PROJECT DENIM ANGEL 2.0 WITH VOIR MALAYSIA | Assalamualaikum & Hi Everyone 💗


Pernah tak kita fikir masa depan kita pada 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang atau 30 tahun akan datang? Terlalu leka dengan kehidupan yang kita miliki hari ni sehingga terlupa apa yang akan jadi pada masa depan kita akan datang betul tak? Atau kita cuma fikirkan kehidupan diri sendiri sehingga terlupa akan masa depan anak cucu cicit kita. 


Specialnya project kali ni ialah Voir Malaysia bekerjasama dengan Kloth Lifestyle serta Suri Lifestyle untuk menyelamatkan any denim yang tidak lagi dipakai untuk dikitar semula menjadi sesuatu yang lebih menarik dan sangattt EXCLUSIVE untuk dimiliki. 

| SECOND CHANCE |

Semua perkara memerlukan second chance untuk menjadi yang lebih baik sekiranya deberi PELUANG. Sama juga macam denim-denim yang kita tak pakai, mungkin seluar jeans yang dah lusuh, yang dah tak up to date, yang ketat atau longgar disebabkan korang dah kurus tiba-tiba kan? hihi ... Jadi pakaian yang kita tak guna kan ni boleh disumbang kan kepada Voir outlet yang berdekatan dengan area rumah korang.

Apa akan jadi pada kain denim ni?

Kain denim ni akan disumbang kan kepada Suri Lifestyle yang terletak di 3-1, Jalan Kurau 1C/KS1, Taman Telok Gadong, Klang. Dekat sini terdapat 13 orang ibu tunggal yang menjahit dan me-designed semula kain-kain denim  ni menjadi produk baru yang exclusive.


Semasa event ni liz sempat juga curi masa founder Suri Lifestyle iaitu Kak Sally yang juga merupakan ibu tunggal, siapa sangka pada usia 40 tahun Kak Sally memegang status ini. Jadi sebenarnya yang indah sekarang kita miliki kita tak pernah tahu apa akan jadi pada masa hadapan kita, waktu ketika ini Kak Sally merupakan ibu kepada 2 orang anak ni sangat kental tau untuk bangkit. Yang menariknya beliau bukan bangkit untuk diri sendiri tetapi berusaha untuk membantu wanita lain yang menerima nasib yang sama untuk bangkit sama.

Daripada event ni juga banyak memberi kesedaran kepada liz tentang alam sekitar dan bumi kita Malaysia. Tak pernah terfikir yang rakyat Malaysia begitu banyak membuang sampah jenis fabrik ni. Daripada kita buang ke tempat yang salah, apa kata kita sumbangkan unwanted fabrik ni ke channel yang betul. Kita bukan je mampu selamatkan bumi kita daripada sampah tetapi boleh jadikan pakaian terpakai ni kepada pakaian yang baru. Kata nak ikut trend? Mesti selalu beli baju baru kan? 




Jadi PLEASE guys, after this kalau ada pakaian yang you all dah tak nak pakai boleh terus hantar ke outlet VOIR Gallery terdekat. 

BELI THERMOMETER MACAM DEKAT KLINIK | Assalamualaikum semua 💓

Tak dinafikan untuk anak yang pertama ni banyak yang kebanyakkan parents akan berhabis setakat yang termampu dia boleh bagi pada anak-anak dia. 

Termasuklah beli thermometer, thermometer ni liz dah guna 2 tahun sejak Amuzz berusia 5 bulan, since dia start demam liz memang beli thermometer dekat rumah. Ramai juga parents yang lupa untuk sediakan thermometer ni sebenarnya, kalau jenis pandai jamah badan anak dedar ke tidak, demam ke tidak tu rasanya okay la kut untuk tak payah ada thermometer ni. 

Macam liz pula tak mahu la ambil risiko sebab bukan mahir sangat pun baca suhu kepanasan di skala apa. Kalau you alls pergi farmasi ada macam-macam jenis thermometer yang korang boleh beli.

Untuk honest review liz sendiri, thermometer yang liz guna ni suhu nya memang sama bacaan dekat rumah dan dekat klinik. Kadang-kadang ada yang terjadi bacaan ni lari sikit, rumah cakap demam tapi bila sampai klinik elok je suhu nya. 


RM274, mahal laaaaah juga weh terbeli yang brand ni. Tapi dekat klinik yang liz pergi setakat ni banyak liz jumpa guna thermometer yang hijau ni. Senang 1 hal sebab guna infra light ni, tak payah susah nak masuk yang bawah lidah atau test dekat telinga tu. 


Kalau nak cakap pasal berapa kali Amuzz buat jatuh, dah tak terkira. Tapi jatuh dalam keadaan yang dalam casing. Casing dia tebal dan kemas giler, bukan senang untuk seketul budak nak bukak dan main. Jadi keselamatan terjamin untuk thermometer ni. Thermometer ni pula ada warranty setahun. 

Banyak lagi brand lain tau, tapi kalau korang tanya liz untuk brand Medisana ni memang liz sangat happy sepanjang pakai ni tak pernah lagi buat hal.





CARA PILIH SERUM MUKA | Assalamualaikum semua 

Macam mana nak pilih serum yang sesuai? Bercakap pasal serum sekarang ni, merata-rata orang duk cerita pasal cerum... Allah cerum pulak! Serummmm bukan cerum tau. 

Liz ada baca beberapa atikel dekat google mengenai serum, sejauh mana korang percaya pasal serum ni dekat info google? Liz pun jenis yang suka google juga, banyak info liz suka baca dekat google, dari zaman kulit berjerawat teruk lagi, macam-macam petua dan tip kulit jerawat liz baca dekat google. You guys can try and error till you guys jumpa yang serasi.

Apa liz start buat ialah liz kongsi kan pengalaman liz sendiri dekat medan blog, liz dapat banyak pertukaran pengalaman sesama mereka yang ada masalah sama dengan liz. 


Berbalik pada cara pemilihan serum, bahasa mudah nya takda orang yang pakai serum ni nak tahu sangat apa ke benda serum ni. Ramai orang perempuan ni tahu, pakai apa lagi ya boleh jadi cantik betul tak? Orang cakap pasal pakai serum, hambiikkkk pergi pakai serum. 

Korang tahu tak serum ni apa sebenarnya? Dan bila masa sesuai untuk pakai serum? Ada blog yang liz baca kalau kulit berjerawat kena pakai serum yang ada vitamin C, seriously weh? Liz rasa makin subur jerawat tu tumbuh nanti. Anyone boleh share tak pengalaman korang yang pakai serum boleh jadi best? Mungkin boleh share dekat ruang komen serum apa yang korang akan suggest pada orang lain untuk pakai serum?

Pada liz, untuk yang kulit masih ada jerawat, tona kulit tak sekata atau baru nak jinak-jinak dengan skin care. Apa yang korang perlu buat ialah kukuhkan dahulu 5 basic skin care korang. 

5 Basic skin care:

1. Cleanser
2. Masker
3. Toner/Freshner
4. Moisturizer
5. Sunscreen / etc 

Kukuh kan dahulu 5 perkara dekat atas ni, InsyAllah lepas tu korang nak taruk serum mak nenek ke, serum mak atuk ke letak la. Segala supplement kulit yang lain korang nak letak dan tepek pun letak lah yek. 

Untuk serum sebenarnya bagus sangat untuk kulit yang dah ready untuk pakainya. Serum ni bukan tak bagus tapi terlalu bagus, untuk cerahkan kulit, enhance kan lagi beauty kulit. Orang yang pakai serum ni masalah kulit kusam tu memang tak akan ada lah senang cite. Kulit dorang akan jernih dan cantik je. 

Serum ada pelbagai jenis, kulit berjerawat, kulit kering, kulit berminyak dan kulit normal tak lupa juga buat kulit yang dah berkedut. Setiap dari serum ni ada ciri-ciri yang berbeza, kita tak boleh pukul habis 1 serum sesuai untuk semua jenis kulit. Liz sangat tak setuju dengan stigma yang usahawan sekarang ni guna kan 1 serum untuk semua masalah. Liz tak percaya, sebab liz sendiri orang yang phobia dengan segala tipu helah orang jual yang hanya nak untung.

Bila part yang nak selitkan serum? 
Serum boleh dipakai selepas pakai toner. Cleanser > Toner/Freshner > Serum. Serum ni teksture dia ringan gileerrrr tak melekit dan mudah meresap dekat kulit dia macam air tau sapu je terus sab-sab-sab masuk dekat kulit. Dia tak macam moisturizer tau, tak macam krim lain la senang cite. Senang cite kan, cara liz pakai product, liz akan apply yang mahal dulu hehe, bukan apa bila dah pakai banyak sangat ni tak tahu nak susun pun ye. Kulit kita ni special, semua orang ada cara nya tersendiri dan korang tak payah gaduh-gaduh sangat lah yek.

Pakailah SERUM bila kulit you guys dah ready, untuk kulit yang berjerawat tu liz tak suggest korang pakai serum kecuali serum yang ada SA. Sebab dia memang bantu kill bacteria. Dari korang bazir duit pakai serum, baiklah korang bazirkan duit cari 5 basic skin care yang kukuh dahulu. 


You guys can get my Free Consultation. Free je, sebab liz memang nak tolong dan suka sangat tolong reader blog liz dapat kulit yang sihat dan cantik. Not to lie, liz dah jumpa beberapa reader blog liz tau. And I am so happy to meet you guys and get my personal consultation. 


Kalau sudi tengok kulit liz yang dulu, boleh godek-godek entry liz yang lama-lama tau. Nak contact liz mudah je, boleh pergi visit Instagram liz, boleh email liz, boleh PM facebook liz, boleh juga wasap liz tau. 

Instagram: @beautyliyliz
Facebook: Liyliz Yusof
Email: liylizyusof56@gmail.com
Wasap: 010-2276292
CARA RAWAT JERAWAT YANG TERBAIK |
Assalamualaikum semua 💓

Cara rawat jerawat perlu diutamakan. Jom kita terus direct to the point the story hari ni, malas pula nak mukadimah bagai! Okay lately liz terima banyak sangat feedback dari kawan-kawan liz pasal tak sabar nya hilangkan parut jerawat. 

So bila liz lepak dengan dorang, liz pun tolong la tengokkan kulit dorang, "haaa mana nya parut yang duk sibuk nak hilangkan parut tu" Bila liz tengok sebenarnya tak da la PARUT pun, langsung takda pun! Yang ada sebenarnya redness, merah-merah kulit yang mengacau hidup dorang tu dorang rasa parut. 

Hakikatnya bila lepas telek2, ada jerawat aktif dalam kulit yang masih tak keluar-keluar. Sebenarnya ramai juga la kawan-kawan liz yang takut sangat jerawat keluar, padahal selagi jerawat dalam kulit pipi tu tak keluar selagi tu la merah pun tak hilang. 

Liz asyik share pasal testimoni liz dekat blog kan, korang pun naik jemu juga la nanti kan. Jadi liz nak share testimoni pasal kak shima pula hari ni. 



Gambar dekat atas ni ialah pengalaman yang kak shima sendiri share. Gigih juga la liz cari haaa, screen shot bagi korang baca supaya liz tak payah susah-susah nak type panjang-panjang dalam blog ni hehehe.

Untuk yang ada jerawat aktif, SABAR ialah kunci nya, tak perlu fikir jauh sampai ke parut lagi. Yang paling utama ialah fikir cara nak stop kan JERAWAT. Selagi ada JERAWAT, pakai la cream mahal sekali pun, ubat parut mahal sekali pun selagi jerawat masih naik tak benti-benti. Baiklah kita rawat jerawat tu dahulu. 

Siapa pernah ada jerawat yang besar-besar macam ni? Yang derita dari jerawat yang mengganas macam ni, jangan SEDIH lama sangat, sebab tak guna sedih lama-lama. Apa yang awak boleh buat ialah untuk terus cuba rawat dan merawat sampai pulih!!!

Liz percaya sangat, ramai kut perempuan yang menangis tengok cermin bila tengok kulit tak pulih-pulih kan. Sebab liz pun pernah beberapa kali menangis tengok diri sendiri depan cermin. Kita tak boleh nak undur masa lepas, tapi kita boleh perbaiki untuk sesuatu yang bakal datang kan?

Jauh juga perjalanan skin kak shima kan? Dari tahun 2017 dan sekarang 2019. 3 Tahun acne journey, bila tengok keadaan kulit kak shima sekarang, liz yakin sangat kak shima happy sangat kan sekarang. 

Bila jerawat dah settle down? Baru lah next step untuk ke parut kan? Untuk enhance beauty dia..... 

Nak stalk lebih-lebih pasal kak shima boleh visit her instagram: @shimatecix
Nak stalk liz pun boleh, jangan lupa visit ig liz : @beautyliyliz




Confident with you! Happiness with you!
Get your healthy skin now with Mary Kay.
SCAN ANALYZER MARY KAY MALAYSIA | Assalamualaikum semua

Siapa tak pernah lagi scan kulit menggunakan scan analyzer Mary Kay? Boleh cepat-cepat scroll bawah dan wasap liz / visit instagram liz dan DM sekarang. Sekarang ni semuanya dah canggih, beauty consultant Mary Kay pun dah upgrade sama macam scan analyzer tau.




Acik terkejut ye tengok kulit.


Liz dengan lala buat survey dekat Mydin USJ baru ni, nak tahu juga orang subang jaya ni dah ramai ke scan kulit? Rupanya ramai juga yang tak merasa lagi scan kulit menggunakan scan analyzer ni. Dah la Free lepas tu dapat tengok keputusan kulit secara terus pulak. Best ke best sangat? Acik-acik ni pun dah scan kulit tau, acik-acik ni range umur dalam 50 ke 60 an ke atas, awak ... kami scan kulit tak pilih umur tau, selagi awak ada kulit dan nak tahu tentang kesihatan kulit awak, kami sedia membantu.


Scan analyzer Mary Kay ni link terus ke telefon, jadi korang boleh tengok teksture kulit terus dari telefon. Scan analyzer ni merupakan micro camera yang dicipta khas oleh Mary Kay untuk semua beauty consultant supaya dapat meneliti lebih dalam tentang kesihatan kulit kita. 



Seronok sebenarnya bila dapat bantu ramai wanita tahu tentang keadaan kulit mereka macam mana. Sebab kebanyakkan nya tersilap pilih product disebabkan tak tahu pilih product yang bersesuai dengan kulit sendiri. 



Lepas ni kalau nampak kitorang, jangan segan-segan untuk hello hello tau, cakap je "nak scan kulit" FREE je awak. Sebab Mary Kay memang kaya untuk bagi wanita cuba banyak benda percuma. 

Dah scan-scan ni, mesti korang nak tengok result kulit yang liz scan kan? Dekat bawah ni beberapa testimoni kulit yang liz da scan. Bila dah tahu keadaan kulit macam mana, baru senang nak pilih product apa yang sesuai untuk kulit betul tak?



Result menunjukkan bahagian hidung mengandungi minyak yang tinggi, kalau korang tengok dalam gambar tu pun boleh nampak kan kulit dia produce minyak dekat bahagian pori-pori tu. Bahagian kanan ialah contoh kulit yang sihat.



Ini pula bahagian pipi kiri yang kelembapan nya sangat rendah. Tengok dekat gambar tu, korang nampak tak kulit yang berkedut kering macam lumpur yang tengah crack. Hmmmm tula tak nak pakai moisturizer lagi. 



Ini pula bahagian dagu, nampak tak hitam-hitam tu, kelembapan di bahagian ni pun sangat rendah. Liz pernah tau scan kulit orang yang kulit dia semua nya okay. Jadi sebenarnya bila korang dah tahu apa masalah kulit dan di bahagian mana, mudah untuk awak semua rawat kulit dengan cepat. 



Nak try scan kulit dengan kitorang tak? Boleh check Instagram kami di @beautyliyliz / @suhailahhx

Boleh stalk2 instagram kitorang dulu. 
Lepas tu boleh terus DM kami ya untuk set masa scan kulit. 
Mudah je kan. Idoklah nanti bila orang tanya, awak kulit jenis apa ya?
 Masih nak hmm aaa hmmm aaaa lagi.

Ooooh tak nak DM, nak terus whatapps: 010-2276292

SEMINAR 2019 MARY KAY SUNWAY CONVENTION CENTER | Assalamualaikum

Hi semua, dah seminggu berlalu Seminar 2019 Mary Kay di Sunway Convention Center, sebagai tanda ingatan dan kenangan liz rasa nak blog kan moment-moment terindah dan penuh inspirasi tu dekat dalam blog ni. 

Kalau liz tak jumpa Mary Kay, liz mungkin masih tercari-cari skin care yang sesuai untuk liz. Kalau bukan sebab Mary Kay, liz tak dapat kawan ramai macam yang liz ada sekarang. 

Setiap tahun, Mary Kay memang akan adakan Seminar setahun sekali untuk memberi penghargaan kepada beauty-beauty consultant yang berjaya dalam setiap challenge yang telah company berikan. Jadi untuk sampai ke tahap tu, macam-macam kisah yang liz dengar daripada wanita-wanita berjaya ni. Bukan senang nak senang, usaha tu bukan hari ni buat esok dapat. Jadi cerita-cerita mereka buat liz inspired dengan mereka, buat liz lebih semangat dan kuat untuk teruskan impian dan cita-cita tu menjadi kenyataan. 


Mereka yang baik hati, penyayang, saling memberi inspirasi dan semangat. Company yang ajar liz tentang, Faith 1st, Family 2nd, Career 3rd. Dan dari sini liz mula sedar yang setiap apa yang kita lakukan perlulah bermula dari Dia. 

Seminar Day 1 kali ni liz suka sangat sebab waktu tamat program ialah pukul 530 petang. Jadi malam, takda masalah untuk ibu-ibu dan wife jumpa family di malam hari. Siang kita bersuka ria, me time dan belajar. Malam pula family time. 


Day 1, kita start pukul 12 tengahari. 
Tengok ramai wanita yang cantik-cantik, liz rasa bertuah sangat sebab berada dalam golongan yang penuh dengan aura positive ni. 

Waktu ni sempat juga kite bergosip dengan besan pasal anak-anak yang sedang membesar.




Ini lah wanita yang berjaya sehinga peringkat teratas di Mary Kay. National Sales Director, bukan sesuatu yang mudah, banyak pengorbanan, usaha dan kerja keras yang mereka lalukan. Selalu kita tengok orang lain yang senang, kita rasa best sangat-sangat kan, tapi jangan lupa, korang kena tahu juga macam mana tahap kerja keras yang dorang buat. Sanggup atau tidak? 
Big Why perlu jelas untuk berjaya.

Queen of Personal Sales. Macam mana lah akak ni boleh buat.


Begitu ramai wanita yang liz kagumi termasuklah aunt ni, yang berusia 63 tahun, lebih kurang sebaya dengan ibu liz. Dan beliau merupakan top 20 of Queen of Personal Sales. Bayangkan macam mana aunt ni buat dan liz yang baru berusia 27 tahun masih lagi sedang berusaha atau belum cukup berusaha? Atau liz belum cukup all out untuk cantikkan wanita dan bantu wanita lain. Semangat sangat tengok aunt yang berusia 63 tahun ni dapat diamond ring dari Mary Kay. Jadi masih ada ke di antara korang yang nak jadikan "usia" sebagai alasan untuk berjaya? Fikir sendiri!


Day 2 pun bemula, Day 2 ialah hari education, dimana kami semua beauty consultant akan belajar dari pukul 9 pagi sehingga 530 petang. Ilmu yang korang dapat dari semua aspect untuk business, personality, kulit, kecantikkan, personal relation dan macam-macam lagi. Cara posing pun liz pandai ni, belajar dari senior-senior Mary Kay. Kalau nak tunggu masuk kelas modelling, jangan harap lah, tempat yang kita boleh dapat percuma kenapa perlu bayar?


Di Seminar 2019 ni juga, Mary Kay launched new sales director suit untuk Seminar 2020!!! Wahai semua readers blog liz, liz nak minta tolong Doa kan liz jadi Sales Director 2020, liz tengah bercita-cita untuk menjadi yang terawal pakai baju new sales director suit ni.


Culture Mary Kay liz suka sangat which liz dapat awareness tak macam ni dekat company-company yang liz kerja. Company Mary Kay yang penuh dengan motivation dan nak setiap beauty consultant mereka growth dan happy. 


Mengalirrrr air mata sado aku wehhh! Semua yang dibawah memang nangis lah sebak sangat tengok moment ni. Walaupun berlainan bangsa, tetapi semangat dan aura kewanitaan untuk bantu wanita yang lain memang kuat. NSD Jane Lee telah melahirkan wanita yang bernama Norazean menjadi New National Sales Director. Big Why yang kuat demi nak bantu keluarga, wanita yang punya masalah kulit, kebanyakkan pengguna Mary Kay kemudian memilih Mary Kay sebagai kerjaya. Tak kira sebagai part time mahupun full time, tak kira pangkat tak kira latar pendidikan apa sahaja, selagi anda mahu merubah hidup anda, Mary Kay bukakan peluang yang luas untuk anda berjaya. 

Pink Car Mercedes yang company berikan pada NSD, tak payah beli kalau boleh dapat percuma kan. Keluarga mana yang tak bahagia dan bangga melihat kerjayaan wanita yang mereka sayangi. Liz mula terfikir kerjaya Mary Kay ni sesuatu yang liz mahukan kerana Mary Kay menghargai setiap usaha yang kami lakukan. Recognition, recognition dan recognition. 


Friendship dalam Mary Kay. Liz tak pernah kenal wanita yang bawa liz ke dunia Mary Kay ni. Tapi wanita ni kenalkan liz dengan dunia yang sangat indah buat liz, kenalkan liz dengan dunia kecantikkan, kenal kan liz dengan rasa sayang, tolong wanita lain tanpa minta balasan, dan jadikan hati kan sebaik yang mungkin. Jauhkan hati liz dari rasa iri hati, ini ialah culture Mary Kay yang banyak ajar liz untuk jadi seseorang yang lebih baik. 


Kalau ini yang korang mahukan dalam kerjaya, kehidupan dan rasa ini Mary Kay merupakan sebuah company untuk korang mulakan sesuatu.

 Wasap liz 010 -2276292 / sekiranya ada diantara korang perlukan consultation skin dari liz dan FREE make over dari beauty consultant boleh jenguk juga di Instagram liz, @beautyliyliz dan wasap liz sekarang. 

Nak Ubah Sesuatu, Jangan Bertangguh!



NAK UBAH HIDUP, MERUPAKAN KATA-KATA YANG TERSEMAT DI INGATAN

Assalamualaikum & Hi semua,
Ramai di antara kita sebenarnya ingin kan kehidupan orang lain yang kita kagumi, betul kan? Tapi silapnya keinginan tu hanyalah sebagai angan-angan kosong tanpa apa-apa tindakan yang drastik di lakukan terhadap diri sendiri. Tanya diri sendiri, sejauh mana tindakan yang telah anda lakukan? Belum bertindak? Baru nak plan? Baru nak fikir? Kata nak ubah hidup!

Nak Ubah Hidup, by Dr. Azizan Osman telah membuka ramai mata mereka di luar sana untuk mengenali impian, fikiran, perasaan, tindakan dan keputusan yang dilakukan akan memberi impak pada masa hadapan. Percayalah nak ubah hidup perlulah dimulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu. Kuasai diri sendiri dan barulah anda boleh menguasai perkara yang lain.



Pada 30 Ogos 2019, merupakan 1 detik permulaan yang sangat berharga apabila liz mendapat peluang untuk menyertai program Nak Ubah Hidup by Dr. Azizan Osman yang berlangsung di Setia City Convention Center (SCCC) Setia Alam anjuran oleh RichWorks International Sdn Bhd. Peserta program ni bukan sikit ya, tetapi lebih 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapore datang untuk menyertai program yang hebat ni. Liz juga tak lepaskan peluang untuk bersama-sama usahawan yang bejaya untuk belajar formula yang dikongsikan oleh Dr. Azizan Osman.




OBJEKTIF PENGANJURAN NAK UBAH HIDUP

Apakah objektif program ini, buat semua usahawan di seluruh Malaysia program ini dapat meningkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui business yang berjaya dan menguntungkan. Ramai usahawan dekat luar sana suka kan perniagaan tetapi mereka terlupa yang selok belok perniagaan perlukan ilmu. Tanpa ilmu, anda mungkin akan tidak jumpa jalan ke arah perniagaan yang berjaya. Dan akhirnya anda putus asa dan tidak lagi berniaga. Jadi kenapa sia-sia kan bakat dan minat yang anda telah ada? Anda hanya perlu tambahkan sedikit ilmu pengetahuan untuk mencantikkan lagi laluan perniagaan anda. Untuk pengetahuan semua, Dr. Azizan Osman ni dah 11 tahun menganjurkan program macam ni, betapa ramai usahawan yang telah beliau lahirkan dengan membantu usahawan ini meningkatkan tahap pendapatan, walaupun pada awalnya mereka jalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul tetapi kini ramai yang telah menjadi usahawan yang berjaya. Kerana minat yang tinggi dalam bidang perniagaan, liz juga antara usahawan yang pernah mengalami jatuh bangun selok belok perniagaan. Apa yang liz tak pernah niaga, pelbagai jenis liz telah cuba tetapi kebanyakkannya separuh jalan. Kerana apa? Tiada ilmu!


Untuk tempoh 3 tahun pertama merupakan tempoh perniagaan yang sangat mencabar, sesiapa yang tidak berjaya dalam tempoh ini pastinya akan gulung tikar kerana mengalami kerugian yang besar. Dr. Azizan sendiri pernah melalui fasa sebegini semasa berniaga sabun dan kelapa sehingga berhutang dan menggadaikan rumah ibunya untuk melangsaikan hutang yang ditanggung. Dengan program yang dianjurkan oleh Dr. Azizan Osman ni, liz dapat mengenali strength liz, weakness dan strategy untuk lebih maju dalam perniaagaan akan datang. 

APAKAH TURNING POINT DR. AZIZAN OSMAN?

Bukan senang ya nak bangkit dari kegagalan, bukan senang! Sejak dari itu beliau berjanji pada diri sendiri untuk bangkit dan tekad untuk mulakan sehingga berjaya dan apabila berjaya beliau mahu kongsikan formula yang  beliau pelajari dari mentornya di luar negara kepada usahawan lain supaya dapat berjaya sama seperti beliau. Turning point setiap individu itulah yang akan menjadi titik bermulanya tekad dan kejayaan. Masih buntu dimana turning point anda? 



KEHADIRAN PROGRAM RICHWORK MENINGKAT

Sebelumnya program RichWork menerima penyertaan seramai 10,000 ribu peserta sahaja tetapi kali ini telah mencecah 12,000 peserta dan ini menunjukkan peningkatan kepercayaan dari usahawan untuk menggunakan formula yang dikongsikan oleh Dr. Azizan Osman sangat berkesan. Di dalam program ini, liz juga berpeluang bertemu dengan usahawan-usahawan yang sangat liz kagumi seperti Chef Zam,  Hanez Suraya, Mawar Rashid, Noraniza Idris, Afiq Muin, dan ramai lagi.



NAK UBAH HIDUP?

Jangan bertangguh, kerana orang yang berjaya melihat setiap saat itu peluang, setiap minit itu wang dan setiap jam itu titik mulanya untuk hampir kepada kejayaan. Fokus, Positive dan Attitude adalah antara yang telah dikupaskan oleh Dr. Azizan Osman ketika program berlangsung. 

Liz juga sentiasa ingat kata-kata Dr. Azizan ada menyebut "Quality of mind, improve your quantity of result" Jadi pilih ilmu yang betul, cara pemikiran yang betul, kelilingi diri anda dengan mereka yang positive dan fokus untuk mencapai matlamat. 


BULAN KEMERDEKAAN & HIJRAH

Apa yang menariknya, Merdeka dan Hijrah adalah sangat bertepatan dengan objektif program Nak Ubah Hidup ni. Ramai peserta yang datang untuk memerdekan diri mereka dari dibelengu hutang, dan masalah ekonomi dan mahu berhijrah dari keadaan hidupp yang ala kadar 10 kali lebih hebat dan luar biasa dari segi tahap kehidupan dan kewangan. Prof Hamka ada bekata "Kalau kerja, kera pun kerja", Kalau hidup, babi pun hidup." Bila nak jadi luar biasa? Ubah hidup sekarang.



Negativity akan membunuh segala fokus yang anda sedang kecapi, Merdeka sudah, Hijrah pun sudah. Anda Bila NAK HIDUP? Terlepas program yang lalu, ternantikan bila NEXT Nak Ubah Hidup 2020? Jadilah yang pertama sekarang untuk merebut tawaran eksklusif program Nak Ubah Hidup 2020.


CARA MERAWAT KULIT MUKA DARI MEKURI LOCAL PRODUK | Assalamualaikum semua

Alhamdullilah akhirnya setelah 5 tahun mencari penawar untuk ubati kulit yang merana dari bahan mekuri local produk terjawab dengan langkah dan konsistensi yang liz amalkan selama setahun lebih.

Langkah ni tak sesuai untuk mereka yang TIADA KESABARAN, tips dan langkah ni betul-betul untuk yang sabar dan yag nak FREE dari sengsara jerawat selamanya je tau. Kalau yang rajin tukar-tukar produk tu tolong jangan teruskan bacaan. Sila klik tutup dan cari product 2 minggu pakai dah licin kulit muka, sapu2 dah licin argh gitu katanya. Itu semua dusta! Sebab liz punya tips ialah merawat dari dalam kulit sehingga ke akar umbinya.

Dah ready untuk tips:

1. Stop pakai semua skin care selama 2 minggu, ye korang, suka tak suka tolong stop semuanya selama 2 minggu termasuklah foundation, makeup ke bedak ke, semua lah. Cuma dibenarkan mencuci muka menggunakan air suam sahaja.

2. Selepas 2 minggu, mulakan dengan cleanser dan skinvigorate brush sahaja. Alah korang tahu tak brush yang cuci muka tu, sekarang ni mana ada orang cuci muka guna jari dah. Semua nya ada specific tools untuk pencucian yang lebih bersih dan berseri tau.

3. Pakai ubat jerawat setiap malam buat sebagai MASKER. Aku memang pakai ubat jerawat ni 1 muka, ada jerawat ke takda, aku pakai semua sebab memang kebanyakkan area muka aku ada jerawat kut.

4. Masker 1x seminggu, masker charcoal yang berfungsi untuk serap minyak jerawat dan minyak kotoran dekat kulit muka aku, kulit ni kalau berminyak lagi senang jerawat membiak. Jadi tolong lah rajin kan diri pakai masker okay. Masa ni ko akan start nampak, jerawat yang dah tumbuh dekat area sama akan tumbuh dan hilang berulang kali sampai la dia tak tumbuh2 dah. Bila dah dia tak tumbuh2 dah, maksudnya bersih la kulit korang dari bahan mekuri dekat area tu. 

5. Tolong minum air masak 3L sehari, ye tolong minum 3L sehari sebab apa, sebab aku tak pakai moisturizer untuk awalan merawat kulit jerawat aku ni. Moisturizer akan buat kulit aku bertambah subur, bila subur sangat nanti kulit tumbuh jerawat balik. Jadi aku pilih untuk lembabkan kulit dari dalam dulu. Bila dah stabil baru lah aku pakai moisturizer macam sekarang ni.

Cukup 5 cara ni je dulu untuk awalan 3 bulan. Korang tak payah mengarut mengada nak tepek macam-macam lagi. Rawat dulu jerawat yang mencanak tu okay, bila semua dah puas keluar, dah settle on off jerawat ni tak kan naik dah dekat muka korang. Jerawat akan tetap naik bila lapisan kulit masih ada bahan kimia yang tinggi tau, bila bahan semua dah takda barulah korang fikir pasal pori pasal parut. 

Ini bahan dalam kulit pun Xhabis lagi, sibuk nak fikir pasal pori la pasal parut. Sabar la sikit kalau nak rawat betul2 tu. Sape suruh korang pakai local produk yang ada mekuri. Kan dah mendapat!

Okay dekat bawah ni gambar kulit liz terkini. 
Untuk NEXT SKIN CARE TIP, nanti kan ye



Teringin tak nak tengok kulit yang teruk tu macam mana?
Macam dekat bawah ni.





Bila korang tengok gambar-gambar dekat atas ni korang mesti takkan sangka yang kulit aku dah pulih. korang tengok la hitam nya, kotor nya kulit aku penuh dengan bahan mekuri. Sebab tu aku anti sangat dengan produk local yang bagi janji palsu kulit licin selepas 1 minggu la, 3 hari la, 1 hari la. Arghh dusta belaka.

Kalau korang berminat nak kena consult secara FREE, boleh la korang contact beauty consultant ni, nombor WhatApps seperti dibawah:

Phone: +6 010 2276292



JUMPSUIT HIJAU JUST NICE | Assalamualaikum semua

Sumpah rindu nak menaip blog! Tak ada apa yang lebih membahagiakan selain meluangkan masa untuk buat sesuatu benda yang kita paling minat.

Liz rasa kan, warna hijau ialah warna yang buat liz nampak cantik dan fresh, i don't know la kan di mata orang lain macam mana tapi di mata liz dan level confident liz memang tinggi lain macam bila pakai hijau ni.



Jumpsuit hijau ni, liz beli dekat MC Vouge tahun lepas. Murah giler kut sebab liz beli last piece clearance stock. RM40 je u alls. Ada juga la yang tanya tak susah ke weh kalau nak kencing pakai jumpsuit ni? Okay macam ni, untuk jumpsuit korang kena tengok part cara buka dia. Kalau yang liz pakai ni, dia longgar dekat bahagian ketiak so liz terus boleh tanggal kan dari atas macam tu je tanpa perlu bukak zip.

Yang jadi susah, kalau korang pilih yang ketat berbutang dan bahagian ketiak rapat sangat. Kalau design macam tu korang memang kena bukak zip, bukak butang la cite dia.

Cukuplah untuk starting August ni liz type sependek ni dulu. See you when I see you.




TIPS PENJAGAAN KULIT BERJERAWAT | Assalamualaikum semua

Hari ni liz nak share 5 langkah yang korang semua wajib buat untuk dapatkan rutin penjagaan kulit yang sihat. Liz ni lahir-lahir bukan nya terus cantik, kulit comot, berjerawat lepas tu tak pandai bergaya.

Tapi sebabkan kesungguhan yang tak pernah putus asa selagi tak jumpa penawar, liz usaha dan usaha sampai jumpa step skin care yang betul dan produk yang sesuai untuk kulit liz. 


Gambar ni gerun rasa bila teringat semula peristiwa kulit berjerawat disebabkan local produk. Sejak dari tu liz memang tak percaya langsung apa-apa testimoni ataupun iklan local produk ni. 

Pertama : Cleanser - Penting sangat cari cleanser yang sesuai dan bagi improvement pada kulit. Kalau selama 3 hari you alls pakai then kulit jadi miang atau naik merah-merah lagi teruk. Itu tanda tak sesuai. Kalau you alls pakai tak bagi effect apa-apa, ada 2 kemungkinan. 1 mungkin cleanser tu lambat berkesan pada kulit korang, 2 memang cleanser tu macam ada atau tak da pun sama je hehe. Jadi penting cari la cleanser yang boleh buat kulit korang yang kusam tu ceria. 

Kedua : Masker - Wajib pakai masker 2 / 3 kali seminggu untuk tanggal sel kulit mati dan generate sel kulit baru. Kalau tak pakai masker macam mana korang nak buang sel kulit mati tu.

Ketiga : Toner / Freshner - Wajib pakai setiap hari selepas cuci muka untuk segarkan kulit muka dan buang bendansing yang tertinggal semasa mencuci muka.

Keempat : Moisturizer - Kulit kita perlu kan lembabpan untuk menperceptakan process pemulihan. Kalau korang tak pakai moisturizer kulit lambat pulih.

Kelima : Serum - Jangan lupa tempek serum untuk pulihkan kulit yang berparut supaya cepat glowing dan licin.

Setakat ni dulu ya liz share dengan korang, if korang nak liz guide dapat kulit yang sihat semula boleh contact liz dekat link wasap bawah ni ye.