PENGALAMAN PERCUTIAN PERTAMA BERSAMA BABY 1 TAHUN | Assalamualaikum
Alhamdullilah selesai 1 trip holiday yang sangat dekat perjalanannya iaitu mengambil masa cuma 1 jam 25 minit daripada rumah Setia Alam ke Port Dickson. Yes! Destinasi pertama kami untuk bercuti bersama si kecik ialah Port Dickson. Memandangkan sebelum ni, Muzaffar kerap masuk wad dari seawal usia 5 bulan, jadi kami kebanyakkan masa risau nak bawa Muzaffar jalan jauh-jauh. Tapi Alhamdullilah semenjak sihat, selepas operation, Muzaffar dah sihat sehingga hari ni.
Bila pilih destinasi percutian, liz dengan husband memang sejenis yang tak suka habiskan masa perjalanan yang lama-lama sebab terasa penat. Jadi kalau boleh, nak cari tempat yang provide facility yang selesa, dekat, ada pantai. Ofcoz lah Port Dickson kan, dekat Port Dickson ada banyak giler hotel yang cantik-cantik. Tinggal harga je korang kena rajin survey-survey sikit. Lagipun sebab Muzaffar masih kecil lagi. Nanti dah besar, kita bercuti jauh sikit.
Hotel yang liz pilih ni Lexis hotel Port Dickson. Liz rasa sangat selesa bilik ni sebab memang sangat besar.
Muzaffar fokus tengok TV. Cite cina pulak tu.
Gigih la mami, setting baju bapak dan anak warna biru.
Nak sedondon punya pasal.
Percutian ni, bukan sebab nak jalan-jalan cari makan. Percutian lebih kepada bonding time dengan husbang dan Muzaffar. Duduk lepak hotel, berendam dalam tab, swimming, cicah-cicah air pantai sikit okayla tu. Kiranya ini lah kali pertama pun bawa Muzaffar berjalan. Memang takda rushing kemana-mana, memang lebih dengan menggunakan fasiliti yang hotel ada.
Bilik memang besar giler.
Selesa untuk Muzaffar yang baru dapat kaki. Berjalan merata-rata.
Dalam bilik, ada iron board dan iron siap-siap. Mudah mami nak melawa, nak bersiap. Then, ada mini sinki untuk liz basuh botol susu Muzaffar, sediakan makanan dia. Memang mudah sangat!
Tab mandi pun besar, itik Muzaffar pun muat dalam tu.
Dari pintu masuk, terus akan jumpa toilet dulu tau. Liz memang suka design bilik ni, nampak tab mandi, bilik air mandi beransinga, jamban berasingan. Tak da isu nak berebut. Masing-masing boleh buat urusan masing-masing dengan selesa hihi.
View dari beranda bilik.
Dapat tengok matahari terbenam dari bilik dan ofcoz mami nak yang sea view.
Sampai sini dalam pukul 330 petang, solat Zohor, berehat, then tunggu solat Asar terus, baru lah kami gerak ke Pantai bawa Muzaffar. Plan, nak kenalkan Muzaffar dengan pasir pantai dan ombak laut tapi malangnya Muzaffar terlalu takut denga pantai. Jadi kami beralih ke swimming pool je.
Mami matching ootd dengan Muzaffar
Dinner dekat Embok Villange Steamboat & Seafood.
Recommended! Just mahal sikit yek. Nice view, tepi pantai. Decoration hotel pun cantik.
Breakfast bersama si kecit.
Macam-macam dia makan.
Macam-macam juga yang sepah jatuh ke lantai. Pening mak wahai anak.
After breakfast, Muzaffar sambung tidur.
Sempatlah mami posing dengan abah ala-ala romantik kejap.
Eyes to eyes sangat ye abang.
Settle dapat 1 2 pose yang boleh dibuat kenangan.
Teruslah liz pun get ready mengemas barang, kena check out before 1 PM.
Muzaffar tidur dulu, nanti bangun mandi, siap-siap sambung jalan kejap dekat tepi pantai before balik.
Done!
Taniah untuk mami dan abah for short vacay.
Let's having next pulak.
Alhamdullilah sangat, mudah urusan dan tak letih. Kalau bercuti memang tak nak terkerjar-kejar dengan aktiviti yang berat. Santai-santai cukuplah kan.
Good luck to parents yang nak bercuti dengan baby okay.
Nampak mudah tapi bukan senang kan.
Post a Comment
LEAVE COMMENT HERE.