BELI THERMOMETER MACAM DEKAT KLINIK - BRAND MEDISANA

31 Oct 2019

BELI THERMOMETER MACAM DEKAT KLINIK | Assalamualaikum semua 💓

Tak dinafikan untuk anak yang pertama ni banyak yang kebanyakkan parents akan berhabis setakat yang termampu dia boleh bagi pada anak-anak dia. 

Termasuklah beli thermometer, thermometer ni liz dah guna 2 tahun sejak Amuzz berusia 5 bulan, since dia start demam liz memang beli thermometer dekat rumah. Ramai juga parents yang lupa untuk sediakan thermometer ni sebenarnya, kalau jenis pandai jamah badan anak dedar ke tidak, demam ke tidak tu rasanya okay la kut untuk tak payah ada thermometer ni. 

Macam liz pula tak mahu la ambil risiko sebab bukan mahir sangat pun baca suhu kepanasan di skala apa. Kalau you alls pergi farmasi ada macam-macam jenis thermometer yang korang boleh beli.

Untuk honest review liz sendiri, thermometer yang liz guna ni suhu nya memang sama bacaan dekat rumah dan dekat klinik. Kadang-kadang ada yang terjadi bacaan ni lari sikit, rumah cakap demam tapi bila sampai klinik elok je suhu nya. 


RM274, mahal laaaaah juga weh terbeli yang brand ni. Tapi dekat klinik yang liz pergi setakat ni banyak liz jumpa guna thermometer yang hijau ni. Senang 1 hal sebab guna infra light ni, tak payah susah nak masuk yang bawah lidah atau test dekat telinga tu. 


Kalau nak cakap pasal berapa kali Amuzz buat jatuh, dah tak terkira. Tapi jatuh dalam keadaan yang dalam casing. Casing dia tebal dan kemas giler, bukan senang untuk seketul budak nak bukak dan main. Jadi keselamatan terjamin untuk thermometer ni. Thermometer ni pula ada warranty setahun. 

Banyak lagi brand lain tau, tapi kalau korang tanya liz untuk brand Medisana ni memang liz sangat happy sepanjang pakai ni tak pernah lagi buat hal.





Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.