PROJECT DENIM ANGEL 2.0 WITH VOIR MALAYSIA | Assalamualaikum & Hi Everyone 💗
Pernah tak kita fikir masa depan kita pada 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang atau 30 tahun akan datang? Terlalu leka dengan kehidupan yang kita miliki hari ni sehingga terlupa apa yang akan jadi pada masa depan kita akan datang betul tak? Atau kita cuma fikirkan kehidupan diri sendiri sehingga terlupa akan masa depan anak cucu cicit kita.
Specialnya project kali ni ialah Voir Malaysia bekerjasama dengan Kloth Lifestyle serta Suri Lifestyle untuk menyelamatkan any denim yang tidak lagi dipakai untuk dikitar semula menjadi sesuatu yang lebih menarik dan sangattt EXCLUSIVE untuk dimiliki.
| SECOND CHANCE |
Semua perkara memerlukan second chance untuk menjadi yang lebih baik sekiranya deberi PELUANG. Sama juga macam denim-denim yang kita tak pakai, mungkin seluar jeans yang dah lusuh, yang dah tak up to date, yang ketat atau longgar disebabkan korang dah kurus tiba-tiba kan? hihi ... Jadi pakaian yang kita tak guna kan ni boleh disumbang kan kepada Voir outlet yang berdekatan dengan area rumah korang.
Apa akan jadi pada kain denim ni?
Kain denim ni akan disumbang kan kepada Suri Lifestyle yang terletak di 3-1, Jalan Kurau 1C/KS1, Taman Telok Gadong, Klang. Dekat sini terdapat 13 orang ibu tunggal yang menjahit dan me-designed semula kain-kain denim ni menjadi produk baru yang exclusive.
Semasa event ni liz sempat juga curi masa founder Suri Lifestyle iaitu Kak Sally yang juga merupakan ibu tunggal, siapa sangka pada usia 40 tahun Kak Sally memegang status ini. Jadi sebenarnya yang indah sekarang kita miliki kita tak pernah tahu apa akan jadi pada masa hadapan kita, waktu ketika ini Kak Sally merupakan ibu kepada 2 orang anak ni sangat kental tau untuk bangkit. Yang menariknya beliau bukan bangkit untuk diri sendiri tetapi berusaha untuk membantu wanita lain yang menerima nasib yang sama untuk bangkit sama.
Daripada event ni juga banyak memberi kesedaran kepada liz tentang alam sekitar dan bumi kita Malaysia. Tak pernah terfikir yang rakyat Malaysia begitu banyak membuang sampah jenis fabrik ni. Daripada kita buang ke tempat yang salah, apa kata kita sumbangkan unwanted fabrik ni ke channel yang betul. Kita bukan je mampu selamatkan bumi kita daripada sampah tetapi boleh jadikan pakaian terpakai ni kepada pakaian yang baru. Kata nak ikut trend? Mesti selalu beli baju baru kan?
Post a Comment
LEAVE COMMENT HERE.