SUSU LEMBU DARI NEW ZEALAND | FERNLEAF UHT 100% Mmmmm

SUSU LEMBU DARI NEW ZEALAND | FERNLEAF UHT 100% Mmmmm

Assalamualaikum semua, liz harap korang semua sihat sejahtera hendaknya. Kan kite dah janji untuk amalkan cara hidup sihat. Selain bersenam, kite wajib pilih makanan yang seimbang dalam rutin harian kite. Dannnn wajib untuk minum susu setiap hari, barulah cukup zat kalsium dalam tubuh badan kite yang semakin meningkat usia ni. 

Kalau korang tanya liz, pilihan susu jenama apa buat masa sekarang ni. Sesungguhnya liz akan suggest korang minum susu Fernleaf, sebab susu ni rasa dia persis susu segar seperti dari ladang. Susu bukan calang-calang okay, susu dari New Zealand!!!



Kenapa liz rasa susu Fernleaf ni special dari susu lain? Sebab lembu-lembu yang hasilkan susu Fernleaf hidup bebas secara bersama-sama keluarga lembu mereka. Lembu bahagia, makanya hasil susu yang kite minum tu pun terasa hormon kegembiraan tu. Hihi ~ Comel kut, lembu-lembu ni haha, nak makan rumput pun demand okay, nak yang segar, nak meragut rumput sendiri dekat atas tanah yang subur. Tak main la makan makananan segera ni. 

Sumber makanan yang sihat dan segar dari sumber tanah yang subur memang akan hasilkan susu yang berkualiti, kaya dengan kalsium, banyak nutrient penting seperti protein, vitamin A & juga vitamin D.

Korang tahu tak, lembu Fernleaf ni habiskan masa 90% masa untuk meragut rumput secara BEBAS pada hari yang cerah. Bayangkan berapa banyak vitamin D daripada matahari lembu Fernleaf serap? Banyak! Yes sangat banyak! Sebab tu tak sama dengan hasil susu yang lembunya dikurung dalam kandang.

Kalau ibu nak bagi susu dekat anak, kena pakai milk booster la bagai kan? Sama la konsep dengan lembu, kalau tak da susu kena makan milk booster. Tapi!!! Lembu Fernleaf tak payah pakai milk booster, kenapa? Sebab tak da stress lorrrr. Hidup bebas, jiwa raga lembu-lembu ni riang ria raya setiap hari mana tidaknya susu banyak melimpah ruah secara semula jadi. Sama juga konsep dengan susu ibu, kalau stress kerja, mesti susu jadi sikit kan?

Liz yakin dengan Fernleaf ni sebab pakar tenusu mereka mempunyai pengalaman lebih daripada 140 tahun, memang pakar sangat-sangat dengan proses menghasilkan susu yang berkualiti tinggi agar dapat dinikmati oleh semua pengguna.  Pakar tenusu hebat, lembu rasa bahagia disayangi, susu pun segar dan berkhasiat. 

Sebab tu .... 100% Mmmmm lazat!


Liz yakin, Fernleaf merupakan pilihan yang tepat buat semua rakyat Malaysia yang mementingkan sumber susu yang berkualiti. Jadi jangan tunggu lagi, amalkan minum susu bermula dari sekarang. 

#FernleafUHT #100Mmmmm 

1 comment:

  1. Hey, I think your blog might be having browser compatibility issues.
    When I look at your website in Safari, it looks fine but when opening in Internet Explorer, it has some overlapping.
    I just wanted to give you a quick heads up! Other then that, superb blog!

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.