap hari sebelum tidur sementara nak tukar yang baru basuh.



Dan sebelum tidur liz akan check semua email / pm / ig / whatapps / twitter dan semestinya la blog tersayang.  Ramai yang lebih mengenali liz dengan blog lama iaitu liylizyusof.com jadi liz nak bagitahu dekat korang blog liz tersebut tidak lagi di gunakan untuk selama-lamanya.  So I welcome you guys semua ke sini YEY my new blog www.beautyliyliz.blogspot.com 

Seperti biasa if you guys ada any question yang berminat nak tahu atau nak share experienced korang dengan liz korang boleh pilih mana-mana medium yang korang selesa untuk contact liz.  I try my best to give respond to you guys. 


My FB Page 
My Email : yusmarliza92@yahoo.com



PENCUCI MUKA BARU TAHUN 2015 | KO Dermacare Purifying Cleansing Gel | 

Assalamualaikum beautiful ladies.  Setiap wanita tak kira usia mesti ada pencuci muka betul tak?  Ada ke perempuan yang cuci muka dengan air je? Serious ada? Untunglah kalau korang cuci muka dengan air biasa sahaja pun kulit dah cantik bersih. Bertuah sangat!  



                              Dec 2013                                                                   April 2015


Bukan senang nak bersihkan muka yang dah rosak.  Dalam tempoh 1 tahun 5 bulan kulit liz perlahan-lahan beransur pulih.  Liz cuma guna kan produk yang mampu milik sahaja (tak semua produk Dr.Ko liz beli) dan menambah koleksi produk dari Ko Skin Specialist bila ada extra budget sahaja.  Liz pernah buat extraction sebanyak 2 kali dan makan antibiotik selama 4 bulan sahaja. Kemudian perlahan-lahan tinggalkan vitamin A.  Selain tu juga, liz amalkan minum jus buah-buahan setiap malam supaya keesokkan hari nya mudah untuk proses membuang toxic-toxic jahat yang ada dalam badan. Hehehe! Ramai yang email dan PM cakap nampak kulit liz flawless sebenarnya liz apply make up untuk cover up redness dan scar yang masih ada.  Merujuk kepada gambar di atas bahagian paling ketara ialah kawasan dagu liz dah bersih (YEY) dan cuma tinggal di kawasan pipi sahaja sebab kulit muka di kawasan pipi liz sekarang ada masalah open pores jadi mudah terkena jangkitan bacteria dan bila ianya berlaku 1 biji jerawat akan timbul seperti gambar di atas.  Tapi liz happy walaupun ada 1 biji jerawat naik ianya normal yang tidak normal nya ialah bila jerawat naik secara mendadak ke seluruh muka seperti cendawan tumbuh selepas hujan. I'm not so happy if that thing happen again!!!  Tapi kalau korang nak cepat sembuh dan miliki kulit yang licin macam kulit telur tu korang kena lah selalu pergi jumpa consultant dan buat treatment yang di sarankan oleh pihak mereka.  




Dan kenapa pula ada dua pencuci muka ni? Liz guna dua-dua ke? Mesti curious giler nak tahu kan? Yes! Liz guna dua-duanya tapi bukan serentak.  Dulu liz guna pencuci muka Bio Perform Acne Cleanser 1A dan ianya sangat sesuai kepada mereka yang ada masalah kulit berminyak macam liz.  Bio Perform Acne Cleanser 1A ni bau dia ada Tea Tree Oil which it is really good for acne.  Tapi selepas lebih kurang setahun liz rasa kulit liz semakin kering selepas cucian dan permukaan kulit rasa kesat.  Jadi baru-baru ni liz ceritakan masalah tu kepada consultant dan mereka sarankan liz untuk cuba pencuci muka baru iaitu Purifying Cleanser Gel dimana ianya lebih memberi kelembapan kepada kulit.  Setakat ni kulit lembut sangat selepas cucian dan liz sendiri masih lagi dalam proses pemantauan sama ada pencuci ni betul-betul sesuai atau tidak dengan kulit liz. 

Diharap perkongsian kali ni dapat membantu ye.  Sebarang soalan mengenai Acne Journey liz atau apa-apa sahaja boleh PM di FB page liz iaitu di Beauty Liyliz Yusof. Atau nak berkenalan dengan liz boleh datang visit instagram liz di @beautyliyliz . 

Product details:
KO Dermacare Purifying Cleansing Gel 220ml RM198 

Cara penggunaan: Basahkan muka dengan air, letakan sedikit titisan pencuci muka tersebut pada tapak tangan dan gosokkan pada ke seluruh bagahagian muka dengan beberapa gerakan urutan sehingga bersih. Kemudian bilas dengan air.




KEADAAN KULIT BERJERAWAT SEBELUM MENERIMA RAWATAN DARIPADA KO SKIN SPECIALIST | Assalamualaikum beautiful ladies.  Macam mana keadaan kulit korang pada hari ni? Ada jerawat naik tak? Ada tak black head / white head? Ada tak benda-benda yang melekat dekat muka korang buat korang rasa tak happy?  Ada ke tidak? Buat checklist cepat!

Korang mesti tak percaya kalau liz tunjuk gambar kulit liz masa tahun 2013.  Masa ni tak da 1 pun produk yang liz cuba berjaya untuk pulihkan kulit liz.  Ianya macam mimpi ngeri bila liz tengok semula gambar yang di ambil oleh pihak Ko Skin Specialist sewaktu kali pertama liz datang berjumpa dengan mereka. Betul ke kulit liz macam tu?  Hari-hari rasa down. Jelus nya tengok kulit orang yang takda masalah.  Lepas tu kalau jumpa kawan sekolah pun rasa malu-malu nak sorok muka dalam baju je.  Macam tu lah umpamaan nya perasaan segan tu bila berhadapan dengan orang ramai.  Kalau sebut pasal keyakinan diri liz rasa dalam keadaan macam ni ramai wanita dekat luar sana pun hadapi masalah yang sama macam liz. Dan liz faham sangat bila ada di kalangan korang yang email kan kepada liz dan bercerita mengenai masalah kulit yang dihadapi.  Mungkin liz bukan pakar kulit dan liz juga bukan Dr. tapi liz faham macam mana perasaan tersebut bila nak harungi hari-hari dengan kulit yang bermasalah macam tu.

Tapi selagi dalam diri kita ada rasa untuk merawat dan memperbaiki liz rasa belum terlambat untuk korang pulihkan semula kulit korang pada yang asal.  Sebenarnya semua wanita dalam dunia ni ingin kelihatan cantik dan sememangnya setiap wanita dilahirkan ke dunia layak untuk mendapat pujian cantik. Jadi janganlah korang jadikan masalah kulit yang dihadapi tu sebagai penghalang tersebut.




Boleh tak korang bayangkan perasaan liz macam mana kalau ada di antara yang sedang membaca blog liz alami perkara yang sama.  Kalau liz tengok gambar gambar di atas ni liz mesti akan automatic ambil cermin dan tengok wajah sekarang di cermin dan rasa bersyukur yang kulit sekarang improves a lots guys. Sejak terjadinya kulit liz macam ni liz memang serik nak pergi mandi dekat pantai.  Takut nak berjemur sangat. Takut nak makan sea food. Haaah serba serbi takut sebab benda ni terjadi bila liz balik bercuti daripada Langkawi.  Sebelum ni pun liz memang ada masalah jerawat tapi bukan sampai tahap kritikal macam ni.  Bila tengok gambar ni seolah-olah tak da 1 pun bahagian yang licin. Semua ada bintik-bintik merah. Rasa kotor sangat muka walaupun lepas cuci muka.  Lagi 1 liz nak bagitahu waktu kulit liz macam ni bila setiap kali cuci muka mesti muka liz rasa panas. Rasa macam ada bahang dalam muka.  

Liz fikir 2 3 kali nak share gambar ni dengan korang semua. Malu! Perempuan mana yang tak nak kelihatan cantik.  Liz tak obses untuk cantik seperti Miss Universe tapi cukup lah kalau ada kulit yang sihat dan bersih kerana ianya sudah cukup menceriakan hari-hari liz. 

Ramai yang bertanya mahal ke product Dr. Ko ni ~~ Sebenarnya liz rasa setiap orang mampu untuk pergi ke Ko Skin Specialist sekiranya anda seorang yang sudah bekerja. Mahal atau tidak bergantung kepada keperluan dan produk yang korang beli.  Liz cuma membeli ikut kemampuan dan perubahan kulit liz juga mengikut masa.  Kalau korang ada budget lebih, nak cure cepat dan sanggup spend banyak liz rasa kulit anda juga akan pulih secepat mungkin.  



Antara produk yang di sarankan kepada liz.



Setiap bulan bertambah 1 produk ke 1 produk yang baru.  

Liz mula kan budget pertama liz spend RM300 untuk antibiotik dan vitamin.  Sekarang ni liz cuma spend sedikit sahaja untuk produk pula sebab liz dah stop beli antibiotik dan vit A.  Diharap perkongsian kali ni sedikit sebanyak dapat membantu korang di luar sana. 



Facebook page:  https://www.facebook.com/koskinspecialist/
Website:  http://www.koskinspecialist.com/
Instagram:  @koskinspecialist 

Ko's Skin Specialist Menghargai Kecantikkan Setiap Wanita| 

Assalamualaikum beautiful ladies.  Janganlah anda menjadi seorang yang terlalu rendah diri dengan kekurangan diri dan janganlah juga menjadi riak dengan kelebihan diri yang dimiliki.  Setiap apa yang dimiliki haruslah dilaluinya dengan kesederhanaan.  Rasa rendah diri / kurang keyakinan diri / kena perli / kena kutuk bila kulit tak cantik.  Ada jerawat di sekitar pipi lepastu ada pula kesan parut jerawat yang lama. Lepastu orang duk kutuk cakap kita ni dalam gambar je cantik sebab guna camera 360.  Bila pergi kelas rasa nak duduk dekat belakang sekali? Bila dah bekerja pula nak tak nak kita akan berhadapan dengan rakan sekerja dan lebih parah lagi bila pekerjaan tersebut memerlukan anda untuk berjumpa dan berkomunikasi dengan orang ramai. Secara tak langsung anda yang biasanya berkeyakinan tinggi terkesan dengan masalah kulit yang anda hadapi.   Liz pernah berada di tahap-tahap tersebut.  Liz pernah rasa berputus asa bila masalah jerawat daripada zaman sekolah dibawa sehingga ke alam pekerjaan.  Dan suatu masa liz rasa sangat down dan bermula pada tahun Dec 2013 liz rasa liz perlu berjumpa dengan Dr. pakar mengenai masalah kulit yang liz alami.  And YES I'm so happy choose Ko's Skin Specialist as the place for me to treat my acne problem.




Hi Melissa Seow! Why you are so beautiful. 

Macam wartawan pula rasa diri ni bawa buku nota dengan pen lagi.  Sebenarnya dalam buku nota tu ada banyak soalan-soalan daripada readers blog Liyliz Yusof mengenai Acne Problem.  Jadi semua soalan-soalan yang anda email kepada liz sebelum ni semuanya liz dah tanya kan pada Melissa dan juga Melody.  Eah siapa pula Melody ni?  Nak tengok gambar Melody tak?  Semua orang dalam Ko Skin Center ni semuanya cantik-cantik.  Please ~~~ I want to be beautiful ladies macam you alls juga.




Lets say Hi to Melody.

Melody ialah person in charge untuk bahagian produk-produk Ko's Skin Care.  Setiap produk tidak semestinya sesuai untuk semua jenis kulit oleh itu liz sarankan untuk pertama kali anda datanglah ke Ko Skin Specialist Center yang berdekatan anda.  Sebagai contohnya : Ramai wanita di luar sana mempunyai masalah jerawat tetapi tak semua memiliki jenis kulit yang sama.  Kulit liz ialah jenis yang berminyak tetapi sejak makan Vitamin A dan antibiotik daripada Ko's Skin Specialist banyak perubahan pada kulit liz seperti jerawat tidak lagi naik secara keterlaluan dengan banyak dan permukaan kulit yang berminyak juga semakin berkurang.  Keberkesanan ubat tersebut bergantung kepada individu itu sendiri kerana lain orang lain keberkesanannya. Memiliki jerawat bukanlah perkara yang bahagia buat para gadis / wanita bukan.  Anda perlulah bersabar  merawat dan melalui hari-hari tersebut kerana kecantikkan itu milik semua.  Mungkin masanya belum tiba.



Two beautiful ladies are so serious scanning my skin. 
Looking up the best product for my skin.

Masalah kulit liz sekarang ialah parut jerawat yang lama dan juga redness di kawasan pipi masih lagi belum hilang.  Liz juga ada masalah open pores buat masa ni di bahagian pipi.  Selain itu juga, liz ada beberapa black head yang mudah timbul di bahagian T zone.  Mereka juga memberi beberapa tips kecantikkan dan menasihati liz agar mendisiplin kan diri untuk mengikut rutin penjagaan kulit liz sebab kulit liz sangat sensitif kepada habuk dan mereka juga mengingatkan liz untuk memakai sunblock setiap hari.  Liz ingatkan sunblock ni tak penting  dan boleh pakai bila rasa banyak aktiviti di luar sahaja tetapi sebenarnya walaupun kulit kita terdedah sekejap kepada cahaya matahari pun dah boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kulit.  Patutlah kulit Melissa dan Melody cantik rupanya mereka pakai sunblock setiap hari.







Liz memang dah sedia kan pen dan buku untuk menulis semua jenis produk dari segi fungsi kegunaan dan cara menggunakannya.  Melody terangkan setiap produk dengan sangat teliti dan jelas.  Dan janganlah malu untuk bertanya sekiranya penerangan yang disampaikan tersebut tidak difahami.  Malu bertanya sesat jalan nanti.  Nak cantik ke tak nak?




Ada 10 produk kesemuanya untuk liz cuba.  Ada produk yang liz dah pernah pakai contohnya seperti Acne Mist.  Acne Mist ni bagus untuk menghilangkan ketidakselesaan pada kulit sebab bila spray di kawasan muka akan rasa lebih segar dan ia berfungsi sebagai toner.  Ada produk-produk baru yang liz belum cuba dan tak sabar sangat nak cuba lepas ni dah kongsi kan pengalaman setiap produk tersebut dengan anda semua.



Yey dapat 2 jenis Mask.  Nak tahu Mask apa liz dapat tu kena baca entry blog liz yang seterusnya nanti okay.  Mesti ramai dah tak sabar nak tahu fungsi kesemua produk tu kan.  Liz pun tak sabar nak guna dan kongsikan pengalaman liz dengan anda semua.




Thank you very much Ko's Skin Specialist because help my skin getting better and better.  Tak sabar sangat nak hilangkan jerawat saki baki yang masih ada dan juga redness yang degil ni.  Lets be beautiful together girls.  Seperti biasa bagi mereka yang ada sebarang soalan ataupun nak request apa-apa entry untuk liz tulis dan jelaskan mengenai acne problem boleh emailkan ke yusmarliza92@yahoo.com.

Bagi mereka yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai produk / treatment dan juga promosi bulanan dari pihak Ko Skin Specialist anda boleh ke :

I love Dr. Ko statement:  "Indeed everyone can be beautiful"



p/s Berita gembira buat anda yang berada di Sarawak. 







MARY KAY TIMEWISE LUMINIOUS - WEAR LIQUID FOUNDATION | Assalamualaikum korang. Hari ni liz nak share tentang liquid foundation kesukaan liz sebab liquid foundation ni buat kulit liz rasa macam tak pakai foundation pun. Sebab texture-nya sangat ringat dan yang paling best liz suka sebab dia buat muka liz nampak shining dan glowing gitu. 




Gambar daripada Google. Sorry Im too lazy put my own picture but I love to show you my make up result using Mary Kay Timewise Luminious - Wear bellow here. 
Tadaaa




Nampak shining dan glowing kan. I did my very simple make up for shoot the all collection Zilazlover.  By the way jom lah korang follow IG Zilazlover untuk dapatkan shawl yang latest daripada Zilazlover. 




PERCUTIAN SINGKAT BERSAMA FAMILY | SHAH ALAM |  Assalamualaikum korang.  Apa yang best-nya kalau bercuti dekat Shah Alam ni? Ada apa je dekat Shah Alam ni?  Apa tarikan yang ada dekat Shah Alam ni?  Eah banyak sangat-sangat sebenarnya yang ada dekat Shah Alam ni. Ada A ada B ada C ada D ada sampai Z.

Tapi liz cuma nak share pasal satu benda je.  Liz suka HOTEL DE ART dekat Shah Alam.  Sebab Hotel dia berkonsep ada tema-tema. Suka sangat ~~ in love.  Dekat Website De Art Hotel Shah Alam ni korang boleh check macam-macam jenis bilik yang ada.  Antara-nya ialah Pharaoh's Conquer / Elvis Presly / Hello Kitty dan banyak lagi.  Cuba tengok print screen di bawah ni.










Bye Room Love You.



REVIEW BRUSH CUCI MUKA MURAH|  

Assalamualaikum semua kesayangan liz. Semalam liz beli pobling dekat ig tau. Pobling yang pertama untuk diri sendiri.  Ada yang tahu ke pobling tu apa ke? Okay meh tengok gambar dekat bawah ni.  Liz ambil daripada Google jela ye. 




Liz punya warna merah.  Baru sehari pakai jadi tak tahu lagi hasilnya macam mana.  Tapi selepas gunakan pobling ni ialah kulit rasa bersih sangat dan lembut. Best sangat rasa kulit lembut tau walaupun kulit pipi liz ada parut jerawat yang masih belum menghilang. Tapi sebenarnya liz rasa benda ni macam vibrate je hahaha selebihnya tangan sendiri yang kene berus-berus kan guna tools ni. 

Fungsi pobling adalah untuk mengecilkan liang pori / menyingkirkan bintik-bintik hitam / hilangkan kotoran yang tersumbat / boleh bantu hilangkan jerawat dan macam-macal lagi.  Liz terpengaruh lah juga dengan pobling sebab tengah gigih nak kecilkan liang pori dan nak feeling cantik macam FAZURA.  Liz beli dekat ig dengan harga RM35 sekali postage dan pecuma bateri.  Korang pepandai lah survey mana tau dapat harga yang lagi murah.




Cukup guna sebulan, brush dah keras haha, barang murah begitulah nampaknya, jadi untuk yang nak cari brush muka tu apakah spend yang mahal sikit tapi tahan lama dan berkesan. 

FLORA MASK |  Assalamualaikum semua.  Liz nak share sikit pengalaman liz gunakan Flora Mask ni.  Liz beli masa tahun lepas dan sekarang ni dah tinggal nyawa-nyawa ikan je.  Ada beberapa pengikut blog dan ig liz bertanya betul ke bagus Flora Mask ni.  Jawapan liz sejujurnya YES sangat-sangat bagus.  Pertamanya sebab bila kita apply di muka automatik kulit muka rasa sejukkkkk. Best sangat-sangat tau! Main reason beli Flora Mask ni bukanlah sebab nak sejuk-kan muka tapi sebenarnya liz nak buang semua white head dekat bahagian hidung.  Tahun lepas semakin menjadi-jadi white head di bahagian hidung liz.   Flora Mask sangat-sangat membantu membuang semua white head yang liz ada.  Love you Flora Mask!!!






Sebelum ni liz cuma pakai di bahagian hidung sebab liz risau kalau-kalau kulit liz sensitif.  Di bahagian pipi liz ada jerawat before ni jadi kalau liz pakai di bahagian pipi jerawat ataupun kulit liz takut kalau nanti menjadi radang kemerahan.  TETAPI sekarang ni memandangkan jerawat dah takda ~~~~ Liz pakai 1 muka lah. Ada juga yang bertanya dengan liz kenapa bila mereka pakai tak da hasil apa-apa pun.  Okay sebenarnya liz rasa korang mungkin tersalah teknik ataupun memang kulit korang memang tidak ada white head.  Tapi pada pengalaman liz sendiri kalau korang letak nipis sangat memang Flora Mask ni tak mampu nak menarik segala kedegilan di dalam kulit tersebut. Tapi kalau korang letak tebal-tebal macam liz ni liz double confirm punya lah mesti ada hasil punya.    


Auchhh geli-nya kan?  Okay ini hasil daripada tahun lepas masa mula-mula pakai. Alhamdullilah kalau korang amalkan dalam 2 minggu sekali pun okay.  Jangan amalkan terlalu kerap sebab risau pulak nanti open pores.  Macam liz lepas tarik semua ni liz akan cuci muka kemudian liz tuam dengan ais.  Sebab liz memang tengah ada masalah open pores.  :) 

Semoga tips ini dapat membantu anda semua. 

Email From Readers Regarding Dr. Ko Products |   Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Liyliz Yusof.  Im here ~~ with new blog / new spirit / new environment and I promise you all everything gonna be much better than before.  Blog lama liz www.liylizyusof.com been hacked dan disebabkan itu liz tak dapat nak access blog tersebut tetapi buat masa ni anda semua masih boleh membaca entry-entry yang lama berkenaan Dr. Ko di sini


Hari ni liz nak share email-email daripada pembaca blog liz.  Liz sangat menghargai setiap email-email yang ditulis oleh anda semua.  #loveyouall  Liz minta maaf seandainya ada di antara email yang anda hantar tetapi liz terlepas pandang atau terlupa untuk reply.  Please accept my apologies.







Buat pengetahuan anda semua setiap ubat yang dimakan dan diberikan oleh Dr. adalah yang terbaik mengikut masalah kulit individu itu sendiri.  Kesan daripada ubat dan vitamin tersebut pula bergantung kepada penerimaan terhadap badan seseorang.   Pada diri liz sendiri pula liz memerlukan lebih kurang 3 bulan untuk melihat perbezaan tersebut. 

Perbezaan ketara adalah kulit liz yang berminyak menjadi semakin berkurang.  Bibir menjadi kering itu adalah perkara biasa kerana kesan daripada Vitamin A tersebut.  Fungsi vitamin A adalah untuk mengawal minyak dan mengurangkan jerawat.  Anda juga dinasihatkan untuk meminum air yang banyak.  Liz akan minum air sekurang-kurangnya 1.5 l air mineral termasuk jus buah-buahan sehari.

Liz bukanlah penggemar sayur-sayuran jadi liz tukarkan sayuran dengan buah-buahan.  Walaupun dalam kuantiti yang sedikit tapi bila kita makan buah-buahan proses pembuangan kita pun berjalan lancar.  Pastikan anda membuang setiap hari okay.  Jangan simpan lama-lama toksin dalam badan kerana itu juga antara punca jerawat anda akan timbul.

Sekian sahaja untuk entry hari ni.  Sehingga berjumpa lagi di entry akan datang.