PRETZ N’ BEANZ BANGSAR LOKASI MENARIK SAMBUT HARI LAHIR | Assalamualaikum 

Sebarkan lah rasa kasih sayang walau dimana sahaja berada, InsyAllah tiada seorang pun yang hadir dalam kehidupan korang akan pergi tanpa memberi kebahagiaan. Oh gituh! Semua yang ada dalam gambar di-bawah adalah kesayangan liz.  Semakin hari semakin kuat silaturahim di antara satu sama lain. #ajlaagegirls


Photo Cantik dari Kak Suzai Sizzling. Muax2! Eah mana Marissa? 

Dan bila tibanya next birthday girl party, mestilah kena ada mastermind dalam rancangan ni. Mastermind untuk celebration birthday Pika & Kak Illy diketuai oleh Mizz Ayna. Lokasi ni pula dipilih oleh Pika, memandangkan birthday girl sorang ni pilih lokasi Pretz N’ Beanz sebagai lokasi untuk celebrate birthday jadi tak berapa surprise dah untuk pika. Kesian dia kena remove dari group surprise pada awalnya kemudian di-add semula haha ~ sebab arrangement lokasinya by pika.




PRETZ N’ BEANZ dekat Bangsar ni mudah dijumpai, guna saja waze mesti jumpa. Konsepnya restaurant ni ialah Café tapi specialnya café ni ialah ada banyak menu pretzel yang pelbagai rasa. Siapa suka makan pretzel memang kena datang sini sebab korang boleh pilih nak perisa apa pretzel korang dihidangkan. Liz memang penggemar pretzel, cuma tak pernah berpeluang nak rasai pretzel yang pelbagai flavors. Makanya di-sini la tempatnya perlu di-tuju kalau nak makan pretzel yang lain dari biasa. Tapi macam tak best la pula kalau semua pretzel je kan, mesti ada diantara kawan-kawan kita nak makanan lain contohnya Pasta or Pizza. Siapa kata takda? Hey ada je menu-menu ni dekat Pretz N’ Beans, tinggal order je.

Masa liz masuk je dalam café ni, memang akan terhidu bau roti yang sedang dibakar. Harummmmnya! Pekerja pun ramah sangat, dari luar pintu sehingga ke dalam café dijamukan dengan kata alu-aluan dari pekerja Pretz N’ Beanz. Bila dah nampak Kak Lyza teruslah laga-laga pipi, memang Kak Lyza ni orang terawal punya la, masa dekat Red Box pun sama.



Tiba-tiba rasa kelam kabut nak hias meja, baru nampak ada birthday party. Tapi dekat café ni tak payah nak hias beriya sangat, memang konsep dan hiasan dalam café ni dah cantik. Meja nya liz suka, macam konsep garden café dengan warna hijau nya. Aghh suka-suka! Cuma tambahan kasi meriah lagi bila birthday ni mestilah kena ada balon, terus bawa keluar dari paper beg tiup sama-sama dengan Kak Lyza.

Preparation gambar macam dekat bawah ni. 


Tiup jangan tak tiup belon tu. Then susun topi birthday supaya nampak lebih ceria sambil menanti kehadiran birthday girl lagi 1 (Kak Illy). Sambil tunggu tu, kenalah bergambar dalam Pretz N’ Beanz ni, rugi kalau tak posing banyak-banyak sebab banyak sudut yang menarik dalam ni. Nak bagitahu lagi 1 perkara ni, kalau tak sempat nak beli kek takpa sebab dekat Pretz N’ Beanz  ni ada sediakan kek juga. Kalau lah kami tahu, tak perlulah Princess Busan (Sizzling Suzai) susah-susah mencari kek.


Chit-Chat and laugh. 


Sofea yang kacak bergaya tak sabar tunggu makanan, bagus Sofea ni diam je layankan je dia dengan makanan. Confirm boleh jadi BFF Sofea. 

Masa untuk tiup lilin.


Tiba masanya untuk makan-makan pula. 




Menu pertama sampai mesti lah Pretzel. Sambil makan kita bual-bual dulu. Seronok kudap-kudap benda ni. Range price Pretzel ni bermula dari RM6 ++ keatas, banyak sangat jenis Pretzel, memang masa ni semua tak sabar nak rasa. 


Bolognese Chicken Spaghetti RM18


Grilled Fish with Creamy Sauce RM26.50


Royale Salmon Egg Benedict – RM 28.90


Chicken Hawaiian Pretzel Pizza 
RM15.80 for 7"pizza / RM22.15 for 10


Filled Pretzels in Sweet Potato RM11.55


Continental Breakfast  RM18


Champignon Baked Egg – RM 17.90


Paling-paling liz suka! Gree Tea with Top Cream RM13.90
Memang liz nak datang lagi sini makan pretzel dengan air green tea ni. 


Terliur tengok Sofea ni makan. 



Pandai dah tiru muka selfie.



Haha terbaik untuk bibir itik dari Sofea. 


Tunggu Marissa besar sikit lagi boleh tu practice duck face dengan kak Sofea.



Photo by : Kak Suzai

Kak Ayue, Kak Sabby, Kak Suzai, Kak Lyza, Kak Illy & Sofea, Pika Xoxo, Kak Carol (haha) Me with Marissa.

Kalau korang nak buat birthday party boleh la cuba hubungi nombor di bawah, dekat sini diorang siap boleh pasang lagu Happy Birthday lagi tau. Ada Video juga Kak Ayue Idris semoga terhibur ye.



Detail Pretz N' Beanz :
Facebook


Alamat:
No.9 Jalan Telawi 2 Bangsar Baru,
56100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Contact : 03-22019026
ACCUTANE TU APA |

Sebelum ni liz selalu panggil pil purple tu Vitamin A, alah pil yang liz makan untuk merawat jerawat yang banyok dekat muka ni hah. Tapi hakikatnya A tu untuk ACCUTANE! Nama sebenarnya lagi ialah Isotretinoin, powerful drug used in treatment of acne. Kandungan pil purple ni ada synthetic vitamin A yang membantu untuk drops bacteria count dalam follicle. Kalau sebut dadah yang hebat untuk mengubati jerawat rasa macam scary pula. Laa jangan lah takut, dadah dengan ubat kan geng.  Macam mana bentuk pil tu? Boleh klik baca dekat sini .

Disebabkan ramai yang tanya liz pasal kehebatan pil purple ni, jadi meh la liz terangkan pada korang. Tolong sayang liz lebih sikit tau, liz dah buat research ni special nak terangkan dekat korang. Antara soalan paling famous liz dapat dekat whatsap adalah seperti di bawah:
    
    1.       Apa fungsi Accutane ni?

Sebenarnya liz pun tak tahu macam mana Accutane ni bekerja dalam badan manusia, tapi kesan nya ialah melawan 4 penyebabnya berlaku jerawat. Membantu mengecutkan kalenjar minyak, mengurangkan bakteria jerawat, mengurangkan keradangan & membantu menghalang liang pori tersumbat.

Sumber Google.






    2.     Berapa lama kesannya untuk lihat perubahan?

Kesan perubahan ni bergantung kepada individu itu sendiri. Liz ada baca pengalaman orang dekat Google, bulan pertama jerawat semakin menjadi-jadi, memecah sana sini. Ada orang takda apa-apa kesan pada bulan pertama. Pengalaman liz sendiri pula, liz nampak perbezaan ketara pada bulan kedua. Clog pore tu semakin jernih, timbulnya jerawat-jerawat yang aktif je. Yang segan hidup mati tak mahu tu hilang mengecut dah. Bibir pun semakin mengering, itu normal sebenarnya sebab Accutane ni macam menyerap air dan minyak dalam badan. (Mungkin lah) Kadang-kadang mata rasa kering, pedih lepas tu penglihatan semakin kabur pun ye. Eah yeke? Entah-entah diri sendiri semakin rabun sebab kerja mengadap computer je. Bibir merekah, pernah sekali berdarah, punya dasyat Accutane ni. Lepas tu minum air banyak-banyak dan banyak-banyak. Pulih dan pulih dah, muka pun semakin bersih. Sebab jerawat baru takda naik. Hanya yang kekal je masih ada susah nak hilang sebab ada yang dah tersumbat dalam kulit. Jadi liz buat extraction iaitu pergi klinik dan beauty consultant tolong pecahkan. Wow getting better lepas tu.

    3.      Berapa lama liz dibawah Accutane ni?

Liz amalkan rawatan Accutane (pill purple) ni selama 4 bulan. Sebab liz dah tak tahan, mata semakin kering. Sangat-sangat mengganggu penglihatan liz. Liz berhenti, dan jerawat pun sebenarnya memang dah takda tapi keradangan tu masih ada. PIH merah-merah dekat muka, parut tu ada lah juga.
  
    4.       Jerawat akan naik tak kalau berhenti makan Accutane?

Bergantung juga pada pemakanan dan penjagaan kulit. Dekat liz, ada je jerawat naik 1 2 kadang-kadang tu. Normally during period time, kiranya tak lah teruk sana sini jerawat macam dulu. Dan yang banyak ialah PIH. Ya Allah, bila nak hilang PIH ni. Apa tu PIH? Boleh google sekarang, jangan malas!

    5.       Kesan sampingan pengambilan ACCUTANE?
Kesan-nya selain mata rasa kering, bibir merekah, kulit mengelupas, kadang-kadang ianya juga boleh mendatangkan keletihan. Lagi satu nak bagitahu, kalau korang planning for pregnant memang kena stop ambil Accutane ni sebab dia kan defect dekat baby.

    6.       Berapa lama liz ambil pil purple?

Jawapannya 4 bulan. Hope tiada siapa whatsap liz tanya benda ni dah. Terima kasih girls baca blog liz. Anything you guys boleh email dekat liylizyusof56@gmail.com atau drop je komen dekat ig. Liz tak layan orang yang whatsap liz kalau tak kenal. Korang boleh komen je dekat ig tu, liz akan reply, cuma mungkin lambat sebab liz bekerja. kalau dulu pop terus asap reply. Liz sayang korang yang baca blog liz. Terima kasih sangat. Muax!


Sekarang dan 2014.

Liz tak flawless, please jangan tanya tips flawless. Segan! Liz bersyukur asalkan kulit tak rasa panas, dan tersumbat. I still can tolerate if got 1 or 2 acne but I wish and always dream to get a flawless skin too. If you guys ada tips, please do share with me, liz nak tulis dekat blog dan share our experience dekat sini. 

Notes: Sekarang ni liz pakai Mary Kay pore minimizer dengan dermabrasion untuk hilangkan parut dan kecilkan pori. Kalau korang berminat juga nak beli boleh wasap 010-2276292
SUKA PEEL OFF NAIL POLISH | Assalamualaikum 
Masih ada ke yang belum tidur sekarang ni pada jam 2:17 pagi? Yey boleh geng ler kite. Hari ni lewat pula mata ni lelap, tak mengantuk tapi perut semakin lapar. Waktu macam ni nak makan mesti rasa dah malas sebab gigi dah gosok bersih dan cantik. Hehe ~ Siapa ada perangai yang sama macam ni? Okay boleh geng lagi. 



Liz sekarang ni semakin addicted dengan nail polish tau. Bila ABC (Allah Bagi Cuti) mesti liz akan pakai nail polish ni. Sejak berniaga dekat car boot sales la ni, liz terbeli pula peel off nail polish. Seronok lah pula, bila pakai boleh cabut-cabut, lepas tu pakai lagi. Kadang-kadang tu sehari boleh buat 2 3 design. Adeh bertambahlah menjadi perempuan ni. Ada nya barang yang nak dibeli untuk anggota badan dia. 

Paling kesukaan sekali mestilah warna NUDES. Liz macam tak boleh berpisah dah dengan warna nudes ni, semua benda nak nudes. Oh korang pun suka juga? Tiru liz eah? Hek hek ~


Liz suka juga warna gold macam ni. Hunting warna ni pula lepas ni. Kalau jumpa, bagitahu liz ye. 


Liz suka glitters juga. Kena lah kilat-kilat juga. Sejak akhir-akhir ni memang asyik google je corak-corak nail polish. Lepas tu nak buat sendiri dekat rumah.


Cubaan meniru dengan cara tersendiri. Lepas tu bosan, kupil tukar lagi design. Begitulah kehidupan liz bila ABC. Rajin sangat pakai dan kupil nail polish. 


Mulanya tak percaya benda ni boleh peel off macam tu. Trend ni dah lama juga dekat ig, tapi tak rasa nak beli kononnya tak nak membazir. Sekali bila dah cuba, ha amik berjangkit sudah. Nampak tu, mudah kan untuk kupil. Lagi nail polish yang liz pakai ni water based. 


Tadaaa siap terkupil 1 ketul macam tu, sebab tu semakin suka pakai nail polish jenama ni. Murah pulak tu, liz beli 4 botol RM10.00 jenama BK tau. Kalau korang nak cuba-cuba pakai boleh lah cari nail polish macam ni, yang ada gambar pokok tu. Kalau jenama silky girl pun ada juga. Macam-macam lagi jenama ada, tapi pastikanlah peel off kalau korang nak mudah. Cuma nak cakap awal-awal lah, yang liz pakai ni tak lasak sangat. Kalau cuci pinggan, perah baju ka. Ada juga yang terkupil sendiri. Hehe ~ Tercucuk la, berlubang design lah. Lepas tu tambah lagi hehe ~ Begitulah situasi bila ABC. 

Selamat mencuba. 



ICE BUCKET AEON MALL SHAH ALAM | 

Assalamualaikum love. Jom cuba menu baru yang ada dekat Aeon Mall Shah Alam ni. Harga berpatutan dan boleh sharing-sharing bayar. 

Andai kata korang tengah cari tempat yang boleh sharing-sharing, lepak-lepak makanya sesuai sangat korang singgah dekat Ice Bucket Aeon Mall Shah Alam ni. Setiap hari ramai orang,  kalau starting Jumaat dan Weekend lagi ramai orang sampai terpaksa beratur nak makan dekat sini. 

Contoh pic dari Google
Harga RM29.90

Sebenarnya tarikan ice bucket seperti dalam gamabr ni la yang membuatkan orang ramai sanggup menunggu depan kedai untuk masuk kedai ni. Dihidangkan dalam jar yang besar dan boleh kongsi makan 4 - 6 orang. Diorang akan beri mangkuk nanti setiap serorang, pandai-pandai cedok sendiri. Kang ada pulak yang geli campur-campur air liur dalam tu. Boleh la korang bahagi-bahagi duit juga kan. Jimatttt!

Macam liz bawa cousin celebrate birthday dia dekat sini, selain Ice Bucket ada banyak makanan yang boleh dicuba. Korang tengok contoh-contoh menu di bawah ye:


Standby pencil dan kertas untuk menulis menu. 



Pelbagai jenis burger.


Menu liz pilih Chicken Burger. Sos dia best! Rasa nak makan lagi lepas ni.



Mee Udang yang cousin liz order. Sedap giler katanya sampai nampak hirup kuah tu banyak kali. Mungkin siapa peminat mee udang boleh cuba.


Antara menu Ice Bucket.


Dekat sini kalau korang order air mesti akan dihindagkan dalam ice bucket juga macam gambar di atas. Liz order Fruit Juice : Dragon Fruit Juice RM10++. Cousin liz order Orange Juice RM6.90. 

See you in next post. Liz memang nak pergi lagi dekat Ice Bucket ni, nak cuba Ice Busket yang besar tu pula, kena bawa 4 - 6 orang kawan untuk tolong habiskan. 


RESEPI RINGKAS CHICKEN BUTTER | Assalamualaikum ..
Tiba-tiba tersinggah ke tu dekat blog beautyliyliz? Dah alang-alang tersinggah tu meh la jenguk resepi ringkas chicken butter saya ni. 

Orang yang tak pandai masak macam saya ni pun tiba-tiba boleh pandai masak lepas tengok resepi ni. Barang yang di perlukan pun senang dicari di kedai.

Antara nya :

1. Ayam
2. Butter
3. Tepung Gandum 
4. Telur 
5. Bawang Putih 
6. Susu Manis Pekat / Cair
7. Garam sikit
8. Daun Kari
9. Cili (Kalau nak pedas)


Potong siap-siap ayam tu halus-halus lepas tu celup dekat telur. 


Lepas tu celup pula dalam tepung gandum. 
Senang kan, goreng dan angkat bila dah masak. 


Panas kan butter, tapi jangan terabai macam di bawah ni. 
Hampir hangus kalau tak dikacau-kacau nya. 


Masa dah cairkan butter ni korang bokeh masukkan bawang putih yang ditumbuk halus. Liz masukkan 3 ulas. Lepastu masukkan susu pekat 1 sudu. Then masukkan ayam tadi, kacau-kacau sikit dan masukkan sikit garam. Jangan banyak nanti masing. 

Sebelum angka, tabur kari dan cili. Godel-godel untuk kali terakhir dan angkat. Siap. Serius sedap. Menu ni mudah kalau nak bawa p office makan ramai-ramai.





HASIL DESIGN BUSINESS CARD YANG KREATIF | Assalamualaikum love. 
Tengah mencari-cari designer yang boleh reka business card mengikut cita rasa korang ke tu? Kalau korang ada bercadang untuk menempah business card, liz cadangkan korang tempah dengan Sheda Ucu. 

Dengan Sheda ni mudah sangat, dia macam boleh baca cita rasa pelanggan dia. Liz cuma bagi contoh yang macam liz nak. Tapi warna ke kedudukan tu Sheda tentukan, kemudian dia tunjuk dekat liz dua hasil rekaan business card pula tu. Kita minta 1 je, dia bagi 2! Perghhh superb awesome Sheda ni. Kadang-kadang liz sibuk sangat nak tentukan semua tu, jadi liz serahkan semua nya ke atas Sheda. 

Hasil dan warna yang dia bagi dekat liz memang liz suka. Respond kawan pejabat yang terima kad ni cakap kreatif nya kad kau liz. Warna dia cantik! Tapi ada 1 kesilapan yang liz nak tambah dekat kad tu ialah BLOGGER. Dah bila liz bagi dekat orang yang liz tak kenal, ada yang tanya "Akak jual product kecantikkan ke?" Hahaha mungkin sebab nampak link blog liz kut "beautyliyliz.blogspot.com" tu. 

Sebab asalnya niat bukan untuk kad blogger pun, liz nak fokus kan pada perniaagaan liz. Walaupun liz tak dapat banyak support dari family dan dia pasal business ni. Diorang takut liz rugi, takut liz penat. But well! I'll prove to them i can do it. Business ialah minat liz dari kecil lagi. Support me please readers. 

Dengan ada nya kad ni, boleh lah liz pass kan pada customers yang datang car boot sales liz Sabtu ni. Korang meh datang singgah tau kalau nak beli barang dengan liz, nak selfie ke nak chit chat ke meh la. Lagi 1 korang jangan lupa follow insta shop liz : zilazloverofficial


Boleh PM Sheda dekat FB dia tau klik ni : SHEDA UCU 

REVIEW BATMAN VS SUPERMAN DAWN OF JUSTICE | Assalamualaikum korang dah tengok belum cerita BATMAN VS SUPERMAN ni? 


Maap Maap! Cerita Batman Vs Superman tapi bawa masuk Master Panda. Sebab package popcorn ni comel tiba-tiba berminat pula, ala orang belanja, amik jealah kan. Hoho ~ Minum air dari perut panda ~~ lala ~


Jumaat lepas liz dengan malan pergi la isi masa lapang sebelum dia out-station minggu ni. Cerita ni memang liz tak faham dari permulaan sampai la ke tengahnya. Part akhir tengok lawan-lawan lepas tu habis. Yang faham nya diorang ni kena fitnah lepas Batman dengan Superman salah faham. Diorang ingat " Yang baik juga boleh menjadi jahat " Batman ingat Superman dah jadi jahat, Superman pula ingat Batman yang cuba untuk fitnah dia. Macam tu la ~ Kesian juga Superman sebab ramai orang benci dia.

Yang pasti masa cerita ni tengah mula, aku memang tak faham bila si mak Batman ni kena bunuh. Nama mak dia Martha. Pastu dia terjatuh dalam longkang besar yang penuh kelawar, lepas tu dari situ la bermula dia jadi kelawar. Eah silap, jadi Batman. Dia ni manusia dan dia ada kuasa pun sebab dia buat sendiri la dan kononnya dari kelawar tu la ilham dia jadi Batman. Punya lah dia nak kalahkan Superman dia siap work out lagi. 

Superman ni pula ialah makluk yang memang ada anugerah dari dewa dewi la. Kiranya boleh tahan panas, tak luka, tak boleh tercedera melainkan dengan 1 benda je. Ala apa ke namanya lupa dah, tapi dalam filem tu benda tu warna hijau. Kalau benda hijau tu dekat dengan Superman, dia akan menjadi lemah. 

Jadi Batman ni cuba la usaha curi benda tu dari Lex Lurthur tu dan buatnya menjadi pedang. Kalau Superman terkena pedang yang ada benda hijau tu barulah boleh tercedera. Kalau tidak, guna la pisau ke pistol ke Superman takkan berdarah. 

Haaa pastu mak Superman ni pula kena culik waktu tu. Superman terpaksa la pergi jumpa Batman bergaduh-gaduh sebab atas arahan Lex Luthur sebab ugut nak bunuh mak Superman. Lex Luthur ni macam pycho giler sikit. Masa ni aku start nak faham dan nikmati jalan cerita nya dah.


Masa ni nak kalah dah Superman.

Pastu masa berlawan tu Superman nak kalah dah sebab Batman kan ada benda hijau tu. Tiba-tiba awek si Superman muncul, masa tu Superman cakap dekat Batman tolong selamatkan Martha. Batman pula tengah emosi kenapa sebut nama Martha. Siapa Martha? Superman ni konon-konon dah lemah sampai tak leh nak jawab, so awek superman tolong jawab. Mak dia. Mak dia. 

Time tu la tiba-tiba Batman dengan Superman dah berbaik sebab nama mak sama lah pulak. 


Wonderwoman muncul.

Pastu korang tengok lah diorang lawan-lawan. Masa nak kalah muncul pula si Wonderwoman dalam cerita ni. Perggh cun giler la perempuan ni. Berangan pula tiba-tiba nak jadi macam dia. Tapi perempuan ni keluar time dekat nak dekat habis dah. Masa awal-awal keluar dia just main cak cak dengan Batman. 

Lawak giler. Liz rasa macam tak berapa puas hati la tengok sebab cerita nya tak macam cerita superhero lain. Liz asyik tanya malan je, kenapa ni apa dah jadi? Sampai orang depan pandang belakang gelak-gelak. (Macam aku bodoh sangat tak reti tengok) hahah ~ Yang aku enjoy-nya tengok kereta Batman memang hebat la siap boleh masuk dalam air. Sebab makmal dia dalam laut gitu. 

Pastu lawan punya lawan Superman mati sebab dia guna benda hijau tu bunuh si makhluk nama Doomsday tu terkena dekat dia sekali. Huduh giler benda tu muncul.Macam mana benda tu boleh ada korang kena tanya Lex Lurthur. Korang kena la p tengok baru lah korang tahu.  

Minah ni tak habis-habis posing dengan panda dia. 


Dah-dah la tu. Balik-balik ~ Dah habis dah cerita nya.
Keseluruhannya liz bagi 6/10 bintang. 
Hahahah ~ Bye Bye