CARA BUAT PUREE AVOCADO

CARA BUAT PUREE AVOCADO | Assalamualaikum 

EXCITEDNYA!!!!
Sangat excited bila baby dah mula nak belajar makan. Nyum-nyum ~ Semua ibu-ibu mesti rasa excited kan. Liz lagi la giler excited, dahla muzaffar ni jenis suka masuk dapur dari baby lagi. Kalau dia duduk dekat dapur dia senyap je. Suka sangat tengok orang memasak sambil duduk dekat kerusi rehat dia tu. 

Jadi makanan pertama yang liz dah set kan untuk dia ialah Puree! Puree Avocado. Kenapa banyak-banyak buah kite pilih Avocado? Sebab kebanyakkan doktor pakar kanak-kanak memang akan suggestkan buah ni disebabkan buah ni ialah buah yang terbaik antara buah-buahan yang lain. Dan pastikan kite awalys start with GREEN food untuk baby kite. Sebab kalau kite start bagi benda manis dulu, nanti sayur-sayur dia tak nak makan.



Sebab apa avocado? Sebab avocado ni tinggi dengan Omega - 3, dan rasa dia macam lemak-lemak sikit. Baby liz dia ni jenis susah nak terima rasa baru, kalau dia dah biasa dengan benda tu dia susah nak move on. Ada baby mudah, bagi apa je, dia mamam je. Senang hati mak depa masak je semua makan, macam Muzaffar ni, dia ni pandai dah memilih. Kalau tak sedap dia buat bunyi "uwek'' dia tu.

Alhamdullilah la puree Avocado ni antara favorite dia, kadang-kadang ulang-ulang bagi benda sama. Liz pernah cuba bagi dia puree carrot, memang dia tak suka giler puree tu. Uweek saja dia buat. Ke sebab carrot warna Oren? Walapun carrot tu kategori sayur. Hurmmm mami is thinking ~






Sebenarnya kalau buat banyak-banyak, lebih baik guna blander je, tapi masa ni liz belum lagi beli, so tekun la kena lenyek.



Lepas lenyek-lenyek, untuk permulaan liz sukat 3 sudu teh je. Memang bagi sikit je sebab nak tengok perut dia okay ke tak untuk terima solid food.

Macam liz kan berkerja, jadi liz buat banyak-banyak dan liz simpan dekat frozen. Liz tak campur susu sebab takut dia rosak kalau guna waktu travel, wakut nak makan baru liz letak susu suam sikit kasi cair-cair macam nestum tu. Kalau dekat chiller, liz letak 2 bekas je, untuk hari ni dan esok, selebihnya letak dekat frozen sebab frozen liz simpan dalam masa 2 minggu je, tak nak lama-lama sangat. Lagi pun kite tukar-tukar menu kan. 


Muzaffar dah 7 bulan sebenarnya, tapi liz baru sempat update dekat blog. Super Busy bebe ~

0 Darlings:

Post a comment

LEAVE COMMENT HERE.