D.I.Y PLAY TELEPHONE PRE - WEDDING PHOTO | Assalamualaikum semua.

Tak tahu la nak letak nama apa untuk benda ni, jadi kita panggil d.i.y play telephone je la ye. Liz terfikir nak buat benda ni sebab masa kecit-kecit dulu liz pernah main dengan cousin liz.  Zaman liz kecit dulu mana ada telephone betul-betul lagi, eah macam aku dari zaman batu pula. Maksud liz, zaman liz dulu mana ada smart phone, nak main game nak main ABC ngeja ke mewarna guna phone. Baru nak belajar Hello-Hello je tau dulu.

Jadi masa sekolah rendah dulu cikgu sekolah ajar cara buat telepon guna tali tu, terus lah sambung buat lagi dekat rumah. Seronok betul main bisik-bisik guna benda alah ni. Budak-budak yang mudah terhibur la katakan. 

Bila da besar ni tiba-tiba teringin pula nak main bisik-bisik dengan Malan, nak bisik tepi telinga takut mercik air liur pulak. Hahaha ~ jadi kita main bisik-bisik guna telepon mainan eah. 


Me: "Nak tau tak apa beza awak dengan banduan"
Him: "Tak tahu, apa?"
Me: "Banduan terperangkap dalam penjara, tapi awak terperangkap dalam hati saya"


Liz rasa liz lagi terel ngayat Malan haha ~


Guna barang apa yang ada je, tak payah membazir nak beli polistrine cup yek. Melainkan dekat rumah korang memang dah ada. Guna je apa yang ada dekat dapur korang tu. Dah dapat bekas 2 biji macam gambar atas tu, liz guna bekas air mineral je okay. Jangan lupa tebuk lubang supaya boleh masukkan tali. Dah masukkan tali, korang ikat la simpul. Alaa macam la ikat simpul pun tak reti, pejam mata pun boleh ler. 




Part ni tak yah terang beriya pun korang mesti dah faham kan. Print je lah dekat printer siap-siap, ikutlah bentuk apa korang nak, tulisan apa, nombor apa semua terpulang pada korang. Kombinasi warna pun sama, terpulanglah korang suka warna apa. Janji boleh guna untuk masa photo-shoot tu nanti. Macam-macam cara shoot korang boleh buat dengan benda ni tau. 

Save The Date Photo

Boleh buat guna as counting days picture juga tau. Macam tu... I'm counting of 30 days before my big day. 

Eah nak kahwin dah. Kos buat props tu bukanya banyak pun, barang semua dah ada, liz beli tali je RM1.20 dekat Mr. DIY. 

Sekian, nanti update lagi. 
Liz memang mampu buat short enty je setakat ni. Hehe ~
Assalamualaikum.



TUTORIAL IKATAN TALI "TIE THE KNOT" | Assalamualaikum 

Banyak minggu dah rasanya liz tak update blog, benda banyak nak kongsi dengan korang tapi bila buka laptop mesti buka running man. Bila dah tengok running man, korang faham-faham la kan gelak dan ralit nya macam mana. 

Sabtu yang lepas liz ada buat sesi photo-shoot Pre-Wed/Save The Date dekat Shah Alam. Ada benda tak best pasal photographer tersebut nanti liz kongsi dengan korang supaya korang tak jadi macam kitorang. Baru niat di hati liz nak tolong promote business dia, memandangkan service dia yang haishh menghampakan sikit tu, terbantut niat liz nak tolong promote.  


Edit sendiri.

Senang giler nak buat benda ni, liz dapat idea nak buat tali ni bila liz tengok dekat google. Kalau korang type We Tied The Knot photo mesti banyak keluar gambar pengantin posing dengan gambar tali macam ni. Liz dapat idea nak buat macam ni masa liz Google "Creative Pose For Save The Date" photos. 

Sangat-sangat membantu untuk kami-kami yang tak reti pose ni, kalau abam photographer tu asyik suruh liz tongkat dagu, adeh la liz tak suka betul posing ala-ala ayu sangat tu.  Tapi part tu okay lagi, lagipun liz dah prepare banyak pose untuk tiru. Just yang tak best tu .. hurmmm ~

Jadi liz ada banyak giler gambar candid yang cantik dan comel! Okay puji tang sini je, tapi bila tengok elok-elok sakit hati sebab outfit Malan ada sesuatu yang tak kena tapi photographer tak tegur. Seriously sakit hati sikit di situ dimana kalau dia tegur pasal outfit tu tak luak pun bayaran yang dibayar tu. Hurmmmm ~ penat dah nak ngeluh you alls. Sebab 200 ratus gambar cuma ada beberapa yang elok. Sayang sangat, sebab gambar abang tu ambil semua cantik, dan kawan yang tanya liz pun, memang liz boleh rekomenkan tapi hati-hati dengan outfit masing-masing ye.

Meh sambung tengok tutorial ni.




Buat bulat-bulat macam ni, ikutlah besar mana korang nak. 


Lepas tu korang silang kan je. Pernah main getah silang-silang tu tak? Tadi kan bentuk bulat, 1 tangan pegang kanan, 1 tangan pegang kiri. Then kanan pusing ke bawah atau kiri pusing ke bawah. Siap!


Then ikat tali dekat tengah agak kemas dah boleh guna untuk buat props untuk bergambar. 

Selamat mencuba!

 
REVIEW: MY FCC FAVORITE NOVEMBER | Assalamualaikum 

Welcome Dear November 2016. Hari ni liz nak share dengan korang makeup review bulan November yang menjadi kesukaan liz dari FCC Cosmetic. Sebelum ni liz dah 2 3 kali juga cerita pasal FCC dalam blog. Ramai dah rasanya tahu kan, makeup FCC ni berasal daripada Turkey dan 100% halal. 

Ahad lepas liz pergi ke Sogo shopping sikit untuk barang hantaran dan belikan mak hadiah untuk hari lahir dia yang tak lama lagi datang tu. Masa nak balik, singgah lalu ke bangunan Maju Junction KL, ada buat sales FCC. Singgah la sekejap tengok lipstick sebab sebelum ni lipstick FCC memang menjadi favorite sepanjang zaman jugalah. Disebabkan habis je liz dah tak pakai, jadi semalam check dompet tengok duit cukup ke tidak nak shopping sikit. Sikit je ~

Jadi terbeli lah barang di bawah ni.


Kesukaan di bulan November 2016


RM26.50
TENDER BLUSH ON 02


Kalau korang follow liz da lama mesti korang tahu yang makeup harian liz mesti tak pakai blusher sebab liz takut dengan blusher ni. Blusher selalunya ada glitter or shimmer tu jadi untuk kulit sensitive macam liz memang sangat-sangat tak sesuai pakai jenis yang macam tu. Untuk blusher liz memang akan sentiasa cari yang jenis powdery punya. Natural dan sekata. Jadi blusher FCC ni sesuai dengan kulit liz.


RM37.10
MATTE LIPSTICK 02


Liz memang suka sangat lipstick dari FCC sebab liz rasa jenama dia jela yang jual matte lipstick dengan harga yang murah. Sebelum ni liz dah cuba code 14 dan kali ni liz beli code 02 pula. Lipstick Matte FCC ni ada sekali vitamin E jadi memang elok sangat-sangat untuk kulit bibir. Macam mana, cantik tak warna tu? Warna yang selamat untuk tak nampak sweet sangat dan tak nampak garang sangat. Orang kata, yang sedang-sendang saja. Untuk blusher pula, orang kata macam hidup segan mati tak mahu. Nak nampak terang sangat malu, tapi nak pakai juga sebab rasa perlu. Hahaha #pening

Review liz, liz bagi 4/5 bintang.


SHIZENS COLLECTION | Assalamualaikum Internet Family semua.

Dua minggu lepas liz balik Pahang tau, dan liz bawa balik kotak hadiah dari Shizens ni untuk Mak liz. Liz tahu mak liz dah jarang beli barang-barang makeup sejak liz masuk Universiti. Selalunya memang mak akan pakai apa sahaja yang ada, alasannya tak nak membazir dan banyak lagi keperluan untuk liz yang lebih penting. Tapi sekarang ni kan, anak mak dah habis belajar, dah kerja dan dah nak kahwin pun. Apa yang liz nak dalam kehidupan ni ialah buat mak liz bahagia dan mestilah nak mak liz cantik selalu.


Hari ni pakai Mascara Shizhen, pinjam kejap ye mak. Nak tunjuk demo dekat kawan-kawan blog ni. Heheh ~

Jadi awal bulan baru ni, liz shopping barang dekat Shizhens sebanyak RM200 ke atas dan liz dapat discount code sebanyak RM50.00 & offcourse lah liz nak kongsikan dengan korang semua kejap lagi. Sebelum ni mesti korang dah nampak kan, liz ada kongsi kan code ni dekat Instagram liz. Dah shopping tak?

Barang-barang dekat Shizhens ni memang sesuai sangat untuk semua jenis kategori umur. Shizhens memang terkenal dengan rangkai produk penjagaan kulit jadi memang tak payah nak cerita lebih sangat dah pasal produk tuhari ni. Sebab hari ni kita nak cakap pasal produk makeup dari Shizens pula. 


Beautiful gift box dari Shizhens, ada Ribbon dekat tengah tu memang bertambah-tambah tak sabar mak liz nak buka tu. 




Tadaaa ~ Seperti yang liz kata sebelum ni di laman akaun instagram liz baru ni kan, barang-barang yang liz beli ni semua mengikut keperluan yang liz rasa mak liz perlukan. 





 RM 74.00 
Shizhens Mascara Black - 7G



Brush dia ni memang best! Gebu ja rasanya dan macam ada fiber sekali dekat brush tu jadi tak payah nak tambah other fiber untuk mascara. Guna yang ni je dah lengkap dah lentik okay.




RM 42.00 
Mascara Softening 5 ML

Yang buat standby kalau korang nak hasil bulu mata korang tu lembut. Biasanya kalau kita pakai mascara, bulu mata akan lentik dan keras betul tak? Bagi korang yang nak lentik tapi nampak lembut dan natural boleh lah add on Mascara Softening ni. Cara guna dia ialah : titiskan mascara softening ni pada mascara then korang dah boleh sapu pada bulu mata


RM 95.00
Magnifique Lipstick - Cinnamon Brown

Ini pula benda paling favorite buat cik puan akmar di rumah tu. Lipstick dia la apa lagi.  Lipstick ni sangat-sangat bagus untuk memberi kelembapan pada bibir, dan free dari segala bau wangian. Sekata pada kulit dan sangat-sangat melembap kan bibir. Memang mak liz suka sangat lipstick ni, ada 3 jenis warna yang korang boleh beli nanti. 

Jadi jangan lupa ye korang, shopping dekat www.shizhens.com sekarang juga. Kalau korang nak merasa discount RM50 jangan lupa guna code liz : ESHIZENS22 

Blog: http://beautyliyliz.blogspot.com
Instagram: https://instagram.com/beautyliyliz
Twitter: https://twitter.com/somethingwith92
Email: liylizyusof56@gmail.com 

MEGA WEDDING MALAYSIA PACKAGE PERKAHWINAN BERAMAI-RAMAI | Assalamualaikum semua. 

Impian untuk mempunyai majlis perkhawinan ala artis atau selebriti buat 13 pasangan pengantin telah berjaya direalisasikan pada 22 haribulan October 2016, Sabtu yang lalu. Taniah dan selamat pengantin baru kepada semua ya, liz rasa bertuah sangat diberi jemputan VIP untuk ke majlis yang penuh bersejarah tu. Bayangkan lah dalam 1 masa je liz dapat tengok 13 pasangan terus diijabkabulkan dan bersanding. Memang terbaik!

Mereka ni telah diijabkabulkan di Masjid Putra, Putrajaya dan kemudianya dibawa menaikki cruise dari Tasik Putrajaya ke Marina Hotel untuk majlis persandingan. Memang semua tetamu ternanti-nanti bila la kapal cruise ni nak sampai kan, sebab semua ahli keluarga dan jemputan yang lain tak sabar nak tengok para pengantin. Suasana ketika tu memang sangat-sangat meriah korang. Bayangkan lah bila kapal cruise dah hampir tiba, semua orang mengelilingi jeti dan berkumpul punya lah tak sabar nak tengok pengantin pertama yang keluar dari kapal cruise tu.

Inilah dia 5 orang blogger yang dijemput pada majlis perkahwinan beramai-ramai tu. 


Inilah dia antara 13 pasangan yang dinikahkan pada 22 October yang lepas. 


Inilah dia pelamin untuk 13 pasangan tu, pengantin akan bersanding mengikut giliran. Maksudnya 7 pengantin pertama, dan 7 lagi pengantin bersanding kemudian. Dari KL Wedding Ministry untuk tatarias pelamin mega ni.

Menu catering kami daripada Mahligai Catering Sdn Bhd. Memang sedap lauk dia, liz paling suka gulai daging tu, Ya Allah lembutnya daging dia. 



Ada Photobooth lagi tau, berdiri dan posing terus keluar sekeping gambar untuk korang. Dari MyPhotoBooth.


Ni pula Candy Buffet dari Hunny Creation Event, sebenarnya ada banyak lagi tapi ini je yang sempat liz tangkap gambar sebab yang lain semua dah habis. Corner jajan, gula-gula macam ni memang menjadi tumpuan buat kanak-kanak.


Ni corner yang orang-orang dewasa suka. Coffe Corner, kalau korang nak tahu Coffe Corner dari Faizal Azzuri ni bukan calang-calang coffe tau, coffe ni ialah coffe yang dibekalkan untuk para peserta gegar veganza tau. Untung rasanya dapat rasa coffee dari Encik Faizal ni. Memang sedap katanya si Fiq, sebab tangan dia la tu yang menghadang frame Coffee Corner. 


Ni pula Goodies yang kami dapat, cookies tu seriously sedap giler. Tak manis sangat dan coklat chipnya terasa tau banyak. Goodies ni daripada KayGift dan Mega Wedding

Sekiranya korang berminat nak tanya package perkahwinan beramai-ramai ni korang boleh hubungi talian di bawah ni:

- H/P: 012-3871775 , 018-9853313

Atau ke Alamat:

Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd
No. 5-1 Jalan SInga J 20/J, Seksyen 20,
40000 Shah Alam, Selangor.

Liz nak ucapkan taniah kepada MEGA WEDDING MALAYSIA kerana telah berjaya melaksankan tema perkahwinan Taman Di Tepi Tasik di Marina Putrajaya. Buat makluman semua, kos perkahwinan yang ekclusive ni hanya dibayar RM6000.00 sahaja oleh setiap pasangan pengantin. Package ni memang sangat murah buat mereka kurang mampu tapi ingin merasai suasana perkahwinan yang mewah macam ni. Datang naik cruise lagi okay. Di sebalik sesuatu majlis tu mestilah ada penganjur kan, kalau korang nak tahu penganjur untuk majlis ni ialah dari Qistina Avenue Events Management dan Mahligai Impian Wedding & juga kerjasama dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya. 


Youtube Video yang liz buat tak seberapa ni jemputlah tengok ye:








TEMPAHAN BANTAL FELT | Assalamualaikum Internet Family. 

Dah lama liz tak update pasal bantal felt kan, sebulan lepas liz ada dapat wasap untuk tempahan bantal felt. Tapi seriously liz malas giler masa tu. Sebab masa nak rehat dengan update blog pun tak cukup apatah lagi nak buka barang-barang jahitan.  

Sekarang ni tempahan bantal felt liz buka semula untuk semua yang berminat. Kalau korang nak tengok design boleh google je korang nak yang macam mana. Liz terima untuk tempahan huruf dan gambar yang simple-simple sahaja ye. Kalau korang nak design fancy sangat liz tak mampu nak buat lagi-lagi avatar yang rumit-rumit. Liz pernah buat sebelum ni rasa nak nangis haha sebab nak buat mata dan kening avatar sampai kena tahan nafas. Punya la halus dan kecil nak gam kening avatar tu belum lagi nak kena buat bulu mata lagi. 

Yang ni jahitan bantal felt untuk package size kecil iaitu 18cm x 15cm dan harga dia RM10.00 sahaja. Cepat-cepat wasap 010-2276292 okay. 



Kalau korang nak tempah 4 biji total jadilah RM40.00, saiz ni boleh buat design simple-simple je tau korang. Tulisan dan kalau korang nak tambah love ke bunga sikit-sikit tu boleh la, kalau nak tambah banyak sangat tak muat untuk size ni. Kalau nak yang size biasa boleh tempah size 30 cm x 32 cm. 

Bantal atas tu liz buat untuk bridesmaid liz, memandangkan diorang akan on duty jaga liz nanti hehehe. Okay nak tempah dah? Cepat wasap liz okay. No phone dekat atas tu dah tulis tau. 

Details:

Instagram : https://instagram.com/beautyliyliz

Twitter : https://twitter.com/somethingwith92
Email : liylizyusof56@gmail.com
PAPER BAG UNTUK GOODIES | Assalamualaikum Internet Family.

Semalam habis je majlis perkahwinan beramaik-ramai di Marina Putrajaya, liz terus gerak ke KL teman Malan cari paper bag untuk goodies di majlis bertandang nanti. Sebenarnya macam-macam lagi di tengoknya tapi sebab tujuan utama pergi ke kedai ni sebab nak cari paper bag jadi tajuk pun kita buat lah paper bag untuk Goodies. 

Kedai yang liz nak kongsi kan ni ialah Wakim Plastic Industry Sdn Bhd di KL. Liz dapat tahu pasal kedai ni dari Kak Ayue Idris, banyak sangat info yang Kak Ayue kongsi dengan liz pasal persiapan nak kahwin ni. Dapat tips berjimat cermat juga tau. 


Ada banyak size dan jenis paper bag. Tinggal bandingkan harga dan pilih nak beli ke tidak?


Malan aim yang ni harganya RM19.10 50pcs tebal berbanding bag kertas yang lain. Selalunya kalau yang buat jual wafer tu memang nipis dan kecil tapi yang tu harganya lebih murah dan sangat-sangat jimat. Macam Malan dia nak letak makanan yang berat sikit dalam ni jadi nak cari yang tebal sikit. Tapi tak pasti lagi harga ni dah cukup murah ke tidak jadi tunggu minggu depan nak balik Pahang survey dekat Cowboy pula. 


Yang ni sesuai untuk bekas balang kalau nak letak popcorn ke. Selalu nampak balang ni dibuat bekas popcorn kan. Harga dia jual untuk 300pcs RM190.80 bleh tahan mahal juga bekas ni kan. Belum beli letak popcorn lagi. 


Ni macam bekas sushi haha. Siapa suka beli sushi mesti selalu dapat bekas macam ni. Siapa nak jual cheese cake leleh boleh juga letak dalam bekas macam ni kan?


Macam-macam lagi ada dekat sini, plastik nak membungkus ada, kertas jual nasi lemak ada. Macam lagi ada lah. 


Kami survey bekas nak bekalkan lauk pauk juga. Yela masa kenduri nanti mesti kita nak bungkuskan ahli keluarga yang datang jauh-jauh tu dengan lauk kenduri kan. Kalau nak bungkus dalam plastik pun okay ja tapi kalau yang datang dari jauh tu, lagi afdal letak dalam bekas kan. Selamat siki. Tapi kuantiti dia kena beli sekurangnya 300 bekas, haishh banyak sangat pula. Macam bekas dekat bawah ni.


Kalau korang berminat nak pergi jenguk dekat kedai ni, gps je Wakim Plastik Industry Sdn Bhd. Terus boleh jumpa nanti ke depan kedainya terus. 

GOOGLE 

Alamat : NO. 148 , JALAN ABDUL RAHMAN IDRIS, KAMPUNG BARU, 50300 KUALA LUMPUR
TEL: 03-2602 1174, 03-2692 1721, 03-2691 4297
FAX: 03-2692 8221


MAXI DRESS DAN CLASSIC CARDIGAN  | Assalamualaikum Internet Family! 






OOTD untuk majlis kahwin beramai-ramai di Putrajaya semalam. Kain ni abah beli dekat Indonesia, jadi corak dia memang klasik sikit. Corak batik yang tidak terlalu sarat dengan ukiran batik. 

Liz memang tak boleh lari daripada warna perang, nudes, coklat atau warna-warna tanah. Its has become my favorite color for a very long time till today. Baju ni dijahit di CT SUTERA COLLETION Temerloh. Tempat Kak Siti ni dah menjadi tempat liz paling suka hantar baju sekarang ni. 

Liz cuma bagi gambaran dan idea design baju yang liz nak, Kak Siti akan tolong lukiskan. Dan itulah hasilnya seperti yang liz nak, dalamnya liz buat maxi tanpa lengan. Dan sarungkan dengan cardigan yang ada printed kain maxi di bahagian lengan dan juga bawahan baju cardigan. Kenapa boleh terfikir idea nak buat klasik cardigan singkat macam tu ialah sebab liz tak nak pakai baju corak yang sama dari ada ke bawah. Its too bored kan?

Di bahagian lengan pula liz buat kelainan sikit dari kebiasaan yang liz pakai, liz mintak Kak Siti kembangkan sikit lengan tu supaya nampak loose dekat bahagian lengan. Sebab masa sekolah dulu liz selalu tengok teacher liz dia pakai baju kurung Pahang yang lengan nya sentiasa dikembangkan, itu yang ambil idea tu sikit buat dekat cardigan tu. Straight cut cardigan dah terlalu biasa kan? Hehe ~

Kalau korang yang di sekitar bahagian Temerloh nak hantar baju boleh ke kedai CT Suterea Collection di bandar baru Temerloh ye. Boleh hubungi Kak Siti:

Tel: 013-921 1213
Tel: 014-806 5979

KHASIAT JAMU NENEK UNTUK PELBAGAI PENYAKIT | Assalamaualaikum Internet Family. 

Jom liz cerita pasal Jamu Nenek. Jamu nenek ni boleh diamalkan oleh semua peringkat umur tau, bermula dari usia remaja, anak dara, anak teruna, mak dara, ayah-ayah dan atuk-atuk semua pun boleh lah. Tak da masalah! Sebab khasiat dia macam-macam. Sekarang ni jamu ni semakin femes di seluruh daerah Pahang dan semakin mendapat sambutan di seluruh negeri di Malaysia.

 Antara Jamu Nenek yang ada kini.

Jamu Nenek ni ada banyak kategori, untuk turunkan berat badan ada, untuk yang ada masalah diabetis pun ada. Jamu untuk awek muda pun ada, macam-macam ada. Bagi sesiapa yang belum rezeki dapat zuriat pun boleh cuba jamu ni sebab liz tengok banyak sangat testimoni yang dah berjaya makan jamu nenek ni. Seronok sangat liz baca testimoni-testimoni yang dah berjaya.



Ni testimoni yang dah berjaya dapat zuriat selpas 4 tahun perkahwinan. Alhamudillah, tawakal InsyAllah Allah tunaikan.

Petikan dari : Naima Nawi

D' Azaa Herbs Jamu Nenek
1. 💊Jamu Dara & Awet Muda💊

👉Khas untuk wanita yang inginkan penjagaan dalaman dan luaran yang seimbang. Sangat berkhasiat utk setiap individu dan berupaya menyelesaikan secara menyeluruh masalah kesihatan dan kecantikan.

💊Merapatkn/mengetatkn faraj
💊Mengembalikan permukaan faraj y berpasir(meningkatkn nafsu ketika bersama)
💊Meningkatkan kemutan
💊Mengeluarkan kotoran/keputihan/darah beku
💊Merawat mslh kekeringan

2.💊Jamu Teruna & Awet Muda💊


👉Khas untuk lelaki yang inginkan kesihatan dalaman dan luaran. 
💊 Meningkatkan tenaga dalaman & luaran
💊Mengembalikan kecergasan fizikal minda
💊Menstabilkn hormon kelelakian, memekatkan benih @ kesuburan dan sebagainya.

3.💊Jamu Detoks Diet💊


👉Utk menurunkan kolestrol, lemak, racun, toksik, air, angin, lendir dalam badan.
💊Membuang lemak yg tidak diingini dlm badan & meninggalkn lemak y optimum bagi tubuh bdn. 💊Rasa cergas, ringan, kulit makin berseri dan kurus dgn sekata. Diformulasi dr extrak sena, halia, kunyit, serai, jintan, inai mekah dan pelbagai herb yg bertindak menguruskan badan, mengecilkan badan.
💊Membuang toksin-toksin secara berkala & mengandungi antioksida y tinggi bagi mengekalkn keremajaan kulit & badan

4.💊Jamu Zuriat Adam Hawa💊


👉1 set 2 botol, diamalkn dgn pasangan. Jika suami tak nak amal, blh ambil 2 botol utk wanita sahaja. 💊Supplemen ini dr pelbagai herb sunah, bunga, ulaman diterapikn dgn ayat Al-Quran khas dan telah dimasak. Tiada pantang, time haid blh ambil dan blh ambil dgn suplemen lain jgk. Walaupun hamil masih blh diamalkan dgn peraturan tertentu.
💊Memekatkn air mani si lelaki bagi menghasilkn sperma y berkualiti utk persenyawaan
💊Meningkatkn nafsu bagi wanita & lelaki
💊Memberi tenage dalaman & luaran

5.💊Herb for Skin💊


👉Dapat merawat masalah resdung, jerawat, kulit yg bermasalah kesan resdung, bengkak gatal mata, kerap demam, selsema, batuk, lelah asma.
💊Mengatasi mslh keguguran rambut yg membotakkan kepala kesan hama resdung dan lain2.

6.💊Jamu Penawar Diabetes💊


👉Utk mengawal tekanan darah, gula, mencegah kerosakan organ, mencergaskan dalaman, menyembuh luka kencing manis dan sebagainya.💊Diamalkan secara berterusan utk kesan yg memuaskan.

7.🌹Set Pantang Bonda Fatimah🌹


👉Rawatan ibu dan anak dalam pantang.
-Jamu Dara & Awet Muda (4 botol)
-Minuman herb
-Mandian ibu
-Mandian kuning anak
-Herb barut
-Masker V (Pucuk Dara)
-Minyak herb anak
🌹Sabun Sarang Burung🌹
👉Mencuci, mencerah, memadatkan wajah, merawat masalah kulit, melembab, meruncingkan wajah dan sebagainya.
🌹Pucuk Dara🌹
- Merapatkan dan menegangkan miss v
- Mengembalikan miss v seperti dara
- Bahagian luar dan dalam faraj kemerah-merahan, daki-daki akan keluar, bibir menjadi pejal, tertutup dan rapat serta ketat terutama kesan beranak
- Kegatalan akan hilang, kering dan selasa, membukit dan tegang.
Sesuai digunakan selalu sebagai rahsia penjagaan di permukaan faraj supaya sentiasa awet muda dan sentiasa nampak dara.
🌹Herb Putik🌹
👉Di gunakan utk mengecutkan peranakan yg bengkak, mengecutkan fibroid, cyst, ketumbuhan, buasir, luka dalam, haid yg berpanjangan dan sebagainya.
💊Bancuh separuh sudu kecil bersama minuman hangat, amal sekali setiap hari. InsyaAllah mujarab dgn izinNya...Amiinn...
🌹Mandian Aura Puteri 7 Tempayan🌹
👉Berasaskan pati bunga menghasilkan bau haruman semerbak dengan hanya 3 hingga 7 titis pada setiap mandian.
💊Khusus untuk wanita yang mengalami masalah wajah kusam tidak berseri, aura bocor, hilang semangat, sentiasa 'moody' dan hubungan suami isteri yang semakin hambar dan bosan.
-------------------------------------
🍃Ektrak daripada tumbuhan segar dari 200 herba terpilih, ulaman, bungaan, bijian dan makanan sunnah yang berterapikan zikruallah serta ayat Al-Quran.
🌿Suplemen ini tidak mengandungi penahan makanan, tiada stroid, tiada sumber haiwan, tiada bahan kimia.


☘Kami menggunakan 100% kepakaran turun temurun utk menjaga mutu dan kualiti setiap kapsul yg anda amalkan. Suplemen ini adalah suplemen yang Naima Nawi masak sebelum di kapsulkan. Herba ni tak panas! Kebanyakkan orang cakap jamu ni panas, tapi specialnya Jamu Nenek ni tak panas, korang kena cuba dulu baru tahu. 

Jadi mana satu masalah yang korang tengah alami sekarang ni? Korang boleh wasap Kak Naima sekarang, InsyAllah kak naima akan consult korang jamu yang mana sesuai.

Korang boleh terus hubungi Kak Naima di : 012-9617872 
FB beliau : Naima Nawi