BABY FAIR CLEARANCE STOCK SOGO OCTOBER 2018

21 Oct 2018

BABY FAIR LAGI SOGO OCTOBER 2018 | Assalamualaikum

Shopping barang baby lagi! Bila waktu sesuai untuk shopping dekat Sogo? Semestinya bila waktu SALES! Kalau tak sales, tak payah lah pergi Sogo kalau liz lah. Liz lepak berehat duduk rumah dan menambung. Paling habis kalau nak boros pun, liz selak-selak dekat online seller je.

Target! Ingat bila nak bershopping tempat yang ada sales perlu lah ada target, barulah tak membazir masa dan membazir duit. Target liz kali ni pula ialah untuk mencari kasut untuk Muzaffar. Memandangkan Muzaffar dah pandai berjalan, jadi liz nak cari kasut bayi berbunyi tu. Susah juga nak cari kasut baby yang berbunyi sebelum ni dekat kedai-kedai baby. Dalamnya nak kena lembut, kena ringan. Lagi-lagi untuk yang baru berjalan, jatuh-jatuh jalan ni.




1 nya brand kasut dekat baby fair semalam yang ada bunyi. 
Kasut baby berbunyi jenama Royal Baby.
Dua ni je yang agak nampak smart sikit berbanding corak lain, jadinya liz pilih warna oren untuk Muzaffar.



Girls vs Boys
Memang banyak pilihan barang girls la cite nya dari pilihan boys


Total RM semalam RM286
3 Pasang Kasut, RM34.50 dari harga asalnya Rm59.90
7 Pasang Baju, RM25, RM15, RM18 
Mainan & Bib tu untuk kawan Muzaffar

Kalau parents pergi Sogo, boleh je terus parking dekat Sogo, tapi syaratnya kena shopping la. RM100 ke atas, baru la dapat diskaun parking. Macam liz shopping RM200 lebih, liz dapat Free 2JAM + 1JAM (member kad Sogo). Total bayar parking semalam RM0.50 je parking Sogo. Fair kali ni tak banyak barang sangat, untuk kelengkapan makan-makan pun tak banyak. Ingat nak cari botol air untuk Muzaffar, tapi yang ada semalam jenama NUK je. Paling banyak semalam pun baju, kalau parents nak shopping baju dan kasut murah-murah boleh la terjah sini. 

12th - 23rd October 2018
Level 7





Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.