REVIEW : TONY MOLY LIP TINT & SENDAYU TINGGI LIP CRAYON | Assalamualaikum Internet Family Semua 

Kedua produk yang liz nak kongsi dengan awak semua hari ni ialah benda yang pertama kali liz pakai. Tak pernah ada Lip Tint & tak pernah ada lipstick warna pink. Liz tak pernah ada lipstick warna pink sebab bibir untuk orang kulit tenten macam liz ni macam tak padan je dengan warna tu. #mostpeoplesaythat

Tony Moly Lip Tint & Sendayu Tinggi Lip Crayon

Bayangkan lah kalau pergi mana-mana make up store pun mesti salesgirl tu tak akan suggest dekat liz warna pink punya. Alasanya ialah "warna ni tak sesuai dengan kulit cik" Lol ~ Siapa pernah ada pengalaman macam ni juga? 

So orang kulit tenten macam kome ni tak leh pakai warna pink? #matakeatas Sedih nya macam ni! Arghh tak kira macam mana sekali pun liz nak juga pakai lipstick warna pink. 

Beauty Hack! Ada sebab kenapa mereka-mereka tak suggest untuk orang kulit tenten ni pakai pink, contohnya base kulit bibir kita bukan warna pink, warna orange or macam warna bibir orang yang kulit cerah tu. Lagi-lagi yang kaki pakai lipstick macam liz ni, bila kita dah remove lipstick our bibir akan menjadi warna marron macam tu. #ifmalasscrub sebab tu untuk keselamatan korang kena scrub bibir seminggu sekali. 

Favorite Lip Tint Deligt dari Tony Moly 

Jadi untuk dapatkan base bibir warna merah delima atau pinky liz pakai Lip Tint dulu. Penyelamat untuk perempuan yang teringin pakai lipstick pink! Basenya pakai lip tint ni dulu dekat bibir.

Lip Crayon Chubby Lipstick  Code : Honey Nude Pink

Swatches dekat tangan. 
Warna pink tu nampak pucat dekat warna kulit liz. Jadi Lip tint warna merah oren tu akan membantu nanti. Tak sabar nak tengok hasil? Okayyyy sila lihat gambar dekat bawah ni.

Tadaaaaaa! Cantik tak warna ni dekat bibir kite?
Nampak merekah gitu bibir merah-merah. Warna pink ni boleh buat bibir nampak kecit sebab tu suka. 
Haha beauty hack padahal dah pakai Lip Tint dalam tu. 

Jadi kalau nak beli Lip Tint Tony Moly ni boleh ke website Althea di http://my.althea.kr/

Kalau nak beli Lipstick Sendayu Tinggi ni pula korang boleh ke mana-mana cawangan Watson di seluruh Malaysia ataupun ke outlet mereka yang dekat dengan korang ye. 

See you guys in next post. 
Email : liylizyusof56@gmail.com 









WE CALL IT AS LADIES NIGHT | Hi Assalamualaikum Ladies!

Hari ni liz saja nak kongsi a bit my personal lifestyle dekat blog, sekadar perkongsian kepada korang yang suka baca blog liz. Eah tak suka? Then why you are here now? Mengeja? Kahkahkah! Lol ~

Semenjak berhijrah dari Pahang ke Selangor, kehidupan seharian liz lebih teratur which liz kerja dari pukul 830 pagi - 530 pagi. Dan malam liz ada masa untuk berehat dan buat benda-benda yang mendatangkan pendapatan sampingan. #duitpoketmasuktepi ha macam tu.

Offcoz ada Aza (My Cactus) 
Now dia dah resign dan kerja tempat baru but still keep in touch #bff

Kalau dulu liz kerja dari pukul 9 pagi sampai 6 petang. Kadang-kadang liz kena standby sampai pukul 10 MALAM. Balik rumah dah penat lifestyle pun memang tak teratur giler & hari sabtu kena kerja tau full day bukan nya half day. Tinggal hari ahad je la pun nak berehat-rehat, keluar lepak semua tu ohh memang tak larat lah sayang. Tapi business online macam biasa dan masa dulu permintaan felt pillow sangat mendapat sambutan. Hari ahad tu memang pulun siapkan order customer.

Rezeki dekat tempat sekarang ni liz ada ramai colleagues yang masih single boleh katakan semua lah single dari umur 22 – 29 tahun. Lepak mamak, exercise, jogging lah pergi gym la tapi yang paling kerap buat dan majoriti suka buat ialah berenang. Kalau taknak berenang pun takpa sebab boleh lepak dekat Jakuzi chit chat, then sesi meluahkan perasaan juga la. Macam gather session gitu.

Minggu ni boleh gather dengan semua team #nfmgirlsgeneration walaupun ada 2 yang dah resign tapi kami rapat antara satu sama lain. Ada peluang lepak why not semua turun kan? Malam masih muda kut walaupun esok kena kerja. Entah kenapa la kan tapi suka lepak Khamis malam Jumaat sebab keesokkan hari nya datang office boleh throwback yesterday punya story dan tengok-tengok gambar semalam.

Lepas dah puas semua berenang mulalah perut masing-masing lapar. LEPAK MAMAK la pula apalagi. Malaysian memang tak sah kalau tak lepak mamak, borak cakap pung pang pung pang lepas tu gelak terbahak-bahak macam Pontianak. My God, buruk nya perangai bakal bini-bini ni semua.

Okay! Ni a bit la personal lifestyle liz yang sebenarnya kuat melepak juga. 1 kepuasan actually bila boleh jumpa your bff lepak gelak sana sini then cerita mengarut-ngarut. I love them so much! Thank you girls. Liz percaya korang pun ada cara korang gather with friends. Lain orang lain cara.

Diorang yang kena paksa pasang torch light phone masing-masing.
Thanks for reading. 

KENAPA SAYA SUKA PLAYBOY | Assalamualaikum Internet Familie 

Ada yang suka Playboy juga tak dekat sini? Liz suka Playboy sebenarnya sebab Playboy ni ada banyak jenis mood. Kiranya kalau bersama Playboy ni mood dia rasa lain macam sikit. Biasalah dah pun namanya Playboy dia kena lah pandai cover line semua jenis mood girlfriends-girlfriends dia. Sebab tu liz suka Playboy. Sentiasa sweet dan caring. 


Heroin tundukkan Playboy itu. 

Haish liz, dekat-dekat nak kahwin berani buat kenyataan macam ni? Yang liz tahu lah kan Playboy ni ada 5 jenis mood yang dia kena jaga iaitu Play It Fresh, Play It Sweet, Play It Fizzy, Play It Chic or Play It K-Pop.

Nampak tak ciri-ciri Playboy yang pandai menjaga mood para wanita di luar sana. Jadi you guys dikategori kan dalam mood yang macam mana? Atau suka semua mood? Tamak eah korang! #lizpuntamak


Koleksi Playboy liz. Ada semua variances tau.



Liz ada mood nya juga, kalau pagi-pagi liz suka Play It Fresh sebab waktu pagi ialah waktu baru bangun tidur dan mood mamai-mamai tu masih melekat lagi dalam aura badan. Nak hilangkan aura negatif tu senang je korang, sembur je lah Play It Fresh dekat badan tu. Automatik rasa segar dan bertenaga sebab Playboy Body Mist ni memang hebat bab-bab menaikkan mood girlfriend dia. Eceh-eceh .. Bila malam liz suka pakai Play It K-Pop sebab bau dia manis dan macam strawberry gitu. Tenang rasa nak tidur bila bau wangi ni. Yang lain liz tak cuba lagi haha ~ simpan dalam pouch bag baik-baik dulu wahai Playboy-playboy ku.


Play It Kpop 

Jadi korang dikategori kan girlfriends yang mana 1? Fresh? Sweet? Fizzy? Chic atau korang ni golongan K-Pop? Ingat lagi masa sekolah dulu tak mampu nak beli perfume sebab harga nya mahal. Tapi sekarang ni kita semakin banyak pilihan untuk memilih. Wangi dan murah! 100 ml body mist daripada jenama Playboy ni hanyalah RM6.90 dan korang boleh beli dekat Giant, Aeon Big, Aeon Mall, Tesco atau di mana-mana pasaraya yang ada. 



Ramai orang suka Playboy sebenarnya hihi. Betul apa liz cakap, tengok dekat rak tu dah tinggal sikit. Cepatlah beli simpan playboy 1 dalam hand bag you alls. Mhhuaaah ~


See again in next post. Ada yang best liz kongsi lagi nanti.

SELEPAS BEBERAPA TAHUN BERLALU | #SARAHWEDSIZZAT

Assalamualaikum Internet Family. Ahad lepas 24 July 2016 Alhamdullilah seorang lagi kawan kelas liz semasa belajar di UiTM Jengka dulu dah pun mendapat gelaran PUAN! Taniah beb. Tak pernah tak lawa tau dari zaman Uni sampai sekarang tetap hot! Sarah ni memang pandai bergaya dan melawa kalau korang nak tahu. Tak macam liz, selekeh je dulu bergaya memang tak pandai lah. Tapi tah macam mana boleh jadi #beautyblogger kahkahkah 

Dah pandai melawa sikit. (Cheese) 

Masa kenduri macam ni lah liz paling tak sabar nak jumpa kawan-kawan yang lain juga. Bila dah lama tak jumpa tak sabar nak tengok diorang depan mata dan peluk diorang rapat-rapat! Banyak sangat kenangan pahit dan manis dengan diorang semua. Mesti korang pun sama kan? 


Fina : Lembut dan soft spoken. Sampai sekarang tetap sama. Kalau dia nak cakap sesuatu atau nak sampai kan sesuatu mesti tenang je. 

Me : Urkk !! 

Najwa : Kalau dia cakap mesti sebutir-sebutir dan jelas. Sebab tu masa presentation memang senang giler kalau dengar Najwa ni cakap. Dia seorang yang sangat blur juga haha sorry Najwa. Sebab tu kalau ada Najwa mesti best. & dia sangat jujur bila sampai kan sesuatu pendapat. 


Aqmaliah : Aigo ni BFF krepek pisang. Kalau dapat pisang dah cukup boleh buat dia bahagia. Dia ni dari dulu bila bercakap mesti muka merah-merah. Apatah yang dia malukan. Sangat mudah nak masuk mana-mana kepala pun. Kadang-kadang terpaksa jadi tempat aku luah perasaan. 

Aina Mardhia : Haar ini bakal Datin. Tah mana Dato dia? Belum ketemu lagi. Always glam and beautiful. Patut jadi model dia ni. Dia pandai buat kelakar tau, siapa jadi Dato dia mesti beruntung giler. #banker pandai kira-kira ni hahaha #money2

Aina Mahat : Dia ni nampak ja kecit! Tapi garang giler. Sekali dia smash kasi statement jangan simpan dalam hati na. 

Setiap dari mereka ada sifat-sifat yang tersendiri. 
Sebab tu setiap dari mereka sangat special dalam hati liz. 

Group Photo 2016

Happy sangat gelak apa ni mak jemah?



Bila lah kita dapat jumpa lagi. Soon okay!


Curi snap pic pengantin dari tepi. 
Sarah ialah top student untuk batch kami. Dan kami sangat bangga Sarah ialah classmate kitorang. Dekan every Sem okay!! 


I try my best nak bergambar dekat dengan pengantin. 
Kerusi Agong pengantin sangat exclusive weh. Terpaksalah mak jemah ni menggapai leher pengantin. Sorry beb kacau korang bersantapan. 

 Photo dari group Wasap!

Sorry kepada semua sebab tak dapat join korang bergambar secara proper atas pelamin. Pelamin pengantin sangat cantik!!!!!! Tema macam ala garden gitu. 

Dan thank you untuk door gift kasi moist kek. 
Baru habis tadi, makan bawa ke pejabat hari ni siap boleh kongsi ramai-ramai. 

Taniah untuk #sarahwedsizzat 
Selamat Pengantin Baru 
XIXILI PARTY BERSAMA MAJALAH NUR & MAJALAH HIJABISTA | Assalamualaikum kepada semua Internet family.

Off course with this Pika Xoxo. 

Kalau korang perasan minggu lepas liz ada pos gambar liz pergi XIXILI PARTY dekat Sunway Pyramid. Liz pun sebenarnya baru tahu yang XIXILI ni jenama dari Malaysia. XIXILI ialah jenama untuk pakaian dalam wanita. Sempena event kali ni tema yang diberi ialah Summer Blossom Party & semua tetamu kebanyakkan akan pakai pakaian yang ada corak flora. Macam mana boleh pergi event ni? Buat pengetahuan semua event ni terbuka kepada semua pembaca Majalah Nur & Majalah Hijabista. Siapa-siapa pun boleh datang tapi kena RSVP tau bukan walk in macam selamba. Follow la Instagram mereka baru lah tahu bila diorang buat SHOUT OUT.



Semua hijabista berkumpul.

Kebetulan dekat-dekat nak kahwin ni pergi pula event macam ni, 1 ilmu yang baru juga untuk liz sebenarnya memilih jenis-jenis pakaian dalam ni. Opss sorry entry ni sesuai untuk dibaca oleh kaum perempuan je tapi kalau ada lelaki yang tengah baca adushhh. Okay liz cuba kongsi kan benda ni secara general ya? Atau korang boleh STOP baca sekarang! Tak tahu pula cara kita pilih jenis corak pakaian dalam ni sebenarnya mencerminkan sifat individu. Jadi masa event tu XIXILI kenalkan 4 jenis mood iaitu, Sweet, Classy, Wild & Aggie.

Masa register mereka akan bagi kita card mengikut klassifikasi penampilan dan ciri kita. Waceh dah gitu liz diklasifikasikan sebagai seorang yang classy. 

Kalau nak tengok design korang boleh ke FB Page Xixili mereka atau ke Instagram mereka XIXILI Intima. Atau korang ada 4 mood ni? Malam wild la sikit, waktu siang sweet-sweet. Okay STOP! Tolong bagitahu suami-suami ya yang harga pakaian dalam ni bukan murah. Jangan tahu nak komen je kalau bini korang pakai yang biasa-biasa. Nak yang cantik-cantik punya design dan selainnya kena lah bagi duit belanja sikit. Baru la boleh dikatakan #nafkahzahirbatin Material nya juga bukan murah, ada yang datang dari Europe tapi pembuatan nya di sini sebab mereka ada kilang sendiri di Malaysia.



Masa event ni dapat juga lah berkenalan dengan kawan-kawan baru. Boleh berkenalan dengan editor-editor majalah. Terima kasih juga dekat Pika Xoxo sebab teman liz pergi event ni. Seronok tau ada game, dapat hadiah lepas tu sebelum balik dapat bunga dari Happy Bunch. Bunga mereka memang cantik-cantik dan sehingga hari ni bunga tu masih segar sebab liz letak dalam air. Cuma kelopak rose yang dihujung-hujung tu dah mula kehitaman sedikit. Tapi bunga biru ni masih segar dan ceria seperti warnanya.


Sebelum balik semua guest diberi sejambak bunga daripada Happy Bunch by the way kalau korang tengah mencari service penghantaran bunga murah boleh cuba usha dekat Happy Bunch Website atau ke Ig mereka @happybunchmy sebab bunga yang mereka buat sangat cantik dan harga murah tau.

With Khaleeda : Wartawan yang jemput liz untuk event ni. 

Bye. See soon. Nanti kalau ada apa-apa yang best liz kongsi lagi.


HANAMARU UDON AEON MALL SHAH ALAM | MAKAN APA?

Assalamualaikum Internet Families ♥ 
Siapa budak baru belajar nak makan makanan Jepun? Boleh lah kita kawan sebab liz pun baru nak belajar-belajar suka makan makanan Jepun supaya pergi Jepun nanti tahu dah menu apa nak order. 

Jom lah berlatih dulu makan makanan Jepun di Malaysia. Alah bukan susah pun nak jumpa makanan Jepun sekarang ni. 


Set Mee Udon yang pertama untuk liz. Itu pun kawan liz tolong pilihkan yang mana satu sedap. Sebab tekak orang melayu yang baru-baru nak belajar makan makanan Jepun ni kena cari yang biasa-biasa dulu. Menu kawan liz tu pula pilih Mentai Mayo Udon. Okay rasa dia macam mayonis la makan dengan mee, liz memang tak boleh masuk tekak ni.


Dan menu yang liz makan hari tu Beef Udon. Macam mee sup yang beza nya mee nya besar-besar dan rasa sup dia lain sikit. Sedap tak tahu tak cerita macam mana. Minyak pun tak da ada setengah mee sup kan kuahnya jadi berminyak tapi beef udon ni tak da minyak pun. Atas dia tu ada daging cincang dan tauhu goreng. Lepas tu boleh ambil side dishes yang ada dekat Hanamaru ni kalau korang nak. Bayar tau bukan free pulak.


Ini langkah-langkah nya :

1. Beratur dan order menu apa yang korang nak.
2. Tunggu menu korang siap dibuat.
3. Bayar.

Sementara tunggu boleh terus tengok dorang buat macam mana. Sekejap je siap sebab bahan-bahan tu siap, tinggal tuang kan je.

Order air Green Tea Free Flow RM1.50 sahaja.

Ambil gelas dan pergi tuang sendiri macam orang kat depan tu.

Ini ialah makanan yang korang boleh ambil dan letak dalam tray korang sebelum buat bayaran. Sosej goreng tepung, ubi kayu, keledek goreng, benda yang sama macam dekat Malaysia juga. Cuma Kakkiage tu belum pernah rasa jadi liz cuba yang tu ternyata sedap.

Liz suka sangat Kakkiage ni.

Ada carrot, ubi keledek, bawang sikit dan tepung. Kawan liz cakap dia guna tepung khas, sebab dia pernah kerja part time kat tempat makanan JEPUN sebelum ni dan buat benda ni.


Tulah model yang pernah kerja dekat Restaurant Jepun. Muka pun lebih kurang juga macam Jepun, Mata sepet haahha ~ Sedap dan liz memang akan datang lagi sini lepas ni. Lupa nak bagitahu bukan udon je ada, menu pilihan nasi pun ada. Harga jangan risau belasan ringgit sahaja.


Address: 
1, Jalan Akuatik 13/64, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

KENAPA SEMUA ORANG EXCITED SAMBUT BIRTHDAY ALTHEA | Assalamualaikum Internet Families. ♥ 



Hari ni liz ada benda special nak kongsi dengan korang semua sempena sambutan hari jadi Althea. Baru-baru ni liz ada ajak kawan sepejabat sama-sama beli barang dekat Althea Website tau, dalam website ni ada banyak sangat barang makeup yang murah! Bila dah hitung-hitung harga yang kami ter-shopping dah melebihi RM150.00 jadi kami dapat free-shipping. Jadi kalau nak free-shipping ajakla kawan-kawan sekali baru lah dinamakan bijak berbelanja. Nak cantik sama-sama kan?

Apa yang bestnya walaupun barang-barang ni shipping dari KOREA tapi dalam seminggu macam tu barang dah sampai tau. Apalagi riuh satu pejabat bila masing-masing dah excited nak buka kotak tu.


Limited Edition Birthday Box


All girls will in love with the box!! 
Bet you.


Apa kat dalam?
Tadaaaaaa ~ Ada lipstick, eye shadow, blusher, concelar, lip tink, mascara & sample. Lengkap lah untuk masuk pertandingan melukis satu muka. Yang suprising semua kawan-kawan liz bila ada sesuatu yang lebih special bila Althea announce contest selfie sempena Althea turns 1. Sebab tu ramai orang tengah teruja sangat-sangat bila Althea nak sambut birthday yang pertama. Macam-macam Althea nak bagi dekat korang tau.


DIY Party Kit
Siapa yang shopping bermula dari 20/7 ke atas tau sementara stock masih ada. Lepas tu boleh decorate topi paling creative.


Lepas tu jangan terlewat untuk tergolong dalam 1500 pembeli yang terawal nanti boleh dapat FREE Goodies. 


Lepas tu kalau nak rebate 100% jangan lupa nanti pilih 3 seller yang korang rasa paling best. 


Dan yang terakhir sekali jangan lupa ambil gambar korang dengan Party Kit yang ada sebab hadiiah nya bukan calang-calang tau. Lepas tu Wish ALTHEA TURN 1 shout la kat instagram. Mana tahu rezeki korang boleh menang Mac Book Air, Ipad Air pun best juga aishhh macam-macam lagi lah. 

Detail:
AltheaTurns1 Instagram Contest
- Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea! 
- Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.
- Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.

Good Luck Peeps!