About Me

Hi Assalamualaikum 

    Saya Liyliz Yusof! Boleh panggil saya dengan panggilan Liz, saya sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Saya kini menetap di Setia Alam dan merupakan fulltime blogger dan juga merupakan seorang pakar perunding kecantikkan. Selain itu, saya kini sedang melanjutkan pelajaran saya ke peringkat Ijazah di UiTM Puncak Alam dalam bidang pengurusan perniagaan.

    Saya mula berblog sejak tahun 2015 dan sangat aktif menghadiri beberapa majlis produk review sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Namun, semenjak kehadiran cahaya mata sulung iaitu Muzaffar Yafiq Bin Mazlan, saya mula mengurangkan beberapa aktiviti blogging lebih kurang dua tahun bagi memberi sedikit ruang untuk kami menyesuaian keadaan dengan kehadiran si kecil.

    Blog saya banyak menceritakan tentang tips kecantikkan, masalah kulit yang sering dihadapi oleh para wanita, tentang produk kecantikkan dan apa sahaja yang berkaitan dengan kulit wanita. Namun kini blog saya juga ada terselit beberapa kisah parenting dimana saya selitkan beberapa memori saya bersama anak serta keluarga sebagai kenangan hari tua nanti. Bagi saya, blog liylizyusof.com pula ialah tentang perjalanan kehidupan saya yang sedang saya lalui. Segala perkongsian di dalam blog ini merupakan daripada pengalaman saya sendiri untuk pembaca semua.

    Selain menulis blog, terdapat juga beberapa achievement saya feature di dalam beberapa majalah kecantikkan dan ianya merupakan kenangan manis buat saya.