BUBUR NASI PERTAMA UNTUK BABY 7 BULAN

BUBUR NASI PERTAMA UNTUK BABY 7 BULAN | Assalamualaikum korang, rindu nya liz nak blogging sini. 

By the way, selamat hari buruh korang, selamat bercuti dan selamat berkerja esok. Sehari je cuti kan, tak pe, nanti-nanti karang kita cuti lagi. Waktu cuti yang ada, kebetulan beras baby little grain Muzaffar sampai semalam. Jadi memang elok sangat hari ni nak masak-masak bagi dia makan. 

Baby little grain ni Free Chemical, dan beras dia lebih halus dari beras yang kita makan tu. yang penting sekali free chemical la kan. Layankan je la kan, ikutkan dulu, wan kamu suap kan je apa yang ada dekat dapur tu. 



Bahan-bahan nya:

1. 1 scoop baby little grain 
2. Cherry Tomato
3. Baby Spinach 

Cara-cara nya: 

1. Kukus tomato dan baby spinach. (Rebus sekali nasi pun boleh)
2. Masak beras tadi sampai jadi bubur. 
3. Korang boleh tengok step untuk masak nasi bubur di seperti dalam gambar        bawah ni supaya lebih faham tau. 
4. Blend nasi bubur tadi tu dengan sayur-mayur yang dah kukus.








Siap dia makan, beras nya memang wangi betul lepas masak. 
Okay next menu pulak.

0 Darlings:

Post a comment

LEAVE COMMENT HERE.