CARA MULA BUSINESS ONLINE | Hi Assalamualaikum semua, dah hampir sebulan kita berkurung dekat rumah sempena PKP ni betul tak? Dah ada yang mula rindukan shopping mall ke tu? Kalau tanya liz, sebelum PKP ni, setiap minggu mesti ke shopping mall jalan-jalan.

Tiba-tiba kan, liz dapat info yang ada Mall ni beroperasi seperti biasa sempena PKP ni. Haaa jangan tak tahu, PG Mall yang beralamat di www.pgmall.my buka seperti biasa. Kalau korang nak tahu, PG Mall ni ialah E-commerce platform yang da establish sejak tahun 2017. Dan yang pasti dan buat liz bangga lagi, PG Mall ni ialah local e-commerce platform dekat Malaysia.



Kalau shopping dekat PG Mall, senang je well sekarang ni kan semuanya online banking, e-wallet pun boleh guna tau dekat PG Mall ni. Ini lah masanya, para peniaga merebut peluang untuk melariskan jualan korang di platform yang betul. Lagi-lagi musim PKP yang menyebabkan orang yang suka shopping tak dapat keluar, ofcoz tangan ni asyik picit sana sini mencari barang-barang di talian. Lepas tu shopping dekat sini ada macam-macam voucher juga tau.

Kalau ada pembeli, mesti ada PENJUAL! Jadi untuk penjual semua, anda ada barang? Tapi tapi tak tahu nak menjual dekat mana? Jom kita daftar dekat PG Mall E-commerce platform supaya perniagaan kita semakin laris dan duit masuk pun kepuk-kepuk la lagi-lagi dekat nak raya ni. 



Untuk pengetahuan semua peniaga, tiada kos untuk menjadi merchant di PG Mall. PG Mall merupakan satu medium yang sangat sesuai untuk anda mulakan perniagaa kerana ada lebih dari 1,000,00 pelanggan yang shopping di PG Mall website. PG Mall juga ada in-house MIS team yang membantu untuk membuat kempen-kempen yang kreatif agar dapat menaikkan trafik belian di stor PG Mall ni tau. Tahun ini, PG Mall target untuk mencapai sekurangnya 10k perniaga baru untuk turut sama berniaga di PG Mall. Jadi untuk para perniaga semua, memang rugi sangat kalau you all tak join PG Mall ni tau. PG Mall juga bersepadu dengan Selluseller, EasyStore, iStoreSend, urStore, tresGo, Etailer Gateway, Red Dino.

Jadi tunggu apa lagi? Jom SEKARANG!! YA SEKARANG!! Kita daftar sama-sama. 

#PGMall #PGMallSeller #PGMallMerchant #Onlinebusiness #Sellularseller #Easystore #istoreisend #urstore #tresgo #etailergateway #RedDino



RESEPI KUIH SAGU MERAH YANG MUDAH DAN SEDAP |  CARA BUAT KUIH SAGU Assalamualaikum

Resepi kuih sagu merah yang mudah dan sedap yang wajib kena cuba untuk buat sendiri di rumah. Mari kita lihat resepi untuk membuat kuih sagu merah yang senang giler ni. Aku yang kali pertama buat pun menjadi, insyAllah korang yang baru nak buat juga pasti berjaya. 

Resepi kuih sagu yang sedap ialah kalau kita kukus kuih sagu ni rasanya lebih sedap dan kenyal-kenyal sikit macam tu. Liz tak suka kuih sagu yang melekit rasa tak puas makan kalau tak dapat rasa kenyal-kenyal sagu tu. 



BAHAN-BAHAN:

2 Cawan Sagu 
2 Senduk Gula
1 Sudu Perwarna Sirap
1 Sudu kecil essen vanila (sebab i takda daun pandan)

Kelapa parut
Garam

CARA-CARANYA:

1 - Cuci sagu bersih-bersih terlebih dahulu, nak mudah you all letak sagu dalam penapis lepas tu alir kan bawah paip. 

2 - Letak sagu dalam periuk, letak air sukat macam you all nak masak nasi. Lepas tu tuang sirap dan daun pandan (kalau takda letak essen vanila) Kalau dua-dua ni tak pun tak pe. Daun pandan ni sebab nak kasi dia wangi.

3 - Air agak-agak dah panas, letak gula 2 senduk dan kacau.

4 - Lepas tu tuang kan dalam loyang atau bekas yang korang rasa sesuai untuk dikukus. Aku letak dalam bekas tart je. 

5 - Kukus dalam 15 minit macam tu, tengok sagu dah bertukar semua warna sampai takda biji putih tu kiranya boleh angkat dah bagi dia sejuk. Kalau korang letak dalam loyang, nanti lepas sejuk baru korang potong. 

6 - Kukus kelapa dengan garam, kelapa tu korang rasa dulu sikit agak-agak sesuai secukup rasa dengan garam korang tu. 

7 - Gaul kuih sagu korang dengan kelapa parut. Siap untuk dimakan terus. 


Selamat mencuba, aku yang baru first time cuba pun menjadi jadi aku yakin korang pun berjaya buat. Bila dah buat sendiri ni barulah puas makan. 



MASKER MUKA UNTUK KULIT BERMINYAK DAN BERJERWAT| Assalamualaikum semua

Pilih masker muka yang betul juga merupakan perkara yang penting untuk mendapat kulit yang sihat. Tahukah korang yang di bawah setiap liang pori kita terdapat kelenjar sebum yang menghasilkan minyak semula jadi yang disebut sebum. Ini membantu menjaga kulit kita terhidrat dan sihat TETAPI pada sesetengah orang, kelenjar sebum dapat menghasilkan terlalu banyak minyak. Ini menjadikan kulit berminyak yang tahap rasa tak selesa.

Kalau kita mempunyai kulit berminyak kita akan sentiasa rasa berkilat, dan mungkin sampai tak cukup tisu nak lap muka yang berminyak tu. Katakan selepas cuci muka, kulit kita masih berminyak malah boleh terasa berminyak dalam beberapa jam selepas pembersihan. Maksudnya kulit korang jenis yang berminyak dan perlukan sesuatu untuk kurangkan minyak tersebut.

Breakout juga terjadi disebabkan kerana sebum bercampur dengan sel kulit mati dan tersekat di pori-pori kita. Jadi nak kawal jerawat? Kawal minyak muka dahulu.

Penyebab kulit berminyak merangkumi faktor genetik, persekitaran, dan gaya hidup. Korang boleh mengambil langkah untuk menjadikan kulit korang tidak berminyak iaitu dengan mencari masker yang sesuai untuk keluarkan lebihkan minyak di muka. Antara bahan yang sangat penting dan terbukti oleh dermatologis ialah masker yang mempunyai bahan CHARCOAL menjadi pilihan yang utama untuk penyerapan lebihan minyak disamping tidak menyebabkan lembapan kulit kita hilang.


Kenapa CHARCOAL MASKER atau MASKER ARANG?
Liz terangkan sikit pada semua, apa yang arang ni boleh buat ya. Arang dapat menarik racun dan apabila digunakan pada kulit ia mengeluarkan kotoran seperti minyak, kotoran, peluh dan membentuk seperti magnet yang menarik segala kekotoran dari wajah anda. Ia berfungsi seperti spons, itulah sebabnya ia digunakan begitu lama di hospital untuk merawat keracunan alkohol. Kalau korang kena cirit birit pun, doktor mesti bagi ubat charcoal tu tau sebab charcoal ni memang hebat la kerja dia menyerap benda yang tak elok ni. 

Dan apabila digabungkan dengan ramuan yang tidak tersumbat seperti asid salisilik, arang boleh berfungsi seperti spons di wajah korang untuk membuang toksin dan membuat kulit korang lebih bersih. Ia juga membantu membersihkan pori-pori anda dan membebaskannya dari sebum berlebihan, sel kulit mati dan minyak.

Produk yang diformulasikan dengan arang atau ekstrak arang boleh menjadi padanan untuk kulit berminyak dan boleh merawat jerawat. Terdapat banyak produk di pasaran yang menampilkan bahan-bahan bermanfaat ini, jadi korang harus mencubanya jika ingin menyegarkan rutin pembersihan, pengelupasan dan penghidratan kulit.

Terdapat banyak dan pelbagai jenama charcoal Masker di pasaran yang korang boleh cuba sekarang ni sebagai contohnya. Brand Garnier, Freeman dan macam-macam lagi sebenarnya which korang kena try & liz dah try macam-macam lagi.



Ada banyak sangat charcoal masker yang korang boleh pilih dan cuba. Tapi kalau korang liz, sejak dua tahun liz pakai charcoal masker Mary Kay ni, liz memang tak tukar lain dah. Sebab dia memang sangat best which bila masker charcoal tu kering dekat muka, warna hitam charcoal tu bertukar menjadi warna kelabu.


Charcoal Masker Favourite Liz since 2018 sampai sekarang.

Dua tahun dah sebenarnya liz pakai masker muka charcoal ni tapi tak pernah terlintas pula hati ni nak tulis review dalam blog. Sementara masa lapang banyak ni, liz rasa baiklah liz kongsikan pasal masker yang THE BEST ni.

Nama diberi CHARCOAL MASKER CLEARPROOF MARY KAY. Ramai la duk cakap Mary Kay ni mahal tapi 1 benda yang kadang orang kita ni dia tak perasan bab long term using & kuantiti. Barang Mary Kay semua boleh guna up to 6 bulan tau tak dan lepas tu dia punya kuantiti banyak bukan sikit-sikit.


KENAPA BAGUS SANGAT CHARCOAL MASKER NI?

Korang kena tahu fungsi charcoal menyerap segala kekotoran, bacteria & minyak yang ada atas permukaan kulit. Sebab tu selain menyerap minyak lebihan di muka, charcoal ni juga boleh menyerap bakteria jahat dalam jerawat tersebut.

Liz ni bukan jenis yang suka sangat term-term scientific sebab rasa susah nak faham. Jadi bahan yang mudah macam ni senang sikit nak link kan dengan masalah kulit. Liz pakai charcoal masker ni da 2 tahun. 1 botol ni tak habis-habis lagi tau dak punya lama liz boleh pakai. Lepas tu masker ni pula pakai 2 x seminggu ja. Kena la rajin kalau tak nak tengok muka berminyak macam minyak goreng pisang.

Teksture charcoal masker ni sejuk dan mudah untuk sapu deka muka. Untuk kulit jerawat sangatlah sesuai pakai sebab dia akan mengecutkan jerawat korang dengan sangat cepat. Korang kena tahu juga tau yang pakai masker hanya 15 minit sahaja. Jangan lebih dari tu nanti dia tarik lebih minyak dari sepatutnya jadi kering pula kulit korang.

Nampak tak area warna kelabu tu?
Berjaya serap minyak. 


Kalau you all nampak kawasan charcoal masker yang bertukar kepada warna kelabu, itu bermaksud kawasan tersebut terdapat banyak minyak yang berlebihan. Dan kalau you all tengok dekat dagu liz ada sebiji warna kelabu. Itulah jerawat yang ada seketul di situ, charcoal masker ni tolong sedut segala apa yang tak patut ada dekat kulit.

2 hari insyAllah jerawat kecut dan hilang begitu sahaja. Jadi charcoal masker ni item kesayangan liz yang tersangat agung gituh. Tak hairan la charcoal masker ni memang award top 1 charcoal masker di peringkat International tau.

Kalau you all berminat nak cuba charcoal masker Mary Kay ni, boleh try wasap dekat sini 010-2276292 sebab beauty consultant ni dapat award best beauty services tau dan service dia bagi terbaik. Korang mesti akan cantik terus kulit!!!