TEMPAT MAKAN BUKIT JELUTONG | The Hdeout Cafe

Assalamualaikum you all! FUH .. agak-agak ada yang terkejut ke kalau GOOGLE pasal Bukit Jelutong keluar blog i ni? Kut-kut la ada office mate yang tengah Google tu. Hang tengah cari tempat makan best ke?

Memandangkan Bukit Jelutong ni memang banyak giler tempat makan best, liz rasa rugi kalau liz tak blog kan. Untung-untung dapat juga sangkut income google adsence dekat entry ni 10 20 USD ke kan. Yaa .. ofcoz money. 

Semalam girls-girls ni buat la 1 plan untuk meraikan seorang rakan kerja yang bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi. Sekarang ni, semua benda nak kena ada shower showering ni. Bukanlah nak kata ikut budaya barat ke apa, tapi tak salah kan membahagiakan orang lain. Hah kongsi kebahagian tu bagus, tapi mohon kebahagian yang halal yek!


In Front of The Hideout Cafe Bukit Jelutong


Nice place! Nice food too!


Picture and picture lagi


Me Myself yang terlupa status ada anak 1 untuk 10 minit.


And selfie lagi.

Cari makanan ye? Sorry this time bateri i dah habis, so masa makanan sampai I dah tak dan nak ambil gambar. Tapi makanan superb dan harga boleh sedang-sendang saja, like mine Fettucini Carbonara RM20 & Ice Lemon Tea RM6

InsyAllah in future more food review coming soon. Trying my best untuk balance kan kerja, rumah, anak, sumai & i love the most is BLOGGIng. 

SITE OFF MEETING | EAGLE RANCH RESORT

Assalamualaikum.
Disebabkan rasa sayang nak delete gambar-gambar liz di Eagle Ranch Resort bulan lepas jadi liz rasa patut juga kut liz update blog dengan gambar-gambar liz yang cun ni. Weeeheee!

Kalau nak simpan dalam phone yang dah semakin lembab performance tu, memang liz terasa stress sekarang ni. InsyAllah new Iphone next year la kan. Iphone liz sekarang tu dah 4 tahun, tak rasa nak tukar phone lain sebab gambar dari iphone jelas dan cantik. Maknaknya new iphone la kan next year. Hihihi.


Waktu sampai sini hujan renyai-renyai la pulak, aku bantai pakai heels kan, lepas tu nak ronda 1 Eagle Ranch Resort ni pulak, semput mami nak! Tapi sebab nak cover cun seantero resort ni, aku cat walk la juga ke hulur ke hilir melawat kawasan. Aku kagum dengan memilik resort ni, punya banyak resort dekat Port Dickson ni, cuma resort dia yang lahir dengan idea yang lain dari yang lain. Jadi resort ni kebanyakkan client mereka ialah untuk company-company yang nk buat team building. Termasuklan company aku ni hah, so dah faham la kan kenapa aku ke sini? Ingat saja-saja makan angin?


Bepeluh 1 badan uit ronda sini sana, besar kut Eagle Ranch resort ni, dan semua jenis bilik kat sini unik-unik cumaaaaa aku tak suka bau bilik ni sebab dorang build bilik ni guna kayu, jadi masa hujan ni, bau lembab tu memang naik seharum 1 bilik la. 







Si Sean, partner ronda-ronda. 


Okay ini je yang rajin untuk di share.
Yang pasti Mary Kay liz dah check in sini.



PENGALAMAN PERCUTIAN PERTAMA BERSAMA BABY 1 TAHUN | Assalamualaikum

Alhamdullilah selesai 1 trip holiday yang sangat dekat perjalanannya iaitu mengambil masa cuma 1 jam 25 minit daripada rumah Setia Alam ke Port Dickson. Yes! Destinasi pertama kami untuk bercuti bersama si kecik ialah Port Dickson. Memandangkan sebelum ni, Muzaffar kerap masuk wad dari seawal usia 5 bulan, jadi kami kebanyakkan masa risau nak bawa Muzaffar jalan jauh-jauh. Tapi Alhamdullilah semenjak sihat, selepas operation, Muzaffar dah sihat sehingga hari ni. 

Bila pilih destinasi percutian, liz dengan husband memang sejenis yang tak suka habiskan masa perjalanan yang lama-lama sebab terasa penat. Jadi kalau boleh, nak cari tempat yang provide facility yang selesa, dekat, ada pantai. Ofcoz lah Port Dickson kan, dekat Port Dickson ada banyak giler hotel yang cantik-cantik. Tinggal harga je korang kena rajin survey-survey sikit. Lagipun sebab Muzaffar masih kecil lagi. Nanti dah besar, kita bercuti jauh sikit.

Hotel yang liz pilih ni Lexis hotel Port Dickson. Liz rasa sangat selesa bilik ni sebab memang sangat besar. 


Muzaffar fokus tengok TV. Cite cina pulak tu.
Gigih la mami, setting baju bapak dan anak warna biru. 
Nak sedondon punya pasal.

Percutian ni, bukan sebab nak jalan-jalan cari makan. Percutian lebih kepada bonding time dengan husbang dan Muzaffar. Duduk lepak hotel, berendam dalam tab, swimming, cicah-cicah air pantai sikit okayla tu. Kiranya ini lah kali pertama pun bawa Muzaffar berjalan. Memang takda rushing kemana-mana, memang lebih dengan menggunakan fasiliti yang hotel ada. 


Bilik memang besar giler.
Selesa untuk Muzaffar yang baru dapat kaki. Berjalan merata-rata.


Dalam bilik, ada iron board dan iron siap-siap. Mudah mami nak melawa, nak bersiap. Then, ada mini sinki untuk liz basuh botol susu Muzaffar, sediakan makanan dia. Memang mudah sangat!


Tab mandi pun besar, itik Muzaffar pun muat dalam tu. 

Dari pintu masuk, terus akan jumpa toilet dulu tau. Liz memang suka design bilik ni, nampak tab mandi, bilik air mandi beransinga, jamban berasingan. Tak da isu nak berebut. Masing-masing boleh buat urusan masing-masing dengan selesa hihi.



View dari beranda bilik. 
Dapat tengok matahari terbenam dari bilik dan ofcoz mami nak yang sea view.

Sampai sini dalam pukul 330 petang, solat Zohor, berehat, then tunggu solat Asar terus, baru lah kami gerak ke Pantai bawa Muzaffar. Plan, nak kenalkan Muzaffar dengan pasir pantai dan ombak laut tapi malangnya Muzaffar terlalu takut denga pantai. Jadi kami beralih ke swimming pool je. 




Mami matching ootd dengan Muzaffar


Dinner dekat Embok Villange Steamboat & Seafood.
Recommended! Just mahal sikit yek. Nice view, tepi pantai. Decoration hotel pun cantik. 


Breakfast bersama si kecit. 
Macam-macam dia makan. 
Macam-macam juga yang sepah jatuh ke lantai. Pening mak wahai anak.


 After breakfast, Muzaffar sambung tidur.
Sempatlah mami posing dengan abah ala-ala romantik kejap.
Eyes to eyes sangat ye abang.


Settle dapat 1 2 pose yang boleh dibuat kenangan. 
Teruslah liz pun get ready mengemas barang, kena check out before 1 PM. 
Muzaffar tidur dulu, nanti bangun mandi, siap-siap sambung jalan kejap dekat tepi pantai before balik.




Done!
Taniah untuk mami dan abah for short vacay. 

Let's having next pulak.
Alhamdullilah sangat, mudah urusan dan tak letih. Kalau bercuti memang tak nak terkerjar-kejar dengan aktiviti yang berat. Santai-santai cukuplah kan.

Good luck to parents yang nak bercuti dengan baby okay. 
Nampak mudah tapi bukan senang kan.


BABY FAIR LAGI SOGO OCTOBER 2018 | Assalamualaikum

Shopping barang baby lagi! Bila waktu sesuai untuk shopping dekat Sogo? Semestinya bila waktu SALES! Kalau tak sales, tak payah lah pergi Sogo kalau liz lah. Liz lepak berehat duduk rumah dan menambung. Paling habis kalau nak boros pun, liz selak-selak dekat online seller je.

Target! Ingat bila nak bershopping tempat yang ada sales perlu lah ada target, barulah tak membazir masa dan membazir duit. Target liz kali ni pula ialah untuk mencari kasut untuk Muzaffar. Memandangkan Muzaffar dah pandai berjalan, jadi liz nak cari kasut bayi berbunyi tu. Susah juga nak cari kasut baby yang berbunyi sebelum ni dekat kedai-kedai baby. Dalamnya nak kena lembut, kena ringan. Lagi-lagi untuk yang baru berjalan, jatuh-jatuh jalan ni.




1 nya brand kasut dekat baby fair semalam yang ada bunyi. 
Kasut baby berbunyi jenama Royal Baby.
Dua ni je yang agak nampak smart sikit berbanding corak lain, jadinya liz pilih warna oren untuk Muzaffar.



Girls vs Boys
Memang banyak pilihan barang girls la cite nya dari pilihan boys


Total RM semalam RM286
3 Pasang Kasut, RM34.50 dari harga asalnya Rm59.90
7 Pasang Baju, RM25, RM15, RM18 
Mainan & Bib tu untuk kawan Muzaffar

Kalau parents pergi Sogo, boleh je terus parking dekat Sogo, tapi syaratnya kena shopping la. RM100 ke atas, baru la dapat diskaun parking. Macam liz shopping RM200 lebih, liz dapat Free 2JAM + 1JAM (member kad Sogo). Total bayar parking semalam RM0.50 je parking Sogo. Fair kali ni tak banyak barang sangat, untuk kelengkapan makan-makan pun tak banyak. Ingat nak cari botol air untuk Muzaffar, tapi yang ada semalam jenama NUK je. Paling banyak semalam pun baju, kalau parents nak shopping baju dan kasut murah-murah boleh la terjah sini. 

12th - 23rd October 2018
Level 7





SUSU LEMBU DARI NEW ZEALAND | FERNLEAF UHT 100% Mmmmm

Assalamualaikum semua, liz harap korang semua sihat sejahtera hendaknya. Kan kite dah janji untuk amalkan cara hidup sihat. Selain bersenam, kite wajib pilih makanan yang seimbang dalam rutin harian kite. Dannnn wajib untuk minum susu setiap hari, barulah cukup zat kalsium dalam tubuh badan kite yang semakin meningkat usia ni. 

Kalau korang tanya liz, pilihan susu jenama apa buat masa sekarang ni. Sesungguhnya liz akan suggest korang minum susu Fernleaf, sebab susu ni rasa dia persis susu segar seperti dari ladang. Susu bukan calang-calang okay, susu dari New Zealand!!!



Kenapa liz rasa susu Fernleaf ni special dari susu lain? Sebab lembu-lembu yang hasilkan susu Fernleaf hidup bebas secara bersama-sama keluarga lembu mereka. Lembu bahagia, makanya hasil susu yang kite minum tu pun terasa hormon kegembiraan tu. Hihi ~ Comel kut, lembu-lembu ni haha, nak makan rumput pun demand okay, nak yang segar, nak meragut rumput sendiri dekat atas tanah yang subur. Tak main la makan makananan segera ni. 

Sumber makanan yang sihat dan segar dari sumber tanah yang subur memang akan hasilkan susu yang berkualiti, kaya dengan kalsium, banyak nutrient penting seperti protein, vitamin A & juga vitamin D.

Korang tahu tak, lembu Fernleaf ni habiskan masa 90% masa untuk meragut rumput secara BEBAS pada hari yang cerah. Bayangkan berapa banyak vitamin D daripada matahari lembu Fernleaf serap? Banyak! Yes sangat banyak! Sebab tu tak sama dengan hasil susu yang lembunya dikurung dalam kandang.

Kalau ibu nak bagi susu dekat anak, kena pakai milk booster la bagai kan? Sama la konsep dengan lembu, kalau tak da susu kena makan milk booster. Tapi!!! Lembu Fernleaf tak payah pakai milk booster, kenapa? Sebab tak da stress lorrrr. Hidup bebas, jiwa raga lembu-lembu ni riang ria raya setiap hari mana tidaknya susu banyak melimpah ruah secara semula jadi. Sama juga konsep dengan susu ibu, kalau stress kerja, mesti susu jadi sikit kan?

Liz yakin dengan Fernleaf ni sebab pakar tenusu mereka mempunyai pengalaman lebih daripada 140 tahun, memang pakar sangat-sangat dengan proses menghasilkan susu yang berkualiti tinggi agar dapat dinikmati oleh semua pengguna.  Pakar tenusu hebat, lembu rasa bahagia disayangi, susu pun segar dan berkhasiat. 

Sebab tu .... 100% Mmmmm lazat!


Liz yakin, Fernleaf merupakan pilihan yang tepat buat semua rakyat Malaysia yang mementingkan sumber susu yang berkualiti. Jadi jangan tunggu lagi, amalkan minum susu bermula dari sekarang. 

#FernleafUHT #100Mmmmm 

PENGALAMAN PERSIAPAN MAJLIS AKIKAH 

Assalamualaikum .. jom kita berblog malam ni .. liz nak share sikit pasal akikah Muzaffar 2 minggu lepas, 16 September 2018. Kebetulan nya ahad Hari Malaysia, jadi kita dapat extra 1 hari bercuti pada Isnin berikutnya.


SEBELUM MAJLIS

Sehari awal sebelum majlis barulah kita sibuk menyibuk buat persiapan. Hari sabtu tu, mulanya pagi husband pergi ke kandang kambing untuk memilih dan berniat untuk akikah Muzaffar Yafiq. Masa pergi memilih tu, kambing nya kurus-kurus, jadi 1 kambing bertukar ke kambing biri-biri. Harga kambing dekat Pahang seekor RM880, harga kambing je ye belum termasuk cuci potong masak semua tu. Untuk kambing biri-biri tambah extra RM100. Liz saja park harga kambing ni dekat sini buat rujukan korang yang berada di Pahang terutamanya Temerloh atau Mentakab. Kiranya kalau korang jumpa harga kambing dekat Pahang lagi murah dari harga liz ni, sila lah booking cepat-cepat. Kalau jumpa mahal sangat, sila lah cari harga yang lebih kurang macam harga kambing Muzaffar ni.



Muzaffar pula dekat rumah dengan mami busy buat goodies. Paper bag goodies ni, liz beli dekat GM Klang. RM0.80 sekeping, entahlah murah ke mahal sebab dah last minit membeli nya. Liz tak buat banyak pun, cuma 50 keping paper bag je. 1st come 1st serve, tak da istilah VVIP or VVVVVIP pun yek.


Rajin pula ketika ni buat bunga-bunga bagai, bereben semua. Ni sebab nak buang sayang, nak simpan rasanya dah nak ditelan zaman. Reben dan bunga ni bahan-bahan masa nak kahwin hari tu. 


Dalam nya liz letak surah Al-Mulk, Waqiah.


Muzaffar is ready on duty.

SEMASA MAJLIS



Selesai bacaan doa selamat dari anak-anak yatim, kemudian bermula majlis makan-makan. Ada 1 moment yang buat liz rasa sebak tiba-tiba apabila, Muzaffar manja-manja dengan liz. Ada mata-mata kecil yang memandang sayu. Liz terasa seolah ada hati kecil yang sedang merindui ibu nya. Ya Allah! Kuat kan hati anak-anak kecil ini. Mami harap awak semua akan menjadi anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat.

Hurmm gf bf merajuk.


Aunty2 ni memang selfie kan.


Please! No More Picture ...

SELEPAS MAJLIS


Tenung khemah yang bakal dicabut. Alhamdullilah semuanya selesai dengan lancar.
TANDA BAYI KERAP MUNTAH | INTUSSUSCEPTION |

Assalamualaikum Ibu & Ayah. Blog post kali ni liz tulis dari pengalaman sendiri untuk semua ibu bapa yang searching tentang bayi kerap muntah tiba-tiba. Benda ni terjadi pada Muzaffar semasa genap dia masuk 10 bulan, 19 hb July 2018 warded di Columbia Asia Klang.

Kronologi dia bermula bila malam rabu, Muzaffar menjerit dengan high pitch! Korang bayangkan macam baby kena rasuk. Masa tu Liz rasa meremang bulu roma uit, dahla baru lepas magrib. Husband pula out station baru nak on the way balik. Dalam 30 minit juga Muzaffar jerit nangis, macam marah pun ada, sakit pun ada. Then dia sambung tidur, liz check2 tengok perut dia kembong. Letakla yuyi dan Muzaffar pun sambung tidur, itu pun selepas beberapa minit dia nangis.


Muzaffar warded day 1
Suhu pun on off, sentiasa kami letak kain basah dekat kepala dia

Malam pukul 12, before next susu liz bagi gripe water dulu kononnya untuk legakan perut kembong. Lepas bagi air tu, memang perut dia lembik2 semula. Next susu tu, lepas menyusu habis 150 mil, Muzaffar muntah. Terkejut weh! Check suhu 38, okay demam dan kami pun menuam la dia dengan kain basah sepanjang malam.

Next susu lagi pukul 3, dia minum habis, dalam 5 minit kemudian, muntah semula. Allah kenapalah Muzaffar malam ni, kami as parents rasa pelik sangat, tak kan Muzaffar kena Rota Virus lagi. Kalau kena rota virus sepatutnya ada cirit, tapi Muzaffar elok tak cirit. Cuma perut kembong tak surut-surut. Next susu pukul 5 pagi, minum dah slow dalam 100 mil macam tu then muntah lagi. Susu yang Muzaffar minum semuanya keluar yang tak sempat proses pun lagi. Mulanya kami syak susu tu yang bermasalah sebab Muzaffar minum susu enfalac A+ dahlah susu tu pernah ada kes tiruan. Kite ni sebagai ibu bapa memang fikir bukan-bukan terusan la citenya. 


Muzaffar muntah lagi pagi Khamis. 

Muzaffar muntah kuning dan hijau. 
Dalam perut dia langsung dah takda makanan. Asyik muntah dan muntah.

Pukul 7 pagi, terus kami terpacak dekat Columbia emergency. Check suhu semua 37.6 then, tunggu beberapa jam la juga sehingga Dr. sampai. Bilik pulak penuh, memang waktu ni kemuncak giler ramai baby dan kanak-kanak sakit. Sejam kemudian baru dapat katil dekat wad kecemasan. Muzaffar memang dah lembik sangat, so terus on drip. 

Pendek kan cerita, Khamis warded sampai ke hari Isnin baru tahu apa yang tak kena dengan Muzaffar. Korang tahu kan, naluri seorang ibu tu memang kuat! Walaupun Dr. kata pattern Muzaffar ni macam kena virus infection dalam darah tapi liz tetap rasa ada yang tak kena. Sebab Muzaffar ni dah warded 5 kali tau tak setiap bulan. Dan bila setiap kali dia demam ke, dia kena rota sekali pun, susu dia okay, tak muntah teruk macam kali ni. Lagi-lagi bila result najis dia keluar, takda virus rota. Selalunya yang muntah-muntah ni salah 1 nya suspect rota virus. Tapi baiknya, Muzaffar tak cirit, kalau rota dah confirm-confirm Muzaffar cirit teruk. So parents alert tau, if muntah dan cirit, kemungkinan rota virus jangan biarkan, bawa pergi hospital cecepat okay.

Kembong perut Muzaffar tak kesudahan. Sampai la ahad, liz masuk ofis, bergilir husband yang jaga pula, liz minta husband request dengan Doktor untuk buat ultrasound. Rasa risau kut-kut Muzaffar ada tertelan benda yang bukan sepatutnya. Walaupun doktor kata kalau ada object yang ditelan mesti nafas susah, dan berak berdarah. Muzaffar pula peliknya takda berdarah cuma hari sabtu najis dia ada 1 spot merah. Gambar macam dekat bawah ni. 


Jelly merah dekat hujung tu antara pentanda.
According to doktor kalau betul usus masalah, darah akan lagi banyak dan kerap berlaku.
Tapi Muzaffar sekali je.

Ubat macam-macam dah try and error tapi masalah kembong perut tetap tak selesai. Muntah tetap juga tak selesai walaupun minum air kosong dalam penutup botol susu je. Betapa sikit je dalam 10 ke 20 mil tau tapi tetap juga muntah. Confirm something wrong dekat usus Muzaffar.

Isnin tengahari, bila buat ultrasound, terus nampak yang usus Muzaffar dah berlipat masuk, kecil ke besar. Bahasa melayu susah nak terangkan, dia slides in tau. Faham tak korang? Macam telescope makmal tu. Benda ni dorang panggil Intussusception. On details dalam penerangan sainsnya korang boleh google. 


Atas ni contohya, nampak tak? Mula berlipat, dan makin masuk dan masuk, lama-lama boleh clog.

Intussusception ni banyak ragam dia, setiap baby yang terkena berbeza-beza sebab dan beza-beza cara nak ubati dia. Tapi masalah usus ni kerap terkena pada bayi bawah usia 3 tahun dan risiko nya lebih pada baby lelaki. Agaknya faktor kebuasan kut. Hahahaha ~

Ramai kawan-kawan tanya, liz salah bagi makan ke? Kenapa dengan usus Muzaffar. Liz dengan husband memang tertanya jugak apa main cause dia. Macam mana boleh jadi, kenapa terjadi dan macam mana nak detect. 

Punca terjadinya Intussusception ni bila usus bengkak, faktor usus bengkak? Ada macam-macam faktor, salah 1 nya batuk yang lama. Mungkin bukan batuk yang sekarang, tapi batuk yang lama-lama kebetulan waktu dia tak sihat tu ada orang bawa virus. Jadi sikit-sikit usus nya bengkak, bila bengkak bahagian usus akan bengkak dari yang biasa, jadi bila ada pergerakan makanan berlaku, yang biasa tu akan termasuk ke usus yang bengkak. Boleh bayangkan tak? Macam ular telan mangsa, sikit demi sikit masuk ke mulut dia. Macam tu juga usus Muzaffar, yang kecik masuk sikit demi sikit ke kawasan usus bengkak tu. Bila dah sampai tahap ketat, barulah terasa sakit dan sempit bila makanan nak lalu sempit. (bahasa mudah nya macam ni lah) Kalau cerita secara ilmiah sangat nanti lagi blur korang tak faham.

Contoh yang lain ialah macam telescope, kan bentuk macam 3 segi, kita boleh tarik dan tolak telescope tu. Bahagian kecik masuk ke bahagian besar.




Usus kite kan gelung-gelung, bila 1 bahagian bengkak, yang lain slowly masuk ke bahagian bengkak tu. Hitam tu maksudnya air berdakwat (barium) berjaya lalu kawasan usus Muzaffar, yang terhenti tu maksudnya kawasan tu tersekat. Procedure pertama melalui pressure air tak berjaya. Doktor kata Muzaffar consider baby yang kuat sebab boleh buat 5x trial. Kalau ikutkan procedure, max to 3 or 4 je. Tapi keadaan Muzaffar yang stabil dan kuat, doktor berani cuba sampai 5x, tapi tetap tak berjaya. Jadi end up terpaksa buat pembedahan. 

Muzaffar dah on drip 5 hari, doktor memang tak boleh tunggu dah kalau tunggu lagi Muzaffar akan makin lemah. Selepas je procedure tu, kami husband wife memang rasa macam mimpi. Anak sulung kami nak masuk dewan bedah kejap je lagi, bergenang air mata. Cuba tahan air mata ni, tengok keadaan Muzaffar yang masih lagi mabuk-mabuk akibat kesan mofin tadi tu, terrasa sayu ada, rasa lucu pun ada. Awak kecik sangat lagi nak kena lalui process ni tiba-tiba. 

Tak sedar masa berlalu dah pukul 1 pagi. Suami hantar Muzaffar masuk sampai ke dewan bedah sehingga dibius kan 1 badan. Then baru dia keluar, such a very long night. Sampai pukul 2 pagi tunggu Muzaffar keluar dari dewan bedah, harapan semoga tak perlu dipotong usus tak perlu nak kena sambung menyambung. 

Alhamdullilah, lega sangat bila 215 am, doktor bagitahu pembedahan selesai, Muzaffar dalam keadaan baik dan stabil. Usus Muzaffar sihat, appendix pun elok. Jadi doktor cuma tolong tolak sikit supaya usus kecil tu keluar dari usus yang bengkak tu. Sangat kecil je, yang termasuk tu dalam 2cm je tapi sebab dah ketat sangat terpaksa bedah untuk tarik keluar dari bahagian yang clog tu.

Done! Mami syukur sangat dapat cium dapat peluk Muzaffar.

Muzaffar dah sedar.

Recover process Muzaffar ambil masa juga dalam 2 minggu, selepas operation tu Muzaffar kerap terberak. Tapi berak yag mercik-mercik je. Lama kelamaan baru berkurang. Setiap kali makan, Muzaffar terus akan membuang, tak kira minum atau makan, seolah usus dia masih dalam recovery proses. Tapi sekarang Alhamdullilah, Muzaffar dah kembali cergas seperti biasa.





Done last check up with Dr. Shona dari Sunway Medical Center. Photo kenang-kenangan buat Muzaffar dengan Doktor yang bedah Muzaffar. Pengalaman menjadi ibu, berjaga dan bermalam selama 9 hari seolah-olah pergi bercuti tapi takda rasa nikmatnya. Haha ~ Alhamdullilah walaupun 9 hari tak jumpa rumah, buat hospital macam hotel. Buat hospital sebagai pejabat kedua juga siang malam gigih siapkan kerja sambil jaga Muzaffar success. 

Ni la yang dimaksudkan bercuti tapi tak nikmati apa-apa. 
Hehe boleh la tengok permandangan ...

Mami bawa Muzaffar pergi Sunway Lagoon ni nanti okay bila dah boleh berjalan.
10 Months moments.

Kepada ibu bapa yang berkerja tu, if ada rezeki lebih, laburkan sikit pada insurance untuk yang tersayang ye. Jika belum, liz doakan semua yang membaca ni Allah kurniakan awak rezeki yang melimpah ruah. Amin-amin-amin.

Sebarang soalan boleh drop di instagram liz - @beautyliyliz / Fb - liyliz yusof