MY FAVOURITE CLEANSER - MALACEP MARY KAY | PUDARKAN PARUT GELAP JERAWAT

Assalamualaikum kesayangan liz semua, lama nya liz tak update pasal skin care journey dalam blog ni, beza nya keadaan sekarang ni semejak dah ada anak. Patutlah yuyu zulaikah, cik epal, fatin liyana dan blogger yang lain semakin kurang update blog bila dah punya cahaya mata. Kini baru ku faham. 

Jadi sejak akhir ni semangat Tun M terbawa-bawa pula, kite tak boleh membuang masa. Kena usaha dan manfaat kan masa sebaikknya. 

Kalau korang tanya liz pakai apa sekarang ni, liz 100% dah berubah kepada produk Mary Kay. Liz dah tak pakai produk Dr. Ko tau. Bukan tak bagus, cuma kulit liz dah rasi. Maksud tak rasi, bila pakai, dia tak mampu untuk merawat dah cuma mampu untuk maintainkan je dari menjadi semakin teruk.

Liz memang ada masalah clog pores yang teruk giler, lepas tu jerawat memang mudah sangat naik tau. Bukan naik sikit-sikit, tapi memang naik banyak giler. Dan masalah paling teruk sekali kulit liz reddish sangat, pipi tu merah-merah dengan parut jerawat. 

Sampailah liz tengok kawan liz asyik promote pasal Mary Kay, tu yang jatuh hati cuba nak pakai. Memandangkan liz tak da masalah local produk dah so beauty consultant liz tu terus suggest kan liz pakai Malacep cleanser. 


Ni dia set rangkaian Malacep Mary Kay. Tapi liz tak pakai semuanya tau. 
Liz guna Cleanser, Toner dan serum je setakat ni.


Malacep cleanser dan skinvi brush ni macam nyawa kecantikkan liz sekarang ni tau. Sebab kalau takda dua benda ni, rasa macam kulit dalam keadaan yang tak selamat.

1. Bantu hilangkan parut jerawat yang kemerahan di pipi liz
2. Bantu pudarkan tompokkan hitam kesan dari jerawat lama
3. Buat kulit liz lebih bersinar dari kekusaman
4. Bantu cerahkan kulit juga, cerahkan bukan putih kan.
* Kulit kite ni memang dah sedia ada, tak da istilah nak boleh putih okay.
 Aku lepuk korang kang.

Liz dah pakai sejak bulan 1 cleanser malacep ni. 


Kalau korang teringin nak cuba Mary Kay, tolong cari beauty consultant Mary Kay, jangan ngada-ngada beli dekat Lazada, Caraousell ke apa sebab Mary Kay ni customer guarantee, kalau tak sesuai pakai boleh refund atau tukar produk dengan syarat dalam tempoh 90 hari. 

Kalau korang perlu kan beauty consultant mary kay, 
korang boleh contact nombor ni tau 010-2276292. Consultation FREE je.


CAREER CONFERENCE MARY KAY APRIL 2018 | Assalamualaikum semua 

Cerita bulan lepas, tapi May baru mampu untuk update. Masa liz sekarang terhad giler sejak ada Muzaffar. Bila balik rumah, mesti nak kena beri perhatian pada dia, lepas tu kena masak-masak sikit untuk husband. Update order untuk customer Mary Kay, tengok tv sekejap lepas tu sambung tidur. Macam tu la rutin harian liz sekarang ni.

Career Conference Mary Kay bulan lalu sebenarnya merupakan conference pertama liz pergi tau. Liz join Mary Kay sebagai beauty consultant pada January 2018. Kiranya memang baru giler-giler la liz join ni. Bulan 5 ni kiranya masuk 5 bulan liz dalam Mary Kay. Alhamdullilah dari beauty consultant kini dah jadi senior beauty consultant. Tapi paling best lagi berita untuk bulan 5 ni, liz move lagi 1 step menjadi Team Builder. Tak sabar nak pakai RED JACKET.


Senior Consultant!
 Bangga giler pakai pin ni masa career conference hari tu.
Alhamdullilah Allah permudahkan jalan. 
Bulan kedua liz sebagai consultan Mary Kay, liz berjaya recruit seorang beauty consultant (bc), bc tu pula kawan sekolah liz sendiri.


Ni la bc pertama yang liz recruit. Nama dia suha, liz kagum dengan suha sebab setiap bulan suha kejar target dan buat sales lebih dari expectation liz. You can do it suha. Dan bc liz yang lain, mungkin korang tak berkesempatan join Career Conference ni kan, takpe nanti kita akan ada lagi Seminar Mary Kay pula pada bulan 9 ni. Jom join sama-sama liz.



Kenalkan, ni ella, recruiter liz. Liz panggil dia ni lalaaaa je, 1 kampus UiTM Jengka dulu tapi tak pernah pun berbual cuma selalu nampak dia share pasal acne journey dia dekat Facebook. So lama-lama liz pula tertarik nak cuba Mary Kay selepas 3 tahun bersama skin care dokto ko. Mungkin dah tak rasi dengan kulit liz, bukan nya liz cakap tak bagus tau. Liz sebolehnya memang nak jujur je dengan korang, rawatan dekat klinik tu memang bagus cuma untuk kesan lama tu tidak untuk kulit liz. So kite pun beralih la arah kepada Mary Kay.




Pertama kali liz datang event sebenar ni. Rasa dia lain macam. 


Taniah kepada ESSD


Kenalkan ni ialah Sufi, Senior Sales Director liz. Liz kiranya dibawah team didikan Angelista Bee. Team ni memang awesome giler sebab hari-hari buat kitorang rasa confident dengan diri sendiri dan tak cepat putus asa.


Impian teringin nak sebiji kereta pink ni. 
Ni semua milik beauty consultant yang dah berjaya. Kulit diorang tak yah cakap lah, memang cun giler sebab dah lama pakai Mary Kay. Sebab tu customer diorang pun ramai.


Di belakang liz ni pula kereta NSD, BMW Pink! Mary Kay yang bagi okay.
Siapa yang nak join Mary Kay untuk kegunaan sendiri pun boleh, untuk buat sebagai part time career pun boleh. 

Jujurnya mula liz join Mary Kay sebab nak pakai sendiri je, tapi lama-lama liz jadi semakin suka. Semakin jatuh cinta, buat liz rasa macam rugi pula kalau tak kongsi dengan orang lain. Ikutkan liz ni confident level bukan lah tinggi sangat sejak kulit break out teruk hari tu, tapi sejak join group angelista bee ni, motivate sentiasa untuk yakin dan percaya. Nak jadi beaut consultant tak perlu tunggu kulit licin macam telur you alls. Apa yang perlu ialah keyakinan dan percaya. InsyAllah liz pun tengah usaha untuk hilangkan lopak-lopak dekat muka ni, paling happy bila jerawat dah tak naik sebab kulit tak da masalah clog pores.

So korang kalau nak cuba produk Mary Kay bagitau, contact liz 010 2276292. Korang boleh cuba secara PERCUMA je sebenarnya. Liz sendiri pakai, memang Mary Kay ni best sangat, walaupun mahal sikit tapi tahan lama dan berkesan. So why not kan, misi jaga kulit untuk suami. hehe ~


Tengah busy-busy tunggu barang customer tiba-tiba liz terima gift box pula dari Mary Kay. Haish lah Mary Kay ni, suka betul bagi hadiah. 
1st time pakai bluser harga ratusan ni.
BUBUR NASI PERTAMA UNTUK BABY 7 BULAN | Assalamualaikum korang, rindu nya liz nak blogging sini. 

By the way, selamat hari buruh korang, selamat bercuti dan selamat berkerja esok. Sehari je cuti kan, tak pe, nanti-nanti karang kita cuti lagi. Waktu cuti yang ada, kebetulan beras baby little grain Muzaffar sampai semalam. Jadi memang elok sangat hari ni nak masak-masak bagi dia makan. 

Baby little grain ni Free Chemical, dan beras dia lebih halus dari beras yang kita makan tu. yang penting sekali free chemical la kan. Layankan je la kan, ikutkan dulu, wan kamu suap kan je apa yang ada dekat dapur tu. 



Bahan-bahan nya:

1. 1 scoop baby little grain 
2. Cherry Tomato
3. Baby Spinach 

Cara-cara nya: 

1. Kukus tomato dan baby spinach. (Rebus sekali nasi pun boleh)
2. Masak beras tadi sampai jadi bubur. 
3. Korang boleh tengok step untuk masak nasi bubur di seperti dalam gambar        bawah ni supaya lebih faham tau. 
4. Blend nasi bubur tadi tu dengan sayur-mayur yang dah kukus.








Siap dia makan, beras nya memang wangi betul lepas masak. 
Okay next menu pulak.