RESEPI KUIH SAGU MERAH

RESEPI KUIH SAGU MERAH | Assalamualaikum

Mari kita lihat resepi untuk membuat kuih sagu merah yang senang giler ni. Aku yang kali pertama buat pun menjadi, insyAllah korang yang baru nak buat juga pasti berjaya. 



BAHAN-BAHAN:

2 Cawan Sagu 
2 Senduk Gula
1 Sudu Perwarna Sirap
1 Sudu kecil essen vanila (sebab i takda daun pandan)

Kelapa parut
Garam

CARA-CARANYA:

1 - Cuci sagu bersih-bersih terlebih dahulu, nak mudah you all letak sagu dalam penapis lepas tu alir kan bawah paip. 

2 - Letak sagu dalam periuk, letak air sukat macam you all nak masak nasi. Lepas tu tuang sirap dan daun pandan (kalau takda letak essen vanila) Kalau dua-dua ni tak pun tak pe. Daun pandan ni sebab nak kasi dia wangi.

3 - Air agak-agak dah panas, letak gula 2 senduk dan kacau.

4 - Lepas tu tuang kan dalam loyang atau bekas yang korang rasa sesuai untuk dikukus. Aku letak dalam bekas tart je. 

5 - Kukus dalam 15 minit macam tu, tengok sagu dah bertukar semua warna sampai takda biji putih tu kiranya boleh angkat dah bagi dia sejuk. Kalau korang letak dalam loyang, nanti lepas sejuk baru korang potong. 

6 - Kukus kelapa dengan garam, kelapa tu korang rasa dulu sikit agak-agak sesuai secukup rasa dengan garam korang tu. 

7 - Gaul kuih sagu korang dengan kelapa parut. Siap untuk dimakan terus. 


Selamat mencuba, aku yang baru first time cuba pun menjadi jadi aku yakin korang pun berjaya buat. Bila dah buat sendiri ni barulah puas makan. 

0 Darlings:

Post a comment

LEAVE COMMENT HERE.